Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi - Ana Suhana

Apr 5, 2019

Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi


Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi l Assalamualaikum. Baru-baru ni produk penjagaan diri terkemuka, Systema telah melancarkan Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi untuk Bantu Menambah Baik Kesihatan Oral Rakyat Malaysia hasil Kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi 
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi 

Korang tau tak menurut kajian yang dijalankan, 94% orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi. Ramai kan? Adakah korang antara yang tergolong dalam golongan ni? Tak pasti? Why not korang layari laman web gumhealthcheck.com ni. Dekat laman web ni korang boleh membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu korang untuk mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat.

Apa yang korang buat ni sebenarnya kamu merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019 hasil kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. 
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi 
Kempen yang telah dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed bersempena dengana Hari Kesihatan Oral Kebangsaan baru-baru ni bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya untuk memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas. Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan.  

Kempen Gumbatte ini mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi. 
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi 
Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain dan kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaru, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa. 

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian. Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte ini boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo turut menyatakanbahawa  usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Seperti yang kita semua tahu,  jenama Systema merupakan jenama utama Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih 120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik.
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi 

Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi. Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi. Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif. Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik,” kata Foo. 

Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini. 

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini dalam memberi kesedaran terhadap penyakit gusi yang berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya.

Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. 

Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama sehingga Ahad, 17 Mac 2019. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain.  So korang jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat. 
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi
Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi 
Produk-produk Systema ni boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar, pasaraya kecik dan juga farmasi di seluruh negara pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55.

15 comments:

  1. Dalam pemilihan ubat gigi ni hakak masih memilih harga yang berpatutan utk membeli Ana, bukan tak menyokong kesihatan gusi tp kadang kadang harga menjadi benda pertama nak memilih...ginilah kalau golongan rakyat jelata biasa hihi

    ReplyDelete
  2. Good sharing Ana.. bagi kesedaran dalam penjagaan gigi dan gusi kan..

    ReplyDelete
  3. Penjagaan gusi penting untuk menjaga gigi juga. Terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  4. wow baru tahu sakit gigi ada relate dengan alzheimer!

    ReplyDelete
  5. yang penting jangan lupa berus gigi sekurang2 2X sehari

    ReplyDelete
  6. Makin berusia makin abaikan kesihatan gusi

    ReplyDelete
  7. Agar tak merana sakit gusi.. :(

    ReplyDelete
  8. Kesedaran kesihatan gusi amat penting tapi ramai yg terlupa

    ReplyDelete
  9. huwaaa !! sebut pasal gusi ni kite tengah ulser ni kak. first time dalam idop kena ulser T.T nak gosok gigi sakit. hahaha jakun kan..

    ReplyDelete
  10. Kesihatan gusi mmg penting dan ramai sebenarnnya tak tahu selain penjagaan gigi. Bagus ada kesedaran mcm ni utk pengetahuan semua.

    Pernah kena bengkak gusi, nak gosok gigi pun perit.. hadoii..

    ReplyDelete
  11. terbayang-bayang iklan systema...reramai tu ha. So far belum pernah try, nanti stok kat rumah habis nak try systema pulak

    ReplyDelete
  12. good sharing Ana...ramai cuma ingat jaga gigi tapi lupa ttg kesedaran menjaga gusi jugak kan

    ReplyDelete
  13. teringin juga nak mencuba jenama ini...

    belum ada peluang buat masa sekarang

    ReplyDelete
  14. gigi dan gusi nak pakai sepanjang hayat...

    sy penah cuba berus gigi systema je ubat gigi belum pernah

    ReplyDelete
  15. Berus gigi dia memang kesukaan Sha sekeluarga.. Ubat gigi dia tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤