February 2019 - Ana Suhana

Feb 21, 2019

Bonding Time Lebih Mesra Dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar

11:29 AM 12
Bonding Time Lebih Mesra Dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar


Bonding Time Lebih Mesra  Dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar | Assalamualaikum. As a parent, korang tau tak ada banyak cara nak bonding dengan anak-anak. Tak semestinya semasa bermain atau beriadah bersama-sama. Salah satu cara Bonding Time Lebih Mesra Dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar.
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
Bonding Time Lebih Mesra Dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar

Kalau korang nak tau, masa mandi bukan hanya sekadar rutin seharian, malah sebenarnya ia merupakan masa yang paling tepat untuk kita eratkan hubungan dengan anak-anak. Sebabnya semasa  kita mandikan mereka, sentuhan yang berlaku mengalirkan belaian kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak selain merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan anak-anak. Kesannya ini dapat membantu anak-anak menaikan keyakinan mereka terhadap kasih sayang ibu bapa.

Disebabkan kepentingan masa mandi untuk anak-anak, CARRIE JUNIOR - jenama kelengkapan mandian kanak-kanak yang dipercayai memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar.
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ni merupakan sabun buku Gliserin yang dihasilkan dari minyak tumbuhan semulajadi. Sebab tu sabun Gliserin ni sangat lembut pada kulit anak-anak, mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain, bertindak membersih sambil memberi lapisan perlindungan kelembapan agar kulit kekal lembap.

Baca juga : CARRIE JUNIOR Kids Shampoo Odour Buster

Selain dari tu, Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan - memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembap sepanjang masa, tak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut dan gebu.

Apa yang lagi istimewa tentang CARRIE JUNIOR Bubbly Bath ni ialah mempunyai hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun dan hadir dalam 3 warna dengan aroma buah-buahan yang menarik - Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk.
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
 CARRIE JUNIOR Bubbly Bar
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrien untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar juga telah diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit. 

Seperti produk-produk CARRIER JUNIOR yang lain, CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara dengan berat 100gm pada harga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.

Feb 20, 2019

Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia

10:10 AM 11
 Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia

Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia l Assalamualaikum. Hi korang. Korang ada tak alami masalah kulit berjerawat atau berjeragat. Macam Ana, masalah jerawat ni akan muncul setiap kali nak datang bulan. Walau seketul dua je yang naik tapi still rasa tak best. Nak lagi tak best bila jerawat tu meninggalkan kesan atau parut dekat muka ni. Stresssss kejap. Tapi lepas Ana pakai Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia ni, Ana perasan masalah jerawat semakin berkurang.
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia

Korang tau yang ada jerawat terdiri dari beberapa jenis. Selalunya yang kita tau, jerawat is jerawat kan. Tapi korang tau tak yang whitehead dan blackhead juga termasuk dalam kumpulan jerawat. Kalau korang tengok gambar dekat bawah ni ada 5 jenis jerawat yang umum yang tumbuh dengan gembiranya dekat atas muka kita iaitu Papules (berbentuk benjolan lembut bewarna merah dan merupakan sejenis radang), Pustules (jerawat berbintik merah dan ada nanah di tengah), Nodules (sejenis benjolan keras yang besar dan mengambil masa yang lama untuk hilang), Whitehead (dikenali dengan jerawat nasi -berlaku apabila liang pori tersumbat dan memerangkap kekotoran) dan Blackhead (kesan dari whitehead tidak dirawat). Apa pula punca berlakunya jerawat ni kan?
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
1. Perubahan Hormon

Perubahan hormon dalam badan yang berlaku akan meningkatkan kadar hormon progestron sebelum datang bulan dan hormon testoreon semasa datang bulan akan menyebabkan kelenjar minyak menjadi aktif. Kesannya akan menjadikan pori kulit tersumbat dan jerawat muncul

2. Tekanan

Selalu kita dengar orang kata bila kita dalam keadaan tertekan atau stress, jerawat akan mudah naik dekat muka. Memang betul pun fakta tu sebab bila kita dalam keadaan tertekan, adrenalin dan hormon androgen dalam badan kita akan dirembeskan secara berlebihan dan itu punca terjadinya jerawat.

3. Solekan

Siapa tak suka bersolek kan? Kalau boleh nak sentiasa nampak cantik. Tak salah nak bersolek tapi make sure korang bersihkan sisa solekan dengan baik. Kalau boleh guna make up remover yang terbaik. Sisa solekan yang tak dibersihkan dengan baik akan menyebabkan pori tersumbat.

4. Sinaran Matahari

Siapa kata sinaran matahari hanya menghitamkan kulit je. Bila kita dah terdedah pada sinaran matahari, automatik kulit kita akan mula berpeluh dan berminyak. Betul tak? So bila dah berpeluh dan berminyak maka akan menyebabkan pori kita tersumbat dan akhirnya timbullah jerawat.

5. Makanan

Takde kajian spesifik mengatakan makanan boleh menyebabkan jerawat. Tapi korang perasan tak, kadang-kadang bila ada satu-satu makanan yang kita makan tu akan menyebabkan jerawat naik dengan tiba-tiba. Sebab tu diet pemakanan sangat penting terhadao insulin dalam badan kita kerana ianya mempengaruhi hormon-hormon lain termasuk hormon androgen dalam point no 2 atas tu. Sebaiknya elakkan makan makanan yang berminyak dan pedas. Sekali sekala tu boleh lah.
.
.
Ada banyak cara yang kita boleh lakukan untuk hilangkan masalah jerawat ni. Boleh dengan cara semulajadi dan boleh juga dengan menggunakan produk kecantikan sedia ada. Macam Ana, bukan sejenis yang rajin nak perah lemon lah, bancuh pes kunyit lah sebab Ana tau memula je Ana bersemangat, lama-kelamaan jadi malas. So cara paling senang guna je produk kecantikan sedia ada. Yang penting produk tu mestilah selamat dan menggunakan bahan semulajadi seperti DR BEAU PURE NATURAL SKIN OIL  Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia.
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil -  Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia ni merupakan produkkeluaran Bumiputera bertaraf antarabangsa dan Halal serta telah dikenali di beberapa negara seperti di China, Taiwan, Brunei, Thailand, Singapura dan Indonesia. Antara kelebihan serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil ni ialah:

Melembapkan wajah tanpa menjadikan kulit berminyak
• Menghaluskan kulit secara semulajadi
• Menjadikan kulit cerah dan berseri
• Mengecilkan liang pori
• Berfungsi sebagai anti-penuaan untuk kekal awet muda
• Membantu memudarkan parut jerawat, jeragat dan bintik hitam
• Menolong menyekatakan warna kulit yang tidak sekata
• Berfungsi menyingkirkan blackhead dan whitehead
• Menjadikan kulit kelihatan flawless, sihat, segar dan anjal


Jom tengok 5 sebab kenapa Ana suka sangat pakai DR BEAU Pure Natural Skin Oil -Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia ni.

1. Diformulasi Dari Bahan Semulajadi
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Perkata paling utama yang Ana tengok sebelum guna satu-satu produk tu ialah Ana akan make sure bahan-bahan yang diguna adalah selamat. Sebab tu Ana suka dengan Serum Vitamin E Semulajadi DR BEAU ni kerana ianya merupakan Serum Vitamin E berkualiti premium (gred AAA)  yang dihasilkan daripada 100% herba semulajadi. Ini bermaksud tiada bahan berbahaya terkandung di dalamnya.

2. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Kadang-kadang tu tak semua serum semulajadi sesuai untuk semua jenis kulit. Tapi bukan dengan Serum Vitamin E Semulajadi DR BEAU ni. Sebabnya herba-herba semulajadi yang digunakan mengandungi bahan yang terbukti sesuai untuk semua jenis kulit. Terdapat 6 jenis herba utama yang digunakan iaitu :

Rosehip Oil
- bagi yang jenis kulit kering, Rosehip Oil membantu melembut, melembab dan menjaga kesihatan kulit

Argan Oil
- berfungsi mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering

Almond Oil
- merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka

Apricot Kernel Oil
- bersifat ringan dan menyerap ke dalam kulit dengan cepat selain dari berfungsi sebagai pelembap yang baik terutama untuk kulit sensitif. Apricot Kernel Oil juga kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan akibat sinaran matahari

Wheat Germ Oil
- merupakan salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral sekaligus membantu merawati masalah kulit bermasalah

Evening Primrose Oil
- mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan berfungsi untuk memastikan kulit sentiasa segar dan sihat

3. Tekstur Serum Yang Tidak Melekit
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Ana pernah pakai beberapa jenis serum sebelum ni. Basically kesemua serum berbau harum termasuklah Serum Vitamin E Semulajadi DR BEAU ni yang berbau harum semulajadi. Cuma yang membezakan Serum Vitamin E Semulajadi DR BEAU ni dengan serum yang lain adalah teksturnya yang tidak melekat dan meresap dengan pantas ke dalam kulit walau based dia minyak.  Jadi bila pakai tu rasa selesa sangat. Dan bau serum tu macam bau minyak aromaterapi buat kita rasa relax and chill je especially masa nak tidur tu. So secara tak langsung boleh bantu kita untuk dapat tidur yang lena dan berkualiti. Best kan?

4. Serum Serbaguna
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Selalunya serum bukan murah tau harga dia especially yang berkualiti baik. Dalam ratus ratus juga harga dia. Sebab tu Ana pegang pepatah yang mengatakan alah membeli menang memakai - maksudnya alang-alang beli yang mahal tu biarlah barang tu berbaloi. Macam Serum Vitamin E Semulajadi DR BEAU ni, bukan saja hanya boleh pakai dekat muka tapi dekat kawasan-kawasan kulit kering seperti siku, lutut dan dijadikan sebagai losyen tangan. Malah Serum Vitamin E Semulajadi DR BEAU ni boleh dijadikan sebagai serum rambut juga tau. Lepas pakai tu korang akan perasan rambut korang lembut, licin dan wangi sangat.

5. Proses Penyulingan Molekul & Pengektrakan Superkritikal

Macam Ana bagitau dekat atas yang Serum Vitamin E Semulajadi DR BEAU ni merupakan serum berkualiti tinggi. Ini kerana ianya dihasilkan melalui adunan yang berkualiti premium daripada formulasi bioteknologi terkini yang menggunakan teknologi pemprosesan penyulingan molekul dan pengekstrakan superkiritial yang disahkan dan dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Penggunaan DR BEAU Pure Natural Skin Oil
1. Bersihkan muka terlebih dahulu.

2. Titiskan Serum DR BEAU ke tapak tangan. Make sure jangan banyak sebab sedikit saja dah cukup. Satu capsule tu boleh pakai 2 kali atau boleh pakai untuk seluruh badan

** Nak pakai toner dulu sebelum apply serum pun boleh juga

3. Kemudian gosok di tapak tangan terlebih dahulu sebelum sapu ke seluruh wajah untuk membantu memudahkan penyerapan ke dalam kulit.

4. Lebihan serum boleh lah korang sapu dekat rambut atau bahagian badan lain yang kering.

** Nak guna serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil ni sama je macam serum-serum yang lain. Cuma macam Ana prefer pakai sebelum tidur sebab masa tidur merupakan masa yang terbaik untuk sel-sel kita bekerja untuk baiki mana-mana yang rosak.

Kalau korang nak pakai sebelum make up pun boleh, nak mix dengan foundation pun boleh tapi kena try and error dulu sebab kadang foundation dan make up kita tak serasi dengan serum ni. Tapi kalau yang serasi, make up korang boleh tahan lama dan kulit korang akan nampak lebih flawless dan glowing.

Pengalaman Ana sejak pakai  DR BEAU Pure Natural Skin Oil -  Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia ni Ana perasan kulit Ana semakin baik dan lembap terutama masalah kulit kering tu. Dan yang paling Ana suka parut-parut jerawat dah semakin pudar. Yahoo!!! Cuma take time lah sikit especially parut-parut lama tu. Mana boleh pakai hari ni esok nak hilang terus parut tu kan. Korang yang ada masalah jeragat pun boleh pakai sebab DR BEAU Pure Natural Skin Oil-  Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia ni membantu  mengurangkan masalah kulit berjeragat.
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Serum Jerawat dan Jeragat Terbaik di Malaysia
Bagi korang yag berminat nak dapatkan serum DR BEAU Pure Natural Skin Oil ni atau nak maklumat lanjut tentang produk-produk yang ada di bawah label DR BEAU ni, korang boleh lah berhubung terus ke laman web atau sosial media DR BEAU seperti di bawah ni.

Telefon : 016-963 3443



Feb 19, 2019

Tersuka Tanpa Sengaja Nasi Lemak Ikea

10:23 AM 12
Tersuka Tanpa Sengaja Nasi Lemak Ikea

Tersuka Tanpa Sengaja Nasi Lemak Ikea | Assalamualaikum. Last 2 weeks plannya ada breakfast date dengan geng-geng blogger Pantai Timur yang turun KL sempena cuti CNY. Tapi disebabkan Ana tersampai awal, jadi kitorang terbreakfast awal juga. Teyiba jadi lapar sangat. Haha. Tu yang tetiba Tersuka Tanpa Sengaja Nasi Lemak Ikea ni.
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Tersuka Tanpa Sengaja Nasi Lemak Ikea

Ana gerak dari rumah dalam pukul 8.30. 25 minit kemudian dah terpacak depan pintu Ikea. Walau waktu operasi Ikea bermula pukul 9.30 pagi tapi cafe Ikea dah beroperasi dan dah ramai yang beratur. Tapi tak panjang lagi lah que dia. Selamat :)

Sambil beratur sambil reccee menu-menu yang ada. Walau menu dia tak banyak tapi pening juga nak pilih. Haha. Last last ni yang kitorang order. Bila sampai atas meja baru perasan banyak giler yang kitorang amik. Macam nak makan 5 orang. Padahal nak makan 3 orang je.

Nasi Lemak Ikea - RM5.50 - Eh murah juga harga makanan dia kan. Lebih kurang sama macam harga dekat luar tu. No wonder ramai yang suka datang makan dekat sini. 
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Nasi Lemak Ikea ni datang dengan seketol ayam goreng. Ayam goreng dia semua bahagian peha. Tapi Ana tak kisah sebab Ana pentingkan nasi lemak dengan sambal dia tu haa. Tak tahu kenapa tetiba tersuka tanpa sengaja sambal nasi lemak ni. Sambal dia tak berapa pedas dan ada rasa masam-masam jem. Tu yang buat rasa dia unik dan lain dari yang lain.

** Macam tak percaya next following week Ana breakfast sekali lagi dekat Ikea. Terkenang-kenang nasi lemak Ikea ni. Macam kena jampi pulak. Haha. Extra menu untuk Syafi kuew teow goreng harga RM1. Murah kan. Rasa semua sedap. Melazat dak kecik tu makan. Hehe.

English Breakfast - Yang ni menu breakfast untuk Ana. Pun sama sangat lah mengenyangkan. Tengok lah saiz sausage dia. Besar kemain.
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Breakfast di Ikea Cohcrane Cheras
Lepas tu ada scramble egg, hash brown, baked bean dan roti. Cuma roti tu je Ana tak makan sebab keras. Hehe.

Mushroom Soup - RM4.50 - Ni menu pilihan Syafi. Beria makan last last kembong perut. Mana tak nya makan mushroom soup lepas tu selang dengan minum jus. Belum masuk lagi ayam goreng yang dia rendam dalam mushroom soup tu. Pelik pelik cara makan. 
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Last last onde yang kena perabis kan. Sabor je lah. Selamat tak beli garlic bread kalau tak........

Fried Chicken Wing - RM7.50 - Memula Ana ingat Ana amik salted egg chicken. Tapi bila tengok semula ayam goreng biasa je. Huhu. 
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Dah bayar kan makan je lah. Selamat sedap. Terasa lah juga masin masin dekat kulit ayam tu. Satu pinggan ni ada 4 ketul ayam. Makan dengan nasi lemak tadi memang ngam.

Meatball 20 pcs - Tak sah kalau datang Ikea tak makan meatball kan. Tapi masalahnya tak nak kalah amik yang banyak. Lepas tu menangis nak perabiskan. Hehe. 
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Paling Ana suka mash potato dia. Sedap. Terasa lemak lemak kentang tu. Kalah meatball  sebagai menu utama set tu. Hehe.


Tengah makan orang semakin ramai masuk ke cafe Ikea ni. Meja yang kosong tadi sekarang dah full house. Selamat Ana datang awal. Lepas makan terus ke meja bahagian belakang jumpa geng-geng blogger yang baru sampai. 
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Breakfast di Ikea Cochrane Cheras
Ada yang kenal tak? Blogger Gee, Mek dan Diah. Ni gambar masa dalam bilik pameran Ikea. Dorang saja datang sini nak breakfast. Lepas tu sempat Ana join segmen Mek - kotak beracun. Korang kalau nak tengok apa yang diracunkan tu, boleh tengok kat YouTube Mek ok.

Dah selesai jumpa dorang, Ana saja jalan-jalan dekat MyTown. Dulu masa first time datang sini MyTown tu dalam pembinaan lagi. Banyak juga kedai dan butik yang famous. Tapi Ana saja cuci mata je sebab takde mende nak beli pun. Yang sempat shopping dak Syafi tu je. Kemain lagi. Berapa banyak kasut dia nak kumpul pun tak tau. Selamat murah. Sebelum dia minta macam-macam lagi baik kita angkat kaki dulu. Hehe.


Feb 18, 2019

Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya

11:36 AM 17
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya

Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya l Assalamualaikum. Pernah tak masalah gigi kuning dan berbau menjadi penghalang untuk korang bersosial dengan kawan-kawan? Sampai kawan-kawan pun cop kita anti sosial atau pun sombong. Mesti masa tu kita rasa down sangat kan. Tapi pernah tak korang search tentang Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya?
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya

Kalau cakap tentang punca dan penyebab gigi kuning dan berbau ni, ada 1001 sebab musabab dia sebenarnya. Tapi Ana share beberapa point yang common dan dekat dengan kita je lah ye.

Antara punca utama yang menyebabkan masalah gigi kuning dan berbau ialah disebabkan oleh penjagaan gigi yang tidak baik. Apa maksudnya? Korang tak gosok gigi dengan betul dan tak ikut jadual yang disarankan. Dan juga korang tak mendapatkan rawatan gigi di klinik-klinik gigi. Betul tak?
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Tahu tak yang  makanan dan minuman yang kita amik seharian juga boleh menyumbang kepada masalah gigi kuning. Especially kalau korang seorang yang kuat minum air teh dan kopi. Sebabnya tabiat minum teh adan kopi ni boleh menyebabkan gigi korang berubah menjadi gigi kuning dan berbau.

Bukan tu je, makan makanan yang mempunyai kadar pewarna yang tinggi juga salah satu punca masalah gigi kuning tau. Contohnya seperti kunyit serbuk yang diguna untuk menggoreng atau buah dari jenis keluarga beri.

Punca ketiga kepada masalah gigi kuning dan berbau adalah kerana tabiat merokok. Ini kerana kesan nakotin yang kuat pada rokok akan menyebabkan gigi berubah kuning dari sehari ke sehari. Dan akhirnya boleh menyebabkan gigi rosak dengan teruk.

Bagi korang yang guna pencuci mulut dengan tujuan untuk dapatkan mulut yang sihat, sila pastikan yang pencuci mulut korang tak mengandungi ‘chlorhexidine’. Ini kerana penggunaan produk ni boleh menyebabkan gigi kuning dengan cepat dan lebih teruk lagi, ianya boleh menggangu saraf yang mengakibatkan gigi mati dan tiada nutrien!!
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Kalau tadi punca dari pencuci mulut, jangan tak tau yang penggunaan florida dari ubat gigi dan ubat kumur juga turut menyumbang kepada masalah gigi kuning. Terperanjat kan?? Kalau korang nak tau, pengunaan florida secara berlebihan boleh menyebabkan fluorosis - keadaan di mana kalsium disedut keluar dan menyebabkan gigi menjadi bertompok-tompok putih dan tidak sekata.

Macam mana, ada tak point point yang Ana cerita dekat atas kena dengan korang? So sekarang dah tau kan apa punca gigi kuning dan berbau kan. Tak kan nak biarkan je. Mesti lah korang nak gigi yang sihat, putih dan nafas yang segar kan. Ni Ana nak share cara paling senang dan mudah untuk korang kembalikan warna gigi ke warna yang lebih baik.

Guna ZACT jer - ubat gigi pemutih dan penghapus kesan kotoran pada gigi yang paling terkemuka oleh Lion Japan, syarikat penjagaan oral No. 1 di Jepun yang berpengalaman selama 127 tahun dalam pembangunan dan inovasi penjagaan oral.
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Istimewa tentang ZACT Whitening ni ialah ianya telah diuji di bawah persekitaran makmal yang terkawal dan telah terbukti memiliki kuasa memutih 2 kali lebih baik berbanding ubat gigi biasa yang  tidak mempunyai agen pemutih. Dan boleh digunakan dengan selamat dan lembut setiap hari. Ini terbukti berdasarkan penilaian klinikal ke atas 121 orang yang mempunyai kesan kotor yang teruk pada gigi  selama 4 hingga 8 minggu menunjukkan bahawa kandungan aktif yang ada di dalam ZACT adalah cukup efektik untuk menghilangkan kesan pada gigi.

Selain dari tu, ZACT Whitening juga mempunyai 60% kuasa menghilangkan kesan kotoran pada gigi yang lebih berkesan berbanding ubat gigi pemutih biasa. Dengan rasanya yang sejuk dan berpudina mampu menyegarkan nafas serta membantu mengurangkan bau nafas akibat kopi dan teh yang kurang menyenangkan.  
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Gigi Kuning dan Berbau - Apa Penyebab Dan Cara Mengatasinya
Paling menarik tentang ZACT Whitening ni ialah fungsi 3 dalam 1 di mana ZACT Whitening dengan florida mengandungi Formula Advanced Whitening dan 2 Agen Pemutih berfungsi menguatkan gigi dan membantu menghalang pembentukan kaviti pada gigi. Ini bermakna korang bukan saja boleh memutihkan gigi, tapi pada masa yang sama dapat melindungi gigi dan menyegarkan nafas dengan hanya satu produk saja. Jimat kan???

Tertarik dan berminat nak cuba? Cepat-cepat dapatkan ZACT Whitening sekarang. Korang boleh dapatkan ZACT Whitening di pasaraya besar, supermarket dan farmasi berdekatan pada harga RM5.85 (90g) dan RM7.75(150g).Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web www.zact.com.my ni.



Feb 15, 2019

Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah

3:03 PM 18
Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah

Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah l Assalamualaikum. Ahad ni genap Syafi 5 tahun. Kejap je dah besar. Kalau tahun lepas sambut harijadi Syafi dekat rumah dengan keluarga dua dua belah, tapi tahun ni Syafi request nak nak buat dekat sekolah. Memang Meriahnya Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Meriahnya Sambutan Harijadi Syafi Di Sekolah 

Awal-awal lagi Ana dah niat nak buat sambutan harijadi Syafi dekat sekolah. Bagi dia rasa happy dapat sambut dengan kawan-kawan. Seminggu sebelum Ana dah bagitau Cikgu Ani nak buat makan-makan ni. So tak perlu lah cikgu prepare makanan untuk murid-murid hari tu.

Bincang dengan mak apa menu yang kenyang untuk budak-budak tu. Last last agree untuk masak kan nasi ayam je. Bila bincang dengan tukang masak sekolah, dia kata budak-budak ni suka makan isi ayam so Ana beli bahagian dada je untuk nasi ayam ni.

Baca juga : Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat

Barang-barang basah semua Ana beli dekat NSK dan pasar borong. Memang murah lah kan. Barang paling mahal pun ayam je dalam RM35 je pun.

Untuk goodies Ana memula plan nak belikan roti je. Sekali bila jejalan kat Ikea ternampak pula pinggan cawan warna warni ni. Comel lah pulak. Hehe. Tengok harga RM5.50 untuk 6 unit. Under bajet sangat ni. So beli lah 6 pek cawan 6 pek pinggan.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Untuk cikgu beli kan bekas makanan yang ada 3 unit dalam satu pek tu. Beli lah 2 unit sebab cikgu ada 2 kan. Extra beg kain beli masa pergi Thailand hari tu. Ana suka bagi something yang orang akan pakai. Takde lah membazir kan.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Kalau birthday celebration mesti ada jajan kan. Nak beli keropok tak elok pulak. Better beli yang sesuai dimakan untuk budak-budak. So Ana decide ke kedai RM2.00 beli kan layer cake dan corn stick.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Untuk kek pula macam biasa beli dekat Gerobok Pejol. Ana request buat kek bentuk petak. Senang nak potong nanti. Harga sekilo RM65 - kek perisa pandan. Simple yet yummy. Cuma kena tambah RM10 sebab Syafi nak 2 ketul patung Avengers. Huhu.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Sehari sebelum majlis, bersila 2 beranak packing goodies. Guna plastik lutsinar sedia ada dekat rumah. Cuma rebenkan je. Reben pun lebihan dari majlis tunang adik last year. Selesai keje. Tak perlu nak beli-beli yang baru.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Pepagi tu pukul 7 dah start masak. Sebab pukul 10 dah nak makan kan. Selamat tadika depan rumah je. Dalam pukul 9.30 selesai masak. Terus hantar ke tadika.

Pukul 10 murid-murid dah sedia nak makan. Tapi kelakarnya memasing pakat nyanyi lagu birthday. Ketua dia sorang budak perempuan. Nama Khairiah tapi dia suruh panggil dia Cik Yah. Memang kepochi habis. Haha.

Dah makan, masa untuk potong kek. Nyanyi lah sikit lagu birthday kat Syafi. Bergilir girl and boy nyanyi. 3 lagu setiap sesi lagi. Lagu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan lagu Allah Selamatkan Kamu. Amik ko. Bukan beshe beshe ok.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Last sekali baru Syafi agihkan goodies. Seronok semua. Ada yang tak sabar terus buka plastik tu. Comel je semua. Tapi cikgu suruh simpan dalam beg bawa balik baru buka. Hehe.
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Sambutan Hari Jadi Syafi Di Sekolah
Dalam sejam selesai semua. Alhamdulillah semua happy. Ana pun tumpang happy tengok dorang semua happy. Next year sambut di tadika juga lah nampaknya.

Total Belanja :
Bahan Basah - RM125
Cawan Pinggan Ikea - RM5.50x12 =RM66
Set bekas makanan cikgu -RM9.90x2 =19.80
Jajan - RM37. 80
Kek - RM75
Total = RM323.60

* Nasi ayam tu ada lebih sebenarnya. So bagi dekat jiran tetangga yang ada. Goodies pun sama. Bagi dekat cucu cikgu dan bestie Syafi aka jiran sebelah rumah. Birthday dia pun selang sehari je dengan Syaf. Dah lah berjiran, birthday pun sebelah sebelah je. Haha.

Sambutan harijadi dah buat, hadiah takde ke onde. Hahahaha. Tanya dia nak apa. Dia kata nak whiteboard Ikea. Huhu. Ok lah sebab lately ni Ana perasan Syafi suka sangat melukis dan menulis. Balik je sekolah dia akan recap semua yang dia belajar dekat sekolah. Nanti kita pergi Ikea semula ye :)






Feb 13, 2019

Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa

10:31 AM 17
Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa

Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa | Assalamualaikum. Kecewa menurut kamus bermaksud dukacita kerana tidak tercapai apa yang diinginkan ATAU gagal dalam mencapai sesuatu. Kita yang dewasa ni pun masih lalui fasa-fasa kegagalan dalam kehidupan. Begitu juga dengan anak-anak. Adakah Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa Ini.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Anak Sering Kecewa? Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa

Kecewa, gagal, dikritik, tidak sependapat semua ni akan menimbulkan rasa ketidakselesaan atau lebih tepat rasa sedih dalam diri anak-anak. Kadang tu benda yang remeh pun boleh jadi isu yang besar untuk anak-anak. Seolah dah takde jalan penyelesaian.

Contoh macam Syafi. Sibuk dok ajak kita main game. Sekali bila main dan dia kalah, dia tak boleh nak terima kekalahan tu. Lepas tu menangis berguling-guling. Haha,

Sama juga bila masuk bab belajar. Pada awalnya semua benda dia kata dia tak tahu. Baik bab menulis dan melukis. Sikit-sikit mengeluh kata tak reti lah tak pandai lah. Last last menangis kesedihan.

So apa tindakan kita as a parents to overcome these kind of situation? Tak kan nak biarkan dorang terus tenggelam dengan perasaan kecewa dan sedih tu je kan. Kalau tak "dirawat" boleh menyebabkan mereka terus rasa bersedih, rendah diri dan sering salahkan diri sendiri atas kekecewaan yang dirasai. Apa kata ibu bapa Jom Cuba 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa ni.

1. Beri Nasihat Yang Kegagalan Hanya Satu Permulaan

Sebagai ibu bapa, nasihat dah jadi sebahagian dari kata-kata perangsang kepada anak-anak. Kita yang dewasa ni pun masih memerlukan nasihat dari orang-orang di sekeliling. Apa lagi anak-anak.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Kita cerita pada mereka yang kegagalan tu bukan segalanya sebaliknya kita kena jadikan kegagalan  sebagai batu loncatan untuk jadi yang lebih baik. Dari kegagalan kita akan jadi seorang yang lebih berdaya saing dan sekaligus membantu meningkatkan daya berfikir yang lebih tinggi dari sebelumnya. Bagitau mereka juga yang kita juga pernah lalui banyak kegagalan sebelum ni. So anak-anak sedikit sebanyak dapat faham tentang lumrah kegagalan dalam kehidupan.

2. Beri Contoh Kejayaan Yang Dekat Dengan Mereka

Bagi Ana, bila kita tengok kejayaan seseorang, kita akan jadi lebih bersemangat untuk berjaya seperti mereka. Ana nak Syafi juga rasa yang sama. Tapi Ana beri dia contoh yang ada depan mata atau dekat dengan dia lah.

Contohnya Ana selalu dekat Syafi tentang kesusahan zaman Ana kecik-kecik dulu. Tak macam Syafi sekarang semua nak boleh dapat. Nak melukis pun takde kertas lukisan. Apa lagi nak beli pensel warna. Tapi Ana tak jadikan kesusahan yang Ana lalui sebagai alasan untuk tak berjaya dalam pelajaran.

3. Lebihkan Usaha & Puji Usaha Yang Dilakukan

Bila dah tengok orang lain berjaya, kita kena lah usaha kan. Macam Ana cerita Syafi tak boleh terima kekalahan bila bermain dengan Ana. Memula nampak macam kelakar kan tapi bila Ana fikir semula, apa tindakan Ana untuk bantu Syafi.

Bagi contoh kejayaan saja tak mencukupi. So apa Ana buat ialah Ana akan ajak Syafi sambung main dan main lagi untuk galak dia lebihkan usaha. Gagal lepas usaha? Takpe takde masalah. Ana tetap puji Syafi atas usaha yang dia lakukan.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
"Bagus dah apa Syafi dah buat. Suka onde tengok. Tak jadi takpe kita cuba cara lain pula."

Bila Syafi nampak yang Ana hargai usaha yang dia buat, dari situ Syafi akan usaha untuk bermain dengan lebih baik lagi dari sebelumnya.

Bila dah selalu bermain atau praktis, Ana perasan automatik Syafi semakin dapat baca rentak permainan dan lama-lama Syafi jadi semakin mahir. Ana ingat lagi saat dia menang buat pertama kalinya. Bukan main seronok dia. Bergolek-golek kesukaan, Hehe. Manisnya usaha bila dah berjaya kan. Dan permainan seterusnya jadi lebih menarik.

4. Sokong Dengan Perbuatan

Teruskan berusaha Ana dah galakkan. Tapi belum lagi berjaya. So apa langkah seterusnya yang Ana kena buat? Sure Ana kena beri sokongan sebagai ibu bapa. Tapi bukan sekadar dengan sokongan kata-kata tapi juga dengan tindakan atau perbuatan.

Baca juga Bagaimana Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain

Contoh dalam kes point nombor 2 di atas, bermain bersama-sama merupakan salah satu sokongan dalam bentuk tindakan Ana untuk Syafi. Cuba bayangkan kalau Ana hanya bagi sokongan dengan kata-kata, agak-agak Syafi ada semangat yang lebih ke untuk lebih berusaha ke arah kejayaan. Kemungkinan tu ada tapi peratus dia sangat rendah berbanding kalau kita sokong dengan perbuatan. Bila buat sesuatu tu bersama-sama, anak-anak akan jadi lebih bersemangat untuk capai apa yang dorang nak.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Sama juga kes bila Syafi mengadu kata tak pandai melukis atau menulis. Puas Ana pujuk kata takpe lama-lama nanti ok lah tu. Tapi keberkesanan pujukan tu tak menjadi. Syafi tetap rasa kecewa dan sedih. So apa Ana buat ialah belikan dia lagi kertas lukisan dan pensel warna (untuk dorang dia lebih berusaha) dan minta dia lukis apa yang Ana nak. Memula memang ntah apa-apa ntah dia lukis tapi takpe, kita reward usaha dia dengan bagi 2-3 bintang sebagai galakan.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Dan hasilnya sekarang lukisan Syafi jadi sangat baik. Gambar atas ni hasil lukisan sempena hadiah birthday Ana. Ok lah kan tu. Imaginasi dia pun semakin tinggi. Dah takde dah dengar dia mengeluh tak pandai melukis.

5. Galak Lakukan Aktiviti Problem Solving

Salah satu bentuk usaha yang interaktif untuk Syafi lebih bersikap terbuka adalah dengan menggalakkan dia melakukan aktiviti problem solving seperti bermain origami. Dengan adanya aktviti seperti ini, Syafi akan melihat sesuatu halangan atau masalah boleh diatasi jika ada usaha dan keyakinan.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Selain tu sesekali Ana akan bawa Syafi ke Kidzania KL untuk dedahkan dia dengan situasi problem solving yang berbeza dari kebiasaan. Contohnya memula Syafi ke Kidzania dia seorang yang penakut. Tak boleh berenggang dengan Ana. Tapi bila kita sokong dan pujuk, lama-lama dia jadi berani, mampu mengatasi rasa takut dan berdepan dengan apa yang ada dihadapan dia ketika tu. Masa tu dia akan sentiasa berfikir apa yang perlu dibuat untuk berdepan keadaan seperti itu.

Lepas Ana tengok Syafi makin selesa di Kidzania, baru Ana dedahkan Syafi dengan aktiviti yang memerlukan dia untuk menyelesaikan masalah atau tugasan pula. Antaranya ialah aktiviti sebagai Courier Agent, Licensing Officer dan Tax Officer di mana Syafi perlu untuk melakukan tugasan yang diamanahkan. Kita tengok memang nampak senang kan tapi untuk budak yang baru berumur 5 tahun, tugas tu "agak berat" sebenarnya. So tugas Ana as a parents ialah beri sokongan dan beri klu untuk dia faham dan selesaikan tugasan tersebut.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Sama juga bila Syafi buat aktiviti as a Milk Processing Officer di Vitagen Lab. Nak dapatkan sebotol vitagen yang dia minum selalu tu bukan semudah ABC je. Banyak proses dan halangan yang perlu ditempuhi. Dari situ Syafi dapat belajar bila nak dapatkan sesuatu kita kena usaha dan kuat menghadapi cabaran yang tiba.
 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa 
Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, Ana nampak problem solving skill Syafi semakin baik dan Syafi jadi lebih positif dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. At the end of the day, Syafi sangat happy dan tak nampak pun kesukaran untuk melakukan tugasan yang diberi sebagai satu halangan untuk dia. Syabas Syafi!!
.
.
.
Ok lah tu saja perkongsian untuk kali ni. Semoga 5 Tips Mudah Atasi Rasa Kecewa yang Ana kongsikan ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa di luar sana. Kalau ada tips yang lebih mudah lagi, sudi-sudi lah kongsi di ruangan komen ye. Mana tau boleh sama membantu kan. Orang kata sharing is caring. 

Feb 12, 2019

Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

10:35 AM 10
Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan | Assalamualaikum. Siapa yang tak kenal dengan jenama Nestlé - pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Selain dari komited dengan matlamat untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta membina masa depan yang lebih sihat, Nestlé juga komited dalam usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Tahniah Nestlé Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

Sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, baru-baru ni Nestlé Malaysia telah menyumbang bahan bacaan Braille berupa 1000 buah buku yang bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Tahniah Nestlé!!

Sumbangan tersebut bakal digunakan bagi membantu seramai 500 orang kanak-kanak buta dan cacat penglihatan di Malaysia. Tahniah Nestlé Malaysia!!
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata pihaknya komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, Nestlé percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta.

Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini mampu untuk membuka pintu dan peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan pada masa hadapan. Disebabkan itu, Nestlé berharap semoga sumbangan yang dihulurkan dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
 Nestlè Malaysia Sumbang Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
Sementara itu, En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana telah bermurah hati memberi sumbangan tersebut dan menjadi penyokong kuat masyarakat buta sejak sekian lama.

Di YOBM mereka mempercayai bahawa  dengan pendidikan, segala isu diskriminasi dan kemiskinan yang timbul dapat diatasi.

Semoga sumbangan seperti ini dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat orang buta terutama sekali untuk kanak-kanak dan seterusnya memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat setempat. Sekali lagi Tahniah Nestle Malaysia Atas Sumbangan Kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

Feb 11, 2019

Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

10:50 AM 14
Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati | Assalamualaikum. Tahun ni hari jadi Ana jatuh betul-betul pada CNY. So memang tak boleh ke mana-mana lah sebab sure hotel mahal dan jalan sesak sesesaknya. So my family and I just having a Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Masa nak decide makan dekat mana, tetiba Ana teringat makan dekat David Diners di Ipoh last year (entri pun tak buat lagi. Haha). Memang berbaloi makan dekat sana sebab dia ada set menu yang berbaloi-baloi. Tapi sebab nak ke Ipoh tu rasa jauh lah plak, maka ke Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati lah kami 3 beranak. 
Memandangkan Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni buka pada pukul 11, kami terus plan lunch kat sana. Kemain ko lunch makan steak. Haha.

Ana sampai sana dalam pukul 11.30 tu pun orang dah ramai. Maybe sebab cuti kan. Ramai yang makan luar je. Tapi kalau tak cuti pun rasa ramai je makan dekat sini sebab Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni agak popular dekat area KL ni. Mana taknya, restoran selesa Dan luas dan. Servis pun pantas. Staff pun well trained.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Nama pun Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati kan. So for sure semua menu-menu dia menu western. Jangan ditanya pula ada ke tak nasi goreng ke, mee goreng mamak ke kan. Hehe.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sebab Ana jarang makan steak,  so kali ni Ana dan suami pilih menu yang sama iaitu Sirloin Steak. Memula Ana nak pilih T-bone steak tapi bila tanya pekerja dekat sana dia kata Sirloin Steak lagi banyak isi. So Ana pun setuju order menu tu. 
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Ni lah Sirloin Steak tu. Untuk gravy Ana request BBQ sauce sebab Ana suka gravy yang masam masam. At least boleh lah potong rasa muak. Sirloin Steak ni harga dia RM66 which is bagi Ana berbaloi lah dengan apa yang dihidang. Presentation wise - simple, kemas dan menyelerakan. Tapi menyesal pulak Ana order Sirloin Steak ni. Dah kenapa pulak ni??
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sebab nampak macam sikit je kan tapi trust me, isi sirloin dia tebal beb. Jenuh wei Ana nak habiskan. Kalau tau, Ana order menu lain. Hehe. So terpaksa lah delivery ke pinggan suami. Rasa dia memang no doubt!!! Sedap, juicy dan lembut. Steak ni di masak ala ala medium rare. So kat bahagian luar masak penuh tapi bahagian dalam macam raw sikit. So korang akan nampak warna isi daging tu kemerah-meramah sikit.  Tapi don't worry, tak terasa pun rasa raw dia. Serius sedap!!!

Sekarang kita tengok menu untuk budak kecik tu. Kali ni menu dia pilih sendiri. Memula dia minta burger. Kemudian berubah ke mushroom soup. Last last dia minta macaroni cheese.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Ni lah dia macaroni cheese Syafi. At first Ana assume Syafi tak boleh habiskan sebab sure muak kan.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Tapi habis licin satu mangkuk tu dia telan. Memang sesuai lah menu tu sebagai kids menu. Ana ada lah "curi-curi" rasa macaroni cheese dia - memang sedap. No wonder melazat dak kecik ni makan. Harga macaroni cheese ni RM16.

Kata birthday lunch date kan, kek takde ke? Ada je kek jual dekat sini tapi Ana tak order sebab tak fancy nak makan kek ni. Lagipun sebab dah kenyang sangat. Memang kenyang sampai ke petang tau. So no birthday cake for that day.

Masa nak balik tu cakap kat En Suami boleh repeat balik makan dekat sini. Dia pun setuju. So next time nak makan menu lain pula. Rasa nak cuba wagyu dia pulak. Hahahaha.

Ok lah korang kalau rasa nak makan steak di tempat yang selesa dengan menu-menu Barat yang best, Ana cadangkan korang ke Sixty6 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni. InsyaAllah korang akan berpuas hati . So selamat mencuba.


Sixty9 Islamic Steakhouse
341, Lorong Sarawak
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur