Penyakit Difteria Membawa Maut. Tanda-tanda dan Cara Pencegahan - Ana Suhana

Feb 28, 2019

Penyakit Difteria Membawa Maut. Tanda-tanda dan Cara Pencegahan


Penyakit Difteria Membawa Maut. Tanda-tanda dan Cara Pencegahan | Assalamualaikum. Beberapa hari lepas cikgu sekolah Syafi forward dalam group tentang Penyakit Difteria Membawa Maut. Tanda-tanda dan Cara Pencegahan yang boleh di ambil. Ye lah sekarang makin ramai kawan-kawan Syafi demam so cikgu pun nak lah alert kan parents tentang isu ni.
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Penyakit Difteria Membawa Maut. Tanda-tanda dan Cara Pencegahan

Penyakit Difteria merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria Corynebacterium Diphteriae yang menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan keradangan di sekitar tekak. Kesannya boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas sehingga menyebabkan kematian. Seram kan?

Bagaimana Difteria merebak? Difteria boleh merebak melalui cecair pernafasan pesakit yang tersebar melalui bersin atau batuk. Apabila bakteria ini hinggap di liang pernafasan manusia, ia akan membebaskan toksin kahat yang akan memusnahkan tisu-tisu di dalam dan sekitar tekak.
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Kawasan di sekitar tekak yang dipenuhi tisu-tisu serangan toksin akan membentuk lapisan pseudomembrane yang berwarna kelabu dalam masa 2 – 3 hari. Lama kelamaan, lapisan ini akan membesar dan menyaluti seluruh bahagian pernafasan, sehingga boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan juga boleh berakhir dengan kematian.
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Selain itu, toksin ini juga boleh memasuki aliran darah dan menyerang jantung, buah pinggang dan sistem saraf. Bakteria ni boleh juga hinggap di permukaan objek bukan hidup dan boleh menjangkiti sesiapa yang menyentuhnya
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Ada beberapa tanda yang kita boleh nampak apabila seseorang terkena penyakit Difteria ni. Antaranya seperti sakit tekak sehingga sukar untuk menelan, demam panas, batuk, bengkak di bahagian leher serta keletihan. 

Rawatan Difteria

Dan jika pesakit didapati positif Difteria, ianya masih mampu dirawat dengan antibiotik di mana pesakit akan dikuarantin pada peringkat awal semasa jangkitan masih aktif. Selepas 48 jam dirawat dengan antibiotik, jangkitan biasanya tidak lagi aktif dan pesakit boleh meneruskan rawatan antibiotik di rumah.

Rawatan dan Cara Pencegahan Difteria

Sebelum ada rawatan untuk penyakit ini, kadar kematian akibat Difteria adalah tinggi di mana separuh dari pesakit berakhir dengan maut. Tetapi kini kadar kematian semakin berkurangan dengan kewujudan vaksin.
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan program vaksinasi di mana setiap anak yang lahir perlu diberi suntikan DTaP (Diphteria, Tetanus, Pertussis) atau DT (Diphteria & Tetanus). Suntikan ini diberikan kepada bayi sewaktu umur 2, 3 dan 5 bulan. Dan dos tambahan juga boleh diambil pada umur 18 bulan atau 7 tahun mengikut nasihat doktor.

Oleh itu as a parents sila lah pastikan anak-anak korang telah mendapat vaksin tersebut. Hari ni negara kita dibanjiri dengan warga asing yang membawa pelbagai penyakit, at least dengan adanya vaksin tu mampu mengurangkan risiko penyakit berjangkit. Macam Ana adik beradik alhamdulillah dah dapatkan vaksin ni semasa kami kecil.
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Penyakit Difteria - Tanda-tanda dan Cara Pencegahan
Dan sekarang Syafi pun Ana pastikan disuntik dengan vaksin yang disedikan. Alhamdulillah setakat ni jadual vaksin Syafi semua telah dipenuhi termasuk vaksin tambahan untuk campak.

Bagi yang belum cukup suntikan vaksin tu masih sempat untuk korang dapatkan di klinik-klinik berhampiran. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Dan menjadi amanah kita untuk pastikan anak-anak mendapat hak perlindungan mereka termasuk perlindungan dari penyakit berjangkit.

9 comments:

  1. Bahaya ni. Lagi2 musim panas sekarang ni. Macam-macam boleh jadi.

    ReplyDelete
  2. tq for sharing..br juga bc psl penyakit difteria ni..

    ReplyDelete
  3. Selagi boleh ambil vaksin ambillah.Niat kerana Allah.Nak sihat kerana Allah.Yakin.Memang tawakkal..kalau tak mahu ambil vaksin kerana itu hak dan pilihan masing-masing..namun Allah suruh usahakan..
    Terima kasih kak Ana perkongsian.

    ReplyDelete
  4. tengok gambr tu pun nampak bahaya penyakit nui..fariza pun ikut jadual suntikan dia..

    ReplyDelete
  5. takut tgk penyakit mcm ni.. semoga dijauhkan dari anak2 kita..

    ReplyDelete
  6. Bahayanya difteria Ni krna hati2 skrg Ada Tempat yg dah krna

    ReplyDelete
  7. setiap tahun mmg kes difteria akan naik..risau bila anak-anak ke sekolah sebab bergaul dengan orang yang mungkin dijangkiti Difteria kan..tapi kita tawakal dan yang penting kena lebih peka dan ambil langkah-langkah awal mengawal atau merawat

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤