10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa - Ana Suhana

May 3, 2019

10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa


10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa l Assalamualaikum. Lagi beberapa hari je kita nak masuk bulan Ramadan. Bila kata masuk je bulan puasa ni mula lah pening nak pikir menu apa nak berbuka nanti. Ada tu tak nak makan berat-berat, nak makan yang ringan-ringan je. Yang penting ada pencuci mulut yang sejuk lagi menyegarkan. So hari ni Ana nak kongsikan kompilasi 10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa.
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa

Menu-menu pencuci mulut ni Ana tengok sangat semuanya sangat mudah untuk disediakan.  Kebanyakan dari bahan-bahan tu memang dah sedia ada dekat dapur kita. So tinggal kita nak bancuh kan je ikut resipi-resipi tersebut. So selamat mencuba.

** Ada sesetengah resipi Ana compile dari resepi-resipi yang dikongsikan di Fb. Ana dah kreditkan setiap resepi tu kepada tuan yang empunya resipi. Terima kasih atas perkongsian. Semoga beroleh manfaat.

1. RESEPI SAGU GULA MELAKA (Sumber : Adrian Teamworks)
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
Bahan - bahan
• Sagu
• Pewarna 
• Susu cair
• Gula Melaka
• Daun pandan
• Gula

Cara Masak 
1. Rendam sagu selama 30 minit
2. Rebus sagu dan bahagikan kepada 3 warna
3. Masak air gula - gula melaka + daun pandan +  gula putih 
4. Campur susu cair dan air gula di dalam bekas.
5. Masukkan sagu setiap satu warna dalam bekas. 
6. Sejukkan. 


2. AGAR-AGAR LUMUT BUTTER (Sumber : ‎Ruzita Mohamed‎)
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
A. Bahan - bahan Agar-agar Lumut
• 2 biji telur
• 150grm gula pasir 
• 125ml santan instant 
• 550ml air
• 1/2 sudu garam
• 1 sudu teh vanilla esen
• 1 sudu esen pandan @ 100ml jus pandan 
• 1 bungkus serbuk agar 10 gm

Cara Masak 
1. Kacau rata semua bahan-bahan di atas sampai rata, kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.
2. Gunakan api sederhana.
3. Kacau sampai mendidih.

** Kalau nak lumut full tanpa mendapan air, biarkan dalam periuk dulu. Bila dah kurang panas baru masukkan ke dalam acuan.

B. Bahan-bahan Puding Butter
• 4 biji kuning telur
• 100grm butter dicairkan
• 4 sudu makan gula pasir
• 1/2 tin susu pekat
• 550ml air
• 1 bungkus serbuk agar2 10 gm

Cara Masak 
1. Kacau bahan-bahan di atas dan masak sampai mendidih guna api kecil saja.
2. Lepas masak, tuang ke atas puding lumut di atas.
3. Biar sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti ais.


3. PUDING AISKRIM OREA (Sumber : Marsila Mas)
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan
  25 gram agar-agar tali•  4 cawan air
•  1 tin susu cair
•  1 cawan gula
•  1 sudu teh esen vanila
•  1 biji telur
•  1 bungkus biskut oreo *kisar*
•  5 scoop aiskrim (tak kira perisa ape)

Cara Masak 
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Masukkan gula dan kacau sebati.
3. Blend telur, susu, aiskrim dan esen vanila.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di blend ke dalam adunan agar-agar. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dikisar. Tutup api.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan.

4. PUDING JAGUNG COKLAT (Sumber : Roshima Ibrahim)
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
A. Bahan-bahan Puding Jagung
• 1/2 peket agar-agar tali
• 3 cawan air
• 4 sudu besar gula pasir
• 1/2 tin susu cair
• 3 sudu besar susu pekat
• 4 sudu besar gula pasir
• 2 sudu tepung Kastard
• 1 1/2 tin air
• 1/2 tin jagung

Cara Masak 

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur, kemudian masukkan gula pasir. Masak hingga gula betul-betul larut, tutup api dan ketepikan dulu.
2. Ambil periuk lain masakkan air, susu cair, susu pekat dan gula, Kemudian masukkan tepung kastard. Kena sentiasa kacau hingga mendidih sbb kalau biarkan nanti berketul-ketul.
3. Tapiskan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam periuk puding. Kemudian masukkan jagung.
4. Masukkan ke dalam bekas lompang kalau nak nampak comel. Kalau nak gunakan loyang pon boleh.
5. Biarkan puding sejuk. Kemudian baru boleh keluarkan dari acuan.

B. Bahan-Bahan Susu Coklat
• 1/2 Tin susu coklat saji
•  1/2 tin air masak.

** Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Sedang-sedang je. Akhir sekali bolehlah dihidangkan dalam mangkuk.

5. ONDE-ONDE GULA MELAKA TANPA PEWARNA
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan
• Tepung Pulut - 1/2 paket
• Tepung Gandum - 1/2 cawan
• Daun Pandan - 6 helai 
• Gula Melaka - di potong dadu
• Garam
• Air
• Kelapa

Cara Masak 
1. 4 helai daun pandan di kisar dengan sedikit air. Kemudian tapis air daun pandan tersebut.
2. Masukkan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam, air pandan dan air ke dalam bekas. Uli sampai menjadi doh. 
3. Gentel doh menjadi bebola sebesar guli. Kemudian masukkan gula melaka ke dalam bebola tersebut dan tutup kemas-kemas. 
4. Panaskan air 3/4 periuk bersama 2 helai daun pandan. Bila air dah mendidih masukkan bebola yang dah siap tadi.
5. Bebola akan timbul bila sudah masak. Kemudian toskan. 
6. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Kemudian gaul bebola yang di tos dengan kelapa tersebut.
7. Siap di hidang. 

** Memandangkan Ana guna 100% warna dari daun pandan, color onde-onde tu sedikit pucat. Kalau korang nak nampakkan onde-onde tu menarik boleh lah letak sedikit pewarna.


6. AGAR-AGAR TEMBIKAI
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan
•  Buah Tembikai
•  Buah Nenas
•  Buah Kiwi
•  Anggur
•  Buah Naga
•  Agar-agar

Cara Masak
1. Keluarkan isi tembikai dari kulitnya dan guna garfu buat garisan di bahagian dalam tembikai. Ini supaya agar-agar yang dituang nanti dapat melekat dengan baik.
2. Potong dadu kesemua buah-buahan di atas dan masukkan ke dalam buah tembikai yang kosong tadim
3. Panaskan agar-agar  di atas periuk sehingga cair.
4. Tuang agar-agar ke dalam buah tembikai dan biarkan sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Sedia dihidang.

7. PUDING KARAMEL TELUR
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
A.  Bahan-bahan Sos Karamel
• Gula - 1/2 cawan
• Air

Cara Masak
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan cairkan menggunakan api sederhana.
2. Bila gula dah mula macam "mengeras" masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga gula menjadi perang.
3. Bila dah cair dan perang masukkan dalam bekas yang akan di gunakan untuk mengukus nanti dan sejukkan di dalam peti.

B.  Bahan-bahan Puding Telur
• 4 biji telur
• Susu Cair - 1 tin
• Gula - 1/2 cawan
• Esen Vanilla - 1 sudu kecil
• Garam - sedikit (OPTIONAL)

Cara Masak
1. Masukkan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.
2. Tapis adunan di atas ke dalam bekas kukusan yang ada sos karamel.
3. Kukus sehingga masak dalam 40-45 minit.
4. Sejukkan di luar terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti.
5. Siap di hidang.

8. AGAR-AGAR KOKTAIL (Sumber : Che'Nom)
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan
• 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
• 900 ml air
• 1 tin koktel buah-buahan
• 1 tin susu cair
• 1 1/2 cawan gula pasir
• 1 helai daun pandan

Cara Masak
1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.


9. PUDING TRIFFLE (Sumber : Rokiah bt Mohd Yusoff)
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan
• Kek gulung (swiss roll)
• 4 sudu penuh Tepung kastard
• Kristal jeli
• 1 tin Buah koktail
• 1 tin Susu cair
• Buah-buahan segar untuk hiasan (optional)
• 3 sudu Gula

Cara Masak
1. Susun comel -comel kek gulung di dalam bekas. Kemudian masukkan sedikit air buah tin koktail .
2. Dalam kuali atau periuk, masukkan tepung kastard, susu cair ,1 tin air masak dan gula pasir. Dengan api sederhana, kacau semua bahan sehingga pekat.
3. Bila kuah tadi dah pekat, masukkan cepat-cepat ke dalam bekas kek gulung.
4. Kemudian masukkan buah koktail dan buah-buahan.
5. Untuk lapisan jeli di bahagian atas, korang boleh refer cara penyediaan pada gambar di bawah.
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
6. Bila jelly dah masak, biarkan sejuk seketika sebelum tuang ke dalam bekas adunan tadi.
7. Sejukkan dalam peti sebelum dihidang.


10. KEK BATIK (Sumber : Resipi Kek Batik Biskut Marie)
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
10 Menu Resipi Pencuci Mulut Mudah Untuk Berbuka Puasa
Bahan-Bahan
• 1 pek biskut Marie
• 250g mentega / butter
• 200g serbuk Milo
• 3 sudu besar serbuk koko (diayak)
• 3/4 tin susu pekat

Cara Masak
1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Tuan punya resipi guna loyang berukuran 8"x8".
2. Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
3. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
4. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
5. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
6. Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tips:
Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Tuan punya resipi guna 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

16 comments:

  1. sedap2 belaka tu..bila puasa mcm2 rasa nk buat hehe

    ReplyDelete
  2. kecur air liur abe kie tengok. sungguh sedap dimakan semasa iftar nanti.

    ReplyDelete
  3. Sagu gula melaka paling onzz.. Tapi ikut selera masing-masing lah. Hihi

    ReplyDelete
  4. alahai sedap2 semua menu tu pembuka selera sgt

    ReplyDelete
  5. ya allah, menggoda nya tengok. meleleh dah air liur. hahaha

    ReplyDelete
  6. belum puasa pun dah terliur.. mcmmn tuu...

    ReplyDelete
  7. Wah! orang kata pemanis mulut ni pembuka selera. seharian berpuasa musim panas memang tekak nak yang sejuk dulu sebelum nasi. Terima kasih atas perkongsian. Ni kalau jamu untuk orang puasa di masjid2 pun laku. Pahala pun dapat.

    ReplyDelete
  8. Biskut batik tu dalam bulan puasa memang umpphhh sangat, bulan biasa nampak biasa je..

    ReplyDelete
  9. boleh try lah bulan puasa resepi2 ni

    ReplyDelete
  10. semua menarik..tp itu la...kerajinan tu kena ada juga..hehehe

    ReplyDelete
  11. nice share..
    salam ramadhan..

    ReplyDelete
  12. Alamak.. salah time pula nengok..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤