Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP & Menang Hadiah - Ana Suhana

Oct 5, 2018

Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP & Menang Hadiah



Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP & Menang Hadiah l Assalamualaikum. Berzakat mengundang keberkatan. Pernah dengar kan? Pernah tak korang rasa yang hati korang sering tak tenang walau hidup korang dah cukup sempurna dan mewah. Ada saja benda yang tak kena. Pernah tak korang cuba semak balik (muhasabah) mungkin ada kewajipab yang korang terlepas pandang. Dan kemungkin 'kewajipan' itu adalah zakat. Tunggu apa lagi Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP & Menang Hadiah.
Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP
Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP 
Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP & Menang Hadiah

Memahami faktor masa yang selalu menjadi halangan untuk berzakat, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen bagi membolehkan pembayaran zakat dilakukan melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP @ zakat.com.my. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir ialah Pengarah  SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.

Apa itu Portal PPZ-MAIWP? Kalau korang nak tau Portal PPZ-MAIWP adalah salah satu saluran  atau platform yang memberi korang kemudahan untuk membayar zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat umum seperti kita untuk menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

Dengan adanya kemudahan portal ini, korang kini boleh membuat bayaran secara atas talian (online) pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat terutama bagi para peniaga atas talian atau syarikat sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan juga pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar kawasan (luar negeri atau negara). Pembayaran secara atas talian melalui Portal PPZ-MAIWP boleh dibuat menggunakan FPX, Kad Debit dan Kad Kredit.
Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP
Jom Sertai Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP 
Bagi menggalakkan pembayaran zakat dibuat melalui Portal PPZ-MAIWP ni, SeriGroup Global Sdn Bhd berbesar hati untuk menaja 20 hadiah sebulan bernilai RM5,700 sepanjang 3 bulan kempen ini berlangsung (Ogos - Oktober 2018). Masih sempat lagi nampaknya untuk korang berpeluang memenangi salah satu hadiah yang ditawarkan. Yang penting pembayaran mestilah melalui Portal PPZ-MAIWP. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 orang pemenang akan disampaikan di Karnival Zakat pada 1 Disember 2018 nanti.

SYARAT & CARA PENYERTAAN KEMPEN :

1.Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my

2.Dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018

Seiring dengan pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP telah berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP untuk menarik minat lebih ramai lagi pembayar zakat untuk berzakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar zakat baru dengan sasaran kutipan sebanyak RM2.5 juta.

Justeru itu PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya mereka yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP. Ini adalah salah satu cara kita untuk mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.

Maklumat lanjut tentang Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP ni korang boleh layari lama sesawang atau Facebook Page PPZ seperti di bawah :

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”


14 comments:

  1. Lepas ni lebih mudah nak bayar zakat kan kak..

    ReplyDelete
  2. Last date 31 okt kalau nak menang hadiah tu. Nak bgtau kawan ler suruh join huhu

    ReplyDelete
  3. Nak tambah rezeki sedekah..nak bersihkan rezeki zakat..Allahu..Islam itu sangat indah..

    ReplyDelete
  4. Berzakat siap dpt ganjaran lg. Yg ptg zakat tuk ganjaran pahala... No. Nice sharing...

    ReplyDelete
  5. Bagus juga kempen ni kan. Sambil berzakat mane tahu ada rezeki menang. Usaha yang terbaik dr PPz

    ReplyDelete
  6. mcm2 adiah disediakan...sambil berzakat bole menang hadiah

    ReplyDelete
  7. Good sharing Ana.. zakat lebih berkat rezeki kita kan. Bagus kempen PPZ buat nie, bayar zakat siap boleh menang hadiah lagi..

    ReplyDelete
  8. menarik hadiahnya, jom berzkaat. Kebetulan bulan ni belum byr zakat. Tapi akk duduk selangor boleh ke?

    ReplyDelete
  9. DALAM REZEKI YANG KITA DAPAT TU ADA REZEKI ORG LAIN JUGAK..SO KENA TUNAIKAN ZAKAT..

    ReplyDelete
  10. Kempen ajak org berzakat sbb masih ramai yg x tau nak yg zakat skrg bole online sahaja

    ReplyDelete
  11. Wajib kena buat ni.. Mudahan kita dimurahkan rezeki dan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤