Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity - Ana Suhana

Nov 24, 2018

Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity



Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity | Assalamualaikum. Korang mesti pernah kan masa lalu depan mana-mana rumah kebajikan kemudian berkobar-kobar semangat nak hulurkan bantuan. Tapi niat tu terkubur begitu saja sebab kita selalu rasa yang sumbangan kita tu terlalu kecil untuk memberi perubahan kepada mereka. Dahhh jangan sedih-sedih sebab sekarang korang boleh hulurkan bantuan dengan Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity.
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity

Macam mana nak menderma melalui Ayam Brand™ e-charity?? Mudah saja. Korang boleh menghulurkan sumbangan dengan membuat pesanan ke atas mana-mana produk Ayam Brand™ secara atas talian di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html untuk di hantar ke rumah-rumah kebajikan yang tersenarai. 

Untuk pengetahuan korang, laman web Ayam Brand™ e-Charity merupakan antara laman web yang dipercayai pertama seumpamanya dilancarkan di Malaysia dan diuruskan oleh pengeluar makanan. Ia bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu badan-badan kebajikan tersebut menerusi kemudahan membuat pesanan secara atas talian.

Setakat ni terdapat 8 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dan kesemua NGO tersebut merupakan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ayam Brand juga merancang untuk mengembangkan lagi program tersebut dengan harapan lebih banyak NGO bakal terpilih dari serata negeri.

Bersempena dengan pelancaran Ayam Brand™ e-charity  pada acara akhir Festival Makanan Kanak-kanak Sihat yang diadakan di Sunway Putra Mall baru-baru ini, Ayam Brand™ telah menawarkan potongan harga runcit sebanyak 15% ke atas produk-produknya dan menyediakan penghantaran secara percuma terus ke rumah kebajikan tersebut. Korang yang berminat untuk hulurkan sumbangan boleh lah mula membuat pesanan dan pilih sebanyak mana produk Ayam Brand™ yang korang ingin sumbangkan. Cuma sumbangan minimum adalah satu karton. Sikit je kan tu. 

Kalau korang nak tau, Ayam Brand™ e-Charity ini merupakan sebahagian daripada CSR Ayam Brand™ yang telah berjalan selama 11 tahun berturut-turut. Sepanjang 11 tahun tersebut, Ayam Brand™ telah memberi sumbangan kebajikan sebanyak 1,404,000 hidangan sihat yang memberi manfaat kepada hampir 20,000 orang dari 482 organisasi kebajikan dengan 358,920 hidangan telah diagihkan pada tahun ini. Tahniah Ayam Brand™!!
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Dalam majlis itu, 8 buah badan NGO yang terpilih iaitu Yayasan Sunbeams Home, Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan, Rumah Impian PJ, Rumah Ozanam, Rumah Sayangan, Home of Peace, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Kasih Harmoni telah menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang terdiri daripada produk seperti ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Yayasan Sunbeams Home, Pastor Victor, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat baik kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.  

Pada majlis perlancaran Ayam Brand™ e-charity tersebut, Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed berkata semua orang harus mempunyai akses yang mudah untuk menderma atau membuat sumbangan  seperti platform Ayam Brand™ e-Charity ini.

“Makanan merupakan satu keperluan asas. Makanan berkhasiat sememangnya amat penting untuk kanak-kanak yang membesar dan warga emas. Namun, kanak-kanak dan warga emas di bawah jagaan NGO mungkin tidak mempunyai akses ke atas sebahagian hidangan seperti Omega-3 dan makanan yang kaya dengan protein misalnya tuna dan sardin yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka. Ayam Brand menawarkan makanan-makanan ini dalam bentuk bebas bahan pengawet dan tiada MSG tambahan. Kami berbangga kerana dapat menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai agar mereka boleh memberi makanan berkhasiat kepada golongan yang amat memerlukannya,” jelas Tunku Dato’ Mu’tamir.

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ yang telah berlangsung tersebut bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak supaya memilih makanan menerusi aktiviti yang interaktif. Ia juga membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan, memahami saiz makanan serta membuat keputusan tepat kerana makanan boleh membentuk tubuh secara positif.

Festival ini sangat bertepatan apabila Malaysia telah dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN. Jadi dengan adanya festival seperti ini sedikit sebanyak dapat mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang betul dan seterusnya mengamalkan apa yang telah dipelajari serta berkongsi tips ini dengan rakan-rakan lain untuk makan dengan lebih sihat. 
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Antara sesi bengkel yang sangat menarik fan interaktif yang dijalankan ialah  :

1. ‘Yay or Nay’ - di mana kanak-kanak dapat belajar untuk mengenal pasti serta membezakan yang mana satu makanan yang sihat dan tidak sihat.

2. ‘Crossword' - permainan teka silang kata berkaitan dengan manfaat Omega 3 dan DHA.

3. ‘Healthy Plate’ - aktiviti menentukan kuantiti kumpulan makanan yang berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang,

4. ‘DIY’ - aktiviti menghias dan menghidang Nasi Lemak Tuna dari apa yang telah pelajari. 
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Pada majlis tersebut, Ayam Brand™ turut memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama Ayam Brand™ sendiri serta menggunakan sambal terus dari tin iaitu Light Tuna Cili. Tak lupa telur rebus dan timun segar untuk menjadikannya satu hidangan yang enak dan berkhasiat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, korang boeleh layari laman web www.ayambrand.com.my atau kr FB page Ayam Brand™ di https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.

18 comments:

  1. Saya baru tahu ini nama menu Ayam Brand. Sepertinya tak mengandung pengawet dan penyedap rasa MSG ya jadi aman di konsumsi untuk anak2.

    ReplyDelete
  2. Produk ayam brand memang pilihan nombor 1 yaya. Memang seronok bila mereka adakan aktiviti sambil menderma macam ni sekurang-kurangnya kita pun dapat bantu serba sedikit

    ReplyDelete
  3. busyra suka sngt tuna dari ayam brand. sedap!

    ReplyDelete
  4. Ayam brand antara brand kegemaran kami. Br tahu ttg csr ni

    ReplyDelete
  5. indeed a nice event to attend as see the pictures the children are happy. Ayam Brand is easy for us to purchase now as we shop in hypermarket. Good sharing on this csr program.

    ReplyDelete
  6. Yelah kak Ana, sebenarnya dari kecil lagi dah kena mula jaga pemakanan. Walaupun kecil lg tp dah mula kena pantau. Takut nanti dah besar ddh terlambat pulak. Nampak menariklah aktiviti2 yg ditwarkan tu. jom !

    ReplyDelete
  7. Bagus ada aktiviti macam nie kan Ana.. Tak dapat nak join hari tu..

    ReplyDelete
  8. Sy pun suka Ayam Brand punya produk. Terima kasih Ayam Brand yg sentiasa buat CSR program utk komuniti kita. Thank you!

    ReplyDelete
  9. Bagusnya ada kempen ni. Apatah lagi ni sekarang tgh musim
    Cuti sekolah kan. So anak2 akan dapat belajar sesuatu yang dapt memberi manfaat

    ReplyDelete
  10. Rabia tak pernah makan lagi ayam brand ni.Tapi baguslah ada event macam ni.

    ReplyDelete
  11. Bagus la ada kempen membeli sambil menderma ni. Ingat kan kita kpd yg lebih memerlukan bila kita ada lebih sikit utk dikongsi.

    ReplyDelete
  12. Suka sangat dengan produk ayam brand. Memang terbaik dan sedap ! Tiba-tiba nak pergi beli tuna ayam brand pulak.. hahhhaa! Kempen macam ni bagus, boleh memberi ilmu yang berguna pada kanak-kanak.

    ReplyDelete
  13. suka kempen camni, insyaallah boleh join

    ReplyDelete
  14. Semakin banyak agensi/syarikat yg dah buka mata. Disamping membeli sambil buat amal.

    ReplyDelete
  15. Bagus program macam ni.. Husniey memang pengguna Ayam Brand, sukaa. Dia punya tuna tuu banyak pilihan, sardin pun sedap

    ReplyDelete
  16. Mmg bagus aktiviti mcm ni utk kebaikan pengguna dan masyarakat seluruhnya.

    ReplyDelete
  17. Semakin banyak syarikat yang menyumbang kembali kepada masyarakat.. Bagus program program macam ini..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤