Althea x Get It Beauty for Real Fresh Skin Detoxer - Ana Suhana

Nov 15, 2018

Althea x Get It Beauty for Real Fresh Skin Detoxer


Althea x Get It Beauty for Real Fresh Skin Detoxer | Assalamualaikum. Hi korang. Ingat tak Ana pernah share dengan korang tentang Althea x Get It Beauty : Real  Fresh Skin Detoxer. Kalau yang belum baca boleh klik SINI
Althea x Get It Beauty for Real Fresh Skin Detoxer
Althea x Get It Beauty for Real Fresh Skin Detoxer
Althea x Get It Beauty for Real Fresh Skin Detoxer

Lepas Ana share dekat semua akaun media sosial Ana tentang Althea x Get It Beauty for Real  Fresh Skin Detoxer, ada yang PM bertanya tentang produk ni. Sebab Ana sendiri dah guna dan berpuas hati dengan hasilnya so Ana memang recommend dorang untuk mencuba. So kali ni Ana summary kan sekali lagi tentang produk hasil kolaborasi pertama antara Althea dan Get It Beauty, sebuah rancangan TV kecantikan nombor 1 di Korea.

Keistimewaan Real Fresh Skin Detoxer by Althea x Get It Beauty - 10 Second Wash Off Mask

Banyak keistimewaan Real Fresh Skin Detoxer ni. Kalau tak, tak kan bintang KPop popular dari kumpulan EXID, Jeonghwa dah jadi salah seorang peminat setia produk yang awesome ni. Tak caya korang boleh tengok video dekat bawah ni. 
1. 2 in 1 Mask + Facial Untuk Kegunaan Harian

Gabungan 2 in 1 mask + facial ni bertindak dengan membawa segala kebaikan yang ada pada mask ke dalam lapisan kulit pada 10 saat pertama dan seterusnya bertindak sebagai pencuci muka yang sangat berkesan untuk menanggalkan segala kekotoran yang terlekat pada wajah.

2. Bahan-bahan Premium Berkualiti tinggi

Dihasilkan dari bahan-bahan premium berkualiti tinggi seperti kelopak bunga mawar May dan daun teh hijau muda. Kesemua bahan-bahan ini dipenuhi dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi untuk menjadikan kulit lebih segar, sihat dan bersih setiap hari.

3. Rutin Pencuci Wajah Yang Lengkap Cepat dan Mudah

Real Fresh Skin Detoxer hanya memerlukan 10 saat untuk memastikan kulit mendapat segala manfaat yang diperlukan.  Dan dalam beberapa minit sahaja, korang dah boleh memiliki kulit wajah dah cukup bersih dan sempurna seperti mendapat rawatan di spa.

Real Fresh Skin Detoxer - Rose : Refining

Digunakan pada waktu pagi (morning recipe) untuk membantu melindungi dan mengimbangi tahap PH kulit, memperbaiki peredaran darah, membersih secara lembut segala kekasaran, melembapkan dan memberi kulit cerah berseri serta memastikan kulit tetap segar dan lembut.

Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea : Purifying

Mask ini digunakan sebagai cucian muka pada waktu malam untuk membersih serta melegakan kulit dan melindungi kulit dari kerosakan sinar UV.

Untuk Membeli 

Pada yang berminat untuk mencuba dan beli Real Fresh Skin Detoxer ni korang boleh terus tekan link di bawah ni. Dabnberita baiknya ialah korang boleh dapatkan set ni dengan diskaun 10% + penghantaran percuma kalau korang beli dalam masa terdekat ni.

Jom jadi kan kulit kita lebih segar dan berseri sama-sama.


15 comments:

  1. wahh ada discount lah.. rugi tak shopping ni..kak ana makin cantik lah.

    ReplyDelete
  2. Dari bahan semulajadi tu yang masuk wish list PC kak.

    ReplyDelete
  3. memang best pencuci ni Bonde pon suka sangat

    ReplyDelete
  4. Kinah pun suka skin detoxer ni kak ana. Nak kena beli lagi nišŸ˜šŸ˜

    ReplyDelete
  5. tak pernah try lagi ni...best eh..nak beli la nnt

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Eh apsal.cerita plak yg keluar haha.. best brg ni suka tgk color dia

      Delete
  7. Wah ada diskaun.. rasa cam teringin juga nak cuba produk Althea nie Ana. Menarik..

    ReplyDelete
  8. Teringin nak cuba produk Althea, terasa fresh muka bila tengok Ana Suhana posing gitu.. Kalau guna tentu lebih best kannn Ana..

    ReplyDelete
  9. Tgk ramai review produk althea . Tak sabar Nadia nak try jugak . <3

    ReplyDelete
  10. Real fresh skin detoxer ni memang best

    ReplyDelete
  11. wahh bagusnya produk ni... detoxer tu

    ReplyDelete
  12. Macam menarik je Real Fresh Skin Detoxer ini..

    ReplyDelete
  13. best sngt pakai ni.. muka rasa lembut je.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤