Simpan Wasiat Dengan Selamat dan Mudah DiCari Oleh Pewaris di WillKey™ - Ana Suhana

Dec 3, 2018

Simpan Wasiat Dengan Selamat dan Mudah DiCari Oleh Pewaris di WillKey™


Simpan Wasiat Dengan Selamat dan Mudah DiCari Oleh Pewaris di WillKey™ | Assalamualaikum. Sebut tentang wasiat, korang tau tak wasiat yang tak dijumpai diibaratkan seperti wasiat tu tak wujud tau. Kesannya harta pusaka yang ditinggalkan tidak dapat dituntut untuk kelangsungan hidup si pewaris. Jadi nak buat macam mana?  Apa kata lepas ni korang Simpan Wasiat Dengan Selamat dan Mudah DiCari Oleh Pewaris di WillKey™.
WillKey™ Pusat Pendaftaran, Penyimpanan dan Percarian Wasiat
WillKey™ Pusat Pendaftaran, Penyimpanan dan Percarian Wasiat 
Simpan Wasiat Dengan Selamat dan Mudah DiCari Oleh Pewaris di WillKey™

Mungkin korang belum tau yang mengikut kajian bilangan pewaris atau keluarga si mati yang berhadapan dengan masalah kesukaran mencari dekat mana wasiat tersebut disimpan bukan sedikit. Tak percaya? Cuba baca ni.
.
.
.
Kementerian Kewangan mendedahkan pada tahun 2017, sebanyak RM5.7 bilion wang yang belum dituntut termasuk wang yang tercatat di dalam surat wasiat. Nak lagi?
.
.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memaklumkan pada tahun 2016, harta bernilai RM60 bilion yang dimiliki oleh individu yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris mereka. RM60 bilion tu? Bukan sedikit kan nilai tu.

Sepatutnya harta tersebut menjadi hak ahli keluarga si mati tapi kenapa masih banyak belum dituntut? Antara punca utamanya ialah dokumen berkaitan tuntutan tidak mencukupi terutama surat wasiat pewaris.

Banyak faktor yang menyebabkan surat wasiat tidak sampai ke tangan si pewaris. Selalunya lah kan surat wasiat disimpan di pelbagai tempat – sama ada di rumah, pejabat, pejabat peguam, bank ataupun penyedia perkhidmatan menulis wasiat. Tapi tu lah dah namanya manusia tak lari dengan sifat pelupa. Kadang tak ingat kita simpan dekat mana wasiat tu kan. Lagi-lagi disebabkan faktor umur yang semakin tua kan.

Tu belum lagi masuk kes luar jangka seperti kebakaran, kemalangan dan banjir yang boleh menyebabkan kehilangan wasiat tersebut.

Kes-kes kehilangan wasiat atau wasiat tidak dijumpai boleh menyebabkan proses tuntutan menjadi sangat panjang sehingga bertahun-tahun lamanya. Sampaikan berlakunya pertelingkahan sesama ahli keluarga.

Pusat Pendaftaran Berpusat Wasiat dengan WillKey™
WillKey™ Pusat Pendaftaran, Penyimpanan dan Percarian Wasiat
WillKey™ Pusat Pendaftaran, Penyimpanan dan Percarian Wasiat 
Bimbang dengan meningkatan kes kehilangan wasiat atau wasiat tidak dapat dijumpai oleh pewaris, MWD Wills Depository Sdn Bhd telah memperkenalkan WillKey™ - pusat pendaftaran wasiat pertama di Malaysia. Kalau korang nak tau, WMD Wills Depository Sdn Bhd ditubuhkan oleh sekumpulan peguam yang terbaik di Malaysia.

WillKey™ berfungsi sebagai sebuah pusat pendaftaran, penyimpanan dan percarian wasiat yang efektif dan selamat di mana dokumen-dokumen penting akan disimpan di dalam sebuah bilik kebal yang kukuh dan tahan api dengan teknologi terkini.

Ini bermaksud pewasiat boleh mendaftar maklumat berkenaan lokasi wasiat mereka, menyimpan salinan wasiat dan juga menyimpan wasiat asal mereka.

WillKey™ juga mampu menjadikan proses pencarian wasiat menjadi mudah dan cepat pada masa hadapan kerana ianya menggabungkan maklumat pewasiat, wasi dan benefisiari dengan berkerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi membantu pelanggan menyediakan wasiat dan menguruskan pelaksanaannya serta mentadbir amanah dan harta pusaka mereka dengan efektif.

“Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah yang lebih mudah dan efisien untuk menyiapkan tugas. Pencarian wasiat untuk memudahkan pelaksanaan dan pengagihan kekayaan dan aset juga tidak terkecuali. Mempunyai wasiat sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai hartanah, polisi insurans, akaun bank dan aset-aset lain bagi menentukan siapa yang mewarisi harta berkenaan, namun pada masa yang sama mengetahui di mana individu terbabit menyimpan wasiat mereka tidak kurang pentingnya. Oleh itu WillKey™ bertindak sebagai pusat pendaftaran berpusat yang membenarkan individu yang ditentukan terlebih dahulu seperti peguam, wasi atau waris, mengakses maklumat mengenai wasiat tertentu dengan mudah, selepas menunjukkan dokumen yang diperlukan. Kami memahami bahawa perkara ini amat peribadi kepada pewasiat dan kami ingin membantu mereka menguruskan perkara yang penting kepada mereka. WillKey™ mahu memastikan supaya wasiat mereka didaftarkan dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewasiat boleh dilaksanakan dengan tepat,” kata En Su Tiang Joo, Pengarah MWD Wills Depository Sdn Bhd.

Menariknya WillKey™ bukan saja boleh digunakan untuk mereka yang mencari wasiat si mati tapi boleh juga dijadikan sebagai sebuah platform bagi peguam dan penyedia perkhidmatan penulisan wasiat untuk mendaftarkan wasiat pelanggan mereka.

Mahal ke perkhidmatan WillKey™ ni?

Mesti korang rasa mahal kan nak guna perkhidmatan WillKey™ ni sebab selalunya bab-bab yang berkaitan dengan wasiat ni melibatkan kos yang tinggi.
WillKey™ Pusat Pendaftaran, Penyimpanan dan Percarian Wasiat
WillKey™ Pusat Pendaftaran, Penyimpanan dan Percarian Wasiat 
Tapi dengan WillKey™ sesiapa pun mampu guna kerana caj perkhidmatan yang dikenakan sangat berpatutan dan tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan dan kredibiliti. Pewasiat hanya perlu mendaftar sekali sahaja dengan WillKey™ dengan pembayaran yuran sebanyak RM133.33. Langganan penyimpanan wasiat disediakan pada harga serendah RM3.33 sebulan. Murah kan? Tak rasa terbeban pun kan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WillKey™ seperti senarai penuh komprehensif perkhidmatan serta yuran langganan, korang boleh layari http://www.mywillkey.com.

30 comments:

  1. ya ana, negara maju seperti US, Uk dan negara jiran kita Singapore dah buat sistem ni. Malaysia br je nnk mula

    ReplyDelete
  2. Bagus diperkenalkan di Malaysia..at least setanding dengan negara luar..ramai yang tak faham lagi bab wasiat ni kan

    ReplyDelete
  3. Good sharing Ana.. bagus kan ada perkhidmatan macam nie..

    ReplyDelete
  4. First time dengar pasal ni tapi bagus juga kan membantu memudahkan urusan wasiat ni kan

    ReplyDelete
  5. 1st time dgr..tmpt simpan wasiat..menarik n yuran pun xmahal..blh dipertimbangkan ni..kita pun xtahu bila2 ms ajal kita kan..mmg better bt persiapan utk akan dtg..

    ReplyDelete
  6. yeah important to know of this, good sharing here as some friends ask me the other day. I shall let them know of this, as I don't know too until you sharing here. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  7. The price seems really affordable, after having a family, preparing a will is something that's been on my mind, it will be easier if anything were to happen.

    ReplyDelete
  8. #11 Ini sudah bagus sebab zaman sekarang pon mcm² hal jadi bila disebut pasal wasiat. Daripada elok ikatan adik beradik, terus jadi porak peranda gara² harta sahaja. Dah jadi depan mata. Rasa tak suka nak hadap bila ada yang tak puas hati. Bagus buat wasiat. Boleh dah call willkey

    ReplyDelete
  9. Bagus juga menulis wasiat ni. Rasanya orang melayu kurang bab bab menulis wasiat ni. Bukan apa senang untuk orang yang mereka tinggalkan bila dah pergi. At least tahu la kan harta yang ada.

    ReplyDelete
  10. wah good to know this! first time jugak ni tau adanya tmpt penyimpanan wasiat secara professional mcm ni, bagus ni kan. dahlah yuran bulanan tu pon serious murah betul, mula2 baca ingatkan mesti mahal ni yuran bulanan, rupanya murah je! bagus la mcm ni, nnt boleh share2 lah info ni 😊

    ReplyDelete
  11. Info yang sangat bagus dan berguna..

    ReplyDelete
  12. Serious masa mula-mula baca Nad rasa macam 'mesti mahal ni'. Tetibe kak Ana kata RM133 je. Okay tu murah. Kadang orang taknak buat sebab takut service dia je dah mahal. Tapi yang ni affordable. Tapi kena tunggu Nad ada harta dulu la baru boleh wariskan hahah.

    ReplyDelete
  13. I think I need to keep my will too. With the low rental of RM3.33 per month, it is indeed worth the value.

    ReplyDelete
  14. oh this is good to hear. I have friends always wanted to do a will. now there's more choices for them to choose from. better be plan than too late for will writing kan.

    ReplyDelete
  15. Bagus jugak ada WillKey ni
    Satu pendekatan terbaru untuk waris2 yg selalu keciciran dalam hal harta wasiat ni.

    Tapi kena wasiat betul2 la
    Jangan main taram je ikut sesedap rasa
    Bahagi sama rata supaya tiada yang menderita

    ReplyDelete
  16. bagus ada penyimpan wasiat macam ni. bukan apa, senang pewaris nak tahu wasiat disimpan dan macam-macam lagi boleh tahu. harga pun murah tak sangka serendah rm33. memang perlu daftar bagi mereka yang perlukan bantuan professional

    ReplyDelete
  17. Wow bestnya kalau harta yang 60billion tu kita punya hehehehe tapi bagus juga ada service macam ni dah selamat serta senang nak buat segala tuntutan daripada waris. Tak adalah ia menjadi bazir sahaja...

    ReplyDelete
  18. baru tahu tentang perkhidmatan wasiat ni. not bad juga servis yang ditawarkan. harga dia pun agak berpatutan serendah rm33. memang kena fikirkan tentang wasiat juga, jika jadi apa2 sekurang-kurangnya nasib anak terbela.

    ReplyDelete
  19. wahh banyak tu, 60 billion. apa jadi dengan duit wasiat yang tak dituntut tu? itulah, senang bila ada servis macam ni, memudahkan orang yang nak menguruskan bila kita tiada nanti.

    ReplyDelete
  20. First time dengar pasal perkhidmatan willkey.menarik juga ni . Harga pendaftaran pun mampu milik

    ReplyDelete
  21. br tahu psl perkhidmatan wasiat mcm ni..tq share info

    ReplyDelete
  22. Bagusnya dah ada sistem cenggini.. Rasa lebih secure n menjamin utk masa depan anak2 bila kita xder..

    ReplyDelete
  23. Baru pertama kali tahu pasal ni. .

    ReplyDelete
  24. Bagusnya ada servis macam ni. Sebab memang nak cari tempat wasiat yang ada semua info penting pasal kita. Tak semestinya barang penting sahaja. Password tu pun penting. Sebab kerap tukar. Nanti dah meninggal mereka tak tau password bank camana nak teruskan hidup. Sebab lepas kita meninggal mesti akaun kena beku utk tuntutan waris yang sah. Good info kak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  25. bagus ada sistem mcmm ni. wasiat ni sgt penting. kalau salah perkiraan boleh buat gaduh. hehe benda macam ni boleh jamin masa depan anak anak

    ReplyDelete
  26. Wahh bagus lah bila dah ada sistem macam ni. Harga tu pun kira affordable jugak lah :)

    ReplyDelete
  27. tak kira harta sikit atau banyak memang kena wasiatkan... betul tak kang sebab harta jadi gaduh antara adik beradik dan saudara mara

    ReplyDelete
  28. Many family arguments are caused by wills after the passing of a family member. The price is affordable and it's kept safe in a vault. Why not?

    ReplyDelete
  29. Mmg bagus ada perkhidmatan mcm ni sbb setidaknya membantu menjaga wasiat sbg amanah buat pewaris nanti. Harga pun nampak mampu milik. Thanks sharing Ana.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤