Hotel Review : The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin - Ana Suhana

Nov 12, 2018

Hotel Review : The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin


Hotel Review : The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin | Assalamualaikum. Sebelum ni Ana ada share dekat blog tentang hotel pilihan utama Ana dekat Melaka ni iaitu Hotel Ramada Plaza. Tapi nampaknya sekarang hati Ana berbelah bagi sebab Ana dah jumpa hotel yang tak kurang hebatnya. Hotel apa tu?? Taraa... Hotel Review : The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
📷 : booking.com
Hotel Review : The Pines Melaka Dengan Kolam Renang Air Masin

Mesti korang tertarik dengan perkataan kolam renang air masin kan. Sama macam Ana masa memula check in dekat sini hari tu. Sound so interesting kan. Tak pernah dengar lagi tentang kolam renang air masin sebelum ni.

Tapi sebelum tu jom tengok bilik yang Ana stay selama 3 hari dekat sini. Bilik yang Ana booked ialah bilik Deluxe King Room dengan keluasan 495kp dengan harga RM320 semalam. Rasanya bilik ni antara bilik yang terbesar dalam banyak-banyak hotel yang ada dekat Melaka ni.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Luas kan? Siap ada ruang duduk yang selesa, meja study dan juga meja makan yang muat untuk 2-3 orang. Kabinet pun ada untuk letak makanan minuman yang kita bawa. Ni hotel ke-2 yang Ana stay ada sinki dekat luar tandas. Rasa lebih bersih lepas basuh tangan kan berbanding dari dalam tandas.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Bab paling penting ialah tandas. Kalau tandas fail, keseluruhan akan fail. Tapi dekat The Pines Melaka ni semua tip top. Tandas bersih dan luas. Selesa sesangat. Berjam duduk dalam tu pun takpe. Hehe. 
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Room facilities macam hotel lain. Tv ada saluran basic Astro. Lepas tu ada safety deposit box dalam almari, minibar dalam almari kitchenette, tea & coffee, kettle dan toiletries.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Istimewanya bila duduk dekat hotel yang agak mahal ni korang akan rasa lebih privacy. Takde dengar bunyi-bunyi bising tu semua. Rasa tenang je. Nak tidur pun takde terganggu. Sesuai pada mereka yang nak relax dari kesibukan.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Untuk bilik Ana ni view menghadap sungai Melaka, Kampung Morten dan boleh nampak bandar Melaka dari jauh. Tiap pagi dengan malam mesti bersidai tepi tingkap layan view bandar sambil makan cekedis. Hehe. 
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Ok berbalik pada kisah kolam renang yang unik tu. Ana rasa Hotel The Pines Melaka satu-satunya hotel yang ada kolam renang air masin. Kolam ni terletak dekat tingkat 7 tapi korang kena naik ke tingkat 8 dan turun dekat hujung tu. Sebab tingkat 7 merupakan private room dengan kolam renang mereka sendiri.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
📷 : The Pines Melaka
Kolam renang ni ada 2 bahagian je. Satu untuk dewasa satu untuk kanak-kanak. Dua-dua kolam pun guna air masin aka air garam. Terasa macam mandi laut pulak. Hehe. The best thing tentang kolam air masin ni ialah tahap klorinnya adalah lebih rendah dan kulit tak rasa pedih bila berendam lama. Kalau matahari terik pun takde masalah sebab kolam orang dewasa terletak di tempat yang teduh. So tak lah sunburn kan.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Dekat tepi kolam renang ada small playground untuk anak-anak. Sambil main kolam sambil main playground. Untuk anak-anak kalau nak sewa pelampung pun boleh. Tak silap RM5 sejam. Bilik persalinan  dan tandas semua lengkap dekat sini.
The Pines Melaka
The Pines Melaka
📷 : The Pines Melaka
The Pines Melaka
The Pines Melaka
Harga bilik yang Ana bayar termasuk breakfast untuk 2 orang. Menu breakfast agak banyak. Dari local food sampai western dan Chinese food. Tempat makan pun luas. Cumanya Ana tak dan nak amik gambar sebab ramai orang kan.

Overall memang Ana happy dah puas hati dapat stay dekat The Pines Melaka ni. Sekarang kalau diberi pilihan hotel The Pines Melaka akan jadi nombor satu. Servis cepat, staff friendly and helpful, lokasi berhampiran bandar, dekat dengan tempat makan dan mempunyai parkir bertingkat lengkap dengan CCTV. So keselematan kenderaan pun terjaga.

So korang yang nak rasa kelainan bila mandi kolam dengan anak-anak boleh lah cuba stay dekat The Pines Melaka ni. Happy staycation semua.

The Pines Melaka
33, Jalan Tun Sri Lanang
75100 Melaka
☎️ : (606) 240 2323







24 comments:

  1. adik akak pn dh stay sini..nice yg bilik trus ke pool tu tp tula tgk rege bole tahan juga...oh pool die air masin ek

    ReplyDelete
  2. hotel cantik, besar dan harga berpatutan ni. Akk setahun sekali je pi Melaka. jarang ke Melaka..nt boleh try hotel ini kalau ke Melaka lg

    ReplyDelete
  3. Best giler kalau bilik sendiri macam tu ha...

    ReplyDelete
  4. Ni kira hotel baru dekat Melaka ke?

    ReplyDelete
  5. cantiknya ana....mesti mahal ni kan...

    ReplyDelete
  6. Menarik jugak... kalau ada kesempatan, boleh la menginap disini pulak...🤗

    ReplyDelete
  7. dah lama saya duk usha hotel ni tapi sampai ke harini masih belum berkesempatan nak stay kat sini. btw, thank you buat review ni, at least saya dapat gambaran tentang hotel ni dulu sebelum pergi

    ReplyDelete
  8. wow bestnya hotel ni. Ingatkan apartment tadi sebab luasnya dalam bilik tu. Design moden, kemas tersusun. Pool air masin tu memang unik. First time dengar. Kalau ke Melaka nak cuba hotel ni.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya dapat mandi manda pool. Ada playground lagi. Bestnya.

    ReplyDelete
  10. Rare sangat swimming pool air masin ni takdelah rasa klorin ya

    ReplyDelete
  11. Ju dtg blogwalking ! dah lama tak singgah sini =D bestnya dpt mginap dekat sini, pertama kali juga ju dgr air kolam air masin ni, lagi-lagi bila hotel yang sediakan =D menarik !

    ReplyDelete
  12. Berapa total kos menginap kat sini. Nak tahu jugak pakej. Hehe.. bab kolam renang tu mcm best je.. sbb xminat tlalu rasa klorin ni. Budak2 kan sensitif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik ni harga rm320 semalam sebab weekend sis. Maybe weekdays lagi murah.

      Delete
  13. lama plan nak checkin sini.. tapi takde masa hahah.. membusy akhir2 ni

    ReplyDelete
  14. Mmg menarik hotel ni. Bilik pun selesa dan kolam renang air masin tu mmg tarikan.. bagus juga utk merawat kesihatan kulit. Mmg best! :)

    ReplyDelete
  15. bestnye kolam renang tu.. suka sangat kalau dapat kolam renang macam tu.. tak pernah pulak tau kolam macam ni ada yang air masin, bilik dapat selesa juga :)

    ReplyDelete
  16. Aik... Dah lama jugak tak blk Melaka. Tak perasan pulak Hotel ni.. Okay.. Nanti boleh lah sesaja ajak Otomen bermalam di sini..hehe..

    ReplyDelete
  17. cantiknya! siap ada swimming pool tu

    ReplyDelete
  18. Maaf nak tanya..berapa rate Ana duduk hari tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis. Ana pergi on weekend so harga RM320 semalam. Tapi ada bilik yang biasa which is lagi murah dan berbaloi juga untuk stay.

      Delete
  19. wah menarik ni. takla pedih mata kalau menyelam sambil buka mata kan.

    lagi satu bestnya dia sediakan saluran tv tu. tak banyak hotel sediakan senarai saluran tv...kita kena cari sendiri

    ReplyDelete
  20. cantiknya hotel diaaa.. suka! swimming pool tu yg aummm. hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤