TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar - Ana Suhana

Jan 14, 2019

TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar


TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar | Assalamualaikum. Ada yang guna pencuci baju jenama TOP tak? Kalau ada kita geng. Selalu korang shopping barangan TOP dekat mana? Kalau dekat Mydin, kita geng lagi. Hehe. Oh ya ni korang tau tak bila kita beli barangan jenama TOP dekat Mydin sebenarnya secara tidak langsung korang dah membantu TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar. Ye betul. Tahniah korang!!
kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP
kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP
TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar

Eh macam mana shopping jenama Top je boleh membantu pelajar seramai tu?
.
.
.
Haa ni lah Ana nak cerita. Kalau korang nak setiap tahun TOP ada anjurkan kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP dan tahun ni dah masuk tahun ke-4 tau. Sepanjang tempoh 4 tahun tu TOP dah menyediakan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada lebih 1,600 orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan :

Kedah / Perlis

1. Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda
2. Rumah Superkids

Pulau Pinang

3. Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang
4. Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang

Kelantan / Terengganu

5. Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih
6. Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA)

Perak

7. The Salvation Army Ipoh Children's Home
8. Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman
Kuala Lumpur/Selangor 
9. Rumah Hope
10. Rumah Bakti Nur Syaheera

Pahang

11. Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar
12. Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan 

Negeri Sembilan 

13. Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema
14. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)

Melaka
15. Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia
16. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru

Johor

17. Pusat Kebajikan Kalvari Johor
18. Persatuan Kebajikan Darul Hanan

Dan pada tahun ini, seramai 500 orang kanak-kanak bertuah dari beberapa buah NGO terpilih di seluruh negara telah terpilih untuk menerima bantuan tersebut. So sekarang korang dah tau lah kan macam mana pembelian korang boleh membantu bakal-bakal pemimpin masa depan ni kan.

Untuk pengetahun korang juga, kali ni TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama Malaysia iaitu MYDIN untuk melaksanakan kempen CSR tersebut.

Dana untuk tabung CSR ini telah dikumpulkan pada 15 November hingga 15 Disember 2018 yang lalu di mana dengan pembelian produk terpilih jenama TOP di semua cawangan MYDIN di seluruh negara, setiap 30 sen akan disalurkan ke dalam tabung CSR ini dengan tujuan untuk membeli keperluan persekolahan berupa pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap untuk anak-anak yang berusia di antara 7 hingga 17 tahun sebelum bermulanya sesi persekolahan yang baru.

Mesti ada yang tertany apa tujuan CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP dianjurkan????
.
.
.
.
.
Kalau korang nak tau terdapat 2 objektif utama kempen ni dianjurkan :
kempen CSR Cerahi Kehidupan Bersama TOP
1. Memberikan kanak-kanak perasaan teruja bila dapat pakaian seragam baru dan secara langsung ini dapat memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan menaikkan keyakinan dan harga diri mereka.

2. Mendidik mereka tentang pentingnya gaya hidup yang bersih. Ini termasuklah menjaga dan mencuci pakaian masing-masing agar sentiasa bersih.

“Kami terharu dengan sokongan MYDIN dan para pelanggannya yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, sama seperti rakan-rakan mereka yang lain" ujar Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Mr. Leroy Yoon. "Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” beliau menambah.

Just for info, Southern Lion Sdn Bhd merupakan syarikat kerjasama 50/50 di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Syarikat ini menawarkan produk-produk isi rumah seperti penjagaan fabrik, kediaman, kecantikan dan oral yang inovatif pada harga mampu milik. Southern Lion merupakan syarikat pengeluar bahan cucian pertama yang menerima persijilan ISO 9001.



Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan: 1800-88-0133

8 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤