5X Kuasa Cucian Dengan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent - Ana Suhana

Mar 19, 2019

5X Kuasa Cucian Dengan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent


5X Kuasa Cucian Dengan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent l Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share tentang 5X Kuasa Cucian Dengan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent dengan Teknologi & Reka Bentuk Terbaru.
TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent 
5X Kuasa Cucian Dengan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent

Korang selalu cuci baju guna jenama apa?? Pernah dengar jenama TOP tak? Kalau pernah dah guna ke? Kalau yang memang guna jenama TOP dalam rutin mencuci pakaian korang memang bijak. Tapi  pada yang belum guna, korang kena guna lepas ni. Nak tau kenapa, jom sambung baca dekat bawah ni.
TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent
TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini merevolusikan rutin mencuci pakaian dengan membuktikannya melalui cucian penuh kuasa dalam pakej kompak dengan menggunakan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent.

Produk terbaru ni dikatakan mampu memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat hanya dengan satu penutup kecil saja dan satu botol 900g cukup untuk mencuci 45 kali cucian. Banyakkan?

TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif.

Disebabkan tu kini korang boleh jimat masa, air dan juga elektrik dengan membasuh pakaian  menggunakan mode basuhan ‘Quick Wash’ kerana hasilnya pakaian korang dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti menggunakan pencuci konvensional. So korang akan ada lebih masa untuk diri sendiri atau dengan orang tersayang lah lepas ni.
TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent
Macam mana TOP Turbo Clean bertindak?
.
.
.
Enzim Turbo di dalam TOP Turbo Clean membersih secara menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk “menyerang” dan melarutkan kotoran. Multi-enzim pula dapat menembusi jauh ke dalam gentian fabrik untuk menguraikan kotoran manakala polimer pula membantu mengeluarkan sebum serta menghalang kotoran daripada terbentuk semula.

Antara ciri menarik lagi tentang Turbo Clean ni selain dari  5x kuasa cucian dalam masa yang singkat dan saiz botol yang kompak, ia juga mempunyai rekaan penutup yang pintar yang boleh mengurangkan risiko tumpahan atau melebihi had yang dicadangkan untuk satu cucian. Ini kerana bahan pencuci yang berlebihan boleh menyebabkan buih terhasil lebih banyak dan seterusnya memberi kesan kepada pakaian dan mesin basuh.

TOP Turbo Clean juga mempunyai semua kelebihan pencuci TOP sedia ada seperti anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti sebum.

TOP Turbo Clean boleh didapati dalam dua varian iaitu :

1. TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Fresh
- mempunyai haruman yang segar dan terkini untuk aroma kebersihan yang mantap.

2. TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in Power Bloom
- mempunyai haruman flora yang mendakap anda dalam wangian yang romantik dan menenangkan

Bagi yang ingin membeli TOP Turbo Clena ni korang boleh dapatkannya oleh di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15  sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek. 



  .

6 comments:

  1. PC dah lama tak guna TOP ni kak..sebelum ni pengguna setia juga..sebab baba mama pun guna TOP..mertua pun guna TOP..suka baunya..tapi tak mustahil kembali kepada TOP..

    ReplyDelete
  2. Kinah suka guna sabun TOP ni, bagus sangat kotoran kat baju mudah tanggal. Baru-baru ni saja tukar brand lain, kononnya nak tukar angin. hmm nampaknya TOP juga yang terbaik huhu

    ReplyDelete
  3. xth pulak ada top botol sebesar ni.. tapi top mmg pilihan liez..

    ReplyDelete
  4. xth pulak ada top botol sebesar ni.. tapi top mmg pilihan liez..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤