Ketika Pintu Syurga Di Rumah Masih Terbuka, Segeralah Masuk Sebelum Ia Tertutup - Ana Suhana

Jan 11, 2019

Ketika Pintu Syurga Di Rumah Masih Terbuka, Segeralah Masuk Sebelum Ia Tertutup


Ketika Pintu Syurga Di Rumah Masih Terbuka, Segeralah Masuk Sebelum Ia Tertutup | Assalamualaikum. Hujung Disember yang lepas, salah seorang adik beradik rakan blogger kita iaitu Kak Sue dan Aina telah kehilangan bonda tercinta. Didoakan semoga roh TokPah ditempakan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Ketika Pintu Syurga Di Rumah Masih Terbuka, Segeralah Masuk Sebelum Ia Tertutup

Ana selalu terfikir macam manalah perasaan orang yang kehilangan ibu bapa. Mesti sedih sangat kan. Ana sendiri bila terfikir cepat-cepat Ana berdoa semoga Allah panjangkan usia mereka berdua. Banyak lagi jasa mereka yang Ana tak sempat nak balas. Memang tak kan mampu nak balas pun. Jasa mereka sampai ke hari ni walau Ana dah kahwin dan dah ada anak. Mereka tak kaya tapi kasih sayang mereka lebih berharga. Dan kalau boleh Ana nak bahagiakan mereka dan beri mereka rasa kegembiraan. Nak bagi duit Ana bukan berduit sangat. Tapi kalau ada rezeki lebih Ana pasti akan kongsi dengan mereka.

Ibu bapa antara nikmat paling berharga Allah beri pada kita semua. Tanpa asbab mereka tak mungkin kita akan ada di dunia kan. Tapi kenapa masih ada antara kita yang masih derhaka pada insan yang banyak berjasa ni? Tahu tak yang pintu syurga kita ada pada mereka terutama ibu yang melahirkan kita? 

Cuba korang baca kisah dekat bawah ni. Moga-moga menjadi iktibar buat kita semua. Ketika Pintu Syurga Di Rumah Masih Terbuka, Segeralah Masuk Sebelum Ia Tertutup. Tak kiralah besar mana rumah kita sendiri kan kalau mak ayah tak ada sunyi jadinya. Rumah pusaka yang dulu ramai tetamu semasa hari raya pasti sunyi selepas mak ayah kita meninggal dunia.

**********************************************

Saya menziarahi seorang kawan yang baru kematian ibu. Selama ni beliau yang mejaga ibunya. Semasa bersalam beliau berbisik kepada saya: "Telah HILANG PINTU SYURGA di RUMAH saya..". Saya hanya mengucapkan takziah dan memberi nasihat untuk sentiasa redha dan bersabar.

Apa maksud ucapan PINTU SYURGA di RUMAHnya yang telah HILANG????
.
.
.
.
.
Ini adalah satu PERKATAAN orang yang berILMU dan orang yang MENGETAHUI!!!!

Apa yang disebut oleh kawan saya ini pernah disebut oleh seorang tabi’in - Iyas bin Mu’awiyah, yang menangis tersedu-sedu ketika salah seorang orang tuanya meninggal dunia. Ketika ditanya mengapa beliau menangis sedemikian rupa, maka beliau menjawab: 

“Aku tidak MENANGIS karena KEMATIAN, kerana yang HIDUP pasti akan MATI. Akan tetapi yang membuat aku menangis kerana dahulu aku memiliki DUA PINTU ke SYURGA, tetapi hari ini TERTUTUP lah SATU PINTU dan tidak akan dibuka lagi sampai hari Kiamat. Aku memohon kepada ALLAH TA'AL agar aku mampu menjaga pintu SYURGA yang keDUA."

Apa yang disebut oleh Iyas ini adalah berkaitan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan  dari Abu Darda RA;


Rasulullah SAW* bersabda:
الْوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ الْبَابَ أَوِ احْفَظْهُ"ORANG TUA (ibu & ayah) adalah PINTU SYURGA yang paling tengah. Kamu samaada MENSIA-SIA kan pintu itu atau kamu MENJAGA nya"

(HR. Ahmad 28276, Tirmidzi 2022, Ibn Majah 3794, dan dihasankan oleh Syuaib al-Arnauth)


Jadi kedua ibu bapa kita adalah ibarat PINTU SYURGA bagi setiap anak dengan maksud jika kita BERKHIDMAT dan BERBUAT BAIK kepada keduanya. Maka ALLAH akan memberi ganjaran SYURGA, tapi siapa yang MENSIA-SIA kan peluang ini, akan terlepas lah peluangnya untuk  menuju SYURGA. Bahkan mereka itu CELAKA!!!

Rasulullah SAW bersabda : 
"*Celaka, celaka, celaka!!"
Lalu ditanyakan kepada Baginda siapa yang celaka itu wahai Rasulullah??
Maka Baginda bersabda :
"Siapa saja yang menjumpai kedua orang tuanya, baik salah satu atau kedua-duanya di kala mereka lanjut usia akan tetapi perjumpaan tersebut tidak memasukkannya ke syurga"
 
(HR. Muslim Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2181)

Saya hendak mengajak kita semua agar tidak mensia-siakan peluang PINTU SYURGA yang ada di RUMAH kita. Lebih-lebih lagi jika usia kedua mereka telah lanjut. Melangkah lah ke PINTU SYURGA itu dengan berbuat baik kepada keduanya sebelum kita meninjau keluar untuk mencari SYURGA!!

Jangan abaikan PINTU SYURGA yang ada pada kita dan sesungguhnya kurnia dan  redha Allah adalah melalui mereka. Dalam hidup ini, ALLAH buka banyak kesempatan untuk kita dapat munuju SYURGA maka sedarlah. Segeralah kita untuk merebutnya,  jangan sampai lalai hingga kita tidak sempat merebutnya.

Pada saat ALLAH ambil balik satu demi satu peluang ini, maka TERTUTUP lah SATU demi SATU kesempatan emas untuk ke SYURGA melalui pintu KETAATAN kepada ibu bapa kita.

Sedarlah!!! Mereka yang lalai dengan dunianya tidak akan terasa apa-apa dengan tertutup nya PINTU SYURGA mereka. Tetapi mereka yang mengetahui seperti sahabat saya ini, akan melihat kehilangan ibu atau bapa bagaikan tertutup nya PINTU SYURGA di rumahnya.

Maka santuni lah ibu bapa dan mertuamu ketika mereka mereka masih ada. Ketika Pintu Syurga Di Rumah Masih Terbuka, Segeralah Masuk Sebelum Ia Tertutup. 

13 comments:

  1. Allahu.PC selali minta maaf dengan babah mama kak.Takut sangat kak.Kadang kita rasa tak buat salah..tapi hati mak ayah ni rapuh sebenarnya..mereka tak harap harta pun dari kita..yang mereka nak perhatian.Bila balik kampung..PC pilih memerap kat rumah..luangkan masa dengan babah mama..satu nikmat tak terungkap.

    ReplyDelete
  2. Cakap pasal mak ayah ni, sedih betul. Tiap kali lepas solat, doa untuk diorang yang paling sayu rasanya. Semoga mak ayah diberi kesihatan, kebahagiaan, kegembiraan berpanjangan..aamiin..

    ReplyDelete
  3. huhuuu sedihnya.. tak mampu nak baca. pintu syurga mama pun dah xde

    ReplyDelete
  4. baca entry ni terus 😭😭😭😭

    ReplyDelete
  5. bersama ibu bapa kita adalah saat yg paling berharga. <3

    ReplyDelete
  6. Sementara Allah beri peluang hargai sebab bila kehilangan tu sakitnya tiada ubat

    ReplyDelete
  7. semoga ibu bapa kita sentiasa berasa bahagia di samping kita..

    ReplyDelete
  8. Thank you kak Ana kongsikan pasal ni. Nani pun selalu jugak ingatkan diri sendiri untuk balik jumpa ibu abah sekurang kurangnya sebulan sekali. Kita bukan tahu berapa lama Tuhan pinjamkan dia orang untuk kita. Selagi ada masa tu, balik lah :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ana untuk perkongsian ini.. Tersentuh hati sha atas apa yang Ana kongsikan.. Kebetulan pula MIL memang duduk dengan Sha sekarang nie..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan, keluarga, jiran tetangga, rakan2 dan seluruh keturunan kita semua... aamiin.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤