Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam - Ana Suhana

Oct 18, 2018

Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam


Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam | Assalamualaikum. Ada siapa ingat yang Ana pernah share dengan korang tentang Crab Yummy Combo di restoran ni awal Mac yang lepas. Kalau korang nak tau, restoran ni setiap bulan ada je tema baru yang diperkenalkan. Macam bulan Oktober ni Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam pula bakal disajikan pada peminat masakan Cina.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Apa keistimewaan Garoupa Delight ni kan? Ada ke sama macam masakan Cina yang lain dekat luar tu? Haa nak tau korang kena cuba sendiri.

Pada yang was was nak makan dekat sini, worry not sebab Tung Yuen Chinese Restaurant ni telah diiktiraf Halal oleh Jakim sejak 2009 lagi. So semua menu yang disajikan juga adalah Halal. Dari korang makan dekat restoran luar sana yang tak tentu lagi kehalalannya kan, baik lah korang makan dekat sini. 100% terjamin halal dan selesa lagi. Harga pun berpatutan. Tak caya sila baca sampai habis.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Garoupa Delight kali ni sangat istimewa kerana ianya bertemakan masakan Cina yang mewah kerana kesemua menu yang dihidangkan adalah kaya dengan rasa yang menarik.

Dengan harga RM68.00+ seorang (minimum 5 orang semeja), Garoupa Delight menyajikan 5 menu utama masakan Cina di mana starter nya ialah 4 jenis Steam Dim Sum - steam Chicken Siew Mai with Ebiko, steam Black Mushroom Chicken Dumpling, Pan Fried Shanghai Dumpling dan steam Beancurd Roll.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Pan Fried Shanghai Dumpling

Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Steam Beancurd Roll
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Steam Black Mushroom Chicken Dumpling
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Steam Chicken Siew Mai with Ebiko

Menu utama untuk set ini pula ialah Ikan Garoupa. Korang boleh pilih samada nak masak Deep Fried with Spicy Plum Seeds and Lime Sauce ATAU Steam with“Teoh Chew”style and Glass Noodle.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Seterusnya korang akan disajikan dengan Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on Hot plate dan Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean curd Skin on Siew Pak Choy.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Akhir sekali untuk nasi korang boleh pilih samada nak Fried Rice with Chicken Cube in Bamboo Basket and Lotus Leaf ATAU Steam White Rice. Tapi kalau Ana, Ana prefer fried rice tu sebab bau dan rasa dia lain dari yang lain. Hanya ada dekat Hotel Grand BlueWave Shah Alam je tau.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Pada yang berminat untuk mencuba masakan Cina yang sebenar boleh lah datang dan cuba Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni. Dengan layanan hotel bertaraf 5 bintang dan pada harga yang sangat berpatutan, korang pasti akan berpuashati dan pulang dengan perasaan yang gembira. Tapi sebelum tu pastikan korang buat reservation dulu tau. Takut full seat pula tarikh yang korang nak tu.

Maklumat lanjut tentang Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni korang boleh hubungi nombor di bawah :

☎️ 03-5511 8811 ext. 2616 / 2724

Harga : RM68.00+
Hari : Isnin - Ahad
Masa : 11.30 pagi - 2.30 petang (Makan Tengahari) 
6.30 petang - 10.30 malam (Makan Malam)
Tempat : Level 1, Tung Yuen Chinese Restaurant 

17 comments:

  1. Tertengok di waktu lunch pula.. menjejes air liur dibuatnya.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. walaupun takpernah makan tapi sha yakin sha boleh makan benda benda ni, aduh laparrrrr

    ReplyDelete
  3. Bagi penggemar makan Cina..atau yang baru mahu mencuba..inilah masanya..menarik...PC juga suka kak makanan Cina..salah satu sebabnya banyak bawang putih...hehehe..

    ReplyDelete
  4. Pada gambar pun dah nampak sedap. Menggoda nafsu betul

    ReplyDelete
  5. menggoda betul dim sum tu... D:

    ReplyDelete
  6. chinese meal is always favorite..simple n delicious

    ReplyDelete
  7. Wah menarik dan harga pun kira berpatutan tu. Terbuka selera tengok malam2 ni hehee

    ReplyDelete
  8. sedapnya garoupa.. byk protein kan

    ReplyDelete
  9. yaallah sedapnyer...favourite lina semua ni...

    ReplyDelete
  10. melihat juadah tu terasa lah nak ke dapur cari makanan hehehe.apa khabar ?

    ReplyDelete
  11. uishhhh terliur la tengok menu ia.. bab sayur tu satu batang terus dia buat... nanti nak try masak gitu gak la hahahha

    ReplyDelete
  12. suka telo ebiko tu.. yum yummm sedap aihhh

    ReplyDelete
  13. Menu chinese cuisine yg menyelerakan betul.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤