Hadiah Harijadi Idaman Syafi - Ana Suhana

Mar 7, 2019

Hadiah Harijadi Idaman Syafi


Hadiah Harijadi Idaman Syafi l Assalamualaikum. Lama tak cerita tentang sikitol Syafi. Last month kan genap Syafi 5 tahun. So bila tanya apa Hadiah Harijadi Idaman Syafi, as usual dia minta kereta mainan. Nak tambah koleksi yang ada katanya. Dia tak tau Ana dah plan nak clear half of the collection sebab dah takde tempat nak simpan. So first request was rejected.
Hadiah Harijadi Idaman Syafi 

Nak jadi cerita masa jalan-jalan dekat Ikea dia request nak Papan Tulis Ikea. Ana macam setuju. Tapi tak beli terus. Sebabnya Ana ingat nak order online je dekat Shopee atau Lazada. Murah lah sikit. Separuh dari harga Ikea. Tapi bila  baca review banyak kata papan tu terlalu rendah dan sesuai untuk budak sekitar umur 2-3 tahun. So cancel terus dan stick beli di Ikea - RM79.00.

Ni lah papan tulis tu. Tinggi dan besar. Apa yang Ana suka tentang papan tulis ni sebab depan belakang boleh guna. One side ada papan putih dan another side ada papan hitam.
And ada tempat untuk letak maker pen dan chalk di bahagian bawah tu. So tak lah merata alat menulis tu nanti. Tapi Syafi punya bijak jadikan tempat dia duduk sebentar. Sabar je lah.
Memang berbaloi beli papan tulis ni sebab setiap hari balik je dari sekolah dia akan repeat apa yang dia belajar dekat papan tulis ni. Bermula dengan huruh Alif, Ba, Ta sampai lah Ya dah sekarang ni. Kemudian beralih pada A,B,C pula. Fully utilised orang kata.

Baca juga : Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi di Sekolah

Dan perkara terbaik bila ada papan tulis ni ialah takde dah kes contengan dekat dinding rumah. Kang tak pasal ada yang jadi singa jadian dekat rumah. Haha.

Kadang bila penat belajar, dia mula lah hobi melukis dia tu. Melukis dan melukis lagi. Dari situ Ana nampak minat dia pada lukisan. Tak macam Ana bila masuk bab-bab melukis ni memang ke laut. Paling kuat pandai lukis orang lidi. Ngeeeee....

Ni antara lukisan-lukisan Syafi. Kadang jenuh gak nak meneka bila lukisan pelik-pelik yang dia lukis.

Repeat semula apa yang dia belajar dekat school. Nak belajar dengan Ana je sebab daddy garang katanya.

Kadang tu Syafi berangan jadi cikgu. Cakap lah sorang-sorang panggil nama kawan-kawan tadika dia suruh baca apa yang dia tulis kat papan tu haaa. Geli hati tengok. Tapi bagus tau dia berekspresi macam tu sebab dapat tingkatkan skill motor dan pertuturan. Boleh baca entri yang Ana pernah share di SINI.

Ok lah tu je nak share kisah Syafi hari ni. Semalam dan selamat daftarkan Syafi darjah 1 untuk tahun 2021. Sekolah di sekolah Acu dan Ayang dia je. Dekat Ana nak hantar. Masa turun dari pejabat sekolah nak jalan ke kerata, Syafi nampak ramai murid tengah beratur depan kelas. Boleh dia cakap " Kawan-kawan tu semua beratur dekat luar sebab nak tengok Syafi ke onde??" Korang ghase?? Apa dia ingat dia PM ke? Hahahah. K bye.

16 comments:

  1. Alo alo comelnya syafi dapat hadiah hari jadi. Belajar pandai-pandai ye☺

    ReplyDelete
  2. Eh Ana! Saya pun plan nak cari whiteboard macam ni untuk Auni. Senang dia nak belajar membaca nanti..gimme five lah

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya syafi dapat gift idaman dari onde

    ReplyDelete
  4. wahh lepas ni rajin la Syafi dan onde tak risau kot2 Syafi conteng kat diding kan..

    ReplyDelete
  5. Bagus.. Bagus.. Bagus.. Sebab depan belakang boleh guna .

    ReplyDelete
  6. Wah bagus beli hadiah mcm ni, berguna untk belajar. Nampak minat dia untuk melukis tu ade bakat boleh pergi jauh ni. Hehe :)

    ReplyDelete
  7. ada bakat melukis syafi ne. Pandai pilih hadiah

    ReplyDelete
  8. hadiah yang bermanfaat
    Mudah2an besar nanti jadi cikgu

    ReplyDelete
  9. Rasa macam jarang budak-budak minta hadiah macam ni.

    ReplyDelete
  10. good boy, pandai lukis dan menulis. Dzal masih so-so je menulis..ssh sket dak Dzal tu ha

    ReplyDelete
  11. liez klau beli kena dua biji.. klau tidak berebut dua ketul tuuu

    ReplyDelete
  12. Haha, win betul ayat syafi tu... Amiiiin, kot2 la jadi PM kan ..

    ReplyDelete
  13. Ok jugak benda ni.belakang depan boleh guna. Hadiah yang bermanfaat

    ReplyDelete
  14. Wah bagus juga hadiahkan papan tulis nie untuk Syafi Ana. Boleh buat latihan, melukis.. berbaloi beli. Kelakar bila kata orang beratur nak tengok Syafi.. kemahin lagi..

    ReplyDelete
  15. sronok syafi dpt adiah papan tulis tu

    ReplyDelete
  16. Cantik lukisan syafi.. Bolehlah ana belikan beliau buku lukisan untuk contengan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤