December 2018 - Ana Suhana

Dec 14, 2018

Syoknya Kalau Dapat Beli 10 Favorite Produk dari Althea Korea

4:14 PM 4
Syoknya Kalau Dapat Beli 10 Favorite Produk dari Althea Korea

Syoknya Kalau Dapat Beli 10 Favorite Produk dari Althea Korea Ni | Assalamualaikum. Addicted!!! Satu perkataan yang paling sesuai untuk describe tentang Althea. Addicted tu sampai tahap setiap hari tak sah kalau tak buka Althea Apps. Tak dapat nak beli dapat ushar satu persatu produk yang ada dalam tu pun jadilah. Teruk kan?? Kan Syoknya Kalau Dapat Beli 10 Favorite Produk dari Althea Korea ni.
Syoknya Kalau Dapat Beli 10 Favorite Produk dari Althea Korea Ni

Korang yang tak pernah beli apa-apa produk dari Althea mesti tertanya kan, best sangat ke produk-produk yang dijual tu. So far bagi Ana memang semua best giler.  Lagipun produk  kecantikan dari Korea memang tengah hot kan sekarang ni kan. Korang boleh baca beberapa review yang Ana pernah share ni :


Selain daripada banyak produk-produk yang best dekat Althea tu, ada beberapa perkara yang Ana suka bila shopping dengan Althea. Dan Ana yakin korang pun mesti suka :

Pelbagai jenama popular dalam satu platform 
Info produk yang lengkap (full ingredient list & genuine customer review) 
Free shipping bila belanja min 2 item
Dalam masa seminggu barang dah sampai
Produk dibungkus dengan baik & diletak dalam kotak yang comel
Kesemua produk dijamin original
Promo code hampir setiap bulan

Bila dah kata setiap hari dok ushar Althea Apps ni sure lah ada banyak produk yang Ana tersuka tanpa sengaja dan marked as a favorite. Masalahnya makin hari makin banyak tambahan dalam favorite tu. Hehe. Ni Ana saja lah list kan antara produk yang Ana aim sangat nak beli tapi tabung belum penuh. Kan Syoknya Kalau Dapat Beli 10 Favorite Produk dari Althea Korea ni.  Ada ke yang sudi nak payung?  Ada ke ada ke??

Mise-en-scene Perfect Repair Serum
Mise-en-scene Perfect Repair Serum
Ana tertarik untuk cuba Perfect Repair Serum ni kerana serum ni telah memenangi anugerah Beauty Award dan Elle Girl. No wonder ramai yang berpuas hati lepas guna serum ni.

Apa yang membuatkan serum ni istimewa adalah gabungan 7 jenis minyak didalamnya iaitu argan, camelia, marula, zaitun, jojoba, kelapa dan aprikot. Formulasi ni dikatakan dapat meningkatkan keanjalan dan kekuatan rambut di samping dapat mengurangkan masalah rambut kusut untuk hasil rambut yang lembut dan halus dalam masa tiga hari. Bestnyaaaa :)


Innisfree Green Tea Seed Serum
Seperti yang kita semua tahu,  teh hijau mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan badan serta kecantikan kulit wajah. Disebabkan kebaikkan yang ada didalam teh hijau tersebut, Innisfree telah mengformulasikan benih teh hijau dari Pulau Jeju untuk menghasilkan serum yang mampu untuk melembapkan dan melindungi kulit kita.

Selain tu, serum ni juga mengandungi teh hijau segar yang kaya dengan asid amino untuk menghidrat kulit dari dalam dan juga menghalang kehilangan kelembapan untuk memastikan kulit sentiasa lembut dan anjal sepanjang hari.


Mamonde Rose Water Toner 
Toner antara rutin wajib yang Ana buat selepas membasuh muka. Banyak kepentingan toner pada kulit jika kita tau korang. Antaranya toner dapat mengecutkan liang pori, menyingkir kulit mati serta membersihkan saki baki kotoran yang ada pada permukaan kulit kita.

Apa yang buat Ana teruja untuk cuba Mamonde Rose Water Toner ni ialah ianya dihasilkan dari 90.89% Air Bulgarian Damask Rose yang bukan saja berbau wangi malah ia dapat menenangkan dan menghidrat kulit serta membersihkan kotoran dan sel kulit mati. Dan yang penting toner ni tanpa pigmen sintetik, tanpa minyak haiwan atau tanpa minyak mineral yang sesuai untuk orang kulit sensitif.


Petitfee's Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch
Masalah utama Ana iala eye bag yang berkilo-kilo bergantung dekat bawah mata ni. Nyampah tau bila tengok sendiri. Tapi bila terjumpa dengan Petitfee's Black Pearl & Gold Hydrogel Eye Patch ni, terus Ana rasa nak cuba try test.

Dihasilkan dengan mutiara hitam dan serbuk emas, eye patch ni penuh dengan asid amino untuk membantu pertumbuhan semula kulit dan juga mampu untuk mencerahkan kawasan gelap di bawah mata. Harapnya eye bag Ana boleh berkurang lepas pakai eye patch ni. :)


Tony Moly's Shiny Foot Super Peeling Liquid
Tony Moly's Shiny Foot Super Peeling Liquid ni antara wishlist terawal Ana. Sebabnya ia dikatakan mampu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kulit menggelupas pada tapak kaki kerana mengandungi AHA dan BHA dan ekstrak peppermint. Selepas beberapa hari kita boleh nampak kulit kaki kita akan jadi lebih lembut, licin dan sihat.


6. Pobling Pore Sonic Cleanser
Pobling Pore Sonic Cleanser
Pobling Pore Sonic Cleanser ni antara item yang Ana nak sangat. Dan ramai juga yang dah guna dan semua setuju kulit jadi bersih sebersihnya bila guna alat pembersih ni.

Macam mana tak bersih korang. Alat ni mempunyai berus yang lembut dan halus yang mampu menghasilkan 10,000 ayunan sonik seminit, yang mampu masuk ke dalam liang-liang roma yang tersumbat untuk membersih dengan baik. Paling menarik kepala berus ni boleh dibuka dan diganti dengan yang baru. Menarik kan???


7. Laneige Multi Deep Clean Cleaser
Laneige Multi Deep Clean Cleaser 
Siapa tak suka kan bila pencuci muka kita boleh membersihkan kesan solekan tebal dan juga menyingkirkan kulit mati dalam masa yang sama. Sebab tu Ana tertarik nak cuba Laneige Multi Deep Clean Cleaser ni. Nak lagi berkesan boleh guna dengan Pobling Pore Sonic Cleanser dekat atas ni. Hehe.

Selain dari tu, deep cleanser ni juga sesuai digunakan sebagai penjagaan kulit harian kerana bersifat lembut pada kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dengan formulasi Natural Papain Ferment, Cellulose Beads dan Ekstrak Blueberry.


8. Banila CO Clean It Zero Cleasing Balm
Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm
Ni lagi satu produk yang mendapat rating tertinggi untuk menanggalkan kesan solekan terutama yang kalis air. Dah lah comel warna packaging dia kan. Warna-warna pastel sangat.

Ramai yang review kata Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm ni dapat membersihkan segala kekotoran pada kulit dan juga menyegarkan kulit dengan larutan bewarna susu. Sure bau dia pun best kan.


9. GLAMFOX Fleurissant Lip Glow
GLAMFOX Fleaurissant Lip Glow 
Unik dan elegan. Tu perkataan yang sesuai bila Ana nampak GLAMFOX Fleaurissant Lip Glow ni. Dengan ciri lutsinar sehingga boleh nampak kelopak bunga yang ada dalam batang lip glow tu buat Ana rasa teruja giler nak cuba.

Ada 6 jenis lip glow yang korang boleh pilih dengan fungsi yang tersendiri. Cuma fungsi utama lip glow ni ialah untuk melembap, menyegar, melembut dan menaikkan seri warna bibir kita agar nampak semulajadi dan sihat. Best kan? Korang yang tengok ni tak rasa teruja nak cuba juga ke?  Hehe

10. Peripera Mini-mini Peppy's Carrier
Peripera's Mini-mini Peppy's Carrier
Sejak dah guna lip tint dari Peripera ni Ana terus jatuh suka. Sebab utamanya warna lip tint kekal lama dekat bibir walau lepas seharian pakai. Memang suka sangat. The best part is kalau bibir kita kering, lip tint ni boleh bantu tanggalkan kulit-kulit yang menggelupas tu.

Bila dah suka sure Ana nak beli lagi kan. Tengah belek produk Peripera ni,  Ana ternampak edisi travel Peripera's Mini-mini Peppy's Carrier ni. Perghh comel giler kot. Dalam tu siap ada 5 saiz mini lip tint (Ink The Velvet, Ink The Airy Velvet, Vivid Tint Water, Ink Concealer,  Multi Shadowin) lagi. Memang sesuai nak bawa pergi travel. Tak sabar nak beli ni.


Ok lah tul ah antara 10 produk yang Ana nak sangat dekat Althea ni. Harapnya bila duit tabung untuk beauty haul dah penuh, beberapa item dekat atas ni berada dalam genggaman. Ana bab-bab make up memang fail tapi bukan bab-bab skincare ni. Sebab bagi Ana kalau kulit dah sihat dan bersih, tak perlu make up pun takpe kan. Korang pulak macam mana? Apa produk kecantikan yang korang teringin sangat nak beli? Kalau produk tu ada dekat Althea, cuba share sikit dengan Ana. Kot-kot Ana berminat nak cuba juga kan.

Dec 13, 2018

Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain?

9:51 AM 3
Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain?

Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain? l Assalamualaikum. Pepatah Melayu ada mengatakan melentur buluh biar dari rebung. Ini kerana pada masa ini buluh masih lembut dan mudah dibentuk. Sama juga dalam kes mendidik anak-anak. Kalau dah besar baru nak didik, alamatnya jadi lah macam cerita Anakku Sazali. Bapak yang bersalah dalam hal ini. Haru dibuatnya. Jadi hari ni Ana nak share dengan korang beberapa cara Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Bagaimana Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain?

Kalau korang masih ingat cerita Anakku Sazali tu kan, banyak keburukan yang telah dilakukan oleh Sazali. Baik terhadap keluarga dan masyarakat. Kalau ditanya apa punca kelakuan buruk Sazali tersebut rata-rata akan meletakkan kesalahan di bahu bapanya yang tidak pernah menegur dan mendidik Sazali dengan sebaiknya. Dan kes yang sama kita boleh nampak berlaku pada zaman hari ni. Banyak anak-anak remaja hilang sifat rasa hormat dan sayang sesama adik beradik, kawan-kawan dan masyarakat. Akhirnya komuniti jadi berpecah belah, tidak aman dan pentingkan diri sendiri.

Sebab tu pentingnya kita Untuk Mendidik Anak-anak Berbuat Naik Terhadap Orang Lain sejak mereka kecil lagi. Pada masa ni ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak. Orang kata anak-anak ni cermin kepada ibu bapa. Kalau baik sifat anaknya maka baiklah sifat ibu bapanya. Jom kita tengok bagaimana caranya untuk memupuk sifat yang baik dalam diri anak-anak kita.

1. Latih Sifat Ringan Tulang Dari Dalam Rumah

Perkara asas dalam mendidik anak-anak adalah bermula dari dalam rumah kita sendiri. Banyak sebenarnya cara kita boleh latih anak-anak kita melakukan kebaikan. Yang paling senang adalah dengan melatih mereka membantu dan menolong ibu bapa dan adik beradik meringankan kerja-kerja rumah.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Bila bangun tidur ajar mereka kemas katil, bila dah makan ajar mereka basuh pinggan dan cawan, bila nampak rumah bersepah ajar mereka untuk bantu mengemas apa yang termampu dan bila memasak ajak mereka sama-sama tolong di dapur. Sambil sambil buat kerja rumah bersama tu boleh lah rapatkan lagi kasih sayang yang terbina.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Bila dah selalu latih mereka akan jadi biasa. Dan mereka akan jadi lebih menghargai pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan mereka apabila mereka merasai sendiri kesusahan kena buat semua sendiri. 

2. Ajar Sifat Suka Berkongsi Dengan Orang Lain

Ana perasan Syafi ada sifat kedekut dalam diri dia. Sifat ni terserlah ketika dia berusia 3 tahun. Memula risau juga sebab bila dia berkumpul dengan sepupu-sepupu yang lain, dia punya kedekut bukan main lagi especially kalau berkaitan dengan barang-barang yang dia sayang. Bila borak dengan kawan-kawan Ana yang ada Ana sebaya Syafi, rupanya anak-anak dorang pun sama je. Lega lah sikit bila dengar. Ye lah Syafi takde adik beradik yang lain so dia tak lalui proses untuk berkongsi dengan orang lain.

Walau pun sifar kedekut tu sifat normal untuk anak-anak tapi as a parents, Ana kena lah buat sesuatu untuk didik Syafi agar jangan kedekut untuk berkongsi barang dengan orang lain. Caranya ialah dengan ajak dia belanja atau kongsi apa yang dia suka makan atau sayang dengan orang lain. Dan biar dia sendiri yang hantar apa yang dia beli tu. Dari situ dia sendiri akan nampak betapa bahagianya bila dapat menggembirakan orang di sekeliling selain perhubungan mereka jadi semakin akrab.

3. Pupuk Rasa Hormat dan Sayang Pada Komuniti

Perhubungan dalam kehidupan seharian kita tak terhad sesama keluarga saja. Malah melibatkan perhubungan sesama komuniti atau masyarakat sekeliling. Keharmonian sesama komuniti perlu dijaga agar dapat hidup bahagia dan aman dan risiko kegiatan jenayah dapat dibendung.

Sebab tu kita juga kena ajar anak-anak agar menjaga keharmonian dalam komuniti sejak mereka kecil lagi dengan hormat orang di sekeliling. Ajak mereka turut serta dalam aktiviti komuniti seperti gotong royong atau kenduri kendara yang dijalankan. Selain tu jika ada jiran-jiran yang sakit atau uzur, kita bawa anak-anak kita sama-sama ziarah untuk lahirkan sifat kasih kan sesama jiran. Dan jika ada jiran yang memerlukan pertolongan, kita sebagai ibu bapa kena tunjukkan sifat suka menghulurkan bantuan untuk dijadikan tauladan buat anak-anak.

4.  Pupuk Rasa Hormat Terhadap Haiwan

Nak buat baik tak terhad sesama manusia je. Kita juga kena ajar anak-anak agar ada rasa hormat dan kasih pada haiwan atau binatang yang ada di muka bumi ni. Kalau tak di ajar, kes penderaan haiwan akan semakin meruncing pada masa depan.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Macam mana nak lahirkan rasa sayang pada haiwan dalam diri anak-anak? Korang boleh je sesekali bawa anak-anak ke zoo atau taman haiwan untuk mereka rasa dekat sekaligus mengenali haiwan-haiwan yang ada. Kalau boleh beri mereka peluang untuk beri makan dekat haiwan yang ada seperti gajah dan burung.

Selain tu macam Ana, Ana ada belikan Syafi 2 ekor kura-kura untuk dia jaga sendiri. So bila dah ada haiwan yang perlu dijaga, automatik dia akan jadi lebih bertanggungjawab, prihatin dan berdisiplin untuk jaga waktu makan kura-kura tu. Cuma Ana sebagai ibu bapa pantau apa yang sepatutnya. 

5. Menjaga dan Memulihara Alam Sekitar 

Selain dari kita kena pupuk rasa sayang dan sikap berbuat baik terhadap orang sekeliling dan haiwan, kita juga kena terap rasa bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri anak-anak. Bawa mereka dekat dengan alam semulanadi dan bercerita kepada mereka kepentingan kita memulihara dan menjaga alam sekitar yang semakin tenat pada hari ini untuk kelangsungan mereka pada masa hadapan.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Pada masa yang sama kita ajar mereka cara-cara untuk memulihara alam sekitar dengan mengitar semula bahan-bahan yang terbuang bermula dari dalam rumah. Kita ajar mereka untuk asingkan sampah-sampah mengikut jenis bahan yang diguna.

Kita juga boleh ajar mereka untuk memberi barangan peribadi yang masih elok dan cantik kepada yang memerlukan atau kepada kawan-kawan terdekat. Macam Ana, mana baju-baju atau kasut Syafi yang masih cantik dan elok yang dah tak muat Ana ajar Syafi beri kepada jiran sebelah rumah yang masih kecil. Kesannya isu pembaziran dan pencemaran dapat dielak untuk menjamin alam sekitar yang lebih baik.

6. Latih Menjadi Pemimpin Yang Bertanggungjawab di KidZania

Sesekali apa kata korang reward anak-anak dengan bawa mereka ke taman tema edutainment di KidZania. Dekat sini anak-anak akan didedahkan dengan sifat bertanggungjawab melalui pengalaman bekerja seperti alam pekerjaan sebenar di lebih dari 100 simulasi pekerjaan sebenar untuk mereka cuba.

Antara pekerjaan yang mereka boleh cuba ialah menjadi seorang ahli bomba yang kuat dan bertangungjawab untuk membantu mangsa-mangsa yang berada dalam kecemasan, menjadi seorang doktor yang prihatin kepada pesakit, menjadi pekerja penghantaran yang amanah menghantar barang pelanggan dan juga belajar menjadi seorang pemandu yang berhemah demi keselamatan orang ramai.
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Mendidik Anak-anak Berbuat Baik Terhadap Orang Lain
Selain tu, KidZania juga ada menganjurkan KidZania CongreZZ Kids melalui Caring Project setiap hujung tahun di mana 20 orang kanak-kanak berpeluang untuk belajar menjadi pemimpin Bandar KidZania yang bertanggungjawab dalam memberi yang terbaik kepada komuniti dengan membantu kanak-kanak yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut berkenaan KidZania korang boleh layari www.kidzania.com.my.

Dec 12, 2018

Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud

9:03 AM 12
Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud

Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud l Assalamualaikum. Hari ke-3 di Thailand merupakan hari yang penuh dengan aktiviti. Dari pagi sampai ke petang. Kesemua aktiviti diurus oleh pihak Good Times Resort. Aktiviti pertama pagi tu ialah ke Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Kembara Thailand : Erawan National Park Air Terjun 7 Tingkat Berwarna Hijau Zamrud

Jarak Erawan National Park dengan resort mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.  Jalan pula lancar takde sesak sesak. Maklumlah wilayah Kanchanaburi ni jauh dari kawasan bandar kan.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Sebut pasal Kanchanaburi, Erawan National Park ni merupakan tarikan utama dekat wilayah ni. Malah merupakan juga National Park paling popular dekat Thailand. Memang rugi lah kalau dah sampai sini tapi tak pergi kan. Harga untuk masuk ke sini ialah 300 bath seorang.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Erawan National Park
Erawan National Park 
Dan kalau korang nak tau, Erawan National Park ni terkenal dengan 7 tingkat air terjun dengan kolam berwarna hijau zamrud (emerald green pool) yang dinamakan bersempena dengan gajah putih berkepala tiga dalam mitologi Hindu. Dan dikatakan air terjun yang paling atas mempunyai bentuk seakan kepala gajah. Menarik kan? Oh ya setiap air terjun yang ada dekat sini mempunyai namanya yang tersendiri tau.

Memang berbaloi datang di Erawan National Park ni tau korang. Air kolam dia memang sangat cantik dan bersih. Sejuk jangan cakap lah. No wonder ramai pelancong luar ke sini setiap hari. Ana sampai terkesima kejap tengok warna airnya yang kehijauan zamrud tu.
Erawan National Park
Erawan National Park 
Nak tau tak kenapa kawasan Erawan National Park ni sangat bersih?  Sebabnya masa nak naik ke air terjun yang ke-3 korang kena declare semua botol air yang korang bawa di kaunter yang ada. Dan deposit sebanyak 30 bath dikenakan untuk setiap botol. So jangan lupa bawa turun semula botol-botol air korang tu pulak. Kalau tak, forfeited lah deposit korang tadi. Dan dikatakan makanan pun tak dibenarkan di bawa naik ke atas.

Habis tu kalau nak berkelah macam mana? Tak kan tak boleh bawa makanan. Boleh je kalau korang nak berkelah dekat sini. Tapi hanya di tingkat pertama dan kedua je.
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 1
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 2
Kedua-dua tingkat ni memang sangat sesuai untuk berkelah sebab kawasannya yang lebih luas dan dekat dengan kemudahan seperti tandas dan bilik mandi.

Air terjun tingkat pertama hingga ke-4 masih lagi mudah untuk diakses. Tapi bemula dari tingkat 5 hingga ke -7, laluan jadi semakin mencabar. Dan laluan ni sesuai untuk korang yang suka hiking.

Disebabkan masa yang diperuntukkan dekat sini hanya dalam 2 jam, so kami hanya sampai ke tingkat 4 saja. Tapi tu pun dah syukur Alhamdulillah.
Erawan National Park
Erawan National Park - Level 3
Erawan National Park
Erawan National Park - Level 3
Dekat tingkat 3 air terjun tu, korang boleh merasai pengalaman fish massage. Sebab banyak giler ikan dekat tebing-tebing kolam air terjun tu. Korang letak kejap je dah kena gigit. Sejenis pelahap pun ada juga ikan ikan dekat sini. Dah lah geli bila kena gigit tu. Ana letak kejap je lepas tu cepat-cepat angkat kaki. Tak tahan geli dia. Haha.
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 3
Nak naik ke tingkat 4 agak penat sikit sebab ada mini tangga Batu Caves. Haha. Mencungap lah jugak nak sampai ke atas.
Erawan National Park
Erawan National Park - Level 4
Tapi bila dah sampai atas, hilang rasa semput tu bila tengok warna air kolam yang cantik tu. MasyaAllah cantik sangat ciptaan Allah kan. Seharian duduk pandang air kolam ni jer pun takpe.
Erawan National Park
Erawan National Park  - Level 4
Dari tingkat 4 Ana terus turun ke bawah. Rasa tak puas pulak dapat singgah sekejap dekat sini. Dari tingkat 2 nak ke tempat berkumpul Ana naik trem je. Satu trem 30 bath tak silap. Ok lah kan. Save energy untuk next activities kononnya :).
Erawan National Park
Erawan National Park
Ok lah tu je nak share tentang pengalaman Ana berpeluang menikmati keindahan air terjun Erawan National Park. Ni antara kenangan terindah sepanjang bercuti di Thailand. Memang bersyukur sangat dikurniakan rezeki untuk jejak kaki ke sini. Salah satu bucket list Ana dah tercapai. Alhamdulillah.








Dec 10, 2018

Makan-makan Sempena Hari Natal & Tahun Baru di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

8:22 AM 27
Makan-makan Sempena Hari Natal & Tahun Baru di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Makan-makan Sempena Hari Natal & Tahun Baru di Grand BlueWave Hotel Shah Alam | Assalamualaikum.  Kejap je kan dah nak hujung tahun. Esok lusa dah masuk tahun baru 2019. Selalu kalau dah hujung tahun ni ramai yang pakat perabis AL dengan amik cuti dari cuti Hari Natal sampai lah ke tahun baru. Tak tahu nak ke mana untuk spend time dengan family atau kawan-kawan, apa kata korang tempah meja dengan Makan-makan Sempena Hari Natal & Tahun Baru di Grand BlueWave Hotel Shah Alam .
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Makan-makan Sempena Hari Natal & Tahun Baru di Grand BlueWave Hotel Shah Alam 

Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Natal dan juga Tahun Baru 2018, Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam akan menyediakan pelbagai makanan yang sangat enak pada harga yang berpatutan untuk korang nikmati bersama insan tersayang. Sure masa yang diluang bersama akan menjadi bermakna gitu.

Eh boleh ke kita makan makanan untuk Hari Natal ni? Mesti lah boleh korang sebab Restoran Royale Songket dah mendapat pengiktirafan sebagai restoran halal dari JAKIM. So korang boleh makan tanpa was was ok.
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Dan restoran yang berkonsepkan sentuhan Malaysia dalam suasana kontemporari ini mampu menampung sehingga 150 tetamu dalam satu-satu masa dengan sangat selesa.

Promosi Hari Natal

Bagi yang plan nak celebrate Hari Natal bersama keluarga tersayang, korang boleh membuat tempahan meja di Grand BlueWave Hotel Shah Alam ni dan pilih sama ada nak Hi-Tea (minum petang)  atau dinner (makan malam).

Untuk promosi Hi-Tea Hari Natal yang akan diadakan pada 25 Disember 2018 (Selasa) bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 4 petang, pelbagai menu khas Hari Natal bakal dihidang seperti menu tradisi klasik Yuletide, Roasted Whole Turkey with stuffing, Giblet & Cranberry Sauce dan Raisin Meat Loaf with sauce,  kebab Shawarma serta Beef Wellington & Mussel Au Gratin.
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Jangan lupa akhiri minum petang korang dengan manisan seperti Fruits Cake, Yule Log, Tarlet, Muffins, Chocolate Fountain, Hot deserts Chocolate Souffle dan banyak lagi untuk membawa korang ke alam gastronomy.
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Buffet Hi-Tea Hari Natal 25 Disember 2018
• 12.00 tengahari - 4.00 petang
• Dewasa -RM 68.00
• Warga Emas - RM 58.00+ (60 tahun & ke atas)
• Kanak-kanak - RM 35.00+


Buffet Dinner Hari Natal 24 Disember 2018
• 6.30 petang - 10.30 malam
• Dewasa -RM88.00
• Kanak-kanak - RM44.00+


Promosi Tahun Baru 2019

Untuk yang nak sambut tahun baru dengan kawan-kawan atau ahli keluarga tersayang, korang boleh menikmati minum petang yang sangat lazat hasil air tangan chef terhandal di sini pada 1 Januari 2019 bermula pada pukul 12 tengahari hingga 4 petang.

Baca Juga : Makan Malam Tahun Baru di Level 18 Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Bersempena dengan Tahun Baru 2019 yang akan tiba, menu-menu yang bakal dihidang adalah berkonsepkan menu antarabangsa. Antara menu-menu tersebut ialah  Butter Rice, Chicken Cordon Bleu, BBQ Prawn Skewer, Grill Foot  Long Sausage, Satay Pizza, Butter Vegetable, Italian Seafood Salad, Cream Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons.
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Tak lupa juga pencuci mulut yang enak untuk akhiri sesi minum petang korang seperti Caramel Popcorn, Fruits Tartlets, Assorted French Pastries dan Assorted Pudding.
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Hi Tea & Dinner di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Buffet Hi-Tea Tahun Baru 1 Januari 2019
• 12.00 tengahari - 4.00 petang
• Dewasa -RM 68.00+
• Warga Emas - RM 58.00+ (60 tahun & ke atas)
• Kanak-kanak - RM 35.00+

Buffet Dinner Tahun Baru 31 Disember 2018
• 6.30 petang - 10.30 malam
• Dewasa -RM85.00+
• Kanak-kanak - RM42.50+

Cara Menempah

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan meja atau ingin maklumat lanjut berkenaan dengan promosi buffet Hi-Tea dan Dinner bersempena dengan Hari Natal dan Tahun Baru di atas, korang boleh hubungi nombor di bawah :

Website | Facebook | Instagram

Restoran Royale Songket
Aras Bawah
Persiaran Perbandaran
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor 

☏ 03-5511 8811 samb 2612 /2613
☏ 019-273 6801 / 029-275 7801

Dec 7, 2018

Kembara Thailand : Good Times Resort Kanchanaburi Resort Berkonsepkan Taman

11:32 AM 20
Kembara Thailand : Good Times Resort Kanchanaburi Resort Berkonsepkan Taman

Kembara Thailand : Good Times Resort Kanchanaburi Resort Berkonsepkan Taman | Assalamualaikum. Dalam entri sebelum ni Ana dah share aktiviti di  wilayah Prachuap Khiri Khan. Petang tu dari  Rajabakhti Park kami terus naik ke arah utara menuju ke wilayah Kanchanaburi untuk check in di Good Times Resort Kanchanaburi Resort Berkonsepkan Taman.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Kembara Thailand : Good Times Resort Kanchanaburi Resort Berkonsepkan Taman

Lepas 4 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Good Times Resorts dalam pukul 9 malam waktu tempatan. Masa ni mula terasa sengal sengal badan duduk dalam van. Bayangkan 2 hari penuh duduk dalam bas kemudian van. Boleh bengkok dibuatnya.

Turun turun je dari van, para pekerja resort dah sedia nak bawa beg beg kami semua ke bilik masing-masing. Sementara tunggu kunci bilik diagihkan, kami di jamu dengan welcome drinks  berupa jus buah-buahan.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Ni bahagian lobi dan reception. Banyak tempat duduk disediakan. Memang selesa lah kalau kata kena menunggu. Dekat tepi lobi tu siap ada kolam ikan lagi. Budak-budak lah yang paling suka nampak ikan ikan ni. 
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Bangunan resort ni 2 tingkat je tapi belum masuk bilik-bilik yang lain di bahagian hujung resort yang menempatkan bilik menghadap kolam dan sungai. Yang bilik menghadap sungai tu cantik tau. Tapi sure lagi mahal kan.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Untuk malam tu Ana tidur di bilik Deluxe Triple Room. Ada satu katil double dan satu katil single. Nikmatnya lah hai bila dapat tidur atas tilam yang empuk. Lena selenanya Ana 3 beranak malam tu.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Bilik memang luas dan selesa. Paling penting bersih sesangat. Dekorasi bilik pun nampak eksklusif dengan perabot-perabot kayu yang menarik.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Siap ada balkoni lagi untuk lepak-lepak. Tapi sebab duduk semalam je tak merasa nak melepak pun.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Tandas dia jangan cakap lah. Bukan main luas dan bersih. Dengan cat berwarna putih nampak sangat terang. Tu yang jadi berjam jam mandi. Hehe.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Fasiliti dekat sini sama je macam dekat hotel. Ada coffee / tea, mini bar, tv dengan international channel, bathrobe untuk mandi pool dan untuk kegunaan dalam bilik, toiletries dan hair dryer.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Esok pagi sebelum berangkat untuk one day trip  dengan pihak resort di Kanchanaburi ni, kami breakfast lah dulu. Tour guide awal-awal dah inform pihak resort tentang makanan halal. So dorang dah asingkan mana yang boleh makan mana yang tak.

Menariknya masa breakfast dekat sini ialah kita boleh makan sambil menikmati pemandangan Sungai Kwai In yang terletak bersebelahan resort. Boleh lah nampak bot bot penambang lalu lalang dekat sungai tu. Damai je rasa.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Nak lagi damai, kawasan resort ni penuh dengan pokok pokok hijau. Siap ada pokok buah lagi. Sebab tu Ana kata resort ni berkonsepkan taman.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Nak amik gambar dekat mana-mana pun boleh sebab semua tempat cantik-cantik. Pandai resort ni hias kawasan dorang. No wonder lah Good Times Resort ni diiktiraf antara resort terbaik di sini. Rating review pun tinggi.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Tercari-cari pool?  Jangan risau sebab swimming pool pun ada. Petang tu ramai mat dan minah salleh berendam dalam tu. Bukan main happy dorang. Ye lah dengan suasana yang tenang sesiapa pun akan happy kan.
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Good Times Resort Kanchanaburi
Macam mana,  cantikkan Good Times Resort ni. Rasa tak puas dapat stay kejap je dekat sini. Kalau boleh nak duduk lelama je sebab selesa sangat. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat ke Kanchanaburi ni lagi sure Ana akan stay dekat sini. Next entry Ana akan share aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini pula ye. Stay tuned.