November 2018 - Ana Suhana

Nov 30, 2018

Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan

10:11 AM 15
Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan

Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan | Assalamualaikum. Hari ni Ana nak sambung cerita Kembara Thailand. Pada hari ke-2 kami di bawa menikmati keindahan Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan yang terletak di kawasan selatan Thailand. Pantai ni antara tempat menarik yang ada di wilayah Prachuap Khiri Khan ni. 
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan

Dalam entri sebelum ni Ana bertolak dari Dannok dalam pukul 7 malam macam tu. Dalam pukul 5 pagi kami sampai di wilayah Prachuap Khiri Khan ni. Lepas mandi, solat dan sarapan kami terus di bawa ke Ao Manao Beach Antara Pantai Tercantik di Wilayah Prachuap Khiri Khan ni.

Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Khiri Khan
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Nak masuk ke kawasan pantai ni kena daftar dulu dekat pondok tentera di pintu masuk. Pondok tentera??? Ye pondok tentera. Sebabnya pantai di terletak di dalam kawasan Tentera Udara Di Raja Thailand, 5 km dari bandar Prachuap Khiri Khan ni. Menarik kan?? Nak lagi menarik siap lalu atas landasan kapal terbang lagi. Hehe.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach 
Sebelum masuk tu kita bergambar dulu dengan replika kapal terbang yang ada depan pintu masuk tu.  Katanya replika ni merupakan replika kapal terbang asli yang di guna semasa Perang Dunia Ke-2 dulu.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Ni lah salah satu kawasan pantai yang ada dalam kawasan tentera ni. Memandangkan Ana datang ke sini masa hari bekerja, so orang tak ramai langsung. Tenang je rasa.  Kalau ada beberapa couple mat salleh je tengah sunbathing dan mandi laut.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kawasan pantai ni sangat bersih tau. Tak jumpa pun sampah bersepah dekat pasir pantai tu. Sebabnya dikatakan setiap hari askar-askar akan bersihkan kawasan pantai ni.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Lagi satu takde penjual penjual haram berkeliaran sebab mereka tak dibenarkan untuk berniaga di dalam kawasan kem ni. So korang boleh enjoy layan view pantai yang cantik dengan keindahan batu kapur yang wujud dari laut. Nak selesa boleh sewa tempat duduk yang disediakan ni. Harga Ana tak sure berapa sebab Ana berjalan je dekat sini.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach 
Next kami ke kawasan pantai lagi satu yang ada dalam kawasan kem ni. Tak silap kena daftar sekali lagi dekat sini sebab ada pondok pengawal juga.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach 
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Pantai yang ni lebih kepada macam pantai nelayan. Tapi view dia tetap cantik dan menenangkan. Untuk anak-anak ada beberapa replika kapal terbang untuk dorang tengok.
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Lepas puas layan view laut kami diberi pilihan sama ada nak tengok kuil atas bukit atau teruskan perjalanan. Sebulat suara decide untuk teruskan perjalanan. Ana ok je sebab nak kejar masa kan.
 Kembara Thailand : Ao Manao Beach
Tu lah kuil yang Ana maksudkan. Based on review, ramai kata senibina kuil tu biasa biasa je tapi view dari atas tu yang luar biasa. Boleh nampak  keseluruhan bandar dekat bawah termasuk pemandangan pantai tadi. Dan banyak monyet monyet berkeliaran di atas tu.

Seterusnya kami bergerak ke Rajabhakti Park di daerah Hua Hin di utara wilayah Prachuap Khiri Khan. Taman ini dibina pada tahun 2015 dan merupakan tarikan terbaru di Hua Hin.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Menarik tentang taman ni ialah ianya dibina  di atas tanah tentera Thai oleh Angkatan Tentera Diraja Thailand dengan dana kira-kira 1 bilion baht (AS $28juta) yang disumbangkan oleh sektor awam dan swasta. Taman ini berkeluasan 355,200 m2 dan membawa maksud 'taman yang telah dibina atas kesetiaan rakyat kepada raja-raja'.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Terdapat 7 buah patung dengan ketinggian 14 meter setiap satu sebagai tanda memperingati pemerintahan raja-raja dari era Sukhothai, Ayutthaya, Thonburi dan Rattanakosin. Setiap patung membawa plat dengan nama Raja dan tempoh pemerintahan mereka.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Ana stop dekat sini kejap sangat je sebenarnya cuaca terlalu panas. Boleh kena strok haba kalau berdiri lama-lama dekat luar tu.
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Kembara Thailand : Rajabhakti Park
Selesai aktiviti di wilayah Prachuap Khiri Khan kami meneruskan perjalanan ke wilayah Kanchanaburi. Perjalanan mengambil masa dalam 4-5 jam sejauh 300km. Sampai-sampai di Kanchanaburi dalam pukul 8 malam macam tu. Terus kami check in resort di sana. Resort ni antara resort tercantik di sini. Nature base sangat. Cerita lanjut Ana share dekat next entri ok. Bye.

















Nov 28, 2018

Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea

9:50 AM 15
Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea

Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea l Assalamualaikum. Nyampahnya lah kan bila berjam-jam bersolek, end up muka nampak bercapuk. Frust sangat kan! ! Bila Google punya Google, rupanya solekan bercapuk tu disebabkan oleh sel kulit mati yang berkumpul dekat permukaan kulit kita. Korang pun alami Masalah Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea.
Milk Peel Cream Mask Althea
Milk Peel Cream Mask Althea
Solekan Bercapuk Akibat Sel Kulit Mati? Jom Singkirkan Dengan Sentuhan Lembut Buih Buih Susu Milk Peel Cream Mask Althea

Sebenarnya masalah sel kulit mati ni bukan perkara baru sebab kajian dah menunjukan setahun secara purata sebanyak 4kg sel kulit mati terkumpul di atas permukaan kulit kita. Banyak kan? Macam  tak percaya pulak.

Macam mana nak tau sama ada kulit kita ada masalah sel kulit mati ni atau tak? Senang je sebenarnya sebab kita boleh nampak tanda-tanda tersebut. Antaranya solekan nampak bercapuk, kulit jadi kusam, bersisik dan kering serta kemunculan jerawat dan bintik-bintik hitam (black head) akibat pori-pori tersumbat.

Nampak tak kenapa penting untuk kita singkirkan kulit mati ni? Kalau dibiarkan ianya akan menggangu proses penumbuhan sel kulit baru dan juga kebaikan daripada produk-produk penjagaan kulit seperti pelembap dan losyen harian tidak dapat diserap ke dalam kulit. 

Habis tu nak buat macam mana ni? Hari-hari kot basuh muka. 2-3 kali sehari lagi. Macam-macam jenis pencuci muka dah cuba. Help me please!!!

Kalau korang nak tau, mencuci muka sahaja tak cukup nak singkirkan sel kulit mati di atas permukaan kulit kita tu. Tapi ada beberapa cara mudah untuk korang dapatkan kulit yang sihat bersih dari masalah sel kulit mati seperti dengan memakai face mask atau skrub muka. 
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Sebab tu lately ni Ana jadi addicited dengan face mask. Kalau boleh hari-hari nak pakai mask. Tapi memang boleh pun dengan produk terbaru dari Althea ni. Khas untuk singkir sel kulit mati dengan Milk Peel Cream Mask.

5 Sebab Kenapa Korang Kena Beli Milk Peel Cream Mask Althea?

1. Produk Penjagaan Harian Sel Kulit Mati

Milk Peel Cream Mask merupakan produk penjagaan harian sel kulit mati yang  korang boleh guna setiap hari untuk mencuci muka. Produk ini bertujuan untuk membersihkan wajah, meminimumkan liang roma serta mengeluarkan sel-sel kulit mati dari dalam.

2. Menghapuskan Kulit Mati Secara Lembut

Bagi yang memiliki kulit jenis sensitif, sesetengah produk penggelupasan akan menyebabkan kulit jadi terengsa dan pedih. Tapi bukan dengan Milk Peel Cream Mask Althea ni.
Milk Peel Cream Mask Althea
Milk Peel Cream Mask Althea
Dengan tekstur masker ala lumpur yang lembut dan kemudian berubah menjadi buih buih susu yang ringan, fluffy dan berbau seperti sabun bayi, masker ni mampu bertindak mengeluarkan sel kulit mati di permukaan wajah, sebum yang tersumbat di dalam liang roma dan kotoran yang melekat pada wajah daripada pencemaran udara dengan efektif tanpa merengsakan kulit wajah.

3. Kesan Berganda Dengan Ekstrak AHA dan BHA
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Salah satu sebab kenapa Ana tertarik dengan Milk Peel Cream Mask ni ialah kerana kandungan kedua-dua ekstrak AHA dan BHA di dalamnya. AHA berfungsi untuk menyingkirkan sel kulit mati yang tebal manakalan BHA berfungsi untuk mengeluarkan kekotoran dan menanggalkan liang-liang roma tersumbat.

Bayangkan bila kedua-dua esktrak ni bergabung, segala masalah kulit yang menghantui kita selama ni dapat diselesaikan dengan mudah. Hasilnya permukaan kulit jadi kulit bersih dan licin. Takde dah masalah kulit kasar. Bila sentuh tu kulit kita rasa lembut je tau.

4. Mengandungi Protein Susu dan Kaolin
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Selain itu, Milk Peel Cream Mask ini juga dirumus dengan protein kasein dari susu dan kaolin.

Ekstrak protein susu berfungsi untuk melembap, menyegar serta meransang penumbuhan semula kulit. Manakala kaolin bertindak sebagai ejen detox dengan mengeluarkan segala kekotoran pada liang-liang roma yang tersumbat.

Hasilnya kulit wajah nampak lebih berseri, lembap dan anjal kerana kandungan proteinnya yang tinggi.

5. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Bagusnya tentang Milk Peel Cream Mask ni ialah ianya sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit jenis kombinasi. Dan kalau korang mempunyai masalah pori-pori besar, kulit kasar & sensitif dan kulit yang kering selepas penggelupasan, korang juga amat digalakkan untuk cuba produk dari susu ni.


Cara Penggunaan Milk Peel Cream Mask
Milk Peel Cream Mask Althea
Milk Peel Cream Mask Althea
1. Sapu Milk Peel Cream Mask pada kulit yang lembap.

** Nak lagi baik, tuamkan dulu muka kita dengan tuala hangat sebelum sapu Milk Peel Cream Mask supaya liang liang roma terbuka untuk mudahkan singkir sel kulit mati. 

2. Urut dengan perlahan sehingga tektur masker bertukar menjadi buih-buih lembut.

3. Biarkan selama 30-60 saat and enjoy the moment.

4. Bilas dengan air suam sehingga bersih.

5. Nikmati kulit yang lebih bersih dan segar.

Untuk Membeli Milk Peel Cream Mask

Ana dah cuba sendiri Milk Peel Cream Mask ni dan berpuashati dengan kesannya. Pada awalnya Ana hanya perasan kulit jadi lebih bersih. Tapi lepas beberapa hari pakai Ana nampak kulit jadi lebih licin dan lembut. Happy sangat tau.

Masa pakai tu paling syok. Bayangkan buih buih susu yang terbentuk sangat lembut, ringan dan berbau seperti sabun bayi bubbling dekat pipi kita. Fefeeling dimanjakan gitu. Rasa nak menari pun ada. Lepas dah bilas, boleh rasa yang kesan-kesan minyak dan kekotoran semua hilang. Bila pegang pipi rasa macam pegang cermin yang beru lepas di cuci. Licin selicinnya. Terasa kulit tu boleh bernafas dengan sepuasnya.
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Susu Milk Peel Cream Mask Althea
Pada yang berminat untuk mencuba boleh lah ke laman web Althea atau download aplikasi Althea secara percuma. Harga Milk Peel Cream Mask ni ialah RM36 dengan saiz 50ml.Tapi korang boleh dapatkan kini dengan diskaun 10%. Dan jangan lupa masukkan kod PBSHIP untuk nikmati penghantaran percuma dari Korea terus ke rumah korang. Selamat mencuba.


Nov 27, 2018

Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia

10:58 AM 29
Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia

Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia | Assalammualaikum. Sebut je nama Pitbull confirm satu dunia kenal kan. Siapa tak kenal dengan rapper terkenal America ni. Tapi Ana ybukan nak cerita tentang Pitbull tu tapi Ana nak ajak korang untuk Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Rasai Citarasa Pitbull Dengan Smoked Chicken Breast, Miami Grill Malaysia

Pitbull seperti yang semua orang tau beliau merupakan seorang rapper yang lahir di Miami, Florida. Tapi tak semua orang tau yang beliau merupakan seorang usahawan atau lebih tepat lagi rakan niaga apabila beliau memegang ekuiti terbesar Miami Grill sejak 2012.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Ok lah Ana share sedikit sebanyak tentang jenama Miami Grill ni. Pada awalnya Miami Grill bermula dengan nama Mr Submarine sebelum diganti dengan nama Miami Subs pada tahun 1988. Revolusi pada menu menyebabkan nama tersebut bertukar sekali lagi kepada Miami Grill pada tahun 2012, tahun di mana Pitbull mula terlibat sebagai pemegang ekuiti jenama tersebut.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Pada tahun 2014, Miami Grill mengembangkan perniagaan mereka dengan mewujudkan franchise di seluruh dunia termasuk lah di Malaysia. Jadinya korang tak perlu berhabis duit fly ke Florida semata nak merasa citarasa Miami ni sebabnya korang boleh menikmatinya pada kualiti dan standard yang sama di Miami Grill Malaysia.

Dan pada tahun ini, jenama Miami Grill yang terkenal dengan rasa Miami yang unik dan penuh sensasi citarasa South Beach America ini mengorak satu tapak ke depan dengan melancarkan perniagaan runcit mereka yang pertama di dunia untuk produk halal sejuk beku yang sedia dimakan (RTE) iaitu Smoked Chicken Breast atau dalam bahasa kita Ayam Salai dengan Sos Chipotle.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Bagi memperkenalkan Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce dengan lebih meluas lagi, satu majlis pelancaran telah berlangsung pada 22 November 2018 yang lepas bertempat di SME Corporation Malaysia. Dan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan;  YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff.

Apa yang menarik tentang Smoked Chicken Breast ini ialah Malaysia merupakan negara pioneer kepada produk sejuk beku ni di mana produk ni hanya boleh didapati di Malaysia saja buat masa ini hasil sokongan dari HQ di Amerika Syarikat kepada syarikat Bumiputra tempatan iaitu Selasih Journal Sdn Bhd.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ini juga dijangka akan ke persada antarabangsa iaitu di Jepun, Singapura dan Filipina hasil kolaborasi bersama rakan perniagaan strategik iaitu AAH Nippon, Edaran Komachi dan Pure Good Hub.

Kenapa Perlu Rasa Smoked Chicken Breast with  Chipotle Sauce? 
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Pada mula nya masa diperkenalkan dengan Smoked Chicken Breast with  Chipotle Sauce ni, Ana tertanya-tanya juga apa keistimewaan produk ni?? Tapi bila dah rasa sendiri baru Ana tau kenapa korang wajib beli dan rasa sendiri.

Bila sebut ayam salai surely korang tau dah rasa dia macam mana kan? Ada rasa hangus-hangus kesan dari salai tu kan. Sekarang cuba korang bayangkan pulak, isi ayam yang disalai tu bergabung dengan Sos Chipotle yang mempunyai rasa Tangy dan Smoky yang pasti menggoda deria rasa korang.

Istimewa Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ni korang boleh makan begitu saja atau korang boleh olah ikut citarasa korang. Nak masak ala Timur boleh, nak makan ala Barat pun boleh.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Kalau yang tengah berdiet atau yang amalkan pemakanan yang sihat, korang boleh makan Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ni dengan menu bersalad macam Ana makan ni. Ala ala Miami Salad gitu.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Korang boleh nampak sendiri ayam tu penuh dengan isi saja. Takde bahagian lemak langsung. Nampak macam sikit je kan tapi bila makan dengan salad, boleh kongsi dengan 2 orang tau. Ana makan sikit je dah kenyang sebab isi ayam tu tebal kot. Rasa dia jangan cakap lah. Sedap ya amat. Lagi-lagi sos Chipotle tu. Sampai menjilat jari dibuatnya.

Bagi yang tak 'puas'  makan makanan ala Barat ni, macam Ana bagitau tadi korang boleh olah ikut resepi tempatan. Selalunya ayam salai ni orang akan padankan dengan Masak Lemak Cili Api kan. So korang boleh je masukkan Smoked Chicken Breast ni ke dalam menu Masak Lemak Cili Api tu. Memang senang dan memudahkan kerja-kerja memasak sebab hanya perlu panaskan Smoked Chicken Breast  di dalam ketuhar selama 3 minit sahaja.

Miami Grill Restaurant and Event

Betul tak bila kita nak buat sambutan hari jadi atau majlis perjumpaan dengan keluarga atau rakan-rakan, nak cari tempat yang bersesuaian itu selalu jadi masalah utama.  Tak pun bila nak JJCM menu yang lain dari yang lain.
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Apa kata korang tempah ruang di Miami Grill Restaurant and Event yang terletak di Tasik Putrajaya. Sambil layan view tasik sambil menikmati menu persona klasik Americana dan hidangan enak yang lain seperti Philiy Cheesesteaks dan burger. Memang syok sangat kan.
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Miami Grill Restaurant and Event
Untuk pengetahuan korang, menu-menu di sini hanya menggunakan daging dan ayam yang bebas daripada bahan pengawet dan MSG. Dan nak lagi istimewa, daging yang digunakan merupakan 100% daging lembu yang halal diimport dari Australia dan daging lembu wagyu dari Jepun yang terkenal dengan kualitinya yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan di Miami Grill Restaurant and Event Space boleh hubungi talian 03-8889 0133 atau datang sendiri ke restoran yang dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula pukul 11.00 pagi hingga 7 malam. Khas untuk pelanggan di sekitar Putrajaya, korang boleh membuat tempahan melalui aplikasi Food Panda untuk menikmati hidangan Americana yang ada terus ke rumah korang. Senang kan.

Miami Grill Restaurant and Event Space
No. 3, B3 Menara PJH
Presint 2
Putrajaya

Dan pada yang berhajat untuk mencuba sendiri Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce ni, korang boleh dapatkannya secara eksklusif di AEON Malaysia atau boleh beli secara atas talian melalui aplikasi Honest Bee dan FB Miami Grill Malaysia sendiri.
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce
Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce 
Bagi yang beli Smoked Chicken Breast with Chipotle Sauce dan juga Beras Jepun Edaran Komachi di AEON, korang layak untuk lah join contest tau di mana korang berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa baucer AEON bernilai RM100. Caranya mudah saja, korang hanya perlu berselfie dengan produk yang dibeli berserta resit pembelian sebagai bukti dan share di daripada FB Miami Grill Malaysia. Mudah kan.

Facebook | Instagram | Website

Nov 26, 2018

Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan

10:32 AM 15
 Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan

Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan | Assalamualaikum. Akhirnya bucket list Ana untuk jejakkan kaki ke negara Gajah Putih tercapai. Syukur Alhamdulillah. Walau pada asalnya hanya plan untuk naik ETS ke Hat Yai, tapi ada rezeki Ana untuk sampai ke Bangkok walau bengkok badan di buatnya. Kenapa bengkok badan nanti Ana cerita dekat bawah. Hari ni Ana mulakan entri pertama Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan.
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan

Kalau ada yang follow IG dan FB Ana mesti perasan gambar-gambar yang Ana kongsi semasa Ana di Thailand. Ramai juga yang bertanya Ana naik apa sebab nampak destinasi yang Ana singgah tu jauh antara satu sama lain. 

Sebenarnya Ana join satu travel agent yang merupakan kenalan in law Ana. Kalau ikut Ana prefer pergi sendiri tapi bila MIL Ana propose supaya kami sama-sama propose tempat-tempat menarik yang kita nak pergi Ana jadi tertarik. 2 bulan sebelum kembara ni, MIL Ana yang paling excited buat itinerary semua. Bila dah siap itinerary, pass dekat tour guide tu and dia agree, so Ana pun on. Nak lagi menarik kembara kali on road dari KL sampai ke Bangkok. Sebab tu Ana kata bengkok badan nak sampai Bangkok tu. Tapi at the end of the day, memang berbaloi. Dengan harga RM1,000 sorang consider murah sangat lah tu. Plus untuk Syafi free je. Harga tu termasuk transport, hotel dan one day tour di Kanchanaburi Province.
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Ni lah geng Kembara Thailand yang join. Haaa jangan tak percaya. Ana join pakcik makcik yang dah berumur tau. Orang muda pun ada juga tapi masa ni dorang dah masuk dalam van. Tapi seriously Ana salute dengan pakcik makcik ni semua. Walau dah tua tapi badan sihat. Takde masalah langsung sepangjang kembara tu. Usia paling tua 74 tahun tak silap. Nampak je tua tapi banyak negara dorang dah pergi tau. Kalah kita yang muda ni. Hehe. 

Dari KL kami naik bas express sampai Bukit Kayu Hitam. Total perjalanan dalam 6 jam macam tu. Lepas dari imigresen Malaysia kami tukar naik van. Total 3 van semuanya. Dengan van tu lah kami explore Thailand. 
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Satu van boleh muat 12 orang dengan sangat selesa. Sebab Syafi share seat dengan Ana so kami duduk belakang sekali.
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Macam ni lah keadaan kami selama 6 hari di Thailand. Syafi happy je dalam van sepanjang trip tu. Janji makan minum tidur cukup semua. 
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Ok berbalik pada cerita tadi. Lepas naik van Thailand kami stop di imigresen Thailand pula. 5 minit je dari imigresen Malaysia tadi. Alhamdulillah beratur tak panjang. Tapi agak slow juga lah. Dalam 20 minit juga beratur. Muka imigresen dorang bengis bengis semua tau. Takut nak tengok. Hehe. 
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Orang kata masa nak serah passport kena selit duit kopi sebanyak RM2 (kalau dulu RM1 je). Tapi sebab dah terang lagi bersuluh ada signboard tulis NO TIPS ALLOWED so Ana tak selit pun. So far lepas je. Pergi balik Ana buat macam tu. So welcome to Thailand.
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Lepas dari imigresen Thailand kami berhenti makan malam di Dannok. 5 minit je dari bangunan imigresen tadi.  Dekat Dannok ni memang banyak giler kedai Muslim. So tak yah risau nak makan. In fact dorang pun cakap Bahasa Melayu walau tak fluent. 

Maaf gambar makanan tak de lah pula sebab kelaparan dan keletihan. Mana tak nya naik bas pukul 4 pagi sampai Dannok pukul 6 petang waktu tempatan (pukul 7 waktu Malaysia). Yang sempat bergambar berlatarbelakangkan kedai tu je. Jadi lah kan. 
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Makan malam kami order nasi goreng seafood untuk 5 orang,  tom yam, telur dadar dan air buah.  Total dalam RM88 duit kita. Rasa macam mahal tapi bayar je lah. Hehe.

Lepas makan singgah beli simcard. Harga 150bath untuk seminggu.  Unlimited data. So Ana dan suami share berdua. So far dekat ceruk mana  pun Ana pergi line tu tetap ada. Tak pernah takde. Memang terbaik. 

Selesai beli simcard moh ler kita start the journey to wilayah Prachuap Khiri Khan. Total perjalanan akan memakan masa lebih kurang 8-10 jam. So malam tu bermalam dalam van lah ceritanya.
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Walau 8-10 jam duduk dalam van tak terasa penat sebab setiap 2-3 jam kami akan berhenti di RnR. Setiap RnR akan ada 7Eleven untuk mid night shopping. Hehe. Ketagih tau masuk 7E dorang. Macam-macam nak beli. Hehe. Tak caya korang masuk lah sendiri nanti. 
Kembara Thailand : Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Kembara Thailand :
Kuala Lumpur - Dannok - Prachuap Kiri Khan
Ok lah sampai sini dulu entri Kembara Thailand untuk hari pertama. Next entri Ana share tentang aktiviti di wilayah Prachuap Khiri Khan pula ok. Thanks for reading. 



Nov 24, 2018

Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity

11:50 AM 18
Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity


Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity | Assalamualaikum. Korang mesti pernah kan masa lalu depan mana-mana rumah kebajikan kemudian berkobar-kobar semangat nak hulurkan bantuan. Tapi niat tu terkubur begitu saja sebab kita selalu rasa yang sumbangan kita tu terlalu kecil untuk memberi perubahan kepada mereka. Dahhh jangan sedih-sedih sebab sekarang korang boleh hulurkan bantuan dengan Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity.
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Jom Menderma Dengan Ayam Brand™ e-charity

Macam mana nak menderma melalui Ayam Brand™ e-charity?? Mudah saja. Korang boleh menghulurkan sumbangan dengan membuat pesanan ke atas mana-mana produk Ayam Brand™ secara atas talian di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html untuk di hantar ke rumah-rumah kebajikan yang tersenarai. 

Untuk pengetahuan korang, laman web Ayam Brand™ e-Charity merupakan antara laman web yang dipercayai pertama seumpamanya dilancarkan di Malaysia dan diuruskan oleh pengeluar makanan. Ia bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu badan-badan kebajikan tersebut menerusi kemudahan membuat pesanan secara atas talian.

Setakat ni terdapat 8 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dan kesemua NGO tersebut merupakan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ayam Brand juga merancang untuk mengembangkan lagi program tersebut dengan harapan lebih banyak NGO bakal terpilih dari serata negeri.

Bersempena dengan pelancaran Ayam Brand™ e-charity  pada acara akhir Festival Makanan Kanak-kanak Sihat yang diadakan di Sunway Putra Mall baru-baru ini, Ayam Brand™ telah menawarkan potongan harga runcit sebanyak 15% ke atas produk-produknya dan menyediakan penghantaran secara percuma terus ke rumah kebajikan tersebut. Korang yang berminat untuk hulurkan sumbangan boleh lah mula membuat pesanan dan pilih sebanyak mana produk Ayam Brand™ yang korang ingin sumbangkan. Cuma sumbangan minimum adalah satu karton. Sikit je kan tu. 

Kalau korang nak tau, Ayam Brand™ e-Charity ini merupakan sebahagian daripada CSR Ayam Brand™ yang telah berjalan selama 11 tahun berturut-turut. Sepanjang 11 tahun tersebut, Ayam Brand™ telah memberi sumbangan kebajikan sebanyak 1,404,000 hidangan sihat yang memberi manfaat kepada hampir 20,000 orang dari 482 organisasi kebajikan dengan 358,920 hidangan telah diagihkan pada tahun ini. Tahniah Ayam Brand™!!
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Dalam majlis itu, 8 buah badan NGO yang terpilih iaitu Yayasan Sunbeams Home, Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan, Rumah Impian PJ, Rumah Ozanam, Rumah Sayangan, Home of Peace, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Kasih Harmoni telah menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang terdiri daripada produk seperti ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Yayasan Sunbeams Home, Pastor Victor, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat baik kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.  

Pada majlis perlancaran Ayam Brand™ e-charity tersebut, Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed berkata semua orang harus mempunyai akses yang mudah untuk menderma atau membuat sumbangan  seperti platform Ayam Brand™ e-Charity ini.

“Makanan merupakan satu keperluan asas. Makanan berkhasiat sememangnya amat penting untuk kanak-kanak yang membesar dan warga emas. Namun, kanak-kanak dan warga emas di bawah jagaan NGO mungkin tidak mempunyai akses ke atas sebahagian hidangan seperti Omega-3 dan makanan yang kaya dengan protein misalnya tuna dan sardin yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka. Ayam Brand menawarkan makanan-makanan ini dalam bentuk bebas bahan pengawet dan tiada MSG tambahan. Kami berbangga kerana dapat menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai agar mereka boleh memberi makanan berkhasiat kepada golongan yang amat memerlukannya,” jelas Tunku Dato’ Mu’tamir.

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ yang telah berlangsung tersebut bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak supaya memilih makanan menerusi aktiviti yang interaktif. Ia juga membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan, memahami saiz makanan serta membuat keputusan tepat kerana makanan boleh membentuk tubuh secara positif.

Festival ini sangat bertepatan apabila Malaysia telah dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN. Jadi dengan adanya festival seperti ini sedikit sebanyak dapat mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang betul dan seterusnya mengamalkan apa yang telah dipelajari serta berkongsi tips ini dengan rakan-rakan lain untuk makan dengan lebih sihat. 
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Antara sesi bengkel yang sangat menarik fan interaktif yang dijalankan ialah  :

1. ‘Yay or Nay’ - di mana kanak-kanak dapat belajar untuk mengenal pasti serta membezakan yang mana satu makanan yang sihat dan tidak sihat.

2. ‘Crossword' - permainan teka silang kata berkaitan dengan manfaat Omega 3 dan DHA.

3. ‘Healthy Plate’ - aktiviti menentukan kuantiti kumpulan makanan yang berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang,

4. ‘DIY’ - aktiviti menghias dan menghidang Nasi Lemak Tuna dari apa yang telah pelajari. 
Ayam Brand™ e-charity
Ayam Brand™ e-charity
Pada majlis tersebut, Ayam Brand™ turut memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama Ayam Brand™ sendiri serta menggunakan sambal terus dari tin iaitu Light Tuna Cili. Tak lupa telur rebus dan timun segar untuk menjadikannya satu hidangan yang enak dan berkhasiat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, korang boeleh layari laman web www.ayambrand.com.my atau kr FB page Ayam Brand™ di https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.