Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu - Ana Suhana

Feb 28, 2019

Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu


Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu | Assalammualaikum. Ujian HIV sekarang antara perkara wajib buat bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga. Ujian HIV ni boleh dibuat di klinik-klinik kerajaan atau hospital terdekat. Tapi bagi korang yang duduk di Sabah, sekarang ni korang boleh amik Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu.
Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu
Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu
Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu

Kenapa kena amik ujian HIV ni?  Sebabnya bila bercakap tentang HIV, masih ade masyarakat yang tidak tahu dan takut dengan HIV. Apa tu HIV? 

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan juga susu ibu. Selain tu HIV juga boleh merebak melalui:

✔️ hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
✔️ penagih yang berkongsi jarum dan alat suntikan
✔️ pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
✔️ ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu
 HIV tidak boleh merebak?*

NAMUN virus HIV adalah virus yang lemah dan tidak bertahan diluar badan manusia.  Oleh itu HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

✔️ sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
✔️ berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
✔️ berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
✔️ bersin, batuk, berpeluh atau kencing
✔️ gigitan nyamuk

SASSH Menawarkan Ujian HIV Secara Percuma di Kota Kinabalu
Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu
Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu
Salah satu cara untuk tahu mengetahui samada korang ada HIV atau tak adalah dengan menjalankan ujian atau saringan HIV. Dan bagi korang yang tinggal di Sabah atau Kota Kinabalu khasnya, korang cukup bertuah kerana SASSH dengan kerjasama KK City Wellness Centre akan memberikan saringan HIV dan STI kepada korang secara percuma. Tak kisah samada korang warganegara ataupun bukan warganegara, korang semua layak untuk membuat saringan HIV dan STI secara percuma. 

Korang boleh tau keputusan seawal 15 minit selepas ujian HIV & STI dan yang paling penting maklumat korang akan dirahsiakan. Tambahan sesi kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian juga akan diberikan kepada korang. 

Cara Untuk Membuat Temu Janji

Korang yang merancang untuk menjalani ujian dan saringan HIV dan STI ni boleh membuat temujanji melalui applikasi whatsapp di +60128693445 (En Muhammad Yazid) sekurang-sekurang sehari sebelum hari temujanji.

Waktu operasi:
Hari : Isnin - Jumaat 
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: KK City Wellness Centre
(Klinik kesihatan ibu dan Anak Pekan, Kota Kinabalu)


Tentang SASSH

Sabah Aids Support Service And Humanitarian Aid Relief Association (SASSH) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 21 November 2018. Penaung SASSH iaitu YB DR Daud Bin Yusof dan di Pengerusikan oleh Muhammad Yazid Bin Mat Daud.
Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu
Ujian HIV Percuma di Kota Kinabalu
SASSH adalah pautan kepada perkhidmatan sokongan HIV dan komited untuk melengkapkan perkhidmatan sedia ada dari semasa ke semasa.

Diantara matlamat NGO SASSH:

✔️ Membantu terutama sekali berkaitan dengan tugasan atau sasaran KKM dalam pencegahan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS dan STD.

✔️ Menjadi pemangkin kepada fasa seterusnya: penjagaan, rawatan dan sokongan kepada pesakit HIV/AIDS dan STD.

✔️ Mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit yang dijangkiti HIV/AIDS dan STD.

✔️ Melaksanakan program rujukan awal rawatan, pemulihan dan khidmat sokong bantu.

✔️ Menyediakan rumah pelindungan kepada pesakit-pesakit HIV/AIDS.

✔️ Memberi bantuan kemanusian kepada mangsa bencana alam.

Bagi korang yang ingin menyalurkan dana korang boleh menghubungi: 

011-10183445 (En Muhammad Yazid)
016-8064815 (Pn Sebrina Lee)
012-5673445 (Pn Ajijah Yusop)


9 comments:

  1. ujian HIv la wajib kene amik tau..naya kalau tak amik

    ReplyDelete
  2. bagusnya PERCUMA ni, hrp2 ramai yang join

    ReplyDelete
  3. saya pernah buat masa nak kawin dulu je. hihi

    ReplyDelete
  4. bagus kkm or ngo buat percuma gini

    ReplyDelete
  5. Bagusnya diberi percuma je untuk buat ujian ini..

    ReplyDelete
  6. semoga bermanfaat utk warga kk..

    ReplyDelete
  7. nasib baik ada baca artikel ini..

    memang plan untuk ujian HIV kepada .....

    lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena..

    thanks for remind me

    ReplyDelete
  8. Untung org kk patut ambil peluang ni

    ReplyDelete
  9. org sabah kena ambil peluang ni utk buat hiv test..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤