Khasiat Madu Asli Limau Nipis Al-Intisaar Untuk Ibu Mengandung - Ana Suhana

Oct 16, 2018

Khasiat Madu Asli Limau Nipis Al-Intisaar Untuk Ibu Mengandung


Khasiat Madu Asli Limau Nipis Al-Intisaar Untuk Ibu Mengandung | Assalamualaikum. Wahh seronoknya dengar ramai kawan-kawan yang tengah mengandung. Tapi bukan mudah nak melalui fasa-fasa semasa mengandung tu. Banyak perkara perlu di jaga terutama bab makanan. Penting tau untuk ibu mengandung amik makanan yang berkhasiat untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan. So hari ni Ana nak share tentang  salah satu makanan yang bagus untuk di amalkan serta Khasiat Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar Untuk Ibu Mengandung untuk rujukan kawan-kawan semua. Semoga bermanfaat hendaknya.
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Khasiat Madu Asli Limau Nipis Al-Intisaar Untuk Ibu Mengandung

Seperti yang kita tahu madu merupakan salah satu makanan sunah. Kalau dah kata makanan sunah tu sure lah ada banyak khasiat kan. Antara kebaikan madu untuk kesihatan manusia ialah madu kaya sumber tenaga, penyembuh luka dan sumber antibiotik yang baik, kaya dengan antioksidan dan baik untuk kekal awet muda. Dengan rasanya yang manis, Ana pasti korang mesti takde masalah nak consume madu setiap hari kan.

Tapi bila sebut madu dengan limau nipis, sedap ke? Itu lah yang Ana fikir masa memula dulu. Tapi bila diberi peluang untuk rasa sendiri Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar ni, Ana tak lepaskan peluang sebab madu adalah salah satu makanan favorite Ana sekeluarga.
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Selalunya kalau madu Ana akan campur dengan hirisan lemon kalau nak buat minum. Ala detox orang kata. Tapi bila dah cuba sekali madu limau nipis ni, wahhhh sedap rupanya rasa dia. Kalau kata tengah sakit tekak atau batuk then korang minum madu limau nipis dengan air suam, korang boleh rasa satu kelegaan dekat tekak korang. Kalau diminum dengan air sejuk pula korang akan rasa kesegaran air madu limau nipis ni. Sampai Syafi pun tak boleh stop minum. Melampau tau. Tau lah madu limau nipis ni banyak khasiat tapi ingat lah orang belakang sikit. Hehe. Antara kebaikan yang kita boleh dapat dengan madu limau nipis ini ialah :

🔸Tinggi dengan Vitamin C
🔸Menggalakan kulit yang lebih sihat 
🔸Membantu menurunkan berat badan
🔸Membantu menurunkan simptom demam  batuk & selesema
🔸Mengurangkan ketidakselesaan tekak dengan mengekalkan tahap kelembapan
 🔸Menurunkan tekanan darah dan paras kolestrol dalam badan

Bagus kan khasiat madu limau nipis ni. Tapi korang tau tak khasiat tersebut hanya boleh didapati dengan madu asli sahaja. Kalau bukan madu asli, korang hanya dapat tinggikan tahap gula dalam badan korang je. So kena hati-hati tentang ni. Kalau takut kena tipu, korang beli je madu dari Al-Intisaar ni sebab madu yang digunakan dijamin madu asli yang dihasilkan dari ladang lebah bunga-bungaan dan ekstrak buah yang asli. So far ada tiga jenis perasa madu yang dijual iaitu Madu Asli Limau Nipis, Madu Asli Halia dan Madu Asli Dengan Sarang Lebah.
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Tapi kali ni Ana nak fokus pada Madu Asli Limau Nipis saja dan khasiatnya pada ibu mengandung. Macam Ana cerita tadi, ibu mengandung wajib mengambil pemakanan yang berkhasiat untuk kebaikan diri sendiri dan juga pada bayi di dalam perut. Salah satu makanan yang terbaik untuk diamal ialah Madu Limau Nipis Al-Intisaar ni. Sebabnya kalau diamal secara konsisten, banyak kebaikan yang boleh diperolehi sepanjang tempoh mengandung hinggalah membawa kepada proses bersalin dan berpantang. Jom tengok apa kebaikan mengamalkan Madu Limau Nipis Al-Intisaar ni.
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar
Ibu Mengandung

1. Sebagai sumber tenaga yang baik sepanjang tempoh mengandung terutama ketika bersalin.

2. Mencegah dari pelbagai penyakit yang menyerang ketika mengandung seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, lelah, batuk dan selesema.

3. Kerana madu bertindak sebagai sumber antibiotik yang asli untuk badan manusia, secara tak langsung ianya dapat melindungi bayi di dalam kandungan daripada sebarang jangkitan kuman.

4. Madu juga mempunyai kandungan zat galian yang bertindak untuk menguatkan janin serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

5. Dapat menghindari daripada penyakit Hepatitis B yang selalu menyerang bayi.

Bayi Yang Baru Lahir

1. Oleh kerana madu kaya dengan Vitamin C, kulit bayi akan jadi lebih bersih dan sihat.

2.Membantu mengeluarkan lendir yang termasuk ke dalam perut bayi semasa proses bersalin. Jika lendir tersebut tidak habis dikeluarkan, dikhuatiri akan menjadi punca lelah.

3. Madu juga berfungsi untuk membersihkan perut bayi dari najis yang menyelaputi dinding perut.

4. Membantu proses penghadaman berjalan dengan lancar dan mengelakkan dari sakit dan kembung perut.

5. Khasiat yang terdapat di dalam madu dapat membantu bayi membesar dengan sihat.

Ibu Berpantang

1. Madu dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka di bahagian luar atau dalam badan.

2. Pengambilan madu secara konsisten dapat melancarkan proses penghadaman dan melawaskan proses pembuangan najis.

Cara Pengambilan Madu

1. Madu limau nipis ini boleh dimakan secara terus namun kena perlahan-lahan sebab rasanya yang masam boleh buat tersedak.

2. Cara yang paling baik adalah dengan mencampurkan madu dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Cara Membeli

Bagi yang tercari-cari madu yang asli untuk dicuba, Ana cadangkan korang cuba Madu Asli Limau Nipis Al-Intisaar ni. Memang sangat sedap dan penuh dengan khasiat. Nak buat stok dekat pejabat pun boleh. Bila-bila rasa lesu atau letih boleh je bancuh sejuk-sejuk. Lepas tu korang akan rasa kesegaran air Madu  Asli Limau Nipis Al-Intisaar ni. Harga sebotol ialah RM75.

Pada yang tengah mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan, korang juga dialu-alukan untuk menjadi pengedar Madu  Asli  Al-Intisaar. Training sepenuhnya akan diberikan oleh pihak Al-Intisaar. Pada yang berminat boleh WhatsApp di SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang Madu  Asli  Al-Intisaar, korang boleh layari website atau Facebook Page Al-Intisaar seperti di bawah :






17 comments:

  1. Ibu x ngandung pun leh minum kan..nak2 macam akak ni ha..macam2 hal...madu kan untuk kesihatan

    ReplyDelete
  2. Xpernah jgk rasa yg ada limau nipis ni. Nmpk sdap..reen kalau wat teh o tmbh madu. Sedap.hee

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ni sbb first time ada campuran limau nipis.. Nak kena cuba apa rasanya nanti

    ReplyDelete
  4. Memang byk khasiat madu asli ni. Good sharing Ana..

    ReplyDelete
  5. Biasanya kita kena campurkan sendiri...berasingan....tapi ni dah sedia dicampurkan tinggal bancuh sahaja...wow..terbaiklah..memudahkan urusan sangat dan menjimatkan masa..ni pertama kali tahu kak..terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  6. Elok ni.. Banyak khasiatnya.. Husniey pun suka amalkan madu, rasa segar sikit..

    ReplyDelete
  7. Harga RM75 tu untuk berapa mL Ana? Kitorang sefamily suka minum madu ni..

    ReplyDelete
  8. Memnag elok sangat madu ni. Kebetulan memnag batuk, amalkan madu limua niois ni kurnag sikit sakit tekak tu

    ReplyDelete
  9. Wahhh.... LeYa memang pengamal madu asli dari dulu. Nanti stok kat rumah ni dah abes, boleh try madu Al-intisaar ni pula. Sama-sama lah kita menjaga kesihatan dengan makanan sunnah.

    ReplyDelete
  10. Dah ada kemudahan sekarang. Semuanya dalam satu 👍

    ReplyDelete
  11. Produk yang bagus.. boleh standby satu kat rumah nie..

    ReplyDelete
  12. walaupun saya tak ngandung , suka makan madu gak. Hehehe

    ReplyDelete
  13. best produk ni...part kuruskan badan tu mmg menambahkan tarikan hehe

    madu ni memang elok..ehh bukan bermadu..hahaha

    ReplyDelete
  14. Nampak terjamin, mmg patut ibu2 mengandung amalkan. Khasiat madu pun mmg dah ternyata baik utk diamalkan utk kesihatan.

    ReplyDelete
  15. Banyak khasiat madu ni kan k.ana.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤