The Kampar Boutique Hotel - Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable - Ana Suhana

Feb 4, 2019

The Kampar Boutique Hotel - Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable


The Kampar Boutique Hotel -  Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable l Assalamualaikum. Dulu kalau sebut Kampar, I was like apa ada dekat Kampar tu? Lain lah kalau sebut Ipoh ke Taiping ke tak pun Kuala Kangsar. Popular lah jugak kan. Tapi tu dulu. Sekarang Kampar dah ada macam-macam tau. Salah satunya Bandar Agacia Kampar Ala Disneyland yang sangat style ni. Memang sesuai untuk korang yang kaki bergambar. Sebut pasal bergambar, kalau korang datang dari jauh dan perlu tempat untuk menginap, Ana nak cadangkan korang stay di The Kampar Boutique Hotel - Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable ni. Nak tengok apa yang best tu korang kena lah tengok gambar-gambar dekat bawah ni.
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel - Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable

Masa plan untuk bercuti ke Perak, Ana cadang dekat En Suami untuk stay semalam dekat Kampar. So that bleh lah En Suami drive tak terlalu jauh sebab baru balik keje dah nak drive kan. Bila dah dapat green light, apa lagi terus lah cari hotel untuk bermalam. Search punya search Ana nampak The Kampar Boutique Hotel - Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable ni.

Oh ya kalau korang nak tau The Kampar Boutique Hotel merupakan hotel ke-4 dan yang terbaru di bawah kumpulan M Boutique Hotels & Residences. No wonder semua hiasan nampak up to date dan stylo. Dan lokasi hotel pun terletak di tengah-tengah pekan Kampar. Dekat dengan UTAR, Bandar Agacia, restoran segera seperti McD dan paling penting senang nak cari.
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
At first benda yang buat Ana pilih hotel The Kampar Boutique Hotel ni ialah sebab dekat bawah hotel tu ada Old Town White Coffee. So senang lah kalau kata lapar ke boleh turun je. Tak perlu lah nak drive dah kan. Secondly sebab harga yang ditawar masa tu dalam bajet kitorang. Maklumlah school holiday kan sure harga semua mahal. Huhu. So dah selesai baca review dekat Agoda terus kitorang book. Harga masa tu ialah RM141.67 semalam without breakfast.

Sebab Ana sampai sini dalam pukul 4 macam tu so boleh lah check in terus. Tak sampai 5 minit daftar dah boleh masuk bilik. Cuma kena letak deposit RM100 dekat sini. Jarang dah sekarang hotel minta deposit. Selamat bawa cash lebih. 

Sebelum tu ni dekat bahagian lobi hotel. Cantik kan hiasan dekat sini. Setiap sudut Ana rasa menarik. Cuma bab lighting je lah problem. Tak berapa nak cerah. Tapi tu semua boleh edit kan. Hehe.
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
Nak naik bilik kena naik lif. Hotel ni tak silap Ana 2 tingkat dan Ana dapat tingkat 1. Best nak naik lif ni sebab apa tau korang. Lif dia macam ala ala lif cerita omputeh lama-lama dulu. See thru dan style sangat. Syafi yang paling teruja. Haha. Dekat sebelah lif tu siap ada susunan beg-beg travel lagi. Ko ghase?? Oh ya lif fia wangi sangat tau korang. Rasa fresh sangat bila masuk dalam lif tu. Oh i fall in love wih this hotel. #tetibesangat.
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
Bilik yang Ana book ni ialah bilik jenis Superior. Dengan saiz bilik seluas 23m2, ada sebuah katil jenis queen dan sebuah sofa. Untuk Ana bertiga memang ok sangat dah cuma space untuk solat agak terhad. Kena lah selit tepi tu untuk solat.
The Kampar Boutique Hotel The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
Macam korang boleh tengok, bilik di The Kampar Boutique Hotel ni direka dengan rekaan modern minimalist. Nampak balance lah sebab tak lah nampak terlalu crowded sebab katil dengan sofa dah makan space.
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
Hiasan bilik pun style dengan wallpaper yang ala ala hipster tu kan walaupun ianya membuatkan bilik nampak gelap. Memang sesuai untuk kita berehat lah. Kalau terang sangat sakit plak mata.

Antara kemudahan yang disediakan ialah mini bar, bath robe yang comel, tea and coffee, kettle dan juga free wifi.
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
Ni pulak gambar bilik air. Ana suka sangat sebab cerah dengan hiasan tiles dinding berwarna putih dan paling penting bersih dan luas. Bahagian shower pun ada 'divider' so tak lah basah lantai dia kan. Kemudahan toiletries, water heater dan hair dryer semua ada disediakan. Bab towel pun Ana suka sebab ada 3 jenis towel disediakan. So tak lah kita tertumpu pada satu towel tu je kan.
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
The Kampar Boutique Hotel
The Kampar Boutique Hotel 
Dekat sini memang takde masalah parking sebab bersepah petak parking dekat depan hotel tu. Cuma bab keselamatan je Ana tak berapa nak sure tapi tengok ok je sebab depan tu ada kawasan perumahan. Cuma dari segi kelematan hotel, kalau kata korang keluar dan balik hotel lepas pukul 11, korang kena guna kad bilik untuk masuk ke dalam. Kalau tak, korang tak boleh masuk lah.

Waktu check out The Kampar Boutique Hotel ni macam biasa pukul 12. Dan jangan lupa amik balik deposit korang tu. Masa check out nanti, receptionist tu akan naik ke bilik untuk check. Kalau semua ok, korang boleh dapat lah deposit tu semula. As simple as that.

Overall Ana sekeluarga puas hati dan selesa stay dekat The Kampar Boutique Hotel ni. Bilik cantik dan bersih ditamah pula dengan keadaan sekeliling yang senyap so agak terjaga privacy untuk korang yang nak ketenangan. Staff in charge pun baik dan penuh dengan senyuman. So kalau korang rasa nak pilih The Kampar Boutique Hotel untuk korang menginap, pada pendapat peribadi Ana ianya merupakan satu pilihan yang terbaik. So selamat menginap dan berinstagrammble :).


Website l Facebook Instagram

The Kampar Boutique Hotel 
1, Jalan Batu Karang
Taman Bandar Baru
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan

Tel : +605-467 2777











18 comments:

  1. Memang instagrammable la hotel ni.

    ReplyDelete
  2. cantiklaaa nampak viintage sangat hotel ni

    ReplyDelete
  3. Cantiknya lahai..pergi sudut mana pun, semua instagrammable camni..

    ReplyDelete
  4. Cantik dan santai je hotel ni. Kalau boleh ID kat rumah pun nk buat apa ala hotel ni tapi nan hado je la. Barang mak-mak je dah banyak.

    ReplyDelete
  5. Cantik la kak hiasannya.Walau tak guna banyak kombinasi warna tapi ada daya tarikannya tersendiri.

    ReplyDelete
  6. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. bilik cantik, surrounding cantik, tandas pun cantik, semua cantik alahaii

    ReplyDelete
  8. cantiknya deco hotel ni! First time nampak design rak tv macam tu

    ReplyDelete
  9. Haih geram tengok hotel ini Ana, design A+ tu.. hehe

    Suka tengok semua space.. Pandai betul susun bagi nampak moden minimalist. Nak masuk list la ~ :D

    ReplyDelete
  10. Hotel nie memang nampak klasik dan vintage sangat, suka tengok suasananya..

    ReplyDelete
  11. menarik...tahun lepas ajak en suami ke Kampar tapi tak sempat sebab urusan utk anak2 lebih penting..hope ada peluang untuk ke sini nanti..

    ReplyDelete
  12. serius liez suka dgn hotel MBoutique.. rekaan dan deko dia sangat style..

    ReplyDelete
  13. ohooohoi bawah dia ade old town. senang nak makan =D

    ReplyDelete
  14. Wow.. mmg cantik.. unik. Bilik air pun berbeza dgn kebiasaan hotel2.. ada kelas tersendiri.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤