Tips Menuju Kematian Husnul Khotimah - Ana Suhana

Jan 4, 2019

Tips Menuju Kematian Husnul Khotimah


Tips Menuju Kematian Husnul Khotimah| Assalamualaikum. Masuk tahun baru 2019 ni macam biasa lah, banyak nau azam yang kita pasang kan. Ada azam yang tak sempat nak capai tahun lepas, bawa ke tahun ni pula. Hehe. Tapi kebanyakan azam kita termasuk diri Ana sendiri lebih kepada dunia kan. Azam untuk akhirat selalu tak dijaga. Teruk pulak rasanya. Baru-baru ni someone share dengan Ana Tips Menuju Kematian Husnul Khotimah. Bila baca semua tu mudah sebenarnya cuma nak tak nak je kita laksanakan. Apa tips tu? Jom kita tengok.
Tips Menuju Kematian Husnul Khotimah
Tips Menuju Kematian Husnul Khotimah
Tips Menuju Kematian Husnul Khotimah

"Wahai jiwa-jiwa yang sentiasa tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan Aku redha. Dan berkumpul lah kalian dalam kalangan orang-orang yang berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

Ini lah ayat sakaratul maut. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya untuk mendapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita, nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawaduk dalam berusaha untuk mengejarnya.

1. Solat Sunat Fajar

Jangan tinggal solat sunat fajar atau solat sunat subuh walaupun terbangun dah pukul 6:45 pagi. Sebabnya Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2. Zikir

Amal dan jangan tinggal berzikir Subhnanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar 33 kali setiap satu setiap kali lepas solat. Zikir ni merupakan zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3. Solat Subuh Berjemaah

Berusahalah sedaya upaya untuk solat subuh berjemaah di rumah Allah ATAU paling kurang berjemaah dengan anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4. Doa Selepas Azan

Jangan lepaskan peluang untuk berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana waktu itu merupakan antara waktu mustajabnya doa.

5. Faham & Hayati Bacaan Dalam Solat

Pelajari dan hayati setiap bacaan dalam solat. Seolah-olah bacaan kita merupakan bisikan atau aduan kepada Robbul Jalil. Bila dah fahami makna bacaan, sekurangnya hati kita sentiasa berada dalam solat. Mudah-mudahan dengan asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat.

** Memang itu pun di antara tujuan 5 kali sehari kita bersolat. Allah dah berjanji bahawa solat sedemikian mempunyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar. Kalau kita solat tapi masih berbuat dosa, maybe ada something wrong dengan solat kita.

6. Membaca Al-Quran

Jangan lepaskan peluang untuk membaca Al-Quran setiap hari terutama selepas solat subuh. Bacalah apa juga surah pun boleh. Lagi baik bila dapat amal kan 3 surah ini setiap hari iaitu 10 ayat terawal & terakhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah dan surah Al Mulk.

Asbab kepada sabda Nabi : "Bacalah Al Quran. Sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya".

7. Solat Sunat Qoiyyah & Ba'diyyah

Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah (sebelum) & ba'diyyah (selepas) solat fardhu, witir dan dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab Allah redha kepada kita.

8. Solat Awal Waktu

Sentiasa istiqomah untuk solat di awal waktu. Bagi para wanita, sentiasa bersedia menanti masuknya waktu solat manakala para lelaki berusaha istiqomah untuk solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi SAW yang  utama.

9. Kekal Berwuduk

Berusaha melazimi menjaga wuduk setiap masa kerana orang yang mempunyai wuduk akan didampingi para malaikat Allah.

10. Membawa Kayu Sugi

Amalkan untuk sentiasa membawa kayu sugi untuk bersugi ke mana kita pergi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yang sentiasa bersugi. Antaranya ialah :

• Zikir  dan bacaan ayat-ayat Al Quran orang yang bersugi adalah 70x lebih kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yang tak bersugi.
• Dua rakaat solat orang yang bersugi juga lebih disukai Allah berbanding 70 rakaat solat orang yang tak bersugi
• Syaitan benci pada golongan mereka yang istiqomah bersugi.

Riwayat Aisyah bahawa : "Aku tidak mampu mengira berapa kali dalam sehari Rasulullah SAW bersugi".

Dikatakan juga perkara terakhir yang Rasulullah SAW lakukan sebelum ajalnya sampai adalah bersugi.

12. Melazimi Zikir

Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti berselawat, alunkan kalimah-kalimah taubat atau kalimah-kalimah tauhid.

13. Amal Makan Kurma

Cuba amalkan dengan makan kurma setiap pagi dan sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bagi menjana hormon-hormon perangsang kesihatan, kecergasan tubuh dan juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yang positif setiap hari.

Itu lah sedikit sebanyak amalan yang boleh kita lazimi untuk menuju husnul khotimah.  Tak dapat buat semua, dapat buat sedikit pun  dah Alhamdulillah. Asbab usaha kita, Allah akan redha pada kita. InsyaAllah. 

9 comments:

  1. Tips yang ohsem Ana.. Terima kasih untuk perkongsian ini.. Semoga menjadi amalan kita bersama..

    ReplyDelete
  2. Sangat membantu perkongsian Kak Ana..alhamdulillah.Persediaan untuk kehidupan kekal..Abadi yang hanya ingin kasih sayang-NYA.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk tips ni kak Ana. Boleh amalkan nanti :)

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bagus...thanks ana for sharing

    ReplyDelete
  5. Tenkiu share.. Mrs Pip pun nak sgt hafal surah2 yg Ana sebut tu... Harap mampu menghafal utk tahun ni.

    ReplyDelete
  6. Walhamdulillah..thanks Ana for sharing this.

    ReplyDelete
  7. semoga kita istiqomah. tq ana for sharing

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian. Semoga tahun ini membawa lebih kebaikan, keberkatan dan kejayaan buat kita semua.. aamiin.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤