Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ - Ana Suhana

May 15, 2019

Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™



Resepi Ramadan yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ l Assalamualaikum. Masuk minggu ke-2 Ramadan ni, orang masih gigih cari resepi dekat blog-blog. So far Ana masih berbuka dengan masakan rumah. Satu dua lauk dah cukup. Lagi simple lagi bagus. Bukan nak makan banyak pun kan. Cakap tentang resipi ni, hari ni Ana nak share Resepi Ramadan yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ .
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™  
Resepi Ramadan yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 

Siapa tak kenal dengan jenama Ayam Brand™ kan? Satu jenama yang terkenal dengan produk-produknya yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet. Bersempena dengan bulan Ramadan dan hari raya yang bakal menjelma nanti, Ayam Brand™ telah menghasilkan 8 resepi menarik termasuklah menu tradisional kegemaran ramai yang mudah dan cepat  disediakan. Tapi Ana share hanya 6 resipi je dulu. 

1. Donburi Sardin
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Donburi Sardin ni amat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan bersama nasi lemak. Hanya menggunakan 6 ramuan untuk dihasikan. 

Bahan-bahan :
1. 200g beras gandum panjang
2. Garam
3. 250ml air (1 cawan)
4. 4 helai daun pandan (diikat / disimpulkan)
5. Ayam Brand ™ Coconut Milk 200ml
6. Ayam Brand Sardines dalam Minyak Zaitun

Cara Penyediaan :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan masak.
2. Bila dah masak, buka penutup periuk nasi untuk kurangkan haba. Biarkan selama 10 minit.
3. Kemudian tutup suis dan biarkan nasi 'berehat' selama 20 minit lagi. 
4. Menggunakan garfu, cerai-ceraikan nasi tersebut.
5. Sedia dihidang.

2. Bebola Nasi Perang Tuna
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Korang kalau dah rasa sekali bebola nasi perang tuna ni, percayalah sebiji tak kan cukup. Korang boleh frozen kan bebola nasi ni juga tau untuk dijadikan stok makanan. Bila-bila rasa lapar boleh terus masukkan dalam microvace atau goreng dalam kuali.

Bahan-bahan :
1. 200g beras merah
2. 500 ml air
3. Garam 1 sudu teh
4. 185g Ayam Brand Chili Tuna
5. 150g parutan parmesan

Cara Penyediaan :
1. Masak nasi terlebih dahulu.
2. Bila nasi dah masak, sejukkan. Kemudian gaulkan dengan Ayam Brand Chili Tuna dengan nasi.
3. Perasakan dengan garam.
4. Kemudian bentukkan nasi tadi bulat-bulat. Saiz mudah gigit lagi elok.
5. Sebelum masak dalam oven atau goreng, golekkan bebola nasi tu dengan parutan keju parmesan. Kalau ada lebih, taburkan lebihan keju tadi ke atas bebola nasi.
6. Bakar selama 8-10 minit dengan suhu 200°C. 
7. Sedia dihidang.

3. Kek Ikan Thai
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Eh senang ke nak buat  Kek Ikan Thai ni?  Kalau dengan Ayam Brand™, yang susah pun boleh jadi senang u olls. Tak caya cubalah.

Bahan-bahan :
1. 3 tin Ayam Brand Tuna in Water 185g (ditapis)
2. 5 keping daun limau purut
3. 50ml santan Ayam Brand 
4. 1 biji telur
5. ½ sudu sos ikan Thailand
6. 6 biji cili merah
7. ½ serbuk kari
8. Lengkuas - dihiris
9. 3 tangkai daun bawang - dihiris
10. 5g daun ketumbar -  dihiris

Cara Penyediaan :
1. Kisar daun limau purut, cili, lengkuas, tuna yang ditapis, serbuk kari, santan, sos ikan thai dan telur sehingga menjadi pes.
2. Masukkan pes di atas ke dalam mangkuk dan campurkan dengan daun bawang dan daun ketumbar. Gaul rata.
3. Bentuk kan menjadi bentuk kek ikan dan simpan dalam peti sejuk seketika.
4. Nak makan, goreng menggunakan minyak masak kelapa Ayam Brand sehingga kekuningan.
5. Sedia dihidang. Enak dimakan dengan salad. 

4. Udang Masak Kunyit 
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Udang Masak Kunyit antara menu favorite kebanyakan keluarga di MalaysiaUdang Masak Kunyit  versi Ayam Brand hanya perlu 15 minit saja untuk disediakan dan enak dimakan bersama nasi atau roti pita

Bahan-bahan :
1. 1/2 kg udang - dibersihkan tanpa dibuang kulit.
2. 1 liter Ayam Brand Coconut Milk
3. 1 cawan air
4. 2 sudu ketumbar- dikisar halus
5  1 sudu besar jintan manis -dikisar halus
6. 1cm  halia - dikisar halus
7. 1 cm lengkuas - dikisar halus
8. 1 cm kunyit hidup - dikisar halus
9. 5 sudu besar serbuk cili
10. Asam keping
11. Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1. Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan santan, halia, lengkuas, ketumbar, jintan manis, kunyit dan serbuk cili.
2. Tambah sedikit air dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan udang dan letak garam sesedap rasa.
4. Bila udang dah masak, tutup api dan sedia dihidang.

5. Roti Jala dengan Sardin 
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Bahan-bahan :
1. 250g Tepung Gandum - diayak
2. 250ml Air
3. 4 biji telur ringan - dipukul
4. 1 ½  sudu teh garam
5. ½ sudu teh serbuk kunyit
6. Ayam Brand Coconut Cooking Oil
7. 270ml Ayam Brand Coconut Milk
8. 1 tin Ayam Brand Sardines in Tomato Sauces

Cara Penyediaan :
1. Masukkan tepung yang diayak bersama garam. Kemudian buat lubang di tengah-tengah tepung tu.
2. Dalam mangkuk lain. pukul telur, santan dan air sehingga sebati.
3. Kemudian tuang di tengah-tengah lubang tadi. Gaul rata bermula dari tengah.
4. Tambah serbuk kunyit untuk warna kuning keemasan. Gaul rata.
5. Panaskan kuali dengan api sederhana. Gunakan acuan roti jala dan mula buat bentuk gerakan membulat. Jangan terlalu tebal.
6. Bila roti jala dah masak, keluarkan dari kuali dan letak atas bekas yang rata.
7. Kemudian tambah 2 sudu sardin yang dihancurkan ke atas roti jala tadi dan gulung rapi.
8. Sedia dihidang.

6. Roti Kukus Santan
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Bahan-bahan :
1. 250g Butter - dicairkan
2. 8 keping roti di potong 2
3. 4 biji telur
4. 2 cawan kurma - dicincang halus
5. 60g Gula pasir
6. 4 sdt Kelapa parut  kering - disangai
7. 1 sudu kecil paritan kulit buah oren (orange zest)
8. ½ sudu teh esen vanila
9. 350 ml Ayam Brand Coconut Milk

Cara Penyediaan :
1. Sapu mentega di bekas pembakar dan juga di semua roti (kedua-dua belah).
2. Masukkan 4 keping roti ke dalam bekas pembakar.
3. Tabur separuh kurma dan kelapa yang disangai ke dalam bekas.
4. Pukul telur, hirisan kulit oren, esen vanila dan santan. Kemudian tuang 1/3 ke dalam bekas tadi.
5. Masukkan 4 keping roti lagi dan ulang langkah 3 & 4.
6. Tekan roti perlahan-lahan supaya semua berendam.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit.
8. Sejukan dan sedia dihidang.

So macam mana, mudah je kan nak sediakan menu-menu dari resepi Ayam Brand ni. Jangan lupa cuba tau. Untuk resipi-resipi lain dari Ayam Brand, korang boleh layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video. Selamat mencuba,

23 comments:

  1. Alahai..semua resepi memang mudah dan menyelerakan..product ayam brand mmg jadi pilihan ramai..kan?

    ReplyDelete
  2. manyaknyeeeeeeeeeeeeeee resepiii.. tq kakak cantik..

    ReplyDelete
  3. sedap2 nmpknye...bole la cuba nanti

    ReplyDelete
  4. banyaknya idea, boleh buat weekend nanti

    ReplyDelete
  5. amboii kemahen sedap2 semua food tu.

    ReplyDelete
  6. Simple je resepi ni, boleh la try itu pun kalau sempat

    ReplyDelete
  7. Tengah lapo nisemua nampak sedap

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan Ana...
    Semuanya nampak simple ye Ana, tp nak buatnya belum lagi tu rasanya hahhaa....
    Nampaknya kena beli Ayam Brand banyak banyak ni

    ReplyDelete
  9. oh tidak.... akak ada masalah dengan makanan yang hipster(istilah akak hentam)... tapi suka tengok. ...

    ReplyDelete
  10. Mcm2 ya resepi blh buat.tak terfikir pulak. Nanti boleh la zaza cuba masak

    ReplyDelete
  11. Dapur kita memang sentiasa ada bahan makan brand ni, senang and cepat nak masak.

    ReplyDelete
  12. Sedap semua resepinya Ana.. nanti boleh lah Kak Sue cuba.. tq for sharing Ana..

    ReplyDelete
  13. Wah semua resepi menggiurkan....sedapnya.

    ReplyDelete
  14. i need that bebola nasiiiiiii

    ReplyDelete
  15. lapo.. lapo.. mcm2 lauk boleh buat dgn ayam brand rupanya

    ReplyDelete
  16. Nasib baik dtg BW malam2.. klu siang kecur juga ni hehee. Ayam brand mmg jenama pilihan kami juga.. sedap.

    ReplyDelete
  17. Udang masak kunyit tu macam nice je.. Izzat mesti suka ni

    ReplyDelete
  18. Teruja dengan udang masak kunyit dankek ikan Thai..
    Thank you for sharing Ana...

    ReplyDelete
  19. Nanti time raya boleh cuba buat yang kuih guna santan tu..nampak sedap je..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤