Wishlist : My Top 10 Favorite Products Dari Althea Korea - Ana Suhana

Dec 14, 2018

Wishlist : My Top 10 Favorite Products Dari Althea Korea


Wishlist : My Top 10 Favorite Products dari Althea Korea | Assalamualaikum. Addicted!!! Satu perkataan yang paling sesuai untuk describe tentang Althea. Addicted tu sampai tahap setiap hari tak sah kalau tak buka Althea Apps. Tak dapat nak beli dapat ushar satu persatu produk yang ada dalam tu pun jadilah. Teruk kan?? Boleh tak nak berangan ada orang bagi percuma My Top 10 Favorite Products dari Althea Korea ni. Hehe.
Wishlist : My Top 10 Favorite Products dari Althea Korea

Korang yang tak pernah beli apa-apa produk dari Althea mesti tertanya kan, best sangat ke produk-produk yang dijual tu. So far bagi Ana memang semua best giler. Lagipun produk kecantikan dari Korea memang tengah hot kan sekarang ni kan. Korang boleh baca review beberapa produk Althea yang Ana guna dekat bawah ni :


Selain daripada banyak produk-produk yang best dekat Althea tu, ada beberapa perkara yang Ana suka bila shopping dengan Althea. Dan Ana yakin korang pun mesti suka :

Pelbagai jenama popular dalam satu platform 
Info produk yang lengkap (full ingredient list & genuine customer review) 
Free shipping bila belanja min 2 item
Dalam masa seminggu barang dah sampai
Produk dibungkus dengan baik & diletak dalam kotak yang comel
Kesemua produk dijamin original
Promo code hampir setiap bulan

Bila dah kata setiap hari dok ushar Althea Apps ni sure lah ada banyak produk yang Ana tersuka tanpa sengaja dan marked as a favorite. Masalahnya makin hari makin banyak tambahan dalam favorite tu. Tak nampak macam berkurang je. Hehe. Mesti korang nak tau apa My Top 10 Favorite Products dari Althea Korea ni kan?? Lets check it out.

Mise-en-scene Perfect Repair Serum
Mise-en-scene Perfect Repair Serum
Ana tertarik untuk cuba Perfect Repair Serum ni kerana serum ni telah memenangi anugerah Beauty Award dan Elle Girl. No wonder ramai yang berpuas hati lepas guna serum ni.

Apa yang membuatkan serum ni istimewa adalah gabungan 7 jenis minyak didalamnya iaitu argan, camelia, marula, zaitun, jojoba, kelapa dan aprikot. Formulasi ni dikatakan dapat meningkatkan keanjalan dan kekuatan rambut di samping dapat mengurangkan masalah rambut kusut untuk hasil rambut yang lembut dan halus dalam masa tiga hari. Bestnyaaaa :)


Innisfree Green Tea Seed Serum
Seperti yang kita semua tahu,  teh hijau mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan badan serta kecantikan kulit wajah. Disebabkan kebaikkan yang ada didalam teh hijau tersebut, Innisfree telah mengformulasikan benih teh hijau dari Pulau Jeju untuk menghasilkan serum yang mampu untuk melembapkan dan melindungi kulit kita.

Selain tu, serum ni juga mengandungi teh hijau segar yang kaya dengan asid amino untuk menghidrat kulit dari dalam dan juga menghalang kehilangan kelembapan untuk memastikan kulit sentiasa lembut dan anjal sepanjang hari.


Mamonde Rose Water Toner 
Toner antara rutin wajib yang Ana buat selepas membasuh muka. Banyak kepentingan toner pada kulit jika kita tau korang. Antaranya toner dapat mengecutkan liang pori, menyingkir kulit mati serta membersihkan saki baki kotoran yang ada pada permukaan kulit kita.

Apa yang buat Ana teruja untuk cuba Mamonde Rose Water Toner ni ialah ianya dihasilkan dari 90.89% Air Bulgarian Damask Rose yang bukan saja berbau wangi malah ia dapat menenangkan dan menghidrat kulit serta membersihkan kotoran dan sel kulit mati. Dan yang penting toner ni tanpa pigmen sintetik, tanpa minyak haiwan atau tanpa minyak mineral yang sesuai untuk orang kulit sensitif.


Petitfee's Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch
Masalah utama Ana iala eye bag yang berkilo-kilo bergantung dekat bawah mata ni. Nyampah tau bila tengok sendiri. Tapi bila terjumpa dengan Petitfee's Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch ni, terus Ana rasa nak cuba try test.

Dihasilkan dengan mutiara hitam dan serbuk emas, eye patch ni penuh dengan asid amino untuk membantu pertumbuhan semula kulit dan juga mampu untuk mencerahkan kawasan gelap di bawah mata. Harapnya eye bag Ana boleh berkurang lepas pakai eye patch ni. :)


Tony Moly's Shiny Foot Super Peeling Liquid
Tony Moly's Shiny Foot Super Peeling Liquid ni antara wishlist terawal Ana. Sebabnya ia dikatakan mampu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kulit menggelupas pada tapak kaki kerana mengandungi AHA dan BHA dan ekstrak peppermint. Selepas beberapa hari kita boleh nampak kulit kaki kita akan jadi lebih lembut, licin dan sihat.


6. Pobling Pore Sonic Cleanser
Pobling Pore Sonic Cleanser
Pobling Pore Sonic Cleanser ni antara item yang Ana nak sangat. Dan ramai juga yang dah guna dan semua setuju kulit jadi bersih sebersihnya bila guna alat pembersih ni.

Macam mana tak bersih korang. Alat ni mempunyai berus yang lembut dan halus yang mampu menghasilkan 10,000 ayunan sonik seminit, yang mampu masuk ke dalam liang-liang roma yang tersumbat untuk membersih dengan baik. Paling menarik kepala berus ni boleh dibuka dan diganti dengan yang baru. Menarik kan???


7. PRRETI Honey & Berry  Lip Sleeping Mask
PRRETI Honey & Berry Lip Sleeping Mask
Selalu untuk melembapkan kulit semasa tidur kita akan pakai face mask kan. Tapi kenapa kita tak perkara yang sama dengan bibir kita? Bila pikir tentang tu, Ana terus search ada tak mask untuk bibir. Supprisingly memang ada dekat Althea.

PRRETI Honey & Berry Lip Sleeping Mask sesuai untuk Ana yang mempunyai masalah bibir kering. Lip sleeping mask ni berfungsi untuk melembap dan melembutkan bibir, jadikan bibir lebih glowing, sihat dengan warna merah jambu semulajadi, kekalkan kelembapan untuk jangka masa yang lama dan sesuai untuk kegunaan harian. Dengan saiz yang comel, senang nak bawa ke mana-mana.


8. Etude House Dear Darling Water Gel Tint
Etude House Dear Darling Water Gel Tint
Etude House Dear Darling Water Gel Tint antara lip tint yang mempunyai review yang baik dari pengguna. Selain dari harganya yang murah, Ana suka lip tint dari Etude House ni sebab ada banyak warna untuk dipilih.

Etude House Dear Darling Water Gel Tin ini mempunyai formula pelembab yang berpigmen dengan warna yang kekal lama tanpa mengeringkan bibir. Diformulasi daripada ekstrak delima dan soapberry, lip tint ini membantu untuk menyuburkan dan melempakan bibir.


9. GLAMFOX Fleurissant Lip Glow
GLAMFOX Fleaurissant Lip Glow 
Unik dan elegan. Tu perkataan yang sesuai bila Ana nampak GLAMFOX Fleaurissant Lip Glow ni. Dengan ciri lutsinar sehingga boleh nampak kelopak bunga yang ada dalam batang lip glow tu buat Ana rasa teruja giler nak cuba.

Ada 6 jenis lip glow yang korang boleh pilih dengan fungsi yang tersendiri. Cuma fungsi utama lip glow ni ialah untuk melembap, menyegar, melembut dan menaikkan seri warna bibir kita agar nampak semulajadi dan sihat. Best kan? Korang yang tengok ni tak rasa teruja nak cuba juga ke?  Hehe

10. Peripera Mini-mini Peppy's Carrier
Peripera's Mini-mini Peppy's Carrier
Sejak dah guna lip tint dari Peripera ni Ana terus jatuh suka. Sebab utamanya warna lip tint kekal lama dekat bibir walau lepas seharian pakai. Memang suka sangat. The best part is kalau bibir kita kering, lip tint ni boleh bantu tanggalkan kulit-kulit yang menggelupas tu.

Bila dah suka sure Ana nak beli lagi kan. Tengah belek produk Peripera ni,  Ana ternampak edisi travel Peripera's Mini-mini Peppy's Carrier ni. Perghh comel giler kot. Dalam tu siap ada 5 mini lip tint lagi (Ink The Velvet, Ink The Airy Velvet, Vivid Tint Water, Ink Concealer,  Multi Shadowin). Memang sesuai nak bawa pergi travel. Tak sabar nak beli ni.


Amacam menarik kan Wishlist : My Top 10 Favorite Products yang Ana nak sangat dekat Althea ni. Harapnya bila duit tabung untuk beauty haul dah penuh, beberapa item dekat atas ni boleh lah berada dalam genggaman. Ana bab-bab make up memang fail tapi bukan bab-bab skincare ni. Sebab bagi Ana kalau kulit dah sihat dan bersih, tak perlu make up pun takpe kan. Korang pulak macam mana? Apa produk kecantikan yang korang teringin sangat nak beli? Kalau produk tu ada dekat Althea, cuba share sikit dengan Ana. Kot-kot Ana berminat nak cuba juga kan.

12 comments:

  1. Memang tak pernah menghampakan produk althea ni. Leya pun dah gunakannya..memang best. Harga pun berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  2. Cikla tak pernah cuba produk Althea ni.. Tp bila tgk mcm best je semuanya

    ReplyDelete
  3. mmg best2 la patutlah jadi wishlist ana

    ReplyDelete
  4. Asasnya daripada alam semulajadi..tu yang buat tertawan.

    ReplyDelete
  5. best best kan ana..rasa nak borong je semua

    ReplyDelete
  6. Alamak. Semua yang kak Ana wishlist tu rabia berkenang lah pulak . Berhantu jugak Althea ni.

    ReplyDelete
  7. Wish list Ana ada 3 sama dengan wish Bonde.. jadi bertambah-tambah teruja nak cuba produk tu he he he

    ReplyDelete
  8. Peripera tu best. Kinah suka sangat. Ish semua best la.

    ReplyDelete
  9. Peripera tu macam best je.. 😍 Semua list ni menarikk perhatian

    ReplyDelete
  10. Althea ni mmg jenama yg dipercayai.. mmg bnyk yg menarik terutamanya buata para wanita.

    ReplyDelete
  11. whoaaa menarik semuanya! tergodaaaa tapi kuatkan nafsu di dada hahaha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤