First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall - Ana Suhana

Dec 24, 2018

First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall


First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall | Assalamualaikum. Baru-baru ni ramai dok review kata menu wagyu dekat salah satu restoran di Melawati Mall ni sedap. Tengok dari gambar nampak menyelerakan. Moh ler kita cuba. Memandangkan ni pengalaman First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall ni, sedap ke idok??
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
First Time Makan Daging Wagyu di NY Steak Shack Melawati Mall

Selalunya kalau ke Melawati Mall, Syafi mesti ajak makan dekat restoran Sopoong. Hantu makanan korea betul budak kecik tu. Geram je tengok. Bila dah selalu makan dekat Sopoong tu sure lah muak juga tekak ni kan. So kali ni Ana ajak En Suami cuba try test makanan daging wagyu pula dekat NY Steak Shack Melawati Mall ni pula. Sebenarnya hah lama nak plan makan sini. Rasanya dari tahun lepas kot. Tapi tak dapat-dapat sebab selalu kalah dengan pujuk rayu dak kecik tu. Haha.

Sebelum yakin untuk masuk kitorang tengok dulu menu yang ada dekat sini. Ye lah nak kena juga tengok ada tak menu yang ber'nasi' untuk si kecik ni. Dia dah lah kuat makan sekarang. Kang takde nasi dia ugut g Sopoong pulak nanti. Haha.

Bila dapat menu, lama juga nak buat pilihan. Biasa lah orang pompuan ni kan, nak pilih makanan pun confuse. Lagi-lagi macam Ana nak kongsi berdua dengan Syafi. Semua nak kena pikir. Haha. Pilih punya pilih last last kitorang pilih 2 menu ni.
.
.
.
.
.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Taraa... Menu pertama yang berjaya memikat hati Ana dan En Suami - Darling Downs Wagyu Striploin MBS 2-3 200g - RM68.80. Kecik je sebenarnya saiz kalau nak compare dengan harga dia tu kan tapi padan lah dengan jenis daging tu pulak - Wagyu kot. Memang terkenal dengam harganya yang mahal. Tapi bagi Ana harga wagyu dekat sini reasonable kalau compare harga di restoran stik yang lain. Sebab tu menu ni antara menu top dekat NY Steak Shack Melawati Mall ni. Kita close up sikit gambar daging tu.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Untuk daging ni, korang boleh pilih nak dipanggang setakat mana. Ada 6 pilihan iaitu samada Blue Rare, Rare, Medium Rare, Medium, Medium Well atau Well Done. Orang kata kalau nak rasa kelembutan Wagyu ni korang di galakkan pilih medium rare atau medium. Tapi macam kitorang pilih Well Done. Walau pun well done tapi daging masih lembut. Cuma tak lah rasa nikmat cair di mulut tu. Hehe. But still sedap dimakan. Atas daging tu ialah hirisan bawang putih dan bawang holland.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Menu ni didatangkan sekali dengan 2 sides dish. Korang boleh pilih dari 7 jenis sides dish yang ada. Dan Ana pilih semestinya nasi (Pumpkin Rice) dan mashed potato. Sos pula Ana pilih brown sauce.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Overall untuk Darling Downs Wagyu Striploin MBS 2-3 200g  ni Ana dengan En Suami puas hati. Walau saiz dia kecik tapi bila makan dengan sides dish tu boleh lah kenyang juga. Especially bila both sides dish tu menu yang berkarbohidrat kan. Ana suka mashed potato dia. Terasa lemak lemak masin dia. Kena lah dengan selera Ana. Pumpkin rice tu pula Ana assume ada rasa labu yang kuat tapi tak. Tapi aroma pumpkin tu masih ada. So acceptable lah. Syafi pun menganga je bila Ana suap dekat mulut dia. Haha.

Tapi bila kata makan untuk tiga macam kitorang memang tak kan cukup lah satu plate tu je kan. So kita order satu lagi menu.
.
.
.
.
.
Seafood Board - RM32.80. Kalau sekali tengok presentation dan isi dalam Seafood Board ni lebih kurang sama macam seafood platter di The Manhattan Fish Market je. Saiz pun sama. Menu ni recommended for 2 person. Sebab kalau sorang yang makan, sampai ke tekak kenyang dia. Muak jangan cakap lah. Selamat ada lemon dan tartar sauce untuk buang rasa muak tu.
NY Steak Shack Melawati Mall
NY Steak Shack Melawati Mall
Antara isi yang ada dalam Seafood Board ni ialah fish fillet, shrimps, calamari, salad dan fries. Nampak macam sikit tapi bila makan, rasa seksa nak habiskan. Hehe.

Antara perkara yang Ana suka tentang NY Steak Shack ni ialah ada 2 jenis air boleh refill tanpa had. Satu juices dan satu lagi soft drinks. Ana macam biasa order amik juice dia - Mango -Juice - RM9.80. Sebab haus makan Seafood Board tu, 3 kali Ana refill. Hehe. Berbaloi rasa.

So tu je lah yang Ana order untuk kali pertama ni. Overall Ana puas hati je makan dekat sini. Service cepat, staff bagus dan tempat makan luas dan selesa. Cuma in term of price wise agak mahal lah sikit tapi berbaloi untuk cuba. Untuk full menu yang ada dekat NY Steak Shack ni korang klik SINI.


21 comments:

  1. Pertama kali dengar dan tahu ni kak...tapi terpikat pulak dengan seafood dia tu..

    ReplyDelete
  2. pi AEON SHah Alam selalu nampak . Tapi xpernah cuba. Sotong goreng tu nampak sedap

    ReplyDelete
  3. Berbaloi bayar mahal kalau dagignya cair dimulut.. Sha teringin nak cuba daging masak medium tu..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya steak tu ana. Tak pernah rasa lagi makan steak.. mesti sedap kan

    ReplyDelete
  5. Selalu makan kat sini..ni dh lama makan sejak sakit..tunggu sebulan 2 lagi nak makan kat sini...mesti best sebab ada menu baru kan

    ReplyDelete
  6. nampak sedap la steak tu siap boleh pilih cara masakan lagi platter tu pun lazat aa

    ReplyDelete
  7. dah lama dengar pasal daging wagyu ni tap tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  8. teringin nak makan wagyu...tapi sayang plk duitnyer hehe...kena try jugakla nnt

    ReplyDelete
  9. ish meleleh air liur kita tengok gambar makanan 😋

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa wagyu tu Ana, daging berkualiti tinggi harga pun padan dah tu.. Husniey sekarang duk gila kambing bakar, haha. Kalau jumpa yang diperap rempah menjadi mesti nak repeat lagii :D

    ReplyDelete
  11. Wah, menyelerakan nampak wagyu tu..harga pun boleh tahan untuk satu plate..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah try lagi NY Steak Shack ni. Nak try la nanti. Nampk sedap semuanya.

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap tu.. Xpe harga mahal makan puashati berbaloi la kalau mahal makan x puashati rugi rasa pulak

    ReplyDelete
  14. Wow, menu yang sangat menggoda. Lapar terus tengok ni

    ReplyDelete
  15. So that's the price for the wagyu steak dekat NY Steak Shack. Selama ni baca review orang lain tapi diaorang tak pernah mention harge.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤