Althea's Pore Purifying Serum Cleanser Membersih & Mengimbangkan Tahap PH Kulit - Ana Suhana

Jan 3, 2019

Althea's Pore Purifying Serum Cleanser Membersih & Mengimbangkan Tahap PH Kulit


Althea's Pore Purifying Serum Cleanser Membersih & Mengimbangkan Tahap PH Kulit | Assalamualaikum. Hi korang. Korang tau tak komplikasi kulit yang berlaku seperti keradangan, kulit kering, kulit kusam dan berkerak adalah disebabkan oleh PH kulit yang tak seimbang. Sebab tu penting untuk kita mengekalkan keseimbangan kulit untuk melindungi dan menjadikannya sihat. Salah satu cara untuk dapar tahap PH yang seimbang adalah dengan menggunakan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser Membersih & Mengimbangkan Tahap PH Kulit.
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser Membersih & Mengimbangkan Tahap PH Kulit

Mesti ada yang ingat-ingat lupa maksud PH tu kan? PH sebenarnya merupakan singkatan bagi Potential of Hydrogen (potensi hidrogen) - sistem yang digunakan untuk mengukur dan membandingkan kekuatan asid serta paras asas.
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Skala PH bermula daripada 0 hingga 14 di mana paras 0 merujuk kepada paras asid bateri, paras 7 menunjukkan paras air (elemen semulajadi) manakala paras 14 menunjukkan bacaan paras alkali paling tinggi. Dan paras PH semulajadi kulit manusia ialah pada skala 4.5 hingga 6.5.

Memahami kepentingan untuk kita kekalkan keseimbangan PH kulit, Althea telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Pore Purifying Serum Cleanser yang mempunyai tahap PH 5.5 - 6.5 yang sempurna untuk kulit kita
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Istimewanya mengenai Pore Purifying Serum Cleanser ni ialah ianya merupakan gabungan pencuci (cleanser)  dan serum yang mampu membersih secara mendalam segala sisa makeup, kekotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit wajah dan tanpa sebarang iritasi.

Baca juga : Kekal Wangi dan Segar Dengan Althea's Stay Fresh Body Sparkling Mist

Bagaimana Pore Purifying Serum Cleaser berfungsi?
.
.
.
.
.
Pore Purifying Serum Cleanser berfungsi melalui Dual Moisture Cell Sytem di mana gabungan kuasa air dan minyak bertindih secara lembut untuk menghapuskan sisa makeup dan kotoran MANAKALA formula serum bertindak sebagai penghalang untuk menjadikan kulit kekal terhidrasi dari dalam. Antara formulasi bahan-bahan yang digunakan ialah :
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
1. Penjagaan Pori Dengan Pembersihan Ekstrak Pudina & Daun Teh 3 Dalam 1

Salah satu bahan utama yang ada dalam Pore Purifying Serum Cleanser ni ialah ekstrak daun pudina di mana ianya berfungsi memberi kesan penyejukan yang membantu menurunkan suhu kulit dan melegakan sebarang iritasi.

Selain dari tu,  ekstrak daun pudina juga berfungsi untuk mengeluarkan segala kekotoran dan sel-sel kulit mati dengan berkesan sambil mengecilkan saiz pori-pori besar.

Pore Purifying Serum Cleanser juga mengandungi ekstrak daun teh yang mempunyai sifat antibakteria yang berfungsi untuk mengekalkan kulit yang sihat serta melegakan keradangan disebabkan oleh jerawat.

2. Menyingkirkan Kekotoran Dengan Mild Plant-Based Oils (Minyak Berasaskan Tumbuhan)

Pore Purifying Serum Cleanser mengandungi khasiat pati minyak Jojoba yang mempunyai struktur yang sama dengan kulit semulajadi manusia. Ini membolehkan sisa makeup dan kekotoran pada liang roma wajah dapat disingkirkan dengan berkesan SERTA dapat melembapkan kulit secara mendalam.

** Full Ingredients :
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance

Siapa Yang Boleh Pakai Pore Purifying Serum Cleanser

Disebabkan Pore Purifying Serum Cleanser berasaskan pati minyak tumbuhan, jadi ianya sesuai dipakai untuk mereka yang :

• Mempunyai kulit yang sensitif terhadap produk berasaskan minyak

• Kulit sensitif yang memerlukan pembersih ringan

• Mereka yang tercari-cari pembersih wajah yang mampu membersih dengan cepat dan berkesan

• Mereka yang memerlukan pembersih yang melembap untuk rutin kecantikan harian

Cara Penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser

Althea's Pore Purifying Serum Cleanser ni boleh digunakan dalam 2 cara :

•  Untuk Tanggalkan Makeup
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
1. Tuang Pore Purifying Serum Cleanser secukupnya ke atas solekan atau facial cotton pads (guna seperti toner)

2. Urut secara membulat pada muka untuk keluarkan segala kotoran dan solekan.

3. Bilas muka dengan air bersih. Korang juga boleh guna Pore Purifying Serum Cleanser sekali lagi sebagai pembersih muka.

• Untuk Membersih Wajah 

1. Basahkan muka dan tuangkan pembersih secukupnya ke telapak tangan.

2. Urut secara membulat ke seluruh muka selama 10-15 saat.

3. Bilas muka dengan air bersih.

Pendapat Peribadi

Masa dapat Althea's Pore Purifying Serum Cleanser ni, Ana tertarik dengan packaging dia. Simple dengan botol lutsinar berwarna biru cair dan ada daya tarikannya tersendiri.
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser 
Untuk pengetahuan korang, ni first time Ana guna pencuci yang bertekstur water + oil yang tidak menghasilkan sedikit buih pun. So bila memula pakai produk ni,  rasa macam tak puas jer sebab bila cuci muka takde buih kan. Rasa macam tak cukup je tuang pencuci tu. Tu yang dok tuang je lagi. Huhu
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser
Althea's Pore Purifying Serum Cleanser 
Masa urut pencuci ni dekat muka pula, Ana tak confident yang semua kesan solekan boleh hilang especially lip tint yang Ana pakai tu. Biasa lah kan. Lip tint antara yang paling susah nak tanggal. Suprisingly bila lepas Ana bilas muka, kesemua kesan solekan tertanggal habis termasuk kesan lip tint tu tadi. Dan Ana boleh rasa kulit muka sedikit lembap dan nyaman. Oh ya bau dia pun best tau - bau segar pudina.

Recommended? Yes and yes especially untuk korang jenis kulit muka yang sensitif pada pencuci yang berbuih, yang ada masalah kulit seperti eczema ke so this product is worth to try. Dan kalau korang tengah tercari-cari pencuci muka yang baru, why not korang patut cuba Althea's Pore Purifying Serum Cleanser ni. Mana tau serasi kan. Dan kalau korang seorang yang heavy makeup, korang memang wajib ada pencuci muka ni. It can totally ease your day. Kasi sental semua kesan-kesan makeup tu.

Macam Ana, Ana lebih prefer guna Althea's Pore Purifying Serum Cleanser ni sebagai makeup remover rather than cleanser. Meaning that Ana guna macam ala toner. Tuang kat kapas dan sapu dekat semua makeup yang ada dekat muka tu. Then baru guna pencuci muka sedia ada - Althea's Bare Essential untuk bersihkan sisa-sisa kotoran yang tertinggal.

At the end of the day, Ana setuju yang produk ni memang sangat berkesan untuk tanggalkan semua kotoran dan sisa / kesan solekan di wajah dalam sekali cucian.

Untuk Membeli

Berminat nak mencuba? Korang boleh dapatkan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser ni secara eksklusif hanya di Althea. Link seperti di bawah. Harga hanya RM33 untuk 150ml.







13 comments:

  1. Wah macam best je. Suka packaging macam ni jugak. first time dengar lepas ni boleh la usha usha untuk try!

    ReplyDelete
  2. Itulah Mrs. A pun rasa kalau tak banyak buih tu macam tak puashati jer...
    Sekarang baru Mrs. A tahu kalau nak pilih pencucui muka kena pilih yang low PH.

    ReplyDelete
  3. Teringin nak mencuba produk dari Althea ni..insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Wow banyak kegunaan rupanya.. Bagusssla ada produk macam ni

    ReplyDelete
  5. best sngt produk ni.. senang nak bawa kemana saja

    ReplyDelete
  6. Akk suka benda mcm ni 2 in 1, buang make up, bersihkan make up dan ada serum sekali. Dah beranak pinak ni, kdg2 suka minimalis je

    ReplyDelete
  7. Unik sangat cleanser sekali dengan serum, 2 in 1 terus..senang kerja..

    ReplyDelete
  8. menarik. sebab dia 2in1 tu jimat masa senang =D

    ReplyDelete
  9. Bagus utk kebaikan dan kesihatan kulit wajah. Althea ni mmg jenama yg dipercayai.

    ReplyDelete
  10. Wah.. bestnya kalau berbau pudina.. Suka Sha bau pudina nie..

    ReplyDelete
  11. Puas hati guna serum cleanser althea ni, memang senang aje nak tanggalkan make up

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤