Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak - Ana Suhana

Mar 21, 2019

Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak


Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak l Assalamualaikum. Seperti kita tau, terdapat banyak Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak. Dan Ana sangat galakkan Syafi untuk aktif bersukan sebab Ana sendiri pernah lalui dan rasai kebaikan dari bersukan tu. Masa sekolah dulu, semua jenis sukan Ana masuk. Dari acara balapan sampai lah ke gelanggang semua Ana masuk. Sekolah tu macam rumah Ana dah sebab masa banyak habiskan kat sana.
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak

Tapi sekarang Ana tengok ramai kanak-kanak yang tak suka bersukan. Mereka lebih gemar habiskan masa di rumah bermain gajet. Berjam-jam hadap telefon, komputer. Tak makan tak minum pun takpe. Tu yang bahaya sebenarnya. Dan ibu bapa pula buat tak tahu je. Bila ada acara sukan tahunan dekat sekolah, ibu bapa setuju je anak-anak tak turut serta. Alasan takut cedera lah, berpanas lah. Salah sebenarnya cara kita tu sebabnya in future, semua ni akan beri kesan fizikal dan mental pada anak-anak.

Luckily untuk Ana sebab Syafi salah seorang yang sangat aktif dan minat bersukan. Of course sukan yang paling dia suka ialah bola sepak. Dekat rumah ni saja lebih dari 5 biji bola dia ada. Ana perasan Syafi minat bola sepak sejak tengok perlawanan bola sepak dekat tv dengan daddy dia. So dari situ Ana nampak pentingnya peranan ibu bapa dalam menentukan hidup  anak-anak mereka.
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Selain dari tu, gaya hidup ibu bapa juga memainkan peranan. Ibu bapa yang aktif dan suka bersukan juga akan mendorong anak-anak untuk turut sama aktif. Paling tidak sekali seminggu sama-sama pergi ke taman-taman awam untuk beriadah. Di sana banyak aktiviti fizikal yang boleh di buat seperti berjoging, bermain badminton, mengayuh basikal dan banyak lagi. Secara tak langsung hubungan kekeluargaan akan menjadi semakin rapat.

Baca juga : 5 Tips Mudah Untuk Atasi Rasa Kecewa Anak-anak

Di sekolah juga kita as a parents boleh galakkan mereka untuk aktif dengan daftarkan mereka menyertai mana-mana unit beruniform dan kelab sukan yang mereka minat. Sekarang ni dah ada banyak pilihan untuk mereka. Kita hanya perlu beri galakan dan sokongan terhadap mereka dan kemudian pantau aktiviti-aktiviti yang dilakukan.

Pada yang tertanya apa Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak, jom baca 5 point yang Ana senaraikan dekat bawah ni :

1. Meningkatkan Kesihatan Fizikal

Seperti yang kita semua maklum, bersukan dapat meningkatkan kesihatan fizikal termasuk untuk kanak-kanak. Apabila mereka bersukan, mereka akan menjadi aktif dan berpeluh, sekaligus mengurangkan risiko obesiti pada kanak-kanak yang semakin hari semakin meruncing hari ini. Badan mereka pun akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Alhamdulillah macam Syafi, Ana perasan dia sangat kurang jatuh sakit. Ini di sebabkan faktor pemakanan dan juga gaya hidupnya yang sangat aktif. Sebab tu Ana amat galakkan dia untuk bersukan walau sekadar berjalan ke sana sini. At least ada juga peluh yang dia keluarkan.

2. Membangunkan Kemahiran Bersosial

Korang perasan tak kanak-kanak yang bersukan lebih mudah bergaul dan bersosial dengan rakan-rkan di sekeliling mereka. Ini kerana mereka dah terbiasa ketika terlibat dengan sukan especially sukan yang melibatkan berkumpulan atau berpasukan. Berbanding mereka yang tidak bersukan, mereka lebih gemar bersikap pasif dan menyendiri.
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Bila bersukan yang melibatkan pasukan ni secara langsung ianya dapat membantu kanak-kanak memperbaiki skill komunikasi mereka, meningkatkan daya pemikiran dalam menyelesaikan masalah berpasukan dan sekaligus dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam diri kanak-kanak.

3. Lebih Berdisplin dan Yakin Pada Diri

Perkara terpenting yang Ana belajar masa aktif bersukan dulu ialah ia akan menjadikan kita orang yang berdisplin dan menepati masa. Dan perkara tersebut Ana praktis sampai sekarang.
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Bila bersukan, disiplin merupakan perkara terpenting. Orang yang bersukan, automatik mereka akan menjaga masa mereka sebaik mungkin. Amat penting untuk mereka mengatur dan membahagikan jadual mereka dengan sebaiknya. Secara langsung, mereka belajar untuk mengatur masa dan hidup mereka dengan sebaiknya.
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Keyakinan diri dan tak berputus asa juga dapat ditingkatkan ketika bersukan. Kegagalan yang dihadapai tak kan mematahkan semangat untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya malah menaikkan semangat untuk lebih berjaya.

4. Berjaya Dalam Akademik 

Perasan tak mereka yang berjaya dalam pelajaran merupakan mereka yang aktif bersukan. Tak di nafikan ada juga yang tak bersuka juga sama berjaya tapi at the end, ada extra point pada mereka yang bersukan.

Kenapa mereka yang bersukan boleh berjaya dalam akedemik? Jawapannya berbalik pada point no. 1 di atas - kerana mereka memiliki fizikal dan mental yang sihat. Bila badan sihat, mereka lebih segar dan aktif di dalam kelas serta mudah tangkap apa yang di ajar. Berbanding mereka yang pasif, mereka mudah mengantuk dan hilang tumpuan semasa di dalam kelas.

5. Peluang Pekerjaan Yang Terbuka

Zaman sekarang, semakin sukar nak mencari pekerjaan. Apa lagi untuk anak-anak kita pada masa hadapan. Masing-masing berebut peluang pekerjaan yang sama. So apa extra point yang boleh digunakan untuk mereka rebut peluang tersebut - Excel in both academic and curriculum.

Seperti yang kita tau, hari ni ramai yang mudah jatuh sakit dan tertekan dengan bebanan di tempat kerja. Dan rata-rata mereka ialah orang yang tidak atau terlalu jarang bersukan. Berbanding mereka yang suka bersukan dari kecik lagi, mereka boleh lepaskan tekanan tersebut di padang bola, di gym atau di mana-mana saja. Kesannya rasa tekanan tu dapat dikurangkan. Dan lagi satu Ana perasan mereka yang bersukan ni, mereka dapat menerima tekanan kerja dengan seadanya kerana mereka telah diajar dengan pelbagai jenis tekanan semasa bersukan dahulu.
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak
Banyakkan Kebaikan Bersukan Untuk Kanak-kanak. So masih berlum terlambat untuk kita galakkan anak-anak untuk aktif bersukan. Kalau rasa nak reward atau galakkan merek, boleh lah juga sesekali bawa mereka ke Kidzania KL sebab dekat sana juga terdapat banyak aktiviti yang mereka boleh sertai seperti climbing wall, sport Day di KidZania KL dan banyak lagi. Melalui aktiviti ni mereka dapat tingkatkan Pembangunan Psikomotor untuk koordinasi motor, pengendalian objek, kawalan sensori dan juga keupayaan untuk mensimulasi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, korang boleh layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur.


20 comments:

  1. As parents memang kita kena dedahkan anak dengan sukan. Kalau tak anak hanya kenal sukan dalam tv dan youtube

    ReplyDelete
  2. minat utk beriadah n sukan ni kena pupuk kak.. sebab akak minat dats why ur kids ada exposure untuk aktiviti2 ni. ada certain kids yg dia sebenarnya x tahu pun dia minat bersukan sbb kdg2 peluang tu x dapat. hehehe.. plus depa skrng pegang gadget je lebih.. x explore..

    ReplyDelete
  3. sangat bagus aktiviti cam ni ngn anak-anak... leh la p kidzania nanti

    ReplyDelete
  4. Mmg kena ajar ank2 suka bersukan dan beriadah kan. Xde la dia menghadap skrin hp je. Kidzania ni mmg tmpt yg ssuai nk bwk ank2 g.

    ReplyDelete
  5. budak2 kna lasak2 skit..ni idok asyik pgang phone jer..hehe

    ReplyDelete
  6. sukan memang bagus, kena latih dari awal supaya anak-anak anggap sukan ni fun bukan di sebabkan terpaksa

    ReplyDelete
  7. Good sharing Ana.. Kak Sue pun suka kalau anak-anak ada buat aktiviti luar macam nie..

    ReplyDelete
  8. Setuju kak..macam mana pun ibu bapa atau penjaga kena mulakan jadi contoh dulu.Anak-anak perhati nanti secara tidak langsung minatnya wujud dan mencontohi.

    ReplyDelete
  9. good sharing ana!!memang kena bagi pendedahan aktiviti luar kat anak anak...

    ReplyDelete
  10. Bersukan di kalangan anak-anak nie memang bagus, selain menyihatkan tubuh badan, minda pun berkembang pada anak-anak..

    ReplyDelete
  11. bersukan sangat digalakkan untuk dewasa,kanak-kanak .

    ReplyDelete
  12. Sangat banyak manfaat tu.. Ibu bapa lah yang kena main peranan penting dalam memastikan anak aktif dan sihat selalu

    ReplyDelete
  13. Ye betul.. Sebolehnya elakkan anak-anak addict dengan gadget. Galakkan aktiviti sukan. InsyaAllah bila LeYa ada anak nanti, LeYa ikut tips Kak Ana ni. Doakan ye..

    ReplyDelete
  14. Ajar anak-anak aktif bersukan dari kecil, memang bagus bagi perkembangan mereka.. Shafi nampak seronok boleh join Bonda riadah...keluarkan peluh...

    kurangkan gadjet untuk games yang menghayalkan mereka. beri apps yang banyak meningkatkan pembelajaran dan membuka minda.

    ReplyDelete
  15. best, bagi peluang untuk mereka hands on sendiri

    ReplyDelete
  16. Memng bgus bersuka.. Bagi anak cergas... Jangan asyik hadp tepon je.. Bagi anak kuat, cerdas swmuala..

    ReplyDelete
  17. Bestnya sekali sekala dapat bersukan macam ni

    ReplyDelete
  18. Bersukan secara tak langsung merangsang perkembangan minda kanak2 agar lebih cerdas, selain tu klu dgn keluarga, dpt memupuk erti kasih syg dan nilai2 kekeluargaan buat mereka juga :)

    ReplyDelete
  19. Suka tengok anak-anak yang aktif bersukan.. ;) Mereka akan lebih cergas dan bertenaga.. ;)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤