Jom Minum Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat - Ana Suhana

Apr 1, 2019

Jom Minum Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat


Jom Minum Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat l Assalamualaikum. Siapa hari-hari sarapan minum susu kita geng. Ana sejak kecik sampai dah tua ni wajib minum susu setiap kali sarapan. Kita memang elok minum susu dari bayi, kanak kanak sampailah ke tua. Dan susu pilihan Ana tak lain tak bukan susu Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Yang Lebih Kuat.
Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Yang Lebih Kuat
Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Yang Lebih Kuat
Jom Minum Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat

Hari ni masing-masing sibuk dengan kerja. Rasa tak cukup 24 jam sehari tu kan. Dan tak menghairankan kalau Ana kata kebanyakan keluarga yang tinggal di bandar-bandar besar tak sempat nak sediakan sarapan apatah lagi untuk meluangkan masa untuk menikmati sarapan yang bernutrisi pada waktu pagi bersama-sama.
 Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat
 Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat
Tapi orang bandar ni kebanyakkannya bijak-bijak belaka. Dorang dah biasa suaikan sarapan yang lazat lagi mudah untuk di ambil serta penuh dengan nutrisi, protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat setiap hari iaitu dengan meminum 2 gelas susu Dutch Lady +Protein BAHARU. Kenapa 2 gelas sehari? Sebabnya dengan 2 gelas Dutch Lady +Protein setiap hari dah cukup untuk membantu memenuhi 40% keperluan protein untuk korang menjalankan aktiviti seharian.

Baca juga : Sedapnya Susu Ducth Lady Pure Farm

Seperti yang kita tahu, protein merupakan asas pembentukan organ badan manusia seperti rambut, kulit, mata, otot dan organ lain. Nutrien yang ada dalam protein tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang diperlukan dalam setiap aktiviti rutin seharian kita. Sebab tu pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.

Bak kata Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam tak kan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi kandungan protein lengkap namun makanan tersebut mengambil masa yang lama untuk disediakan especially pada waktu pagi yang sibuk. Kadang tu bila nak cepat, kita akan terlebih masak daging dan ikan tu. Kesannya secara tak langsung kita dah memusnahkan nutrien penting yang ada dalam makanan tersebut sekaligus menghalang penyerapan nutrien yang diperlukan oleh badan kita. So defeat the purpose kan.

Sebab tu pakar tersebut cadangkan untuk kita minum susu setiap pagi sebelum mulakan kerja sebab susu seperti Dutch Lady +Protein ni dah sedia untuk diminum serta merupakan pilihan sumber protein yang amat baik dan mengandungi protein berkualiti tinggi seperti daging di mana kedua-duanya kaya dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Lagi satu protein daripada susu amat mudah dihadam, so badan kita dapat menggunakan nutrien dengan efisien untuk meningkatkan kesihatan kita.

Bukan pakar je saran kita untuk minum susu tau. Kalau korang ingat lagi, Garis Panduan Pemakanan Malaysia  yang kita belajar dulu pun mengesyorkan agar kita amik 2-3 hidangan susu dan tenusu sehari. Ingat tak???? Dan pakar tersebut juga menyarankan agar kita ikut panduan 'Pinggan Sihat Saya" dari KKM semasa makan di mana isikan 1/4 pinggan sarapan anda dengan karbohidrat, 1/4 pinggan dengan makanan kaya dengan protein, dan 1/2 pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Apa kesan kalau kita tak amik protein secukupnya? Ia boleh membantutkan peningkatan berat badan dan ketinggian malah korang juga boleh mengalami kehilangan berat dan jisim badan tanpa lemak yang tidak sihat. Jadi badan akan lemah dan tidak bertenaga dalam menjalankan aktiviti seharian.
 Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat
 Dutch Lady +Protein Untuk Permulaan Hari Yang Lebih Kuat
Oleh itu, jangan lupa tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga semasa sarapan dengan susu Dutch Lady +Protein mulai hari ini kerana susu Dutch Lady +Protein mengandungi protein berkualiti tinggi untuk pembinaan otot serta mengandungi kalsium yang tinggi yang penting untuk tumbesaran tulang yang kuat untuk kanak-kanak.

Susu Dutch Lady +Protein juga membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang sibuk dan aktif. Selain itu, susu Dutch Lady +Protein juga mengandungi nutrien penting seperti Vitamin A, Vitamin B2, dan Vitamin D yang penting untuk menjaga badan kita agar berfungsi dalam keadaan yang terbaik.

Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau http://www.dutchlady.com.my/plusprotein.

13 comments:

  1. wahh.. dutch lady ada keluarkan susu baru.. boleh try la nanti.. dilah memang suka minum susu dutch lady ni..

    ReplyDelete
  2. saya memang suka mimum susu..

    cuma jarang mimum kerana tak mampu untuk minum selalu

    ReplyDelete
  3. oh ada dutchlady protein..tk prasan plak..nanti nk try la

    ReplyDelete
  4. tak perasan pulak ada jenis baru..nanti boleh cari.

    ReplyDelete
  5. ejulz suka coklat n stawberry. hehe

    ReplyDelete
  6. Pilihan susu yang harus ada kat rumah Kak Sue nie Ana..

    ReplyDelete
  7. Antara minuman kegemaran PC ni Kak Ana. Lagi bila puasa. .boleh minum masa sahur dan berbuka kawankan dengan kurma.

    ReplyDelete
  8. wahhh Kak Ana suka minum susu ea? mcm sy ni tak boleh minum susu yg putih mesti termuntah. kalo yg ade flavor chocolate baru boleh hehe

    ReplyDelete
  9. Walau biasa dengan susu Dutch Lady tapi rasa susu yang baru ni belum cuba lagi.. ;)

    ReplyDelete
  10. Susu putih ni payah sikit. Kalau yang kaler2 laju je telan. Anak2 pun sama. Huhuhu.

    ReplyDelete
  11. alaaa kak memang kenot go plain milk. yang flavoured ke yougurt okla. hehe..
    tapi skrng sesekali minum gak. tutup idong =P

    ReplyDelete
  12. satu family boleh minum ni kan rasanya sedap

    ReplyDelete
  13. Dutch Lady mmg jenama yg dipercayai dan jadi pilihan seisi keluarga.. sedap.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤