100% Mmmmm Kebaikan Dalam Setiap Sedutan Susu UHT Fernleaf - Ana Suhana

Oct 13, 2018

100% Mmmmm Kebaikan Dalam Setiap Sedutan Susu UHT Fernleaf


Hi Tea Time Story

100% Mmmmm Kebaikan Dalam Setiap Sedutan Susu UHT Fernleaf 

Bonde, kenapa kita kena minum susu setiap hari?? Kalau tak minum tak boleh ke??
Aishh dia tanya lagi. Pening kadang nak jawab soalan-soalan budak bijak ni. Macam mana ye nak jawab bagi dia faham. Kang bagi fakta buat dia ternganga mulut je baik tak yah kan. Hhhmmmm..

Bonde : Ok Bonde tanya Syafi pula, kenapa Syafi makan dan minum??

Syafi : Sebab Syafi lapar dan haus.

Bonde : Habis kalau Syafi tak makan tak minum tak boleh ke?

Syafi : Mestilah tak. Nanti Syafi jadi tak bertenaga. Macam mana nak main??

Bonde : Haaa tau pun. Sama lah juga macam badan kita. Kalau tak minum susu nanti badan dan sistem imun kita lemah. Gigi dan tulang pun cepat rapuh. Nak ke jadi macam tu??

Syafi : Eeeee... Tak nak lah jadi macam tu.

Bonde : Tau takut. Sebab tu kita disaran minum susu 3 gelas sehari untuk elak badan dari kekurangan khasiat yang diperlukan.
Syafi : Ooo... ok sekarang juga Syafi minum susu. 100% Mmmmm Susu UHT Fernleaf ni. Macam mana susu ni boleh jadi sedap ye Bonde???



Bonde : Begini ceritanya.......


140 tahun yang lalu, ada sebuah perkampungan bernama Fonterra di New Zealand. Kampung ini didiami oleh 10,500 keluarga peladang Fernleaf yang sangat tekun menternak lembu-lembu tenusu. Oleh kerana perkampungan ini mempunyai udara yang segar, tanah yang subur, kadar taburan hujan yang baik dan pancaran cahaya matahari yang secukupnya membolehkan rumput yang berkualiti tinggi tumbuh dengan subur.
Bagi para peladang, lembu-lembu tenusu merupakan harta mereka yang paling bernilai. Sebab tu mereka akan menjaga lembu-lembu tenusu ini dengan sebaiknya. Nak jaga lembu kena lah bagi makan rumput segar secukupnya. Maka satu perbincangan sesama para peladang pun diadakan dan mereka bersetuju untuk mengusahakan sendiri ladang secara semulajadi. Ni lah salah satu sebab kenapa negara NZ sangat bersih dan kaya dengan udara segar.
Tahun berganti tahun, akhirnya ladang yang pada awalnya merupakan tanah kosong kini menjadi kawasan rumput subur yang sangat luas. Para peladang Fernleaf pun kemudian nya bersepakat untuk melepaskan lembu-lembu tenusu meragut rumput secara bebas sepanjang hari tanpa perlu berkurung di dalam kandang lagi.
Lembu-lembu tenusu berasa sangat gembira kerana di beri kebebasan untuk meragut rumput yang segar di luar. Takde lah bosan dan stress asyik berkurung di dalam kandang seperti lembu tenusu di tempat lain. Lembu pun ada perasaan tau sama macam manusia. Disebabkan 90% aktiviti meragut kini di ladang yang luas, badan lembu-lembu tenusu pun terasa lebih sihat kerana mendapat kandungan Vitamin D yang banyak.
Untuk membalas kebaikan tuannya, lembu-lembu tenusu berjanji untuk menghasilkan susu secara semulajadi tanpa perlu sebarang bentuk penggalak susu. 100% susu lembu asli. Hasilnya susu tersebut kaya dengan kalsium dan nutrien-nutrien penting yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan  manusia seperti protein berkualiti tinggi, Vitamin A dan lebih Vitamin D daripada produk tenusu yang lain.
Kerana hasil susu yang diperah berkualiti tinggi, susu lembu keluarga peladang Fernleaf semakin dikenali di serata dunia sebagai 100% susu dari New Zealand. Ini menjadikan para peladang Fernleaf sangat berbangga dengan pekerjaan mereka.
Dari sehari ke sehari, pengalaman dan kemahiran para peladang Fernleaf semakin meningkat sehingga mereka berjaya dikenali sebagai pakar tenusu. Setiap peringkat atau proses pengeluaran susu yang dilakukan akan dipastikan berada pada tahap kualiti yang tertinggi bermula dengan proses sumber air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah proses untuk produk sedia diedarkan kepada pengguna.
Berbekalkan pengalaman selama 140 tahun dan seiring dengan perubahan teknologi, produk Fernleaf kini bukan saja hanya ada dalam bentuk susu tepung malah boleh didapati dalam pek sedia diminum yang terdiri daripada 3 perisa; Susu Penuh Krim, Susu Rendah Lemak dan Susu Coklat seperti susu yang kita minum hari ni - 100% Mmmmm kebaikan Dalam Setiap Sedutan Susu UHT Fernleaf. So orang ada banyak pilhan untuk minum susu.
SyafiOooo macam tu cerita dia. Nanti Syafi nak cerita lah dekat kawan-kawan Syafi tentang Susu UHT Fernleaf ni. Mesti dorang suka. Tapi jauh ke New Zealand tu Bonde? Nanti kita pergi sana nak tak?

Bonde : Boleh sayang. Tapi Syafi kena  lah minum Susu UHT Fernleaf ni setiap hari dulu. Baru lah Syafi boleh membesar dengan sihat. Dan boleh lah kita pergi New Zealand lepas tu.

Syafi : Ok bonde. Bonde....... 

Bonde : Ye.. Apa lagi?? 

Syafi : Bonde, bonde... Engkau lah ratu hati ku, bila ku berduka, engkau hiburkan selalu... 
Bonde, bonde... Engkau lah ratu hatiku.. 

Bonde : (meltinggggggggg sekejap). Ok lah Bonde nak pergi kedai kejap. Nak tambah stok susu Fernleaf ni. Nak bagi Syafi jadi lagi bijak. Syafi habiskan minum susu tu ye.

Syafi : Ok Bonde. 


10 comments:

  1. Memang sedap, segar dan 100% Mmmmm... Jom minum susu Fernleaf UHT sekarang!! Hehe..

    ReplyDelete
  2. Pandailah Shafi... suka yea minum Susu... he he he

    ReplyDelete
  3. pandai kak buat gambar bergerak tu. selamat menjamu selera dgn meminum susu fernleaf

    ReplyDelete
  4. sedap sangat! yang full cream tu dah nak habis sekotak kat sha

    ReplyDelete
  5. Ira menghayati dah sama macam tengok storytelling kisah bonde dan syafi ni. Comel nau nauuuu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  6. kreatifnya kak anaa! Comel betul syafi pakai straw fernleaf tu haha

    ReplyDelete
  7. susu ni bgs utk tulang..bdk2 kalo ada perisa coklat sure akan minum..jrg nk minum yg perisa original yg putih

    ReplyDelete
  8. Kreatifff penceritaan Ana. :) susu ni mmg sedao. Bru tmbh stok tdi. Hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤