Kita Hamba Berdosa Tapi Berimpian Untuk Masuk Syurga - Ana Suhana

Feb 22, 2019

Kita Hamba Berdosa Tapi Berimpian Untuk Masuk Syurga


Kita Hamba Berdosa Tapi Berimpian Untuk Masuk Syurga l Assalamualaikum. Kita Hamba Berdosa Tapi Berimpian Untuk Masuk Syurga. Betul kan? Dosa setiap hari buat tapi amalan tak seberapa. Setiap hari berazam nak jadi yang lebih baik tapi end up masih berbuat dosa.
Kita Hamba Berdosa Tapi Berimpian Untuk Masuk Syurga

Ustaz ada kata, setiap orang Islam pada akhirnya akan masuk ke syurga. Tapi lepas kena siksa dalam bakaran api neraka yang maha dahsyat azabnya. Dengar pun dah takut tapi masih berbuat dosa :(. Lemahnya kita kan pada hawa nafsu kita sendiri.

Tapi tak salah walau Kita Hamba Berdosa Tapi Berimpian Untuk Masuk Syurga. Selagi masih ada masa dan peluang terus berazam untuk jadi yang lebih baik - hamba yang baik dan terus baik. Nak masuk syurga bukan percuma. Ada kos-kos yang perlu dibayar, perlu ada keringat yang diperah. Apa kita perlu buat untuk meraih syurga Allah??

Qiamullail - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Tilawah Al-Qur’an - sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat.

Jangan Tinggalkan Masjid - terutama di waktu subuh dan isyak terutama bagi kaum lelaki. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka

Solat Dhuha - kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, manfaat solat dhuha sangat dasyat dalam mengundang rezeki.

Sedekah - Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orang yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat kali ganda. Teman setia yang sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah.

Wuduk - Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosanya dan Sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Istighfar - Istighfar setiap saat kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun. Hati yg penuh dengan dosa akan menyebabkan nur hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dgn istighfar, pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kita jadi apabila nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kita ke jalan syurga.

Majlis Ilmu - Berjalan ke majlis- majlis majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yang berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan ke majlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Beri Makan - Lazimi memberi makan kepada manusia atau binatang kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya.

Ucapkan Salam - Sebarkan salam kepada orang yang kita kenal atau pun kepada orang yang tidak kita kenal kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan.

Kita Hamba Berdosa Tapi Berimpian Untuk Masuk Syurga - semoga Allah sudi melihat usaha-usaha yang kita lakukan walau kita hamba yang lemah. Syurga Allah itu tujuan hidup kita. Semoga kita sentiasa berusaha untuk ke arah itu. InsyaAllah.


12 comments:

  1. Betul kak..kadang kat mulut ucapnya syurga..tapi nafsu masih bermaharajalela..Allahu.Moga taubat tidak lekang daripada kita semua terutamanya PC lah.

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ini..terima kasih

    ReplyDelete
  3. thanks Ana untuk pengisian ini..semoga Liez dan kita semua dapat lakukan yang terbaik untuk saham akhirat kita..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian kak ana. Semoga sama2 dpt beristiqamah dlm melakukan perkara dan amalan yg baik2. amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Peringatan yang bagus untuk kita semua.

    ReplyDelete
  6. Good sharing tapi macamtu la saya. Nak berubah tapi malas nak ubah gaya hidup..erm..takut rasa saat kematian datang menjemput nanti..semoga kuat tekad untuk perbaiki diri dan jadi lebih baik..aamiin

    ReplyDelete
  7. Semoga Kita Semua berakhir dakam husnul khotimah amin

    ReplyDelete
  8. hamba yang hina , semoga kita semua bertemu di syurga

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..sangat menarik...


    rasa berdosa pulak tidak mengamalkan apa yang dikongsikan ini..

    Ya Allah...ammpuni dosa kami semua

    ReplyDelete
  10. Semoga kita semua ke sana kelak.. amin..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤