Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia - Ana Suhana

Nov 27, 2018

Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia


Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia | Assalammualaikum. Sebut je nama Pitbull confirm satu dunia kenal kan. Siapa tak kenal dengan rapper terkenal America ni. Tapi Ana ybukan nak cerita tentang Pitbull tu tapi Ana nak ajak korang untuk Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia

Pitbull seperti yang semua orang tau beliau merupakan seorang rapper yang lahir di Miami, Florida. Tapi tak semua orang tau yang beliau merupakan seorang usahawan atau lebih tepat lagi rakan niaga apabila beliau memegang ekuiti terbesar Miami Grill sejak 2012.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Ok lah Ana share sedikit sebanyak tentang jenama Miami Grill ni. Pada awalnya Miami Grill bermula dengan nama Mr Submarine sebelum diganti dengan nama Miami Subs pada tahun 1988. Revolusi pada menu menyebabkan nama tersebut bertukar sekali lagi kepada Miami Grill pada tahun 2012, tahun di mana Pitbull mula terlibat sebagai pemegang ekuiti jenama tersebut.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Pada tahun 2014, Miami Grill mengembangkan perniagaan mereka dengan mewujudkan franchise di seluruh dunia termasuk lah di Malaysia. Jadinya korang tak perlu berhabis duit fly ke Florida semata nak merasa citarasa Miami ni sebabnya korang boleh menikmatinya pada kualiti dan standard yang sama di Miami Grill Malaysia.

Dan pada tahun ini, jenama Miami Grill yang terkenal dengan rasa Miami yang unik dan penuh sensasi citarasa South Beach America ini mengorak satu tapak ke depan dengan melancarkan perniagaan runcit mereka yang pertama di dunia untuk produk halal sejuk beku yang sedia dimakan (RTE) iaitu Smoked Chicken Breast atau dalam bahasa kita Ayam Salai dengan Sos Chipotle.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Bagi memperkenalkan Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce dengan lebih meluas lagi, satu majlis pelancaran telah berlangsung pada 22 November 2018 yang lepas bertempat di SME Corporation Malaysia. Dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan;  YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff.

Apa yang menarik tentang Smoked Chicken Breast ini ialah Malaysia merupakan negara pioneer kepada produk sejuk beku ni di mana produk ni hanya boleh didapati di Malaysia saja buat masa ini hasil sokongan dari HQ di Amerika Syarikat kepada syarikat Bumiputra tempatan iaitu Selasih Journal Sdn Bhd.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ini juga dijangka akan ke persada antarabangsa iaitu di Jepun, Singapura dan Filipina hasil kolaborasi bersama rakan perniagaan strategik iaitu AAH Nippon, Edaran Komachi dan Pure Good Hub.

Kenapa Perlu Rasa Smoked Chicken Breast with  Chipotle Sauce? 
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Pada mula nya masa diperkenalkan dengan Smoked Chicken Breast with  Chipotle Sauce ni, Ana tertanya-tanya juga apa keistimewaan produk ni?? Tapi bila dah rasa sendiri baru Ana tau kenapa korang wajib beli dan rasa sendiri.

Bila sebut ayam salai surely korang tau dah rasa dia macam mana kan? Ada rasa hangus-hangus kesan dari salai tu kan. Sekarang cuba korang bayangkan pulak, isi ayam yang disalai tu bergabung dengan Sos Chipotle yang mempunyai rasa Tangy dan Smoky yang pasti menggoda deria rasa korang.

Istimewa Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ni korang boleh makan begitu saja atau korang boleh olah ikut citarasa korang. Nak masak ala Timur boleh, nak makan ala Barat pun boleh.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Kalau yang tengah berdiet atau yang amalkan pemakanan yang sihat, korang boleh makan Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ni dengan menu bersalad macam Ana makan ni. Ala ala Miami Salad gitu.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Korang boleh nampak sendiri ayam tu penuh dengan isi saja. Takde bahagian lemak langsung. Nampak macam sikit je kan tapi bila makan dengan salad, boleh kongsi dengan 2 orang tau. Ana makan sikit je dah kenyang sebab isi ayam tu tebal kot. Rasa dia jangan cakap lah. Sedap ya amat. Lagi-lagi sos Chipotle tu. Sampai menjilat jari dibuatnya.

Bagi yang tak 'puas'  makan makanan ala Barat ni, macam Ana bagitau tadi korang boleh olah ikut resepi tempatan. Selalunya ayam salai ni orang akan padankan dengan Masak Lemak Cili Api kan. So korang boleh je masukkan Smoked Chicken Breast ni ke dalam menu Masak Lemak Cili Api tu. Memang senang dan memudahkan kerja-kerja memasak sebab hanya perlu panaskan Smoked Chicken Breast  di dalam ketuhar selama 3 minit sahaja.

Miami Grill Restaurant and Event

Betul tak bila kita nak buat sambutan hari jadi atau majlis perjumpaan dengan keluarga atau rakan-rakan, nak cari tempat yang bersesuaian itu selalu jadi masalah utama.  Tak pun bila nak JJCM menu yang lain dari yang lain.
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Apa kata korang tempah ruang di Miami Grill Restaurant and Event yang terletak di Tasik Putrajaya. Sambil layan view tasik sambil menikmati menu persona klasik Americana dan hidangan enak yang lain seperti Philiy Cheesesteaks dan burger. Memang syok sangat kan.
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Untuk pengetahuan korang, menu-menu di sini hanya menggunakan daging dan ayam yang bebas daripada bahan pengawet dan MSG. Dan nak lagi istimewa, daging yang digunakan merupakan 100% daging lembu yang halal diimport dari Australia dan daging lembu wagyu dari Jepun yang terkenal dengan kualitinya yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan di Miami Grill Restaurant and Event Space boleh hubungi talian 03-8889 0133 atau datang sendiri ke restoran yang dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula pukul 11.00 pagi hingga 7 malam. Khas untuk pelanggan di sekitar Putrajaya, korang boleh membuat tempahan melalui aplikasi Food Panda untuk menikmati hidangan Americana yang ada terus ke rumah korang. Senang kan.

Miami Grill Restaurant and Event Space
No. 3, B3 Menara PJH
Presint 2
Putrajaya

Dan pada yang berhajat untuk mencuba sendiri Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ni, korang boleh dapatkannya secara eksklusif di AEON Malaysia atau boleh beli secara atas talian melalui aplikasi Honest Bee dan FB Miami Grill Malaysia sendiri.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce 
Bagi yang beli Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce dan juga Beras Jepun Edaran Komachi di AEON, korang layak untuk lah join contest tau di mana korang berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa baucer AEON bernilai RM100. Caranya mudah saja, korang hanya perlu berselfie dengan produk yang dibeli berserta resit pembelian sebagai bukti dan share di daripada FB Miami Grill Malaysia. Mudah kan.

Facebook | Instagram | Website

29 comments:

  1. Ya Allah sedapnya. I'm drooling hereee

    ReplyDelete
  2. huarghhh nampak sedap ! terus teringin tengok hidangan macam ni semua nampak segar dan warna pun cantik je. jauh jugak nak datang sini nanti otw balik perak dari jb memang kena singgah la

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedapnya lapar tertiba perut tengok menu atas hahaha

    ReplyDelete
  4. lapar tertiba tengok menu dekat atas tu hahaha

    ReplyDelete
  5. eyh putrajaya je ni. kalau tahu hari tu bleh singgah. hehehe. next time maybe. dannn mek baru tahu si pitbull ni buka kedai. pemegang saham to be exact.

    ReplyDelete
  6. so yummy food to eat now I am feeling hungry. I didn't go this area for many years, got to tell my dear when to visit the area as that time we go didn't see this place.
    I like visit your blog for update, following your on gfc, feel free to follow me on www.mymumbest.com

    ReplyDelete
  7. Bebas bahan pengawet dan MSG tu yang terbaik.

    ReplyDelete
  8. Putrajaya? Boleh sangat ni. Dekat je dengan rumah.

    ReplyDelete
  9. ni memang membuatkan ku kelaparan sangat nih. terliur laa tengok gambaq2 tu. dah la resipi sihat pulak tu. ini kira wajib kena try pegi ke cane ni? hahaha.

    btw, baju awak ada patch2 wording tu smart la hehh

    ReplyDelete
  10. menarik nya..nampak mcm sedap. Nak try jugak

    ReplyDelete
  11. sedap kan...Liez sayang nak makan.. hihihi
    tapi takpe
    boleh beli dekat Aeon nanti

    ReplyDelete
  12. Sedapnya Miami Grill memang kita nak sangat pergi kat sini tapi tak ada masa lagi hehehe tengok semua tu menyelerakan bila orang nak belanja kita heheheh...

    ReplyDelete
  13. Ya ampun, nampak sedap ayam gril dia tu..dekat putrajaya je ke..menarik ni..boleh ajak husbnad pergi ni..nampak sedap snagat tu, isinya pun macam padat je..

    ReplyDelete
  14. Meleleh tengok chicken grill nk. Nama Pitbull tu menarik puas dok pikir sejak bila ad brand ni. Baca smp habis rupanya nama untuk salah stu produk Miami ni. Nak kene try ni. Nak pg restoran dia. Dekat pun dekat . huhuhu

    ReplyDelete
  15. Jenama pon antrabangsa. Ni kalau dah rasa mahu terbang ke florida.hehe.. bab salai ni ena suka. Tapi memang betul. Nampak je kecik2 tapi makan dgn salad cepat kenyang kan..

    ReplyDelete
  16. Sedap weh chicken grill. Special bila ayam dan daging tu takde pengawet dan MSG, means sangat-sangat segarlah. Tengok chicken grill berkenan, tengok burger pun berkenan haha. Baca pula time ni perut tengah lapar ni adoi

    ReplyDelete
  17. Baru tengok dah terasa rasa kesedapannya. Belum lagi rasai betul betul. Hehe.
    Citarasa antarabangsa pun dah boleh didapati kat malaysia kan.
    Senang macam tu. Tinggal cari je.

    ReplyDelete
  18. tak pernah dengar lagi dengar brand ni tapi nampak macam menarik..tengok tekstur daging nampak juicy dan sedap..ni kalau letak stok kat rumah, senang ..biloa nak makan amik dan panaskan sahaja..

    ReplyDelete
  19. Fuh nampak sedap. Saya yg tak makan dada ayam pun akan suka lepas ni. Hehehe. Bleh guna untuk masuk dalam nasi goreng. Hehe

    ReplyDelete
  20. Tengok pun da tau sedap chicken miami ni. Tengok filling lagi la terliur. Favourite Qiya mushroom tu, kebetulan plak memang nak pergi putraja next week boleh la menyinggah kat restoran ni. Tapi tak sangka ye Pitbul ni pemegang saham ekuiti terbesar restoran ni, patut la mat salleh ramai kaya-kaya, diorang dengan saham-saham dan pelaburan ni memang bff kan heee. Nanti nak beli la smoke chicken breast dgn beras jepun kat aeon, nak join contest hihi. Tapi qiya memang nak buat sushi sebenarnya dgn beras jepun tu cuma macam susah plak nak cari rumpai laut utk wrap sushi tu. Ada tak kat aeon?

    ReplyDelete
  21. alamakkk.. terus perut berbunyi bila tgk picture nie.. lapar terus rasa!! ok, fine!! tengahri nak roger gi cari lah!!

    ReplyDelete
  22. Wah memang makan sihat ada chicken breast saje pun. makan dengan salad sedapnya. Tak sabar pula nak gi cawangan kat KL tu.

    ReplyDelete
  23. Wah.. Ohsemlah Pitbull ini.. bukan setakat menyanyi, tapi business man juga.. bagus tu.. Kalau berpeluang, bolehlah sha beli dan cuba nanti.. leleh Ir liur nengoknya..

    ReplyDelete
  24. Oh! Pitbull dah jadi usahawan ayam eh! tetiba
    Kalau makan ayam Mrs. A memang suka bahagian breast sebab banyak daging tapi tulah kalau tak betul masaknya rasa tawar hambar

    ReplyDelete
  25. Hmmm..sedapnya smoke chicken..bl m pernah rasa lg,kak mmg suka mkn mcm no..

    ReplyDelete
  26. Foto makanana selalu saja bikin perut tergoda. Lapar sangat jadinya. Hhhmm... variasi chicken sll unggah selera

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤