April 2019 - Ana Suhana

Apr 19, 2019

Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma

9:05 AM 14
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma

Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma l Assalamualaikum. Lagi beberapa hari kita nak masuk bulan Ramadan. Bulan yang dianjurkan untuk kita beribadah sebanyak mungkin termasuk dengan bersedekah. Nak sedekah ni tak terhad pada duit saja. Ada yang suka bersedekah dalam bentuk material seperti Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma ni.
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma

Bersedekah Beli Yasin Murah 50sen ni antara yang popular di kalangan rakyat Malaysia terutama bila tiba bulan puasa atau ada kenduri di majlis-majlis. Sedekah Yasin 50sen ni bagi Ana ada banyak kebaikannya. Takde istilah pembaziran pun kan. Cuma jangan lah dilihat pada harga Yasin tu tapi lihat pada ganjaran yang diperolehi bila orang baca dari Yasin yang disedekahkan tu.

So ada yang plan nak beli yasin 50sen ni? Kalau ada ni Ana nak suggest korang beli dekat URBAN SHOPS sebab katanya sekarang ni Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma. Best kan? Macam mana nak dapatkan sampul duit raya PERCUMA dari Urban Shops ni?
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma

Senang je cara dia. Korang hanya perlu beli Yasin Murah 50sen minimum 100pcs dan secara automatik  korang akan menerima sampul duit raya PERCUMA! Bukan sekeping dua, tapi 10 keping ok. Design sampul duit raya tu pulak bukan beshe beshe tau - COACH lagi u olls. Cun menarik kebabom design dia kan. Oh ya while stock last tau. Siapa cepat rezeki dia lah dapat.
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Penghantaran Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma ni pula adalah ke seluruh negara. Tak kisah lah sama ada korang duduk dekat utara, selatan, pantai timur atau seberang laut di Sabah dan Sarawak. Semua URBAN SHOPS boleh bagi pos laju tolong hantarkan.

Dan buat korang yang duduk area Selangor pula, korang boleh pilih sama ada nak melalui pos atau kalau kata nak cepat korang boleh op for COD (Cash On Delivery). Tapi kena buat appointment lah dulu sebab COD hanya untuk hari Isnin - Khamis saja. Hari lain hanya melalui pos saja. Harap maklum lah ye.

So macam mana nak beli Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma ni? Korang hanya perlu WhatsApp ke www.wasap.my/60126460421 atau www.wasap.my/601151044524 dan terus taip "Saya nak Yasin murah!"
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma
Nak dapatkan PENGHANTARAN PERCUMA? Korang boleh beli Beli Yasin Murah 50sen Dapat Sampul Duit Raya Percuma ni aplikasi Shopee atau Facebook. Pembayaran menggunakan KAD KREDIT / DEBIT juga diterima. Mudah sangat kan ! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Apr 18, 2019

Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak

9:27 AM 10
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak

Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak l Assalamualaikum. Baru-baru ni Dutch Lady telah menjalankan kajian dan mendapati 87% ibu bapa di Malaysia bukan saja mahukan anak-anak mereka bijak dalam akademik tapi memiliki nilai-nilai yang murni juga. Sebab tu Dutch Lady yang merupakan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No. 1 di Malaysia mengandungi DHA2 paling tinggi yang Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Dalam tinjauan tersebut menunjukkan daripada 400 ibu bapa di Malaysia yang terlibat, seramai 370 daripada mereka memilih untuk membesarkan anak-anak yang memiliki kebijaksanaan dalam akademik dan nilai murni yang baik.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Menurut Cheryl Ann Fernando, seorang pakar pendidik yang juga Pengarah Global School Malaysia, kanak-kanak yang bijak ialah mereka yang mempunyai keputusan yang baik di sekolah serta  memahami dan mengamalkan ajaran nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh tentang cerita bagaimana kucing suka makan ikan. Bagi seorang kanak-kanak yang baik dalam akedemik, mereka akan tahu yang ikan adalah makan kesukaan seekor kucing. Tapi kanak-kanak bijak dalam keduanya ialah mereka yang boleh bertindak dengan memberi sisa ikan atau ikan kepada kucing. Ini menunjukkan salah satu contoh penerapan nilai-nilai murni pembelajaran yang diamalkan dalam kehidupan mereka.

Menarik lagi tentang tinjauan yang dibuat menunjukkan kira-kira 8% daripada ibu bapa memilih untuk membesarkan anak-anak mereka dengan nilai murni saja. Adakah ini bermakna mereka kurang mengambil berat tentang prestasi anak-anak mereka di sekolah??

Menurut Dr Yong Junina - pakar perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik, memiliki nilai murni hanya bukan sekadar kita bercakap tentang kebaikan malah ianya juga bermaksud berbuat baik kepada manusia lain, haiwan, atau hanya dengan melakukan kebaikan (di dunia) pada amnya melalui teladan yang ditunjukkan pada mereka. Kesannya kanak-kanak yang bijak ini lebih mudah dididik kerana dia memahami nilai-nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran di Dutch Lady Malaysia menyatakan, interaksi berterusan di antara ibu bapa dan Dutch Lady Malaysia membolehkan mereka memahami aspirasi ibu bapa Malaysia yang inginkan anak yang bijak dan pada masa yang sama mempunyai nilai-nilai yang murni seperti bersikap baik, bersedia membantu orang lain dan menjadi seorang dewasa yang dapat menyumbang kepada masyarakat.

Ashlee seterusnya menambah bahawa 60% daripada otak manusia terdiri daripada lemak, dan DHA, atau asid docosahexaenoic3, dimana ianya merupakan antara lemak yang paling utama dalam otak. Dan fasa perkembangan kanak-kanak di antara umur 1 hingga 3 tahun sangat penting kerana otak mereka berkembang dengan pesat pada tempoh tersebut.

Dalam menyokong perkembangan otak kanak-kanak, antara nutrien yang sangat penting ialah DHA. Sebab tu susu tepung kanak-kanak Dutch Lady yang dirumus untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan ke atas mengandungi 5X DHA4 untuk menyokong perkembangan anak-anak Malaysia dan  seterusnya merealisasikan aspirasi ibu bapa mereka untuk membesarkan anak-anak yang bijak.


Pada bulan Mac dan April tahun ni, Dutch Lady menjemput semua keluarga Malaysia untuk penyertai Smart Adventurer / Pengembara Bijak secara PERCUMA. Menariknya nSmart Adventurer / Pengembara Bijak ni diinspirasikan dari cerita animasi popular kanak-kanak - Upin & Ipin yang banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam cerita-cerita pengembaraan mereka.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Dalam Smart Adventurer / Pengembara Bijak ni banyak cabaran atau aktiviti yang menyeronokkan disediakan seperti maze pagar sesat yang membolehkan kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja berpasukan bersama dengan ibu bapa, adik beradik atau rakan sebaya. 
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Sambil-sambil anak-anak tengah berseronok mengambil bahagian  dalam cabaran tu, para ibu bapa boleh lah mengambil peluang untuk memahami dengan lebih lanjut lagi tentang rangkaian susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady dengan 5X DHA4 yang disertakan dengan hadiah koleksi Upin & Ipin yang menarik seperti pinggan, bekas air, dan set jag serta gelas.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Untuk maklumat tentang lokasi dan tarikh, butiran hadiah dengan pembelian, sila layari www.smartmoments.com.my.

Apr 17, 2019

Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan

10:21 AM 10
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan

Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan l Assalamualaikum. Ni entri lama tapi sebab eksiden terpadam entri ni last 2 weeks maka Ana publish sekali lagi. Huhu. Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan antara hotel yang Ana suka bila bermalam di Kuantan. Kenapa Ana suka jom sambung baca.
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan

Kisahnya lepas lepaskan rasa teringin nak makan cendol di Mustafa Cendol, Ana terus ke hotel untuk check in dan berehat. Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan ni terletak di lokasi yang agak strategik sebabnya korang boleh jalan kaki kalau nak ke Masjid Negeri dan juga Kulacakes. 
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Masa Ana sampai Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan ni dalam pukul 2 macam tu. Ada rezeki kami sebab dah boleh check in terus. Tapi kalau kata kena tunggu pun takpe sebab ruang lobi di sini sangat selesa. Tak pun boleh lepak dekat Kulacakes seberang jalan tu je. Pekena mango cheese cake. hehe
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Masa stay sini Ana booked triple room dengan harga RM155 semalam beserta breakfast untuk 3 orang. Bagi Ana murah dah harga dia tu. Masuk-masuk je bilik Ana tersenyum puas hati. Tak expect pun bilik dia besar macam tu. Yang penting bersih dan kemas je. Semoat dak kecik tu posing masa Ana sibuk amik gambar bilik ni.

Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Paling penting bagi Ana ialah tandas dia kena bersih. So dekat sini memang bersih sebersihnya dan juga luas. Tempat shower di asingkan dan ada sliding door. So takde lah masalah lantai licin, becak dan sebagainya.
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Kalau korang penat dan malas nak keluar boleh jer order makanan dari hotel. Tapi rugi lah kalau tak jalan-jalan cari makan bila dah sampai di Kuantan ni kan.Apa kata korang dinner di Ana Ikan Bakar Petai Tg Lumpur. Antara tempat makan popular di Kuantan ni.
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Antara sebab lain yang buat Ana suka stay di Hotel Sentral Kuantan ni ialah sebab Sungai Kuantan terletak betul-betul di belakang hotel. Kalau ada rezeki korang boleh dapat bilik yang menghadap sungai. 
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Next time kalau ke Kuantan, Ana nak stay sini lagi sebab plan nak bawa mak ayah pula. Boleh lah ayah Ana memancing sampai lebam dekat Sungai Kuantan tu. Memang ramai tau yang memancing dari malam sampai ke siang. Boleh dapat banyak ikan lagi-lagi bila air laut tengah pasang dan masuk ke dalam Sungai Kuantan. Antara ikan yang yang boleh dapat ialah ikan pari dan ikan baung. 
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan


Ada satu taman awam terletak di tepi Sungai Kuantan dan kiranya bersebelahan dengan hotel Sentral Kuantan ni. Masa Analalu waktu malam ramai je yang outing di sini. Tapi Anasinggah belah siang je. Kalau yang ada anak kecik memang sesuai lah ke sini.
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Hotel Sentral Kuantan Hotel di Tengah Bandar Kuantan
Tentang menu untuk breakfast pula ok lah. Tak banyak pilihan tapi masih mampu mengenyangkan. Pagi tu ada nasi goreng, bihun goreng, telur goreng, roti-roti, kuih-muih dan air buah dan air panas. Ana sempat balun 2 pinggan bihun dia. Hehe.

Overall Ana sangat puas hati dan enjoy stay di Hotel Sentral Kuantan ni. Staff pun friendly Korang kalau datang Kuantan tak tahu nak stay mana boleh lah cuba check in dekat sini. InsyaAllah puas hati.

Apr 16, 2019

Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

11:01 AM 29
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort


Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort l Assalamuaikum. Kalau korang tercari-cari tempat berbuka yang berbaloi-baloi di area Bangi atau kawasan yang berdekatan, Ana nak cadangkan korang ke satu tempat ni. Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Bila cakap bab iftar ni, korang macam Ana tak? Suka iftar beramai-ramai lagi-lagi kalau dengan insan-insan yang tersayang gitu. Terasa meriah kan. Tak lah krik krik orang kata. Hehe. Ada sesetengah orang dia akan rasa seronok bila dapat iftar dengan ahli keluarga, sahabat handai even dengan mereka yang kurang bernasib baik. Masing-masing ada cara mereka sendiri kan.

Nak lagi seronok bila masa beriftar tu kita disajikan Dengan 200 Menu Bufet Ramadan seperti di Bangi Golf Resort ni. Sekali sekala apa salahnya kan. Tahun ni bufet Ramadan di sini terdiri daripada hidangan tradisional Melayu seperti masakan air tangan ibu dan juga bufet Gastronomik serta hidangan Barat untuk citarasa moden yang disediakan oleh kumpulan chef berpengalaman.

Istimewa tentang menu-menu di Bangi Golf Resort ni ialah hampir kesemua sayuran atau ulaman yang digunakan masakan Melayu dan tradisional adalah ditanam sendiri di Kebun Dalam Bandar mereka. Malah para tetamu juga berpeluang untuk memetik sendiri ulam-ulaman tersebut.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Antaranya ialah Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, hirisan limau nipis dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah beserta dengan budu dan cili. In fact warna biru pada Nasi Kerabu tersebut turut menggunakan bunga Telang dari Kebun Dalam Bandar tersebut.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Bagi peminat makanan berasaskan mee pula, jangan lupa untuk cuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun mereka yang sedap tu. Ditambah dengan sayur-sayuran segar kan. Memang layan lah. 
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Tak sah kalau iftar di Bangi Golf Resort tak pekena kambing sebabnya kambing dekat sini antara yang terbaik Ana pernah rasa.  Korang boleh cuba sama ada Kambing Bakar atau Sup Kambing Mamak. Macam Ana, Ana prefer kambing bakar dorang. Berkali-kali tambah. Campak tepi semua diet masa ni. Haha.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Satay ayam dengan daging pun ada tau. Kemain lembut isi satay dekat sini. Masuk pulut kejap je dah boleh telan. Nak makan dengan Kuew Teow Goreng atau Mee Mamak yang dimasak secara live depan korang pun boleh. Hot from pan orang kata.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Selain dari Nasi Kerabu, korang juga wajib cuba Nasi Ayam dekat sini. Cuba korang bayangkan, ayam yang dihidangkan dipanggang dengan sempurna, kemudian cicah pula dengan sos BBQ ala Oriental.  Masa kunyah tu terasa korang boleh rasa betapa empuk dan berjusnya isi ayam tu, Perghh memang terangkat kan. Nak nak lagi makan dengan homemade kicap.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Menu bufet Ramadan di Restoran Bangi Golf Resort ni tak terhad pada masakan Melayu je tau korang. Masakan popular India pun ada seperti Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri dan Daging Kambing Masak Hitam Mamak yang digandingkan bersama nasi kukus. 
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Pada yang suka pada masakan Barat pula, korang wajib cuba antara signature dish dekat sini iaitu Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Ana kalau makan dekat sini, memang akan amik menu ni. Bukan satu tapi lebih dari tu. Memang sedap dan rasa dia lain dari yang lain.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Selain tu sajian pasta kegemaran keluarga seperti Spaghetti dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara juga ada disediakan.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Tak sah kalau masa iftar takde pencuci mulut kan? Macam Ana, pencuci mulut antara menu yang wajib ada masa beriftar. Di Bangi Gof Resort ni, korang boleh juga pelbagai jenis manisan dan pencuci mulut seperti Churros Sepanyol dengan Sos Cokelat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort

Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake. 
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Dah makan manis-manis tu sure rasa haus kan. Haa korang boleh ke kaunter minuman dan pilih samad ada air sejuk atau air panas yang disediakan seperti Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh, serta air buah-buahan.

Iftar Sesama & Berkongsi Pahala

Tahun ni bufet ramadan di Bangi Golf Resort bertemakan Iftar Sesama yang membawa maksud iftar bersama-sama insan tersayang. Selain dari tu, dengan beriftar bersama-sama di sini korang secara langsung telah berkongsi pahala dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Macam mana tu? Kalau korang nak tau, Bangi Golf Resortakan akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan harapan semoga sumbangan yang diberi dapat memperkasakan lagi aktiviti pertubuhan tersebutkhususnya yang berkaitan dengan bantuan-bantuan kemanusiaan bagi golongan kurang bernasib baik.

Makan Seenaknya, Elak Membazir

Salah satu sebab kenapa Ana suka iftra di Bangi Gof Resort ni kerana makanan yang disajikan tak pernah tak cukup. Sebabnya makanan akan setiasa di top up sehingga waktu iftar tamat. So takde istilah makanan dah habis. 
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Tapi dalam masa yang sama, Bangi Golf Resort juga sentiasa mengamalkan konsep sifar pembaziran di mana Bangi Golf Resort akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation dengan menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada bufet Ramadan tersebut untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Selain dari tu, Bangi Golf Resort juga turut bekerjasama dengan portal F8Buzz.com akan mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama di mana orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian kepada yang kurang bernasib boleh berbuat demikian di sini.

Harga dan Cara Menempah

Pada tahun ni, kemudahan yang disediakan di sini semakin baik. Kemudahan surau kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa, manakala untuk mengelakan berbaris panjang, tandas daripada lima kubikel ditambah kepada 16 kubikel dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Selain itu, turut disediakan ialah lebih 800 lot parkir percuma untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan. 
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan, Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort
Bagi yang berminat untuk menempah bufet Ramada di Bangi Golf Resort, korang boleh membuat tempahan sekarang di nombor hotline atau secara atas talian seperti di bawah ini :

Harga :
RM59 nett - dewasa
RM29 nett - kanak-kanak

Hotline :

Email :

Laman Sesawang :

Facebook :

Instagram :