Kulit Lebih Muda & Berseri Dengan SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask - Ana Suhana

Oct 8, 2018

Kulit Lebih Muda & Berseri Dengan SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask



Kulit Lebih Muda & Berseri Dengan SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask l Assalamualaikum. Masa balik dari bercuti selama 2 minggu berturut bulan lepas, muka Ana kena sunburn teruk. Mana taknya, berpanas sepanjang masa masa memancing. Lepas tu tengah panas pergi mandi tasik serta kolam pula. Pakai sunblock pun tak jadi apa. Sedih je tengok muka terbakar teruk. Tapi sekejap je sebab lepas tu Kulit Lebih Muda & Berseri Dengan SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask. 
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Kulit Lebih Muda & Berseri Dengan SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask

I guess mesti ada antara korang yang tak pernah dengar tentang jenama SHO ni kan. FYI, SHO merupakan short form dari Special Homecare Origin yang berasal dari Korea Selatan - negara yang terkenal dengan produk penjagaan kecantikan semulajadi.

Bagi yang sibuk dengan kerja seharian tapi masih nak kekalkan kecantikan kulit wajah, produk SHO adalah penyelesaiannya. Ini kerana misi SHO adalah untuk memberi rawatan berkualiti tinggi seperti di salon-salon kecantikan dengan hanya berada di rumah sendiri. Dan istimewa nya bahan-bahan yang digunakan adalah bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti Triethanolamine, Benzophenone, Minyak mineral, Sulfat, Paraben dan Acrylamide. So it's safe for pregnant women too.

So far produk penjagaan kulit SHO terdiri daripada siri ampoule dan ampoule mask. Setiap siri mempunyai fungsi yang berlainan dalam merawat kulit wajah :
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Ampoule - RM189 (50ml)
❤️ SHO Real Vita AA2G Ampoule
❤️ SHO Aging Red Ginseng Ampoule
❤️ SHO Aqua Hyaluronic Ampoule
❤️ SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule

SHO Ampoule Mask - RM159 (7 helai) 
❤️ SHO Real Vita AA2G Ampoule Mask
❤️ SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask
❤️ SHO Aqua Hyaluronic Ampoule Mask
❤️ SHO Wrinkle Lift Peptide Ampoule Mask
❤️ SHO Barrier Madeca Ampoule Mask

Di sebabkan tak sanggup nak tengok keadaan muka yang terbakar teruk ni, Ana terus dapatkan salah satu siri daripada siri yang ada dekat atas tu. Untuk percubaan pertama kali ni Ana nak try dulu SHO Aging Red Ginseng both ampoule and ampoule mask yang dikhususkan untuk mereka yang ingin Memulihkan Keadaan Kulit macam kes Ana ni kerana 3 fungsi utamanya ialah untuk Anti Penuaan dan Menyuburkan Kulit, Memulihkan Kulit dan Kulit Anjal dan Bersinar.


Fungsi dan Bahan-bahan Yang Diguna

1. SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Untuk SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask ni terdapat 7 helai mask muka di dalam setiap botol besar tu. Keistimewaan mask ni berbanding dengan mask lain yang ada di pasaran ialah mask SHO bertindak sebagai Treatment Mask instead of as daily mask. Berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan membuktikan tahap kelembapan meningkat sebanyak 46% dan minyak di kulit muka berkurang sebanyak 60% dalam sekali penggunaan.

Bahan-bahan yang terdapat di dalam mask ni pula semuanya bahan-bahan yang sangat baik untuk proses pemulihan kulit seperti :

❤️Bahan-bahan yang kaya dengan khasiat ubat oriental seperti Red Ginseng, Mulberry Root, Licorice, Pleuropterus Multiflorus yang mampu melahirkan kulit yang lebih sihat dan berseri

❤️ Minyak Camellia atau lebih dikenali sebagai minyak teh hijau yang baik dalam membantu mencapai keseimbangan minyak dan kelembapan di atas lapisan kulit dan mengekalkan tahap ideal keduanya

❤️ Ekstrak Portulaca dan allantoin bertindak melindungi kulit secara lembut daripada pencemaran persekitaran yang menyebabkan kulit menjadi letih dan sensitif

❤️ Trehalose yang berfungsi dengan baik sebagai bahan pelembap yang melegakan kulit


2. SHO Aging Red Ginseng Ampoule 
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Apa tu ampoule? Masa Ana first time dengar tentang ampoule ni Ana macam blurr lah kejap. Tapi lepas Google, perghhh rasa teruja terus babe. Selama ni Ana ingat serum satu-satunya produk yang terbaik untuk membaiki struktur kulit kita tapi rupanya ada yang lebih baik lagi.

Ok straight to the point, ampoule merupakan serum tapi dalam versi yang lebih pekat di mana ampoule bertindak 3x lebih penyerapan dan berkesan berbanding serum. Ini kerana ampoule mengandungi sejumlah bahan aktif yang lebih tinggi. In other word, we called it as booster shot. Dia shot segala kebaikan yang ada terus ke dalam kulit kita. But no injection needed!!!

In short, ampoule 3x lebih baik dari serum kerana :
❤️ Penyerapan segera
❤️ Memberi kesan yang berkekalan
❤️ Membantu mengembalikan keseimbangan kulit
❤️ Tidak melekit

Bahan-bahan yang digunakan pula sama seperti bahan-bahan di dalam SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask cuma ada beberapa bahan tambahan :

❤️ Red Ginseng Extract - Memulih dan menyuburkan rambut

❤️ Minyak Camellia - Memperbaiki tekstur kulit agar lebih bersinar

❤️ Paeonia Suffruticosa Root Extract - Bersifat antimikrobial dan berfungsi memperbaiki tekstur kulit

❤️ Morus Alba Root Extract - Bertindak sebagai anti penuaan

❤️ Theobroma Cacao Seed Extract - Bersifat antioksidan dan anti penuaan


Cara Penggunaan

1. Bersihkan muka terlebih dahulu.

2. Segarkan muka dengan penyegar muka.

3. 🔸Ampoule Mask - Pakai mask selama 15-20 minit

🔸Ampoule - ratakan ampoule ke seluruh muka

🔸 Ampoule Mask & Ampoule - ratakan mask keseluruh muka dan pakai mask seperti biasa.

4. Sapu lebihan esen ampoule mask ke seluruh muka.

** Macam Ana sendiri, lebihan esen dalam pek mask tu Ana akan top up ke atas mask yang Ana pakai. So masa pakai mask jadi lebih lama. Layan beb pakai mask lama-lama.
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Make-up Tips : Ampoule ni juga boleh dijadikan sebagai make-up base untuk make-up tahan lama.

Pendapat Peribadi

1. Bau Red Ginseng

At first masa tengok je perkataan red ginseng Ana dah set dalam kepala mesti bau ampoule dan ampoule mask ni tak best. Sekali bila buka, wahhhh sedapnya bau dia. Baru ku tahu wangi rupanya bau ginseng ni. Takde langsung bau yang tidak menyenangkan. Seriously sampai rasa addicted nak cium bau mask tu.

2. Packaging dan saiz

Packaging pula sangat menarik sebab warna yang diguna sangat striking. So produk SHO kelihatan seperti produk yang mewah.
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Untuk saiz, ampoule mask bersaiz 27ml panjang dan agak panjang sebab packaging dia tapi nipis dari segi ketebalan. Saiz mask pula agak besar untuk muka Ana. Kena pandai lipat di bahagian hujung tu. Manakala saiz ampoule pula standard saiz botol serum yang lain. Comel dan mudah dibawa ke mana saja.

3. Tekstur

Dari segi tekstur,  SHO Aging Red Ginseng Ampoule mempunyai kadar cecair ampoule yang pekat kerana kandungan bahan aktif nya yang tinggi. Pekat seperti gam yang kuat. Walau bagaimanapun ianya tak melekit dan tidak berminyak bila disapu ke atas kulit. Once bila dah ratakan ampoule ke seluruh permukaan kulit, korang akan perasan yang ampoule meresap cepat ke dalam kulit untuk menjadikan kulit lebih lembap dan sihat.
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Tekstur untuk SHO Aging Red Ginseng Ampoule Mask pula agak sedikit tidak pekat seperti ampoule di atas. Sesuai dengan fungsinya sebagai masker. Namun Ana akan mix kedua-dua produk ni ketika memakai mask untuk kesan kulit lembap yang lebih baik.

4. Kesan Sunburn Semakin Sembuh
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Selepas 3 minggu berturut Ana pakai ampoule ni semasa tidur, Ana perasan kulit Ana yang sunburn semakin sembuh. Seriously!! I witnessed the difference. Kalau dulu dalam sebulan baru nak nampak ok tapi kali ni dalam masa 2 minggu dah nampak kulit semakin cerah ke arah warna kulit yang asal. Bukan cerah putih tu. But I'm still happy with the result.

5. Kulit Kering Semakin Berkurang
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
SHO Aging Red Ginseng Ampoule & Ampoule Mask
Salah satu sebab lain kenapa Ana perlu pakai mask ialah kerana Ana mengalami masalah kulit kering yang agak teruk. Puncanya sebab Ana duduk dalam rumah yang almost 24/7 beraircond, kemudian mandi pula dengan air panas, so semua ni menyumbang kepada kulit kering.

Tapi sejak consistent pakai ampoule dan kadang Ana mix ampoule dengan ampoule mask, masalah kulit kering Ana semakin berkurang. Walau tidak sepenuhnya namun better than before. Kalau tengok gambar dekat atas tu korang boleh nampak bacaan kelembapan kulit Ana meningkat dan bacaan minyak menurun selepas apply  2 titis ampoule. So masalah kulit menggelupas pun dah tak ketara macam dulu. Dan masalah jerawat pun semakin berkurang kerana bacaan minyak kini lebih ideal.

Overall Rating :

Smell : ❤️❤️❤️❤️
Balance Care : ❤️❤️❤️
Moisturising : ❤️❤️❤️❤️
Brightness : ❤️❤️❤️
Price : ❤️❤️
Repurchase : ❤️❤️❤️

Harga & Cara Pembelian

Kalau korang berminat untuk membeli dan mencuba rangkaian produk SHO ni korang boleh dapatkan di 50 outlet SaSa seluruh negara atau ke laman media sosial SHO Malaysia di bawah :

15 comments:

  1. IAshhh nampak menarik pulak ni, akk ni kulit kombinasa ad tempat yg kering

    ReplyDelete
  2. Bila kak kata tekstur yang pekat terasa sesuatu yang rimas di muka sendiri padahal cuba pun belum hahaha. BTW, mana akak beli skin test tu?

    ReplyDelete
  3. sha suka gila dengan mask dia!

    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  4. Penjagaan kulit yang bebas kimia memang terbaik...nak pakai sehari-hari pun tak merisaukan..sebab kalau ada kimia mudharatkat juga bila ianya meresap pada tubuh melalui liang roma kita...

    ReplyDelete
  5. Menarik. Skin test beli kat mana? Hehe...

    ReplyDelete
  6. wah, bestnya guna produk ni. Makin berseri2 la kulit nanti...

    ReplyDelete
  7. Serasi lah tu kalau ada perbezaan sebelum dan selepas. Makin cantik lah ana.

    ReplyDelete
  8. bestnya boleh cek keadaan kulit tu.. Berseri2 lah pahni ye kak hihi

    ReplyDelete
  9. Wahh...semakin banyak pula lambakan produk kecantikan hari ni. Tapi yg ni nampak menarik sangat. Mcm best je. Nak try la nanti.hehe...

    ReplyDelete
  10. kulit muda berseri impian semua wanita kan

    ReplyDelete
  11. Baru tahu kewujudannya.
    Produk Korea lagi patutlah orang Korea cantik-cantik

    ReplyDelete
  12. serbaguna serum ni kan. pakai serum pun bagus untuk kulit muka.

    ReplyDelete
  13. Bagus utk penjagaan muka bukan wanita je, lelaki pun tertarik juga nk cuba :)

    ReplyDelete
  14. lepas ni lagi cantik berseri la ye..tapi mmg best pun SHO ni.. nampak effectnya

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤