Wasiat Selamat Dengan Willkey™ & Dapat Mata Ganjaran Tambahan Sunway Pals - Ana Suhana

Jan 18, 2019

Wasiat Selamat Dengan Willkey™ & Dapat Mata Ganjaran Tambahan Sunway Pals


Wasiat Selamat Dengan Willkey™ & Dapat Mata Ganjaran Tambahan Sunway Pals | Assalamualaikum. Hari tu Ana ada share tentang Willkey™ di SINI. Hari ni Ana nak share sekali lagi tentang Wasiat Selamat Dengan Willkey™ & Dapat Mata Ganjaran Tambahan Sunway Pals. Apa orang kata. Sambil menyelam minum air. Sambil berwasiat sambil kumpul mata ganjaran gitu.
Willkey™
Willkey™
Wasiat Selamat Dengan Willkey™ & Dapat Mata Ganjaran Tambahan Sunway Pals

Macam Ana terangkan sebelum ni, WillKey™, merupakan pendaftar wasiat yang memberi perkhidmatan pencarian dan simpanan wasiat berpusat yang pertama di Malaysia. Kini Willkey™ mengorak satu langkah ke depan dengan menjalinkan kerjasama dengan Sunway Pals Loyalty Sdn Bhd - anak syarikat Kumpulan Sunway yang menjalankan program kesetiaan pelanggan.

Korang ahli Sunway Pals???
.
.
.
Kalau ye, memang rezeki korang lah. Sebabnya melalui kerjasama terbaru ini, ahli Sunway Pals  berpeluang untuk mengutip 20 kali ganda Pals Points apabila mereka mendaftar sebagai pelanggan menerusi perkhidmatan pendaftaran wasiat WillKey™ dan tambahan 5,000 Pals Points jika mereka memilih untuk menjadi pelanggan simpanan wasiat. Mata ganjaran berkenaan akan dikira berdasarkan kadar standard 1 Pals Point bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Berbaloi kan? 

Bagi yang bukan ahli dan tertanya tentang Sunway Pals ni, kalau korang nak tau Sunway Pals ialah program kesetiaan pelanggan yang memberikan ganjaran kepada ahli mereka atas setiap pembelian barangan atau perkhidmatan di lebih 1,000 kedai yang mengambil bahagian di Pusat Membeli-belah Sunway, Taman Tema Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Pusat Pengajian Sunway, Hartanah Sunway serta Unit Perniagaan Sunway yang lain.

Kerjasama ini merupakan kerjasama strategik pertama WillKey™ sejak ia dilancarkan pada Ogos 2018. Sebagai penyedia perkhidmatan pendaftaran wasiat dan penyimpanan wasiat khusus yang pertama di Malaysia, WillKey™ bertindak sebagai sebuah pusat pendaftaran di mana pewasiat boleh mendaftarkan maklumat mengenai lokasi wasiat mereka, atau menyimpan wasiat mereka dengan selamat. Oleh tu ianya merupakan jalan penyelesaian yang lebih mudah serta efisien untuk urusan mendaftar bagi pewasiat atau mencari wasiat bagi pewaris.

“Kerjasama dengan Sunway Pals membolehkan kami menjangkau pasaran yang lebih meluas dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan tahap pendapatan. Ramai orang terutamanya golongan muda suka menangguhkan urusan berkaitan wasiat. Walau bagaimanapun, mentaliti berkenaan sedang berubah dan orang ramai kini mulai sedar tentang pentingnya memiliki wasiat dan menjaga aset demi kepentingan para pewaris mereka. Tidak kira sama ada ibu bapa, pasangan atau anak-anak mereka,” kata Marina Suwendy, Pengurus Besar MWD Wills Depository Sdn Bhd. Tambah Marina lagi, “Kami berharap agar kerjasama dengan SUNWAY PALS ini dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran dan lebih ramai orang akan menyedari bahawa sebaik sahaja mereka memiliki akaun bank, kereta atau apa-apa hartanah di bawah nama sendiri, mereka harus bertanggungjawab dan perlu menyediakan wasiat. Selepas menyediakan wasiat, urusan untuk mendaftar dan menyimpannya dengan selamat tidaklah semahal tanggapan ramai dan ia dapat mengelakkan tekanan tambahan apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.”
Willkey™
Willkey™
Manakala Ketua Perniagaan Sunway Pals, Kevin Wong pula berkata, “Kami amat menghargai peluang kerjasama yang ada dan kami yakin bahawa kerjasama baru dengan WillKey™ bakal mewujudkan satu lagi cara baik yang membolehkan kami memperluaskan ganjaran kepada lebih daripada 670,000 Ahli Pals. Kami percaya bahawa menerusi kerjasama dengan rakan usahasama baru dari pelbagai bidang, kami dapat sentiasa menemui, membangun dan menyampaikan nilai yang terbaik kepada Ahli Pals.”

Bermula dari 1 Disember 2018 hingga 30 April 2019, Ahli Pals akan menikmati ganjaran istimewa apabila mereka mendaftar dengan WillKey™ seperti berikut :

Ahli yang mendaftar untuk perkhidmatan pendaftaran wasiat WillKey™ pada harga RM133.33 akan mendapat 20 kali ganda Pals Points di sepanjang tempoh promosi.

Ahli yang mendaftar untuk perkhidmatan Simpanan Sepanjang Hayat Premium WillKey™ pada harga RM833.33 akan mendapat 20 kali ganda Pals Points serta tambahan 5,000 Pals Points di sepanjang tempoh promosi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, korang boleh layari https://mywillkey.com/sunwaypals/ atau https://sunwaypals.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang program kesetiaan pelanggan Sunway Pals.

7 comments:

  1. Thanks sharing Ana, banyak pint boleh dapat dari sini kan

    ReplyDelete
  2. oh...macam tu ye...bagus jugak ye ada willkey ni kan...

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni... harus kena tahu, pentingnya wasiat untuk masa hadapan..

    ReplyDelete
  4. Wow..canggih ye sekarang, daftar wasiat pun dapat collect point jugak. Bagus inisiatif ni..

    ReplyDelete
  5. baru firtime dengr ni..siap ada ganjaran lagi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤