MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23 - Ana Suhana

Mar 25, 2019

MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23


MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23 | Assalamualaikum. MAGGI® & KPM akan memulakan pencarian chef muda berbakat melalui pelancaran Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23.
MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23
MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Ke-23

Untuk pengetahuan semua, Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baru bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.
MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23
Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.”

“Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.
MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23
Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”
MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23
“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.
MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23
Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat
MAGGI Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Kali Ke-23
Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.

Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.  Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun.


7 comments:

  1. budak2 sek yang memang ada bakat masak tu boleh sangat join. boleh asah skill..

    ReplyDelete
  2. Bagus sangat..ianya mengasah bakat dan menggalakkan minat untuk memasak dikalangan pelajar..moga ianya dapat mendidik agar pelajar-pelajar ini seimbang dalam kehidupan..tumpuan bukan semata-mata pada akademik..kemahiran kendiri mengurus rumahtangga juga perlu.

    ReplyDelete
  3. bagusnya approach budak sekolah sebab market consumer produk diorang student sekolah

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Best tu memasak dengan maggi..

    ReplyDelete
  5. syok la bdk2 sekolah menengah bole join pertandingan masak memasak ni

    ReplyDelete
  6. bagus maggi perkenalkan cara macam ni utk mengasah bakat chef cilik dari kevil lagi..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤