Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor - Ana Suhana

Oct 27, 2018

Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor


Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor | Assalamualaikum. Macam yang dijanjikan dalam entri Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 Jam yang lepas, hari ni Ana nak kongsi info menarik tentang Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor. 
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor 

Kalau korang nak tau, Masjid Seribu Selawat ni juga dikenali dengan nama Masjid Al Badr atau Masjid Terapung oleh penduduk kampung Pulau Pangkor. Dan merupakan masjid terapung pertama di negeri Perak yang diilhamkan oleh bekas MB Perak iaitu Datuk Seri Dr Zambry And Kadir yang juga merupakan anak jati Pulau Pangkor ini.

Macam biasa lah nak masuk masjid kena lah berpakaian sopan. Tak kan tak faham lagi kan. Kalau kata tak berapa nak molek pakaian tu jangan risau sebab ada jubah berhud disediakan di hadapan pintu utama. Sila lah pakai.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Kalau datang sebagai pelawat, rajin-rajin kan diri isi buku pelawat tu. Tak wajib pun tapi isi je lah kan. Nampak lah ramai yang dah datang ke sini. Support lah sikit kan.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Kenapa di namakan Masjid Seribu Selawat? Haa kalau korang dah pernah masuk masjid ni mesti korang dah tau kan sebab terdapat ukiran seni halus ayat-ayat suci Al-Quran dan juga 1000  kaligrafi selawat di seluruh dinding  masjid dan juga di syiling di ruang solat.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Kenapa tak perasan Masjid Seribu Selawat ni dulu?? Tahun bila korang pergi tu? Kalau tahun 2016 ke bawah memang korang tak kan jumpa lah sebab nya masjid ni siap dibina pada awal Januari 2017. dan telah dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. So sehingga ke hari ni kira usia masjid ni baru 1 tahun 9 bulan lah.

Memang sangat indah Masjid Seribu Selawat ini kerana seni bina dan kubahnya diilhamkan seperti masjid di Turki dan Timur Tengah namun masih mengekalkan identiti tempatan.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Apa yang buat Ana tertarik dengan Masjid Seribu Selawat ni  ialah ianya dikatakan dibina dengan mengetengahkan unsur kesenian negeri Perak pada setiap geometri hiasan dalaman dinding masjid. Buktinya ukiran bunga dan kerawang pada ruang masjid diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang menjadi simbol negeri Perak.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Tadi Ana ada bagitau yang terdapat 1000 kaligragi selawat dekat dinding-dinding masjid kan? Kalau korang nak tau, kaligrafi-kaligrafi tersebut dicetak menggunakan mesin cetak. Manakala ayat Al-Quran pada marmar di bahagian mimbar pula ditulis dengan tangan sepenuhnya.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid yang berkeluasan 1,708.8 meter ni boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di bahagian atas masjid menempatkan pejabat dan bilik mesyuarat manakala bahagian bawah merupakan ruang solat utama yang berhawa dingin dan terbuka.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
📷 : orangperak.com
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
📷 : orangperak.com
Menarik kan Masjid Seribu Selawat ni. Korang kalau ke Pulau Pangkor make sure singgah dekat sini dan lihMasjid Seribu Selawatat sendiri keindahan seni bina Islam yang ada. Dari jeti korang dah boleh nampak ikon terbaru pulau ni tersergam indah di pesisir laut. So jangan lupa singgah tau. 

17 comments:

  1. menariknya masjid ni ada 1000 kaligragi selawat

    ReplyDelete
  2. rupanya itu salasilah nama masjid ni... semoga muslimin dan muslimat yg bersolat di masjid ini sentiasa dirahmatiNya...

    ReplyDelete
  3. memang dah lama giler tak pegi pangkor ni.. nmpknya kena repeat nih

    ReplyDelete
  4. cantiknya masjid, masjid terapung di kat pangkor pula.. lamanya tak ke sana.

    ReplyDelete
  5. Kena carilah Masjid ni kalau pergi Pangkor nanti 👍👍👍

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaaa masjid ni Ana. Unik sangatt seni binanya lain dari masjid lain 😍

    ReplyDelete
  7. SubhanAllah. Kagum gila dengan seni bina dalaman masjid tu. Segenap pelusuk memang akan buat mata dan mulut kita berkata dan ingat tentangNya.

    ReplyDelete
  8. lama tak ke pangkor..last datang masa honeymoon lps kahwin hehe

    ReplyDelete
  9. Cantiknya Ana masjid nie.. InsyaAllah ada rezeki boleh lah pergi nanti. Last Kak Sue pergi anak-anak kecik lagi..

    ReplyDelete
  10. subhanallah cantik & uniknya seni bina & kaligrafi dan tulisan tgn tu. owhh baru lagi ye tahun 2017 mmg patutlah blm ramai yg tahu. TQ kak ana sharing info. nti bila2 boleh nak pergi sana hehe

    ReplyDelete
  11. Sampai sekarang saya tak pernah sampai ke Pangkor padahal kerap ke utara balik kampung apa semua. Tengok gambar kat post ni terus teringin nak ke Pangkor.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤