Hand Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u


Hand Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u l Assalamualaikum. Hi korang. Hari ni Ana nak share dengan korang tentang Hand Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u ni. Kalau ada yang tercari-cari hand sock boleh lah baca entri Ana ni. Mana tau ni lah hand sock yang korang tercari-cari selama ni kan.
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Hand Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u

Hands sock antara barang yang wajib ada dalam beg Ana untuk di bawa ke mana-mana. Kadang tu Ana pakai terus kalau terasa lengan baju agak tertarik-tarik ke atas. Kenapa Ana wajib bawa hand sock ni? Sebab senang bila nak solat nanti especially bila tengah travel atau tengah jalan-jalan di shopping mall.

Bukan ada ke telekung dekat surau-surau tu? Ye memang lah ada tapi kadang tu bila tengah ramai orang telekung out of stock. Kadang tu keadaan telekung tu sendiri yang buat Ana rasa tak selesa. Bukan lah nak kata Ana ni fussy tapi kita kan nak solat, mesti lah nak selesa. Ni kalau telekung tu berbau, basah atau kotor jadi tak selesa dan tak kusyuk lah kan. So kalau kita pakai hand sock dan juga stokin (provided kita pakai pakaian yang menutup aurat), kita boleh terus solat. Senang kan. Cepat pun cepat, selesa lagi.

Cakap tentang hand sock ni, korang tau tak sekarang dah ada hand sock yang ber-ruffle tu. Kalau dulu kosong je kan design hand sock tapi sekarang dah cantik u olls. Siapa cakap pakai hand sock tak leh berfesyen. Silap hari bulan dengan pemakaian hand sock tu kita akan nampak lebih menyerlah. In a good way lah kan. Tak caya cuba tengok gambar bawah ni. Walau Ana pakai serba hitam tapi still nampak cantik kan. Cewah. 
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Dekat mana korang boleh beli handsock ber-ruffle ni? Hanya Butik Satu Makna4u - Juara Usahawan Johor Online 2017. Kalau korang nak tau terdapat 3 siri  ruffle hand sock yang di jual iaitu basic, dwiely dan triley. Setiap siri didatangkan dalam 10 jenis warna yang cantik-cantik belaka. Ana sampai rasa nak grab je semua warna tu. Dengan jahitan yang kemas menyerlahkan lagi kecantikkan ruffle di bahagian hujung tu.
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Macam yang Ana pakai ni di ruffle dari siri Ainisha Ruffle 3.0 Handsock Dwiely - warna Dusty Pink (kod : d 09). Siri Dwiely ni bermaksud dwi curly / double layer ruffle. Walau dwi curly tapi bagi Ana dah cukup cantik dah tu.
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Tak rimas ke pakai hand sock? Harus lah tak u olls kalau kena dengan material yang baik. Macam Ainisha Ruffle 3.0 Handsock Dwiely ni material yang digunakan adalah dari mosscrepe. So memang sangat selesa sebab kain dia memeri, tak panas serta tekstur kain yang ringan walau kualiti kain tebal. Aurat pun tertutup sempurna. Details untuk Ainisha Ruffle 3.0 rujuk bawah ni :

Ainisha Ruffle 3.0 Handsock Dwiely
❤️ Harga - RM12 / sepasang
❤️ Warna : 10 warna
❤️ Panjang : 36 cm
❤️ Lilit atas : 20 cm
❤️ Lilit Bawah : 13 cm
❤️ Size : Free size (S-XL)
❤️ Material : Mosscrepe

Kalau kata tak cukup double curly / ruffle tu, korang boleh opt for Ainisha Ruffle 3.0 Handsock Triely which mean triple ruffle pada hujung hand sock tu. So lagi nampak lah beropol dan cantik bila kita pakai. Lagi-lagi kalau matching dengan color tudung kan.
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Ainisha Ruffle 3.0 Handsock Triely
❤️ Harga - RM15 / sepasang
❤️ Warna : 10 warna
❤️ Panjang : 38 cm
❤️ Lilit atas : 20 cm
❤️ Lilit Bawah : 13 cm
❤️ Size : Free size (S-XL)
❤️ Material : Mosscrepe

Ala Ana, kita suka pakai hand sock yang kosong je. Takde ke? Dekat  kedai SatuMakna4u semua ada u olss. Jangan lah risau. Terbaru SatuMakna4u ada keluarkan Addra Exclusive Handsock tapi kena cepat sebab ianya limited stock. So siapa cepat dia dapat.  Lambat melepas. 

Tapi kalau terlepas nak dapatkan Addra Exclusive Handsock tu korang boleh je beli Addra Premium. Apa yang menarik tentang sisi Addra ni ialah ianya didatangkan dengan rekaan kancing ibu jari. So bila pakai tu rasa terletak elok je lah. Takde lah bergerak-gerak hand sock tu kan. Details untuk siri Addra Handsock rujuk di bawah :
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Addra Exclusive Handsock 
❤️ Harga - RM15 / sepasang
❤️ Warna : hitam 
❤️ Panjang : 31 cm
❤️ Material : Cotton

Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Addra Premium Handsock 
❤️ Harga - RM25 / sepasang
❤️ Warna : 4 warna 
❤️ Panjang : 31 cm
❤️ Material : Cotton
❤️ Dengan Kotak Ekslusif

Ok selesai bab hand sock. Sekarang Ana nak cakap tentang stokin pula. Perasan tak kebanyakan stokin muslimah yang ada dekat pasaran semuanya nipis-nipis kain dia. Frust tau. Sebabnya bila pakai boleh nampak kaki kita lagi. Tu dah consider masih nampak aurat kita lah kan. Kalau nak bawa solat kira masih belum menutup aurat dengan sempurna lah tu. Kadang tu terpaksa beli stokin lelaki yang tebal hitam tu. 
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Tapi sekarang Ana dah tak risau sebab dekat SatuMakna4u ni Ana boleh beli stokin yang patut syariah orang kata iaitu Soka Stokin. Kalau korang nak tau Soka Stokin ni femes tau dekat Indonesia sebab kualiti kainnya yang baik selain dari rekaannya yang berbentuk kaki yang mudah digayakan dengan selipar.
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Soka stokin ni diperbuat daripada campuran material nylon dan spandex so kainnya tebal tapi tak panas, memeri dan selesa dipakai. Dan paling penting Soka stokin ni menyerap peluh dengan baik. Tak lah rasa rimas bila kaki berpeluh kan. Terdapat 2 siri untuk soka stokin iaitu Soka Alien dan Soka Essential. 
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Soka Alien - Design : Plain
❤️ Harga - RM7 / sepasang
❤️ Warna : Lebih 20 warna
❤️ Panjang : 23 cm (S) / 33cm (M) / 43cm (L) / 50cm (XL)
❤️ Material : nylon dan spandex


Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u
Soka Essential - Design : Zebra
❤️ Harga - RM10 / sepasang
❤️ Warna : 8 warna
❤️ Panjang : 23 cm (S) / 33cm (M) / 43cm (L) / 50cm (XL)
❤️ Material : nylon dan spandex


So bagi yang tercari-cari hand sock dan stokin patut syariah yang murah tapi pada kualiti yang baik, korang wajib beli dengan  Butik Satu Makna4u. Ana sendiri dah pakai both hand sock dan stokin dari  Butik Satu Makna4u ni dan memang Ana puas hati sangat. The best part is kalau korang beli banyak boleh dapat lebih diskaun dan free postage. So ajak adik kakak dan kawan-kawan beli sama-sama okey. 

Pada yang nak cari side income pula korang boleh join team Butik Satu Makna4u secara dropship. Yang best tiada caj dikenakan which mean FREE sahaja. Tapi kena cepat lah sebab tempat adalah terhad. 

Untuk maklumat lanjut tentang ruffle handsock dan soka stokin, korang boleh ke website atau laman sosial Butik Satu Makna4u seperti di bawah. Follow rapat-rapat tau sebab selalu ada promosi menarik yang dijalankan.


Butik Satu Makna4u
No 27, Jalan Kirana 1
Taman Kirana
86100 Ayer Hitam
Johor Darul Takzim
Hand Sock Ruffle Cantik & Selesa daripada Butik Satu Makna4u Reviewed by Ana Suhana on October 09, 2018 Rating: 5

31 comments:

  1. Cantik2nya ana..akk pun nak rembat 1set jugak lah ..since keje kdgw pakai tshirt

    ReplyDelete
  2. eh..cantik laa design dan semua warna dia...

    ReplyDelete
  3. Salah satu pilihan menutup aurat.... Mudah-mudahan... cantik semuanya...

    ReplyDelete
  4. cantik. Moga murah rezeki . Sila jemput berkunjung ke rumah saya

    ReplyDelete
  5. wahhhh....cantiknya ana,memang tengah mencari handsock paten gini..

    ReplyDelete
  6. cantiknya! murah pulak tu, boleh la grab satu

    ReplyDelete
  7. lawanya ada buat promosi dak hahhahha :)

    ReplyDelete
  8. bukan peminat hand socks tp terus jatuh hati tgk addra punya design..omaii wajib beli ni

    ReplyDelete
  9. cantik handsock ni..stokin pun style macam tu memang menarik.

    ReplyDelete
  10. Lawanya handsocks dia... Jatuh cinta laaa ngan warna Ana pakai tu
    Stokin dia comel laaaa. Nina memang pengumpul stokin. Nak pi usha laaaa fb dia

    ReplyDelete
  11. ada curl2 gtu..cantik la handsocks tu..ada byk juga pilihan warna tu...stokin pn ada juga..belang2 tu mcm zebra cute

    ReplyDelete
  12. Cantiknya kak ana handsock kak ana pakai tu. Warna warni lagi. Boleh suggest kat kakak ni since die punya handsock semua buruk.hahaha. Harga pon okey berpatutan sangat.huhuhu

    ReplyDelete
  13. Cantik handsocks dia , teringin gak nak pakai tp pernah pakai rasa macam mencekik , yang ni nampak okay , leh survey2

    ReplyDelete
  14. Bagus ni.. nampak selesa. Boleh rekemen kat puan mem :)

    ReplyDelete
  15. cantinya handsock ni kak ana. nampak trendy tapi masih mengekalkan ciri muslimah. ni yang kita nak. kebanyakan hand sock yang ada dipasaran tidak berkualiti dan mudah rosak. nak la order jugak.

    ReplyDelete
  16. Ni kalau sis adiahkan kat kakak-kakak sis ni sure diaorg suka ni, cantik sangat. Selalu diaorg pakai yang biasa-biasa aje..bolehlah sesekali diaorg melaram handsock yg cantik camgini

    ReplyDelete
  17. design handsock tu seriously lawa. siap ada rambu-ramba lagi. adik-beradik dan mak saya pasti suka nie kalau sy inform dorg. tambah2 ibu saya. kalau boleh semua warna dia nak. hahahaa

    ReplyDelete
  18. Wahh!! Handsock nya nmpk comel n gugurl sgt.. AM memang giler kalu nampak produk belang2 nie.. menarik sock belang2 nie.. wajib singgah bwli nie.. walaaa..

    ReplyDelete
  19. Sukanyaa hand sock ado lace, ruffle bagai ni. Baru lah nampak girly. Nanti nak usha la mana yg berkenan. Blh belikan utk mak sekali.

    ReplyDelete
  20. Wow. Sekarang handsock bukan biashee biasheee. hehe. Menutup aurat dan masih boleh berstyle kan. hehe. Nice sharing sis!

    Meh visit blog SR: www.syazaredzuu.com

    ReplyDelete
  21. Cantiknya hand sock ni. Ayu selalu beli tapi yang plain jer ni rekaan dia nampak lebih menarik. Harga pun xderla mahal sangat dan memang berbaloi

    ReplyDelete
  22. Cantik la ruffles2 gitu...
    Harga pun consider murah gak la

    ReplyDelete
  23. Such a great butik with everything in a shop.. the price is very reasonable too.. happy shopping ya~

    ReplyDelete
  24. mmg duk cari handsock sbb kdg2 lengan baju senteng.. hihihi leh cuba la makna4u ni..

    ReplyDelete
  25. Kak pun suka pakai handsock ni sbb klu kita nk pakai baju blengan pendek jd xsusah hati sarung jer handsock no.

    ReplyDelete
  26. Teringin juga nak cari handsock tu. Dulu zaman sekolah memang pakai. Habis sek zaman kerja tak pakai dah. Tapi nak beli juga la sepasang 2. Sebab ada pakai tshirt, tp lengan tak berapa nak labuh. Thank ana share info ni.

    ReplyDelete
  27. mcm mcm design di sediakan. harga pun berpatutan sgt :)

    ReplyDelete
  28. Lawa. Material dia nampak kemas dan molek je.. 😍

    Stokin pun cantik nak kena terjah ni

    ReplyDelete
  29. Ainisha Ruffle 3.0 Handsock Dwiely, warna Dusty Pink memang cantik dan menarik. Harga yang dijual juga murah sangat boleh la ika buat koleksi satu.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.