First Time Makan Texas Chicken - Yay or Nay - Ana Suhana

Oct 4, 2018

First Time Makan Texas Chicken - Yay or Nay


First Time Makan Texas Chicken - Yay or Nay l Assalamualaikum. Macam ketinggalan zaman pula rasanya bila baru nak merasa makan ayam Texas Chicken ni. Korang dah rasa ke? Ada juga tak yang sama macam Ana baru nak merasa. Takpe lah janji dah rasa kan. Pada yang belum pernah takpe. Esok lusa boleh cuba lagi.
Texas Chicken
Texas Chicken
First Time Makan Texas Chicken - Yay or Nay

Nak jadi cerita masa balik dari rumah mak, Syafi tetiba kata lapar. Padahal baru lepas makan macam-macam sebelum tu. Sebenarnya dia nak ajak lepak makan dekat luar. Macam lah kita tak tau. Huh. Banyak akal sungguh dak kecik ni. Macam orang tua je akal dia. Suka suka je ajak ke sana sini. Bila tanya nak makan apa cepat je dia kata nak makan KFC. Ana pula dengar je KFC kembang tekak kejap sebab baru je makan KFC tu minggu lepas. So alternate pada KFC kita cuba try test Texas Chicken pula.

Baca juga : Indomie Salted-Egg Chicken di IndoBowl Cafe

Sampai je dekat Texas Chicken Sri Gombak tengok ramai juga yang tengah beratur depan kaunter.  Ramai juga yang suka Texas Chicken ni rupanya. Masa nak order blurr lah kejap tak tahu nak pilih apa. Sebab Ana dah kenyang, kali ni Ana order untuk Syafi set ayam 2 ketul dan untuk En Suami set burger. Ana pula order sundae coklat je.

Memula ingat nak upgrade air ke air oren sekali rupanya boleh pilih air mana nak dekat mesin air yang disediakan. Dorang hanya bagi cawan, ikut lah kita nak air yang mana. And yesss boleh refill sebanyak mana. Nak sampai kembung perut pun boleh jah. Hehe. Pilihan air macam biasa ada air bikarbonat. Kalau tak nak boleh pilih lemon tea atau air oren.
Texas Chicken
Texas Chicken
Ni lah menu yang kami order tu. Kalau KFC set dia ada ayam, coleslaw, mash potato dan roti. Tapi dekat sini ada ayam, coleslaw, fries dan biskut. Not bad set dia. Harga set ayam ni dalam RM13.80 tak silap. Acceptable lah harga tu. Ana kononnya kenyang tadi kan tapi bila tengok ayam depan mata terus rasa lapar tetiba. Huahahaha. Selamat lah dak kecik tu makan ayam seketul je. So seketul lagi tu faham faham je lah ye.
Texas Chicken
Texas Chicken
First time ayam tu masuk mulut, hhmmmmm not bad rasa dia. Kononnya. Kulit ayam tu masih terasa rangup. Isi ayam pun lembut sangat. Ana makan ayam tu dengan coleslaw yang ada tu. Sekali tak sedar sampai menjilat jari ko. Nyesal tak order tadi. Biskut tu pun sedap. Crunchy di luar lembut di dalam. Oh  ya biskut tu biskut honey-butter biscuit nama dia.
Texas Chicken
Texas Chicken
Burger En Suami pula burger Mexicana. Nama menu lebih kurang dengan burger McD pula. Rasa dia ok lah. Ada kepingan nanchos dalam tu which is buat Ana rasa a bit muak. But still  sedap dan kepingan ayam dalam tu lembut. Sayur semua ada. 
Texas Chicken
Texas Chicken
Dalam banyak-banyak menu tu sundae je Ana tak berapa nak gemar. Maybe sebab dah selalu makan sundae McD kan so tekak tak berapa nak terima rasa sundae yang lain. Bercinta juga nak habiskan sundae tu. Huhu.

Lebih kurang sejam kami 3 beranak lepa makan dekat Texas Chicken tu. Nampaknya ada chances untuk datang semula ke sini. Sebab dah jatuh suka dengan ayam goreng dia. Tapi next time nak order yang spicy pula. Mesti sedap dan rangup juga. So overall, its yay to Texas Chicken.

13 comments:

  1. sha takpernah makan lagi kat texas haha ><

    ReplyDelete
  2. Sha kurang suka ayam Texas Chicken.. Tapi biskut honey-butter tu memang sedap.. Tak dinafikan..

    ReplyDelete
  3. Saya first time makan Texas Chicken dekat Singapore. For me, okay okay je. Mungkin sebab tu saya biasa makan Popeyes je.

    ReplyDelete
  4. liez pun x pernah cuba lagi texas chicken..
    tak datang seru lagi nak pergi rasa..xpennt liez g time lunch dgn anak-anak la..

    ReplyDelete
  5. Akak kan..kalau ke sana confirm order yang macam roti ke biskut ape ntah. Kat lura dia crunchy manis kat dalam die gebu gebas. Akak sukaaaaa sangat! Ayam dia pun notbad? sedap!

    ReplyDelete
  6. Bila yay..maksudnya ok tu...sesekali kan kak Ana mencuba...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Yang anis wajib order kalau makan texas chicken: Jalapeno bombers dengan honey butter biscuit.. Lain tu kalau tak dapat macam tak kisah.. oh ye, kak Ana try la dia punya shortcake; honey butter biscuit panas2 + Aiskrim + topping coklat/strawberry.. Best jugak yang tu.. XD

    ReplyDelete
  8. lina suka je ayam texas ni..byk juga pilihan yg ada kan...berbaloi la pada lina sebab air boleh refill berkali2

    ReplyDelete
  9. Tgk je dh tau ayam ni sedap 😊

    ReplyDelete
  10. dulu suka makan dekat texas sebab wrap dia sedap! Jarang nak order ayam sebab dia ikut mood jugak sedap & rangup tu hahaha

    ReplyDelete
  11. pernh mkn skali je kt sri gombak..not bad juga ayamnya tp sbb dh biasa kfc kn..so mmg suka kfc la..tp ok je ayam texas ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤