Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses - Ana Suhana

Oct 26, 2018

Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses


Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses | Assalamualaikum. Tahu tak korang hubungan antara mata dengan kanta sentuh sama seperti perhubungan yang lain - kena sentiasa sihat. Tapi bila kanta sentuh tak dijaga dengan betul, risiko jangkitan mata adalah tinggi. Dan ini boleh membawa kepada kerosakan mata kekal. Takut kan. Sebab tu pemilihan serta penjagaan kanta sentuh amat penting untuk dapatkan mata yang sihat dan bercahaya.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses

Untuk dapat mata yang kekal sihat, aliran oksigen yang mencukupi dan kebersihan yang betul adalah sangat penting. Selalunya orang yang pakai kanta sentuh ni dorang akan rasa keletihan pada mata, mata jadi kering dan teritirasi, dan ada sesetengah kes penglihatan mereka jadi kabur. Tapi korang tau tak semua masalah ni dapat diatasi jika korang memakai kanta sentuh yang sesuai dan dijaga dengan betul. Kesannya mata pun jadi lebih sihat.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Pada majlis pelancaran Aveo Vision yang berlangsung baru-baru ni, Prof Dr. Haliza dari Jabatan Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daily disposable contact lenses adalah kanta sentuh  yang paling bersih. Dan Dr. Haliza juga menyatakan berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan di UKM ke kanta sentuh Aveo Hello menunjukkan yang ianya sesuai untuk individu yang mengalami sindrom mata kering.

Untuk pengetahuan korang, Aveo Vision telah melancarkan produk utamanya iaitu Aveo Hello daily disposable contact lenses di Amerika Syarikat pada bulan April yang lepas. Dipimpin oleh seorang usahawan dan CEO, Cecile Thai, syarikat yang berpusat di San Francisco ini sedang dalam misi untuk mengubah cara pemakaian kanta sentuh. Melalui laman web e-dagang Aveo, korang boleh mengakses tentang kanta sentuh yang berkualiti tinggi pada harga yang luar biasa.

Untuk korang yang berminat untuk mencuba Aveo Hello daily disposable contact lenses dari Aveo Vision ni, korang boleh dapatkannya secara on-the-go atau secara atas talian di aveovision.my. Korang boleh pilih dari 3 pelan yang berpatutan: bekalan 1 bulan, bekalan 6 bulan, atau bekalan 12 bulan.

Mesti korang tertanya apa istimewanya Aveo Hello daily disposable contact lenses ni kan?? Apa bezanya dengan jenama lain yang ada di pasaran tu. Betul tak? Ok kalau korang nak tau kanta sentuh dari Aveo Vision mempunyai teknologi AquaLock eksklusif dan reka bentuk BlissEdge untuk memberi keselesaan sepanjang hari.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Aveo Hello daily disposable contact lenses ini dihasilkan dengan premium omafilcon A dengan kandungan air 58%. Dengan teknologi AquaLock, lensa Aveo Hello mengunci penghidratan dan secara semulajadi menahan penumpuan untuk menjadikan kanta lekap lebih bersih dan sekaligus mempromosikan mata yang lebih sihat.

Reka bentuk BlissEdge yang unik dapat meningkatkan keselesaan sepanjang pemakaian dengan mengurangkan geseran dengan kelopak mata selain menggalakkan pertukaran air mata dan membolehkan lebih banyak oksigen mencapai kornea.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Kanta sentuh Aveo Hello sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Reka bentuk optik aspheriknya memberikan visi definisi tinggi yang bagus, dan Block II UV Blocker yang ada di dalam nya mampu mencegah secara purata 97% UVB dan 87% sinaran UVA.

Memahami betapa pentingnya oksigen untuk mengekalkan mata yang sihat, kanta sentuh Aveo Hello menawarkan tahap pemindahan oksigen yang terbaik di kelasnya. Kanta dibungkus dalam larutan pH 7.4 yang lembut dan tidak merangsang yang menyerupai air mata semulajadi, tanpa tambahan agen pembasahan tiruan.

Bagi yang berminat untuk mencuba Aveo Hello daily disposable contact lenses, korang boleh dapatkannya pada harga serendah RM60 untuk 30 pasang daily disposable contact lenses . Untuk maklumat lanjut mengenai Aveo Vision atau untuk membeli, korang boleh lawat website seperti di bawah ni :



9 comments:

  1. lama tak pakai lens, sebab mata akk agak sensitif. Nanti boleh cuba hat ni

    ReplyDelete
  2. Seumur hidup kinah tak pernah lagi guna contact lens ni. Takut terlupa nak tanggalkan kemudian terus tido hihi.

    ReplyDelete
  3. PC suka tengok orang pakai kanta sentuh ni...tapi untuk diri sendiri belum pernah lagi..kalau nak pakai kena sanggup bagi komitmen kan kak..sebab tak boleh sambil lewa lebih-lebih lagi menjaga kebersihannya.

    ReplyDelete
  4. Wahh harga dia berpatutannya..
    Husniey pernah pakai cl ni 2x je tu pun masa kahwin haha
    Tapi serius memang ada cita cita nak pakai cl ni sebab nampak lagi okay 😍

    ReplyDelete
  5. Kak Sue tak berani pakai lens tapi bagus juga kan pada yang nak cuba jenama nie..

    ReplyDelete
  6. Sha tak sesuai pakai contact lenses.. :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤