Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan - Ana Suhana

Feb 12, 2019

Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan


Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan | Assalamualaikum. Siapa yang tak kenal dengan jenama Nestlé - pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Selain dari komited dengan matlamat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta membina masa depan yang lebih sihat, Nestlé juga komited dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, baru-baru ni Nestlé Malaysia telah menyumbang bahan bacaan Braille berupa 1000 buah buku yang bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Tahniah Nestlé!!

Sumbangan tersebut bakal digunakan bagi membantu seramai 500 orang kanak-kanak buta dan cacat penglihatan di Malaysia. Tahniah Nestlé Malaysia!!
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata pihaknya komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, Nestlé percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta.

Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini mampu untuk membuka pintu dan peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan pada masa hadapan. Disebabkan itu, Nestlé berharap semoga sumbangan yang dihulurkan dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Sementara itu, En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana telah bermurah hati memberi sumbangan tersebut dan menjadi penyokong kuat masyarakat buta sejak sekian lama.

Di YOBM mereka mempercayai bahawa  dengan pendidikan, segala isu diskriminasi dan kemiskinan yang timbul dapat diatasi.

Semoga sumbangan seperti ini dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat orang buta terutama sekali untuk kanak-kanak dan seterusnya memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat setempat. Sekali lagi Tahniah Nestle Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

10 comments:

  1. Bagus inisiatif Nestle ni.. satu usaha yg prihatin. Moga memberi bnyk manfaat kpd masyarakat orang2 buta, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. Jarang dengar bantuan diberi kepada orang cacat penglihatan. Alhamdulillah, ada syarikat yang prihatin pada golongan ini. Tahniah Nestle!

    ReplyDelete
  3. wah bgus nestle buat sumbangan ni..bagi bantuan kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  4. tahniah Nestle. buat sumbangan utk yang memerlukan dan bermanafaat kepada semua. Jadikan contoh kepada syarikat diluar sana

    ReplyDelete
  5. inisiatif yang baik dari Nestle..dah semakin banyak badan korporat yang membuat yang sama kan..

    ReplyDelete
  6. suka kan dengar program csr macam ni. ringan bebanan mereka.

    ReplyDelete
  7. Baguslah Nestle buat community project cam Ni.. Fulfill their social responsibility

    ReplyDelete
  8. good job nestle..next can do again project charity at other place.😊🤗

    ReplyDelete
  9. Tahniah nestle..program yg bagus untuk membantu masyarakat yg memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  10. Tahniah Nestle. Bagus sangat ada event camni, memberi kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤