Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam - Ana Suhana

Apr 9, 2019

Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam


Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam l Assalamualaikum. Lagi beberapa hari je nak masuk Ramadan. Excitednya lah hai. Tak sabar nak berpuasa, berterawih semua. Cakap pasal puasa, takbsah kalau tak share tentang entri iftar. Kali ni Ana nak share tentang Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam.
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Kalau korang perasan banyak hotel yang buat konsep ala bazar sejak 2 menjak ni. Ni sebab bazar sangat dekat dengan orang Malaysia bila masuk bulan puasa. Betul kan?

Tak ketinggalan juga Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam ni. Penuh dengan warna warni  lagi katanya tahun ni. Menariknya menu-menu yang dihidangkan bukan saja ada menu tempatan malah menu antarabangsa juga.

Untuk tahun ni terdapat lebih dari 100 jenis pilihan menu yang berbeza bakal dihidangkan buat para tetamu termasuklah masakan popular negeri-negeri di Malaysia ni. Jom kita tengok apa menu-menu yang ada di sini.
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Untuk menu hidangan utama (main course), terdapat pelbagai seleksi nasi untuk dipilih. Korang yang wajib berbuka dengan nasi tu, Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam patut ada dalam list korang. Sebabnya di sini ada dihidangkan nasi pakistan, nasi putih dan juga nasi kabuli bersama dengan lauk-pauk istimewa iaitu daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masam manis, daging salai, ayam panggang, stew kambing dan pelbagai pilihan lain.
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Yang suka makanan barat tu jangan lupa boleh cuba menu seperti pasta dan pizza hawaian yang turut dihidangkan di dalam menu masakan utama di atas.
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Manakala gerai-gerai yang berkonsepkan bazar yang diletakkan di sekeliling lobi hotel pula terdiri daripada  gerai seperti briyani, gerai masakan India, gerai Tandoori, gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, gerai Itali, gerai ‘grill and carving’ dan juga gerai Cita Rasa Negeri. 
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Siapa yang suka giler makan kambing, jangan lupa terjah gerai ‘grill and carving’ tau. Selain tu ada juga menu seperti daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap. Amacam telan air liur tak baca menu-menu ni. Hehe. 
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Tadi Ana ada kata yang bufet ramadan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni ada juga menghidangkan menu popular negeri-negeri di Malaysia ni kan. Semua menu-menu ni korang boleh dapat di gerai ‘Cita Rasa Negeri’. Antara menu yang korang boleh cuba ialah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak) Lontong dan Rendang Cili Padi (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan banyak lagi. 
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam juga turut menghidangkan menu-menu yang trend aka Viral di media sosial seperti Burger Cheese Meleleh, Char Kuey Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepak Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa. Kaw kaw kan menu dia. Memang terbaik beb.
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Ala
Jangan lupa pula mencuba aneka pilihan pemanis mulut bagi mengakhiri sesi iftar korang tu. Antara menu yang ada di kaunter pencuci mulut ialah ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu & kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega dan juga sago gula Melaka.
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Oh ya tak lengkap menu berbuka kalau takde air kan. Di Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam ni, aneka pilihan minuman disediakan untuk para tetamu seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan teh dan kopi berkualiti tinggi. 
Bufet Ramadan Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Makan makan juga tapi ibadah yang lain jangan lupa. Bagi mengisi malam Ramadan yang penuh dengan keberkatan, para tetamu dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih berjemaah yang akan diketuai oleh imam hotel. Selain tu pihak hotel juga akan akan menjalankan projek amal bagi anak-anak yatim.

Bufet Ramadan Ala Bazar dan Kampung di Grand Bluewave Hotel Shah Alam bermula pada bermula 6 Mei - 4 Jun 2019 dari jam 7 hingga 10 malam bertempat di Restoran Royale Songket. Harga seperti di bawah :

Harga Hari Bekerja :
Dewasa : RM138++
Kanak-kanak & Warga Emas : RM70++

Harga Sabtu, Ahad & Cuti Umum :
1 Dewasa + 1 Kanak-kanak : RM148++

Harga Early Bird :
10 orang ke atas  : RM95++
9 orang ke bawah : RM100++

** tempahan & pembayaran sebelum 1 Ramadan ( 6 Mei 2019)

Harga Dewan Bankuet :
Min 100 orang : RM75++

** Promosi khas untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup di dewan bankuet yang berada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.


Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah, sila hubungi Sales & Marketing Department di talian 03-55118811 ext. 28012804 atau 2806 ATAU emel ke dosm@bluewavehotels.com ATAU layari laman sesawang www.bluewavehotels.com.

15 comments:

  1. uih...sedap² menu yang ada kat grand bluewave ni..

    ReplyDelete
  2. Lagi ramai lagi murah..boleh ni kalau ada yang meracang bawa ahli keluarga..kawan-kawan.Tengok menu semua menarik dan sangat menyelerakan.Membuka selera..

    ReplyDelete
  3. alahai lazatnya tak terperi semua menu tuh ana

    ReplyDelete
  4. next nak buka puasa kat sini la...

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan kat sini kan Ana.. tempat pun selesa..

    ReplyDelete
  6. Banyaknya menu.. kek pun banyak pilihan . Chicken wings tuh sedapp

    ReplyDelete
  7. Laju-laju saya scroll.. menu semua nampak sedap2.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Banyaknya hidangan.. Ni kalau kat sana mesti pening nk pilih yg mana sebab semua nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
  9. Pergh!! Teruja betul tengok buffet dia.. Tak pernah tak meriah..

    ReplyDelete
  10. sdpnya tgk lauk-lauknya, banyak pilihan.

    ReplyDelete
  11. pernah sekali makan di Grand Bluewave. makanan2 tak mengecewakan.
    tengok la tuu rambang mata nak pilih mana satu =D

    ReplyDelete
  12. uiiiii sedap2 belaka...xde yg xsedap semaunya sedap ;-)

    ReplyDelete
  13. banyaknya menuuuu.. terliur dh ni. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤