May 2019 - Ana Suhana

May 29, 2019

Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama

1:33 PM 22
Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama

Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama l Assalamualaikum. Sesekali berbuka dengan piza sedap jugak kan. Bosan juga kalau setiap hari dok makan nasi je. Sebab nak tukar selera, baru-baru ni Ana order Piza Ssamjeang. Yeee u olls, Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama.
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama

Kalau korang peminat setia Piza Domino's mesti korang ingat yang Piza Ssamjeang ni pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2018. Dan kerana sambutan yang tersangat lah hangat hingga banyak sangat demand supaya  piza ni dikeluarkan balik, akhirnya Piza Ssamjeang - sajian manis pedas dengan sentuhan drama Korea kembali lagi.
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Kali ni Piza Ssamjeang Domino's Kembali Lagi Dengan 3 Menu So Spicy So Drama iaitu Ssamjeang Beef Pizza, Ssamjeang Chicken Pizza dan Ssamjeang Tuna Pizza khas untuk memuaskan selera korang yang giler kan makanan pedas. Bak kata orang,  tak pedas tak padu lah kan.
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Piza Ssamjeang Domino's
Tapi kenapa Piza Ssamjeang ni menjadi kegilaan rakyat Malaysia?? Haa tak lain tak bukan mestilah sebab sos pedas Korea yang dicipta khas oleh Domino's untuk memenuhi citarasa pedas rakyat Malaysia.

Antara 3 menu di atas, Ssamjeang Beef Pizza adalah yang paling pedas. Ana hanya mampu makan sekeping je. Lepas tu menggelupur cari air. Hehe. Tapi kalau korang takut nak makan pedas tapi teringin sangat nak cuba Ssamjeang Pizza ni, korang boleh cuba Ssamjeang Tuna Pizza sebab ianya kurang pedas tapi tetap sedap dan hangat.
Piza Ssamjeang Domino's
Tak lengkap rasanya So Spicy So Drama kalau takde sajian kepak ayam kan. Ye lah negara KPop kan memang terkenal dengan sajian ayam kepak. Disebabkan tu Domino's sekali lagi mengeluarkan menu Ayam-Haseyo Chicken Wing untuk korang semua.
Piza Ssamjeang Domino's
Suka ke tak suka??? Korang yang belum sempat mencuba Ayam-Haseyo Chicken Wing tahun lepas, ni lah masanya untuk korang cuba. Memang sedap tau sebabnya kepak ayam yang dibakar sempurna ni disaluti dengan sos Ssamjeang yang lazat dan ditaburi dengan bijan dan parsli kering. Confirm satu kotak tu korang boleh makan sorang je tau. Tak caya cuba lah order.

Harga Piza Ssamjeang 

Pada yang tertanya harga Piza Ssamjeang ni jangan risau sebab seperti kita tahu, harga piza di Domino's semuanya mampu beli especially bila ada promosi kan. Antara tawaran hebat yang korang boleh dapatkan ialah :

Ssamjeang Buddy Combo - RM39.90
Piza Ssamjeang Domino's
1 Ssamjeang Pizza Regular + 1 Cheesy Cheddar Stix / Mozzarella Stix + 1 Ayam Haseyo Chicken Wing + 2 tin minuman ringan

Ssamjeang Super Combo - RM54.90
Piza Ssamjeang Domino's
1 Ssamjeang Pizza Regular + 1 Pizza Regular + 1 Cheesy Cheddar Stix / Mozzarella Stix + 1 Ayam Haseyo Chicken Wing + 1 botol minuman ringan

Selain dari promosi kombo, korang juga boleh order 2 Pizza Deals ( Piza Ssamjeang + extra cheese)  seperti di bawah :

2 x Piza Regular - RM35.90
2 x Piza Large - RM56.90
2 x Piza Xtra Large - RM77.90

Di tambah lagi dengan promosi tambahan di mana korang boleh order Ssamjeang Pizza saiz Personal pada harga RM3.90 (pesanan bawa pulang dalam talian) atau RM4.90 (pesanan di kaunter) melalui Super Tuesday pada setiap hari Selasa.

Ssamjeang Pizza juga merupakan sebahagian daripada promosi Domino's Ohsem Hari-hari di mana korang boleh beli pada harga RM5.00 bagi setiap piza saiz peribadi.

Untuk Menempah

Untuk menempah korang boleh ke outlet Domino terdekat atau membuat pesanan secara online di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ssamjeang Pizza serta promosi lain yang sedang ditawarkan, korang boleh layari  laman sesawang di http://www.dominos.com.my/. So selamat menjamu selera.








May 21, 2019

Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol

10:11 AM 29
Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol

Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol l Assalamualaikum. Tahu tak yang amalan menjaga kebersihan dapat membantu kita melindungi keluarga daripada 100 jenis kuman yang berbahaya? Sebab tu Ana nak ajak korang semua untuk Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol.
Kekal Sihat dan Dilindungi Sepanjang Ramadan Dengan Dettol

Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalender Hijriah. Dalam bulan ni, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 

Waktu berbuka atau iftar adalah waktu yang paling di nanti-nanti bagi orang yang berpuasa. Masa ni lah seisi keluarga atau sahabat handai akan berkumpul untuk sama-sama menikmati juadah berbuka. Bukan main banyak pulak tu juadah yang ada. Ada yang masak sendiri ada yang tapau dari bazar Ramadan!!

Cakap tentang bazar Ramadan ni kan, ianya bukan sekadar menjual pelbagai makanan dan minuman yang sedap malah korang boleh merasai sendiri kemeriahan yang berlaku di sana. Tapiiiiiiiii bila dah bersesak ni, lagi lagi dengan cuaca yang panas dan lembap, risiko untuk korang terdedah dengan jangkitan kuman yang tak kelihatan adalah sangat tinggi.

Jadiiiii bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sebelum melangkah masuk atau selepas keluar bazar Ramadan tu, pastikan korang dah lindungi diri korang dan keluarga dengan rangkaian produk Dettol - satu jenama perlindungan 100 jenis kuman yang berbahaya yang dipercayai sejak sekian lama.
Senang je cara dia. Sebelum ke bazar tu, make sure korang dah pakai sanitizer tangan Dettol terlebih dahulu. Sanitizer ni korang boleh guna dekat mana dan bila-bila masa saja. Ianya mampu membersihkan tangan korang tanpa menggunakan air.

Lepas balik dari bazar dan sebelum sentuh makanan, make sure korang basuh tangan korang bersih-bersih dengan Sabun Tangan Dettol.
Nak basmi kuman dekat ruang dan permukaan di rumah sebab nak sambut raya ni? Mudah je apa kata korang gunakan Cecair Antiseptik Dettol. Haa barulah korang boleh kekal sihat dan sambut hari raya dengan meriah dan yakin bersih 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan
Memahami kepentingan menjaga kebersihan dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya, tahun ni Dettol akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai! So korang jangan lupa kalau nampak squad Dettol pergi amik sabun Dettol tu ok. Rugi tak amik. Rezeki tu.

Tapi kalau kata jauh dari Lembah Kelang takpe korang masih berpeluang untuk memenangi set produk Dettol tau. Lagi mudah cara dia. Korang hanya perlu komen KENAPA RUTIN MEMBASUH TANGAN ITU PENTING dekat posting IG Ana di SINI. jangan lupa join tau.

May 17, 2019

10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam

10:21 AM 13
10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam

10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam l Assalamualaikum. Salam Jumaat dan Salam 12 Ramadan. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad saw. Seperti yang kita tahu, pada hari Jumaat ni selain dari berselawat, kita juga dianjurkan untuk perbanyakkan berdoa. Dan cakap tentang doa, hari ni Ana nak share tentang 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam.
10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam
10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam
10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam

Mesti kita semua berharap ada doa-doa yang kita mohon dimakbulkan Allah kan.  Antara ciri-ciri untuk satu-satu doa itu dimakbulkan adalah dengan berusaha mencari waktu mustajab doa. Semoga Allah memandang usaha kita dan suka untuk perkenankan apa yang kita minta. Kan Allah suka hamba-hambaNya yang meminta-minta kepadaNya.

Jangan pernah rasa eh banyaknya doa aku ni.  Boleh ke doa dan minta banyak-banyak. Besar pulak tu permintaan.!!! Takpe doa je sebab tu yang Allah suka. Tapi jangan lah doa minta dunia je kan, minta lah kebahagiaan akhirat juga. Kan dekat sana yang kekal abadi buat kita. Cuba korang amalkan  10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam ni setiap kali solat.


Dari Ibn Masud, Nabi SAW bersabda maksudnya :
 “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”- (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah doa-doa tersebut.

1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.”
(Hadis Riwayat Muslim)



2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masalah Hutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ 

بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.”
(Hadis Riwayat Bukhari)


3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur".
(Hadis Riwayat Bukhari)


4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 1762)


5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.”
(Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819)


6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)


7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.”
(Hadis Riwayat Ahmad)


8) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang".
(Hadis Riwayat Bukhari)


9) Doa Mohon Ampun Dosa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang".
(Hadis Riwayat Abu Daud)


10) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka. Perbanyakkan beristighfar, berselawat dan juga berdoa. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita. Amin.

May 15, 2019

Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™

10:43 AM 24
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™


Resepi Ramadan yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ l Assalamualaikum. Masuk minggu ke-2 Ramadan ni, orang masih gigih cari resepi dekat blog-blog. So far Ana masih berbuka dengan masakan rumah. Satu dua lauk dah cukup. Lagi simple lagi bagus. Bukan nak makan banyak pun kan. Cakap tentang resipi ni, hari ni Ana nak share Resepi Ramadan yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ .
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™  
Resepi Ramadan yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 

Siapa tak kenal dengan jenama Ayam Brand™ kan? Satu jenama yang terkenal dengan produk-produknya yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet. Bersempena dengan bulan Ramadan dan hari raya yang bakal menjelma nanti, Ayam Brand™ telah menghasilkan 8 resepi menarik termasuklah menu tradisional kegemaran ramai yang mudah dan cepat  disediakan. Tapi Ana share hanya 6 resipi je dulu. 

1. Donburi Sardin
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Donburi Sardin ni amat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan bersama nasi lemak. Hanya menggunakan 6 ramuan untuk dihasikan. 

Bahan-bahan :
1. 200g beras gandum panjang
2. Garam
3. 250ml air (1 cawan)
4. 4 helai daun pandan (diikat / disimpulkan)
5. Ayam Brand ™ Coconut Milk 200ml
6. Ayam Brand Sardines dalam Minyak Zaitun

Cara Penyediaan :
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi dan masak.
2. Bila dah masak, buka penutup periuk nasi untuk kurangkan haba. Biarkan selama 10 minit.
3. Kemudian tutup suis dan biarkan nasi 'berehat' selama 20 minit lagi. 
4. Menggunakan garfu, cerai-ceraikan nasi tersebut.
5. Sedia dihidang.

2. Bebola Nasi Perang Tuna
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Korang kalau dah rasa sekali bebola nasi perang tuna ni, percayalah sebiji tak kan cukup. Korang boleh frozen kan bebola nasi ni juga tau untuk dijadikan stok makanan. Bila-bila rasa lapar boleh terus masukkan dalam microvace atau goreng dalam kuali.

Bahan-bahan :
1. 200g beras merah
2. 500 ml air
3. Garam 1 sudu teh
4. 185g Ayam Brand Chili Tuna
5. 150g parutan parmesan

Cara Penyediaan :
1. Masak nasi terlebih dahulu.
2. Bila nasi dah masak, sejukkan. Kemudian gaulkan dengan Ayam Brand Chili Tuna dengan nasi.
3. Perasakan dengan garam.
4. Kemudian bentukkan nasi tadi bulat-bulat. Saiz mudah gigit lagi elok.
5. Sebelum masak dalam oven atau goreng, golekkan bebola nasi tu dengan parutan keju parmesan. Kalau ada lebih, taburkan lebihan keju tadi ke atas bebola nasi.
6. Bakar selama 8-10 minit dengan suhu 200°C. 
7. Sedia dihidang.

3. Kek Ikan Thai
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Eh senang ke nak buat  Kek Ikan Thai ni?  Kalau dengan Ayam Brand™, yang susah pun boleh jadi senang u olls. Tak caya cubalah.

Bahan-bahan :
1. 3 tin Ayam Brand Tuna in Water 185g (ditapis)
2. 5 keping daun limau purut
3. 50ml santan Ayam Brand 
4. 1 biji telur
5. ½ sudu sos ikan Thailand
6. 6 biji cili merah
7. ½ serbuk kari
8. Lengkuas - dihiris
9. 3 tangkai daun bawang - dihiris
10. 5g daun ketumbar -  dihiris

Cara Penyediaan :
1. Kisar daun limau purut, cili, lengkuas, tuna yang ditapis, serbuk kari, santan, sos ikan thai dan telur sehingga menjadi pes.
2. Masukkan pes di atas ke dalam mangkuk dan campurkan dengan daun bawang dan daun ketumbar. Gaul rata.
3. Bentuk kan menjadi bentuk kek ikan dan simpan dalam peti sejuk seketika.
4. Nak makan, goreng menggunakan minyak masak kelapa Ayam Brand sehingga kekuningan.
5. Sedia dihidang. Enak dimakan dengan salad. 

4. Udang Masak Kunyit 
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Udang Masak Kunyit antara menu favorite kebanyakan keluarga di MalaysiaUdang Masak Kunyit  versi Ayam Brand hanya perlu 15 minit saja untuk disediakan dan enak dimakan bersama nasi atau roti pita

Bahan-bahan :
1. 1/2 kg udang - dibersihkan tanpa dibuang kulit.
2. 1 liter Ayam Brand Coconut Milk
3. 1 cawan air
4. 2 sudu ketumbar- dikisar halus
5  1 sudu besar jintan manis -dikisar halus
6. 1cm  halia - dikisar halus
7. 1 cm lengkuas - dikisar halus
8. 1 cm kunyit hidup - dikisar halus
9. 5 sudu besar serbuk cili
10. Asam keping
11. Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
1. Panaskan periuk dengan api sederhana dan masukkan santan, halia, lengkuas, ketumbar, jintan manis, kunyit dan serbuk cili.
2. Tambah sedikit air dan asam keping. Biarkan mendidih.
3. Masukkan udang dan letak garam sesedap rasa.
4. Bila udang dah masak, tutup api dan sedia dihidang.

5. Roti Jala dengan Sardin 
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Bahan-bahan :
1. 250g Tepung Gandum - diayak
2. 250ml Air
3. 4 biji telur ringan - dipukul
4. 1 ½  sudu teh garam
5. ½ sudu teh serbuk kunyit
6. Ayam Brand Coconut Cooking Oil
7. 270ml Ayam Brand Coconut Milk
8. 1 tin Ayam Brand Sardines in Tomato Sauces

Cara Penyediaan :
1. Masukkan tepung yang diayak bersama garam. Kemudian buat lubang di tengah-tengah tepung tu.
2. Dalam mangkuk lain. pukul telur, santan dan air sehingga sebati.
3. Kemudian tuang di tengah-tengah lubang tadi. Gaul rata bermula dari tengah.
4. Tambah serbuk kunyit untuk warna kuning keemasan. Gaul rata.
5. Panaskan kuali dengan api sederhana. Gunakan acuan roti jala dan mula buat bentuk gerakan membulat. Jangan terlalu tebal.
6. Bila roti jala dah masak, keluarkan dari kuali dan letak atas bekas yang rata.
7. Kemudian tambah 2 sudu sardin yang dihancurkan ke atas roti jala tadi dan gulung rapi.
8. Sedia dihidang.

6. Roti Kukus Santan
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™
Resepi Ramadan Yang Sedap, Cepat & Mudah daripada Ayam Brand™ 
Bahan-bahan :
1. 250g Butter - dicairkan
2. 8 keping roti di potong 2
3. 4 biji telur
4. 2 cawan kurma - dicincang halus
5. 60g Gula pasir
6. 4 sdt Kelapa parut  kering - disangai
7. 1 sudu kecil paritan kulit buah oren (orange zest)
8. ½ sudu teh esen vanila
9. 350 ml Ayam Brand Coconut Milk

Cara Penyediaan :
1. Sapu mentega di bekas pembakar dan juga di semua roti (kedua-dua belah).
2. Masukkan 4 keping roti ke dalam bekas pembakar.
3. Tabur separuh kurma dan kelapa yang disangai ke dalam bekas.
4. Pukul telur, hirisan kulit oren, esen vanila dan santan. Kemudian tuang 1/3 ke dalam bekas tadi.
5. Masukkan 4 keping roti lagi dan ulang langkah 3 & 4.
6. Tekan roti perlahan-lahan supaya semua berendam.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 20-25 minit.
8. Sejukan dan sedia dihidang.

So macam mana, mudah je kan nak sediakan menu-menu dari resepi Ayam Brand ni. Jangan lupa cuba tau. Untuk resipi-resipi lain dari Ayam Brand, korang boleh layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipes-video. Selamat mencuba,

May 14, 2019

Saya Ada 1, Ilmu Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi

9:08 AM 15
Saya Ada 1, Ilmu Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi

Saya Ada 1 Ilmu, Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi l Assalamualaikum. Wah kejap je dah masuk ramadan ke-9. Rasa baru macam semalam baru start terawih dan bersahur kan. Terasa nikmat bila duduk dalam madrasah ramadan ni. Nak buat jahat tu rasa sayang sangat dengan pahala puasa yang kita buat tu. Kang takut jadi sia-sia pulak. 
Saya Ada 1 Ilmu, Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi

Selalu bulan puasa ni, ramai yang suka share tazkirah-tazkirah pendek untuk perkongsian bersama dekat group WhatsApp. Bagi Ana dah cukup bagus sebab dapat jadikan peringatan untuk diri sendiri. Kadang kita dah tau benda tu tapi selalu lupa kan. Al-maklumlah manusia mudah lupa.

Dalam banyak-banyak tazkirah tu, Ana tertarik dengan tazkirah yang ni. Sebab kena dengan diri Ana. Ye lah Ana bukan hebat atau bagus bila masuk bab beribadah ni. Ilmu pun tak sampai sejengkal. Tapi tak bermakna kita tak boleh lakukan sesuatu yang besar ganjarannya kan. Tak percaya korang baca sendiri kisah Si Rasyid Budak Bijak ni.

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing. Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu." kata Rasyid. 

Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sangat pun, dia akan baca paling kurang 1 ayat, dan terjemahnya sampai faham. Kenapa? Sebab belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !! (Rujukan HR Ibnu Majah No.215)

Rasyid nak solat banyak-banyak sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sebab hobi dia tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, pahalanya seperti Solat Seluruh Malam. Rasyid memang bijaksana! (Rujukan HR Muslim)

Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pun merangkak2. Tapi Rasyid banyak baca surah Al-Ikhlas. Setiap hari  paling kurang 15x (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sebab dia tahu baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti 1x Khatam Quran. Rasyid memang smart!

Rasyid tengah drive nak pergi bank. Tapi jem sungguh! Mulutnya kumat-kamit. Sampai Bank, orang pula ramai sangat. Sambil menunggu, mulutnya kumat-kamit lagi. Rasyid tengok orang lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tengah maki ke? Rasyid kata, "Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik daripada saya duduk termenung jew. Pahalanya AMAT BERAT, tapi TAK PENAT pun..." Perghhh deep beb!! Orang tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. Rasyid tersenyum kerana telah berjaya menyampaikan ilmu yang berguna.

Rasyid membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supaya tidak ambil upah kerja untuk masjid. Setiap kali orang guna Masjid untuk beribadah, kita dapat pahala. Orang-orang kagum dengan dua beranak tu. Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!*

Seorang yang bijak bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sebelum azan.  Rasyid selamba jawab : azan untuk peringatan kepada orang-orang yang lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dalam kalangan mereka!! (kita mohon dengan Allah akan kesejahteraan, keselamatan dunia akhirat).Orang Soleh tu naik insaf! Rupanya Rasyid lebih bijak daripada orang tu!

Rasyid selalu minum air di masjid pada hal air tu di rumah dia pun ada. Bila ditanya Rasyid jawab supaya orang yang letak air di masjid tu diberi ganjaran. Aku terkedu....Rasyid bijakkan?

Rasyid rajin berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor untuk dapat Pahala PERCUMA, dan terus Solat Jemaah di Masjid untuk dapat 27x darjat. Duit pun jimat. Rasyid is sooo brilliant!!*

Lepas berbuka di Masjid, Rasyid terus basuh tangan dan dalam keluarkan RM1 dari koceknya. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorang budak... Rasyid kata, "takpe la dik, abang bukan kaya sangat, tapi kalau boleh istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometriko (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari 
=RM21,000,000 

Budak tu terus cium tgn Rasyid, sebab kagum Rasyid bukan saja pandai Agama, malah pandai Add Math!! Hahaha.

Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, " Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." (surah Al-Munafiqun Ayat 10). Maksudnya orang yang dah mati kalau dihidupkan balik untuk buat 1 amalan saja, dia akan pilih untuk bersedekah kerana sedekah pahala amalannya boleh membiak.

Rasyid letih so dia nak take a nap sekejap. Dia take a nap di Masjid dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sebab dia dapat pahala iktikaf walaupun tidur. Rasyid is clever as always!

Rasyid hormat ibu bapanya. Kalau ada apa-apa yang dia tak sependapat dengan ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. Rasyid tahu derhaka kepada ibu bapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!*

Rasyid kata, "Bilamana sampai  kepada kamu gosip-gosip tentang seseorang daripada mereka, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu saja. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti setakat kamu saja, bermakna kamu telah dapat pahala tutup aib orang. Barangsiapa yang tutup aib mana-mana muslim, Allah akan tutup juga aib dia." Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu.

3 doa yang Rasyid sure ingat untuk dibaca semasa sujud ;
1. Ya Allah, aku mohon dgn-Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd aku taubat nasuha sebelum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tanpa sebarang pengkhususan). Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid

Sehinggakan bila kamu berniat unttk sebarkan ucapan ini, meniatkan saja tu pun dah dikira sebagai kebaikan. Moga-moga dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia dan akhirat.

Buatlah baik walau sekecil-kecilnya sebab kadang-kadang kita tak tahu besar mana pahalanya. Jom ikut kehebatan Rasyid.

May 13, 2019

A'Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

8:52 AM 28
A'Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

A'bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran l Assalamualaikum. Last month, Althea - platform kecantikan nombor satu di Korea telah melancarkan satu produk eksklusif terbaru mereka yang sangat sangat comel tau korang iaitu Althea A'bloom. A'bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran dah korang. Boleh lah ushar lepas ni.
Althea A'bloom
Althea A'bloom

A'bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

Masa dapat parcel Althea ni, serius Ana teruja gilerrr. Satunya sebab packaging koleksi A'bloom ni  semuaya comel-comel belaka, lepas tu semua yang ada dalam box tu produk-produk yang memang Ana nak sangat!!

Nak tau apa barang yang Ana suka sangat tu, jom tengok apa yang ada dalam box kali ni.

A’bloom Meringue Puffs - Giant (RM8/pc) / Baby (RM11/3 pcs)

Masa buka box tu, dalam banyak-banyak barang yang ada, benda ni yang paling menarik di mata Ana. Cuteness overloaded tau korang. Lepas tu sweet je warna pastel sponge dia. Lembut pulak tu. Sekali tengok nampak macam meringue sebenar kan. Rasa nak makan-makan je!!!
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs ni merupakan beauty tool pertama Althea A'bloom yang diilhamkan dari meringue cookies menggunakan span bukan latex (non-latex sponge) yang bersifat hidrofilik di mana saiz sponge akan membesar sehingga 1.5 kali ganda apabila direndam di dalam air. Korang boleh nampak perbezaan saiz sponge tu dekat gambar atas ni. Untuk A'bloom Meringue Puffs ni, dia ada 2 saiz yang korang boleh pilih - Giant Meringue Puff atau Baby Meringue Puff.
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs
Untuk Giant Meringue Puff tu Ana guna untuk blend foundation atau concealer di bahagian yang luas seperti di pipi, dahi dan dagu. Dan Ana akan basahkan sponge tu terlebih supaya blending process tu jadi lebih mudah dan hasil solekan akan nampak kemas dan cela dapat di tutup sempurna.
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs
Untuk Baby Meringue Puff pula sesuai untuk digunakan di bahagian muka yang kecil dan tersorok seperti di hujung, bawah atau di kelopak mata serta tepi-tepi hidung. Memang mudah kerja bila ada Baby Meringue Puff ni. Sekejapan dia blend semua tu.

Sebenarnya meringue sponge ni korang boleh je nak guna sama ada secara lembap (rendam dalam air sebelum guna) atau pakai kering. Kalau kata korang rendam sponge tu macam Ana, solekan pada kulit akan nampak lebih glossy. Tapi kalau guna tanpa air pun boleh. Hasilnya solekan korang akan nampak ala ala matte. So ikut pada keselesaan korang dan jenis foundation / concealer yang korang pakai tu.


A’bloom Fruits Mask Pack - MYR2 (MYR15 - 10pcs)

Kalau korang tercari-cari face mask yang berbau buah-buahan segar seperti aroma citrus yang menyegarkan, korang kena cuba A'bloom Fruits Mask Pack ni. Memang best gilerr bau dia.
Althea A'bloom Fruits Mask Pack
Selain dari berbau wangi, face mask ni juga bertindak sebagai penyelesaian penjagaan untuk semua jenis kulit. Antara kebaikan A'bloom Fruits Mask Pack ni ialah :

💐 Tinggi dengan antioksidan dari ramuan tumbuhan semulajadi dan ekstrak buah-buahan segar
💐 PH yang seimbang menguatkan daya ketahanan kulit dan menjadikan kulit lebih segar
💐 Diperbuat dari 100% fabrik mesra alam semulajadi yang berkesan untuk menyerap esen pati buah-buahan ke dalamnya
💐 Mempunyai kesan penyejukan dan menyerap dengan baik untuk "menyuntik" kebaikan esen buah-buahan ke dalam kulit untuk kulit kekal lembap hingga keesokan harinya
💐 Siri whitening face mask mampu memberi kesan cerah yang segera selepas penggunaan

Untuk kolekasi Althea A'bloom Fruits Mask Pack kali ni, korang boleh cuba face mask dari 4 jenis buah-buahan yang setiap satu mempunyai kebaikannya yang tersendiri :
Althea A'bloom Fruits Mask Pack
Althea A'bloom Fruits Mask Pack

WATERMELON MOIST MASK

💐 melembab dan menyejukkan kulit semasa cuaca panas 
💐 mengandungi asid aminoik semulajadi (Citrulin & Betain) yang membentuk membran pelembab pada kulit, menjadikan kulit kekal lembap dan lembut
💐mengandungi ekstrak lavender yang membantu menenangkan kulit sensitif

PEACH AC CONTROL MASK

💐 kaya dengan kelembapan dan vitamin A retinol yang membantu mengawal minyak dan air pada kulit
💐 retinol membantu menormalkan kitaran kulit serta menyingkirkan sel-sel kulit mati untuk kulit yang licin & terhidrat.
💐 mengandungi ekstrak pokok teh yang membantu membersih dan mengawal masalah liang roma di wajah

AVOCADO NOURISHING MASK

💐 kaya dengan protein yang menghalang proses penuaan 
💐 mengandungi antioksidan yang kuat dengan tocopherol vitamin E
💐 menjadikan kulit cerah berseri dan anjal
💐 mengandungi ekstrak bunga matahari yang kaya dengan Antocyanin, antioksidan untuk mencegah penuaan

LEMON LIME WHITENING MASK

💐 kaya dengan vitamin C untuk membaiki dan melindungi kulit dari sinar UV
💐 menjadikan kulit lebih cerah dan telus
💐 mengandungi ekstrak teh hijau yang kaya dengan vitamin C untuk membantu mengawal pengeluaran melanin

Nak guna face mask ni mudah je :
1. Basuh muka bersih-bersih dan apply toner selepas tu. 
2. Buka pek dan buang film yang ada, kemudian pakai mask di muka selama 10-20 minit.
3. Tanggalkan mask dan sapu lebihan esen pada kulit wajah sehingga meresap sepenuhnya.
Dalam banyak-banyak mask ni yang Ana paling suka ialah Watermelon Moist Mask. Sesuai sangat untuk dipakai dalam. Terasa kulit rasa lebih sihat, lembap dan segar. Bau dia jangan cakap lah. Manis-manis buah-buahan. Best sangat.

Mask sheet dia pun best. Sangat lembut dan nipis serta mnyerap dengan sangat baik esen yang ada dalam pek tersebut. And even after 20 minutes, mask sheet tu masih lembap dekat muka kita. In term of size, mask sheet tu memang boleh cover seluruh muka Ana sebab kepingan dia agak besar especially di bahagian mata dan mulut. Dengan potongan di bahagian-bahagian hujung mask memudahkan lagi untuk Ana apply mask dekat muka.


A’bloom BHA Blackhead Blaster (BBB) - MYR16



Untuk korang yang ada masalah kulit seperti masalah blackheads, whiteheads dan kulit mati tu, mesti rasa serabut kan. Bukan senang nak hilangkan semua masalah tu. Dah lah susah, sakit pulak tu bila nak hilangkan.
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Memahami ketidakselesaan korang tu, Althea di bawah koleksi eksklusif A'bloom mengeluarkan BHA BLACKHEAD BLASTER (BBB) - cara yang paling senang dan cepat untuk merawat masalah-masalah tersebut. Nak lagi berkesan lepas pakai BBB ni korang pakai pula mask dekat atas tadi.
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Diformulasi dari bahan semulajadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil dan BHA semulajadi (natural BHA), BBB membantu secara lembut membersih pori hingga ke akar tanpa meninggalkan iritasi dan kesan merah pada wajah. Setiap bahan yang diguna mempunyai fungsinya yang tersendiri :

● BHA semulajadi - membersihkan liang hingga ke dalam dengan mengelupaskan sel-sel kulit mati
● Apricot seeds - membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.
● Arang - menyerap kotoran di liang-liang.
● Tea tree leaf oil - membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit
Nak guna BBB ni mudah je. First korang lembapkan sedikit kulit muka, kemudian apply BBB pada kawasan yang bermasalah dan urut secara membulat selama 30 saat. Last sekali bilas dengan air bersih atau lap dengan kain basah. Senang je.

Ana dah beberapa kali pakai BBB ni so far blackheads yang kecil tu memang akan cepat hilang. Cuma yang besar-besar tu take time sedikit. So korang pakai lah secara konsisten untuk hasil yang terbaik. Senang kata pakai lah setiap hari sampai hilang semua blackheads, whiteheads dan sel kulit mati tu hilang semuanya. Nak pakai pun senang je kan. Nak bawa ke mana-mana pun boleh sebab saiz dia sangat comel dan mudah diselit dalam handbag.


Ok lah tu je kali ni Ana nak share tentang brand kesayangan Ana ni. So far memang Ana puas hati dan suka sangat dengan setiap satu koleksi Althea A'bloom ni. Dengan harganya yang tersangat mampu milik, takde alasan untuk korang tak cantik ok. Repeat to purchase? Sureeeee especially mask dia yang super best tu.

Untuk korang yang berminat nak cuba sendiri kebestan Althea A'bloom ni korang boleh beli di https://my.althea.kr/althea-exclusives/a-bloom. Dapatkan cepat-cepat tau sebab ada promos istimewa sekarang ni. Sambil-samnil tu boleh lah nampak muda remaja masa hari raya nanti.

May 10, 2019

Dari Zero Ke Jutawan? Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman

10:07 AM 23
Dari Zero Ke Jutawan? Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman

Dari Zero Ke Jutawan? Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman l Assalamualaikum. Mesti ada antara kita pernah atau sedang lalui saat-saat kesempitan kewangan kan. Terasa betapa berat dan susahnya hidup kan? Sampai buntu tak tau nak buat apa. Nak pinjam duit memang lah mudah tapi sampai bila? Rasa macam useless pula bila tak mampu nak sediakan keperluan secukupnya untuk anak-anak. Apa lagi nak beri duit poket pada ibu bapa. Lagi-lagi nak raya ni. Kan best kalau aku seorang jutawan. Haaaaaaa ada yang berani nak tunaikan impianDari Zero Ke Jutawan? Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman ni.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Dari Zero Ke Jutawan? Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman

Siapa tak nak jadi jutawan kan? Kalau tanya semua orang, takde yang tak nak jadi jutawan duit berkoyan-koyan tu. Tapi nak jadi jutawan tu bukan senang. Bukan datang bergolek duit juta-juta tu. Kena ada ilmu, rancangan, pelaksanaan, usaha dulu. Tu pun lepas beberapa puluh kali gagal baru lah boleh nak merasai kemanisan bibit-bibit kekayaan.

Bagi korang yang  Nak Ubah Dari Zero Ke Jutawan? Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman yang bertajuk KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES yang akan berlangsung secara live event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC).
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Sebut jer nama Dr Azizan Osman, Ana yakin rata-rata rakyat Malaysia kenal dengan jutawan muda yang sering menganjurkan program keusahawanan di negara kita ni. Kalau korang nak tau, Dr Azizan Osman telah bergelar jutawan seawal usia 32 tahun tau. Kini beliau merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran di syarikat beliau sendiri; Richworks International Sdn Bhd.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Selama 11 tahun Richworks International Sdn Bhd ditubuhkan (tahun 2008), lebih dari 700,000 peserta telah menyertai program yang dianjurkan dan kebanyakan mereka telah berjaya merubah diri dan kehidupan mereka. Bayangkan masa mereka hadir dalam program tersebut, mereka dalam keadaan kusut, banyak masalah, penuh dengan tekanan kewangan. Tapi lepas menyertai program Dr Azizan Osman ni, kehidupan mereka berubah dari yang biasa-biasa kepada yang luar biasa hanya dengan berniaga. Contohnya jenama bantal Das Abdul Group. Mesti korang selalu dengar jenama bantal ni kan.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
 Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Bukan takat mereka yang penuh dengan masalah kewangan, malah mereka yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul pun turut sama hadir bagi memantapkan perniagaan mereka. Sebabnya bila berniaga tanpa ilmu perniagaan ni, mereka sukar untuk mendapatkan hasil jualan bulanan yang konsisten dan tinggi. Dan kesannya perniagaan mereka tak berkembang, bebanan hutang semakin tinggi yang akhirnya mempengaruhi kehidupan mereka.
Macam Ana bagitau tadi, rata-rata dari mereka yang telah menghadiri beberapa kali program yang dianjurkan RichWorks telah mula menikmati kehidupan yang lebih baik di mana mereka telah berjaya merubah menjadi usahawan dalam pelbagai bidang. Ini semua kerana mereka berani untuk melangkah keluar dari kepompong bebanan kewangan yang ditanggung selama ni.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Tahniah diucapkan kepada Dr Azizan Osman, Master Coach RichWorks kerana telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di Malaysia. Antaranya ialah kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. RichWorks melihat program-program yang dianjurkan sebagai peluang untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Untuk seminar Dari Zero Ke Jutawan di Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman bulan Ogos nanti, RichWorks menyasarkan seramai lebih 10,000 peserta akan menyertai selari dengan misi mereka untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus kepada titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.
Dr Azizan berkata ramai dari kita sedang merasai bahang daripada tekanan ekonomi terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana atau mereka yang tidak bekerja. Ditambah pula dengan kos barang yang semakin meningkat dari sehari ke sehari akibat nilaian tukaran ringgit yang lemah hari ni.

Beliau juga mengakui secara individu beliau mungkin tak mampu nak ubah ekonomi dunia tapi melalui platform program yang dianjurkan hasil inisiatif beliau sendiri mampu memperkasakan rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri. Janji mereka komited dan berusaha mengikut bimbingan daripada ilmu dan pengalaman yang beliau kongsikan.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Dr Azizan yakin yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir November 2018 yang lepas. Ini kerana program  Program Nak Ubah Hidup ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka sekaligus mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman
Macam mana? Rasa  Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Apa kata korang daftarkan diri korang di www.nakubahhidup.com sekarang kerana pendaftaran telah pun di buka sekarang!!! Untuk maklumat lanjut tentang program Nak Ubah Hidup ni korang boleh layari laman web atau media sosial Dr Azizan Osman seperti di bawah atau korang call no hotline di 1300-88-2424.