October 2018 - Ana Suhana

Oct 31, 2018

Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

1:51 PM 32
Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana | Assalamualaikum. Akhirnya seperti yang dijanjikan, hari ni Ana akan umumkan 3 Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana yang berakhir 14hb Oktober yang lepas.
Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Tahniah pada 3 yang bertuah pada segmen GA kali ni. Pada yang tak terpilih ada rezeki yang lebih baik untuk korang semua InsyaAllah. Jangan sedih atau berkecil hati ye. InsyaAllah Ana akan anjurkan segmen GA lagi pada masa akan datang.

Tanpa buang masa jom kita tengok siapa yang bertuah tu :
Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Pemenang Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

1. 44

2. 13

3. 33

* Senarai peserta di SINI.

Kepada para pemenang mohon emel Ana di mss0285@gmail.com butiran (nama, alamat & hp no)  korang ye. 

Oct 29, 2018

SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge

5:10 PM 18
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge

SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge | Assalamualaikum. Pertengahan bulan lepas Ana ada share dengan korang tentang 8 Manfaat Kecantikan SAFI FAIR BEAUTY. Dan dalam entri tu Ana ada bagi tau yang Ana sahut SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge. So hari ni Ana akan review lepas sebulan gunakan set ni.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge

Seperti yang Ana cerita sebelum ni rangkaian SAFI FAIR BEAUTY telah diberi wajah baru dengan rekaan yang lebih manis dan menawan serta dipertingkat dengan teknologi BIO.Fairness. Dan turut diperkenalkan ialah produk terbaru iaitu Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY menjadikan set SAFI FAIR BEAUTY mempunyai 3 produk di bawahnya.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Nak dapatkan kulit yang cantik banyak faktor kena jaga. Betul tak? Bab pemakanan terutamanya. Kalau makan minum tak jaga, pakai lah produk apa pun muka tetap akan nampak tak sihat. So bab pemakanan kena betul-betul jaga. Macam Ana memang bukan jaga sangat pun. Main sebat je semua. Cuma makanan yang berminyak memang Ana akan avoid. Dan air Ana akan pastikan Ana minum secukupnya. Tidur pun sama kadang tu tak cukup tidur pun. Tu yang eyebag jadi berkilo. Haha. Cuma memandangkan sekarang Ana dah jadi surirumah, masa Ana dekat luar berkurang berbanding dulu so kulit Ana secara tak langsung tak lah berapa terdedah pada pencemaran dan habuk yang kotor dekat luar tu.

Lepas dah jaga semua tu baru lah kita boleh proceed tentang produk kecantikan wajah pula. Baru lah seronok nak cerita kan. Untuk SAFI FAIR BEAUTY ni, set ni diperkaya dengan multivitamin seperti B3, CE, E, B5 dan B6 dengan gabungan ekstrak organik limau gedang dengan tujuan untuk :

πŸ’• Mencerahkan kulit
πŸ’• Menyamaratakan tona kulit
πŸ’• Kulit berseri merah jambu
πŸ’• Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
πŸ’• Memberi perlindungan UV
πŸ’• Melembutkan dan menghaluskan kulit
πŸ’• Melicinkan kulit
πŸ’• Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

So tercapai ke kulit Ana cerah berseri warna merah jambu seperti yang dikatakan?? Jom sambung baca.

Pendapat Peribadi

Lepas sebulan guna kan set SAFI FAIR BEAUTY ni, to be honest kulit Ana tak jadi pun merah jambu seperti yang dikatakan. But wait...... Ana ada reason untuk itu. Suspen plak kan.

Sebab pertama adalah kerana kulit Ana secara semulajadi nya bukan lah cerah mana. So bila kulit dah sejenis bukan kulit yang putih for sure tak kan nampak kemerahjambuan tu. In fact pakai blusher pun antara nampak tak nampak je. Haha. So untuk part  kulit jadi merah jambu tu ada exceptional lah.

Tapi part mencerahkan wajah dan menyamaratakan tona kulit tu YES Ana bersetuju. Macam Ana pernah cerita sebelum ni yang kulit Ana sunburn teruk masa bercuti yang lepas. Then untuk baiki semula kulit tu Ana pakai lah SAFI FAIR BEAUTY ni di samping menggunakan ampoule (serum) pada belah malam. Alhamdulillah kulit Ana kembali ke warna asal dan tona warna pun semakin sekata. Tak nampak dah 2 lapisan tona warna yang berbeza tu.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Kalau tengok gambar atas ni, orang yang sama cuma kulit warna dan tempat je yang berbeza. Dua-dua gambar ni Ana pakai SAFI Fair Beauty Fairness Cream saja. BB Cream Ana skip sebab kulit tengah sunburn kan. Nanti nampak lagi bercapuk. So ni lah hasilnya lepas sebulan pakai. And please don't expect yang kulit Ana akan jadi putih pulak sebab memang tak kan putih pun. Melainkan Ana buat injection bagi kulit putih ala ala pink gitu. Huhu.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
And one more thing bagus lah kulit tak jadi lebih putih sebab itu menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam SAFI FAIR BEAUTY adalah selamat. Cuba bayang kalau korang pakai produk tu dalam masa sebulan kulit korang dari yang biasa-biasa tetiba jadi putih. Makna nya apa? Maknanya produk tu dah kikis kulit korang tau. Bahaya sayang. No no no.

Produk SAFI FAIR BEAUTY

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Antara pembersih muka kegemaran Ana sebab tekstur krim dan buih yang lembut. Lepas bilas, kulit muka terasa lebih bersih dan lembap. Yang penting kulit Ana tak kering dan tegang.

☑️ Saiz pek: 50g/100g
☑️ Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)

2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Ana akan pakai Fairness Cream ni setiap kali nak keluar rumah. Lepas basuh muka dan apply toner, terus pakai krim ni. Krim ni bertindak sebagai ejen pencerah sekaligus pelindung kulit dari sinar UV berbahaya. 

☑️ Saiz pek: 50g/80g
☑️ Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)

3. SAFI Fair Beauty BB Cream
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Pelengkap rutin sebelum keluar rumah, Ana akan pakai BB Cream ni sebagai asas solekan. Mampu menutup cela pada wajah dan menaikkan seri muka. BB cream ni juga bertindak melembapkan kulit agar solekan kekal kemas pada masa yang lama. 

Ok itu lah pendapat Ana lepas sebulan lebih gunakan set SAFI FAIR BEAUTY ni. Bagi yang berminat nak mencuba rangkaian terbaru SAFI FAIR BEAUTY, korang boleh dapatkan di pasaraya utama dan pasaraya hyper di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang jenama SAFI, korang boleh layari media sosial SAFI seperti di bawah :

Oct 28, 2018

Guide To Rent Your Property

11:51 AM 8
Guide To Rent Your Property

Guide To Rent Your Property
So, you have inherited a landed house in Taman Tun Dr Ismail and you have no idea what to do with the property as you have your own house. There are ways to make good use of property to generate passive income; by renting out your inheritance. But then again, you have no idea the future of the property’s vicinity or will your property is attractive enough to attract potential tenants. There are so many to consider internally and externally and here we are going to tell you on renting out your property. 

To rent or not to rent

We tell you why to put up your property for rental; to generate passive monthly income for yourself. However, for those who bought additional property for investment purpose, it is advisable to rent out the property to ease your monthly installment. It aids by facilitating your mortgage repayments for property during short term and while waiting to reap the capital appreciation. That way your property is not put to waste for not doing anything.

Rental amount 

Do you know what is the rental amount you should set? Is it comparable to the similar units around the area? Well, there are two ways you can get a gauge of the rental amount.

1. Through property portal - by using these property portals like PropertyGuru, you are able to set an amount of the rental rate, you can check the rental listings and gauge your ideal rental amount for your tenants like Taman Tun Dr Ismail landed houses area is also available on the property portal.

2. Basic formula - you can use this basic formula to calculate rental yield.

Rental yield = 
Annual rental income / Property purchase 

The ideal rental yield for residential properties is 6%.

Fittings and fixtures

Spruce up a little bit inside of the unit; get a minor renovation on the ceiling, paint the walls or add an island top in the kitchen. Besides getting the aesthetics done, don’t forget to check on the water and piping system or lightings. Not only these will help you attract potential tenants or increase the rental amount but you wouldn’t your future tenants come back to you complaining on the damages. 

Get it listed

Get an agent to help you put up your property for rent listing in PropertyGuru. Not only they help you to market but they will represent you to filter, negotiate and settle your tenants to get rid of your hassle. It comes with a fee too which is usually a month’s fee. Do communicate your ideal requirements on your lease to agent so they can help you filter better tenants for you. 

Tenancy agreement

After your potential tenant likes the unit and wants to rent your place, your agent will immediately draft the tenancy agreement that includes the lease dates, amount and signature of agreement. Ensure that all the agreements are signed and stamped.

Basically, the standard tenancy agreement stipulates that the tenant is oblige to pay two months of rent in advance - one month’s rental in advance and one month as refundable deposit (subject to both parties’ agreement). The tenancy agreement should also list down fixtures and fittings that comes with the unit. In the event, if there are any fixtures and fittings that are damaged during their tenure, tenants can get it replace upon termination on the tenancy agreement. 

Remember that the tenancy agreement is for the benefit of both parties, ensuring both parties are protected by the law.

Agreement stamping

All tenancy agreements are required to be stamped and the legal fees depend on the amount rent of payable monthly. If the documents are not stamped and when disputes arise, the agreement shall be disregard. Click here to check out the stamp duty schedule.

Congratulations landlord!

So, the legal documents and formalities process is completed. Now, you can handover tenant’s set of keys and pay the necessary maintenance fees (if your property is strata housing type), quit rent, assessment fees and others. Lastly, you can proudly declare any positive income that your property has generated.

Familiarize with your income tax deductibles so you can reduce your taxes on rental income. You can claim capital allowance and current year business source losses can be utilized to set off all sources of income.

Oct 27, 2018

Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor

12:01 PM 17
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor

Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor | Assalamualaikum. Macam yang dijanjikan dalam entri Explore Pulau Pangkor Dalam Masa 2 Jam yang lepas, hari ni Ana nak kongsi info menarik tentang Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor. 
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor 

Kalau korang nak tau, Masjid Seribu Selawat ni juga dikenali dengan nama Masjid Al Badr atau Masjid Terapung oleh penduduk kampung Pulau Pangkor. Dan merupakan masjid terapung pertama di negeri Perak yang diilhamkan oleh bekas MB Perak iaitu Datuk Seri Dr Zambry And Kadir yang juga merupakan anak jati Pulau Pangkor ini.

Macam biasa lah nak masuk masjid kena lah berpakaian sopan. Tak kan tak faham lagi kan. Kalau kata tak berapa nak molek pakaian tu jangan risau sebab ada jubah berhud disediakan di hadapan pintu utama. Sila lah pakai.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Kalau datang sebagai pelawat, rajin-rajin kan diri isi buku pelawat tu. Tak wajib pun tapi isi je lah kan. Nampak lah ramai yang dah datang ke sini. Support lah sikit kan.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Kenapa di namakan Masjid Seribu Selawat? Haa kalau korang dah pernah masuk masjid ni mesti korang dah tau kan sebab terdapat ukiran seni halus ayat-ayat suci Al-Quran dan juga 1000  kaligrafi selawat di seluruh dinding  masjid dan juga di syiling di ruang solat.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Kenapa tak perasan Masjid Seribu Selawat ni dulu?? Tahun bila korang pergi tu? Kalau tahun 2016 ke bawah memang korang tak kan jumpa lah sebab nya masjid ni siap dibina pada awal Januari 2017. dan telah dirasmikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. So sehingga ke hari ni kira usia masjid ni baru 1 tahun 9 bulan lah.

Memang sangat indah Masjid Seribu Selawat ini kerana seni bina dan kubahnya diilhamkan seperti masjid di Turki dan Timur Tengah namun masih mengekalkan identiti tempatan.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Apa yang buat Ana tertarik dengan Masjid Seribu Selawat ni  ialah ianya dikatakan dibina dengan mengetengahkan unsur kesenian negeri Perak pada setiap geometri hiasan dalaman dinding masjid. Buktinya ukiran bunga dan kerawang pada ruang masjid diilhamkan daripada bunga tekat atau lebih dikenali sebagai bunga Perak yang menjadi simbol negeri Perak.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Tadi Ana ada bagitau yang terdapat 1000 kaligragi selawat dekat dinding-dinding masjid kan? Kalau korang nak tau, kaligrafi-kaligrafi tersebut dicetak menggunakan mesin cetak. Manakala ayat Al-Quran pada marmar di bahagian mimbar pula ditulis dengan tangan sepenuhnya.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid yang berkeluasan 1,708.8 meter ni boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Di bahagian atas masjid menempatkan pejabat dan bilik mesyuarat manakala bahagian bawah merupakan ruang solat utama yang berhawa dingin dan terbuka.
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
πŸ“· : orangperak.com
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
Masjid Seribu Selawat Pulau Pangkor
πŸ“· : orangperak.com
Menarik kan Masjid Seribu Selawat ni. Korang kalau ke Pulau Pangkor make sure singgah dekat sini dan lihMasjid Seribu Selawatat sendiri keindahan seni bina Islam yang ada. Dari jeti korang dah boleh nampak ikon terbaru pulau ni tersergam indah di pesisir laut. So jangan lupa singgah tau. 

Oct 26, 2018

Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses

4:59 PM 9
Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses

Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses | Assalamualaikum. Tahu tak korang hubungan antara mata dengan kanta sentuh sama seperti perhubungan yang lain - kena sentiasa sihat. Tapi bila kanta sentuh tak dijaga dengan betul, risiko jangkitan mata adalah tinggi. Dan ini boleh membawa kepada kerosakan mata kekal. Takut kan. Sebab tu pemilihan serta penjagaan kanta sentuh amat penting untuk dapatkan mata yang sihat dan bercahaya.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Biarkan Mata Tersenyum dengan Aveo Contact Lenses

Untuk dapat mata yang kekal sihat, aliran oksigen yang mencukupi dan kebersihan yang betul adalah sangat penting. Selalunya orang yang pakai kanta sentuh ni dorang akan rasa keletihan pada mata, mata jadi kering dan teritirasi, dan ada sesetengah kes penglihatan mereka jadi kabur. Tapi korang tau tak semua masalah ni dapat diatasi jika korang memakai kanta sentuh yang sesuai dan dijaga dengan betul. Kesannya mata pun jadi lebih sihat.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Pada majlis pelancaran Aveo Vision yang berlangsung baru-baru ni, Prof Dr. Haliza dari Jabatan Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daily disposable contact lenses adalah kanta sentuh  yang paling bersih. Dan Dr. Haliza juga menyatakan berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan di UKM ke kanta sentuh Aveo Hello menunjukkan yang ianya sesuai untuk individu yang mengalami sindrom mata kering.

Untuk pengetahuan korang, Aveo Vision telah melancarkan produk utamanya iaitu Aveo Hello daily disposable contact lenses di Amerika Syarikat pada bulan April yang lepas. Dipimpin oleh seorang usahawan dan CEO, Cecile Thai, syarikat yang berpusat di San Francisco ini sedang dalam misi untuk mengubah cara pemakaian kanta sentuh. Melalui laman web e-dagang Aveo, korang boleh mengakses tentang kanta sentuh yang berkualiti tinggi pada harga yang luar biasa.

Untuk korang yang berminat untuk mencuba Aveo Hello daily disposable contact lenses dari Aveo Vision ni, korang boleh dapatkannya secara on-the-go atau secara atas talian di aveovision.my. Korang boleh pilih dari 3 pelan yang berpatutan: bekalan 1 bulan, bekalan 6 bulan, atau bekalan 12 bulan.

Mesti korang tertanya apa istimewanya Aveo Hello daily disposable contact lenses ni kan?? Apa bezanya dengan jenama lain yang ada di pasaran tu. Betul tak? Ok kalau korang nak tau kanta sentuh dari Aveo Vision mempunyai teknologi AquaLock eksklusif dan reka bentuk BlissEdge untuk memberi keselesaan sepanjang hari.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Aveo Hello daily disposable contact lenses ini dihasilkan dengan premium omafilcon A dengan kandungan air 58%. Dengan teknologi AquaLock, lensa Aveo Hello mengunci penghidratan dan secara semulajadi menahan penumpuan untuk menjadikan kanta lekap lebih bersih dan sekaligus mempromosikan mata yang lebih sihat.

Reka bentuk BlissEdge yang unik dapat meningkatkan keselesaan sepanjang pemakaian dengan mengurangkan geseran dengan kelopak mata selain menggalakkan pertukaran air mata dan membolehkan lebih banyak oksigen mencapai kornea.
Aveo Contact Lenses
Aveo Contact Lenses
Kanta sentuh Aveo Hello sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Reka bentuk optik aspheriknya memberikan visi definisi tinggi yang bagus, dan Block II UV Blocker yang ada di dalam nya mampu mencegah secara purata 97% UVB dan 87% sinaran UVA.

Memahami betapa pentingnya oksigen untuk mengekalkan mata yang sihat, kanta sentuh Aveo Hello menawarkan tahap pemindahan oksigen yang terbaik di kelasnya. Kanta dibungkus dalam larutan pH 7.4 yang lembut dan tidak merangsang yang menyerupai air mata semulajadi, tanpa tambahan agen pembasahan tiruan.

Bagi yang berminat untuk mencuba Aveo Hello daily disposable contact lenses, korang boleh dapatkannya pada harga serendah RM60 untuk 30 pasang daily disposable contact lenses . Untuk maklumat lanjut mengenai Aveo Vision atau untuk membeli, korang boleh lawat website seperti di bawah ni :



Oct 22, 2018

Senarai Peserta Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

6:17 PM 22
Senarai Peserta Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Senarai Peserta Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana | Assalamualaikum. Ahad lepas berakhirnya Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana. Alhamdulillah ramai yang sporting join GA kedua Ana tahun ni. Sebelum tu Ana nak mohon maaf bebanyak sebab lambat update senarai nama peserta. Maaf maaf semaafnya ya. InsyaAllah by end of this month Ana akan umumkan 3 orang pemenang yang bertuah ye. So sebelum tu semak dulu nombor penyertaan korang dekat bawah ni :
Senarai Peserta Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Senarai Peserta Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

4. Mrs Liez
5. Iffah Hussin
6. Shafyqah Azahar
7. Ombak Bergigi 
8. Rodiah Amir
9. Cuya
10. Asyiqin Roslee
11. Sayidah Napisah
12. S.K
13. Cekgu Norazimah
14. Mawar Assufi
15. Nona Qiyah
16. Cik Tie
17. Ika.S
18. Tiara Sapphire
19. Noor Najwa
20. Mia Liana
21. Ziana Eunos
22. Mrs Fuzy Hamid
23. Nur Izzati
24. Shuhaida Saad
25. Jamil Hashim
26. Suria Amanda
27. Asyiqin
28. Lea Azleeya
29. Ummi Zarra
30. Shikin Razali
31. Atie Rose
32. Safeni Feni
33. Nieyla Nadia
34. Cik Puan Rrai
35. Hernee Nazir
36. Maisarah Humaira
37. Radhia Razali
38. Siti Rohaida Yusof
43. CCL
47. Ejulz
50. Kak Sue
51. Cik Ash
59. Kin Naz
64. Raydah
66. I am LZ
68. Mrs Pip
69. Mieza S
85. Mrs A







Aplikasi Cannis Bakal Tersenarai di NASDAQ

11:25 AM 31
Aplikasi Cannis Bakal Tersenarai di NASDAQ

Aplikasi Cannis Bakal Tersenarai di NASDAQ| Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana berkesempatan untuk menghadiri satu persidangan yang penuh gah yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dan dihadiri lebih daripada 3000 peserta. Persidangan tersebut berkisarkan tentang Aplikasi Cannis Bakal Tersenarai di NASDAQ. Wow sangat kan.
Aplikasi Cannis Bakal Tersenarai di NASDAQ

First time dengar tentang persidangan ni Ana rasa sangat teruja. Kenapa? Cuba korang bayangkan aplikasi Cannis yang baru 2 bulan di perkenalkan telah mengumpul lebih daripada 100,000 pengguna. Bukan senang tau nak capai statistik tersebut dalam jangka masa yang pendek. Lagi-lagi satu aplikasi yang kebanyakannya di monopoli oleh negara Barat. Nampaknya Bintang Terhebat yang Akan Bersinar di NASDAQ. Tahniah Cannis.

Apa yang menariknya tentang NASDAQ ni? Haa kalau korang nak tau buka calang-calang tau syarikat yang boleh tersenarai dekat sini sebabnya NASDAQ merupakan sebuah bursa saham pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia. So memang wow lah kan kalau Cannis yang baru setahun jagung tu dapat listed dalam NASDAQ ni.

Baca juga : Cannis App- 7 functions of Most Popular Smart Devices

Apa yang membuatkan Cannis begitu berjaya dalam masa yang pendek? Kerana target market yang betul adalah salah satu faktor utama Cannis. Ini kerana sejak awal tahun 2018 ni, Cannis telah melabur di dalam industri yang mempunyai hot demand seperti industri teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama bersama rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran dengan begitu pesat di negara-negara Asia Tenggara. Itu yang membuatkan Cannis bakal bersinar di pasaran Nandaq.

"Perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan" kata Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon. Beliau menambah "Kami sangat berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna akhir lancar O2O."

Cannis dilahirkan pada era yang tepat dan terbaik kerana aplikasi muat turun Aplikasi dan Perbelanjaan Pengguna (App Download & User's Spending) telah mencipta rekod baru dalam sejarah di mana suku ket-3 tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk 'App Store'.
Ini kerana jumlah muat turun aplikasi di App Store dan Google Play telah melebihi 29 bilion, 10%  kenaikan berbanding terdahulu DAN perbelanjaan pengguna global telah mencapai hampir 20 bilion dolar AS, bersamaan 20% kenaikan berbanding dengan musim yang sama sebelumnya.

Menurut analisis yang dibuat menunjukkam bahawa peningkatan dalam kategori aplikasi dibawah muat turun, permainan, hiburan dan aplikasi penyiaran video antara jenis aplikasi  yang paling banyak dimuat turun. Prestasi yang mengalakkan dari dua jenis Aplikasi yang sama memerlukan kandungan kreatif  bagi memenuhi permintaan pasaran.
Secara keseluruhannya, suku ke-3 tahun 2018 telah membuktikan yang App Store dan Google Play mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam Perbelanjaan Pengguna (User's Spending). Ini menunjukkan trend pasaran App akan terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, menyediakan perbelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar.

Di sebabkan faktor itu lah Cannis telah memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi, mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.

Mod Maya-Realiti Bergabung Dengan Mod O2O

Aplikasi Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga telah melabur sejumlah dana yang besar secara selektif di industri tren luar talian. Ini kerana Cannis menjangkakan untuk menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian, bagi memulakan proses membina model O2O, mengadakan promosi pemasaran terdahulu, pembekal ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap, dan juga mperkhidmatan penghantaran barangan 'back-end' yang lebih lancar.

Bagi ahli-ahli Cannis pula, mereka boleh menikmati diskaun di atas atau luar talian (online or offline) termasuk lah pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis. Mata ganjaran dalam talian juga boleh ditebus untuk lebih diskaun. Penyertaan dalam pertandingan yang direka oleh Cannis juga membolehkan ahli memenangi hadiah utama  melalui perkongsian.
Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menjelaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif supaya gedung atas atau luar talian sedia ada tidak dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau. Melalui mod Cannis e-commerce dan  keutamaan belanja, maklumat pedagang boleh diperolehi pada kos terendah terus ke pasaran sasaran yang tepat, oleh itu memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.

Rakan Strategik Cannis
Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah EMPRO's Dr. Coco Alex (Produser Syarikat Produksi Da Motion), Encik Along (Pengarah Kreatif (ε‡― 优 影视 ζŽ§θ‚‘ ζœ‰ι™ε…¬εΈ)), Miss Bo Bo (LongTV Sdn. Bhd.), Encik Chis Yen (Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser), Prof Madya Dr. Martin E. Roberts (Ketua Pegawai Eksekutif (名 θ΅„ θ‚‘δ»½ζœ‰ι™ε…¬εΈ)), Encik (θ”‘ι€ΈηΎ€) dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.
Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar membolehkan mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia secara langsung membolehkan Cannis mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia, dengan tujuan dapat menarik ramai lagi rakan strategik pada masa hadapan. Beliau turut menyatakan persembahan Cannis sangat luar biasa sama ada dalam bidang pemasaran media atau strategi pembangunan.
Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai 7 fungsi dalam 1 aplikasi. Penyiaran langsung (live broadcasting), e-dagang,  diskaun membeli belah, rangkaian sosial (social networking), video pendek, permainan dan pembayaran semuanya boleh didapati di aplikasi Cannis.

Cannis yakin bahawa dengan pelbagai kumpulan etnik dan budaya Malaysia sebagai titik permulaan, ianya lebih mudah untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi Cannis, korang boleh layari  website atau laman sosial Cannis seperti di bawah :

Website : 


Facebook : 

Oct 18, 2018

Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

11:26 AM 17
Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam | Assalamualaikum. Ada siapa ingat yang Ana pernah share dengan korang tentang Crab Yummy Combo di restoran ni awal Mac yang lepas. Kalau korang nak tau, restoran ni setiap bulan ada je tema baru yang diperkenalkan. Macam bulan Oktober ni Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam pula bakal disajikan pada peminat masakan Cina.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Apa keistimewaan Garoupa Delight ni kan? Ada ke sama macam masakan Cina yang lain dekat luar tu? Haa nak tau korang kena cuba sendiri.

Pada yang was was nak makan dekat sini, worry not sebab Tung Yuen Chinese Restaurant ni telah diiktiraf Halal oleh Jakim sejak 2009 lagi. So semua menu yang disajikan juga adalah Halal. Dari korang makan dekat restoran luar sana yang tak tentu lagi kehalalannya kan, baik lah korang makan dekat sini. 100% terjamin halal dan selesa lagi. Harga pun berpatutan. Tak caya sila baca sampai habis.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Garoupa Delight kali ni sangat istimewa kerana ianya bertemakan masakan Cina yang mewah kerana kesemua menu yang dihidangkan adalah kaya dengan rasa yang menarik.

Dengan harga RM68.00+ seorang (minimum 5 orang semeja), Garoupa Delight menyajikan 5 menu utama masakan Cina di mana starter nya ialah 4 jenis Steam Dim Sum - steam Chicken Siew Mai with Ebiko, steam Black Mushroom Chicken Dumpling, Pan Fried Shanghai Dumpling dan steam Beancurd Roll.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Pan Fried Shanghai Dumpling

Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Steam Beancurd Roll
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Steam Black Mushroom Chicken Dumpling
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
- Steam Chicken Siew Mai with Ebiko

Menu utama untuk set ini pula ialah Ikan Garoupa. Korang boleh pilih samada nak masak Deep Fried with Spicy Plum Seeds and Lime Sauce ATAU Steam with“Teoh Chew”style and Glass Noodle.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Seterusnya korang akan disajikan dengan Pan Fried Prawn with Spicy Prawn Paste and Curry Powder on Hot plate dan Braised Sliced Top Shell Abalone and Bean curd Skin on Siew Pak Choy.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Akhir sekali untuk nasi korang boleh pilih samada nak Fried Rice with Chicken Cube in Bamboo Basket and Lotus Leaf ATAU Steam White Rice. Tapi kalau Ana, Ana prefer fried rice tu sebab bau dan rasa dia lain dari yang lain. Hanya ada dekat Hotel Grand BlueWave Shah Alam je tau.
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Garoupa Delight Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Pada yang berminat untuk mencuba masakan Cina yang sebenar boleh lah datang dan cuba Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni. Dengan layanan hotel bertaraf 5 bintang dan pada harga yang sangat berpatutan, korang pasti akan berpuashati dan pulang dengan perasaan yang gembira. Tapi sebelum tu pastikan korang buat reservation dulu tau. Takut full seat pula tarikh yang korang nak tu.

Maklumat lanjut tentang Garoupa Delight di Tung Yuen Chinese Restaurant, Hotel Grand BlueWave Shah Alam ni korang boleh hubungi nombor di bawah :

☎️ 03-5511 8811 ext. 2616 / 2724

Harga : RM68.00+
Hari : Isnin - Ahad
Masa : 11.30 pagi - 2.30 petang (Makan Tengahari) 
6.30 petang - 10.30 malam (Makan Malam)
Tempat : Level 1, Tung Yuen Chinese Restaurant 

Oct 17, 2018

Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel

11:53 AM 16
Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel | Assalamualaikum. Hi korang. Rasa macam baru je Ana sekeluarga bercuti di Pangkor. Rupanya dah masuk sebulan haa. Cepat sangat masa berlalu. Masa Ana bercuti di Marina Island tu ramai juga yang tanya Ana stay dekat mana sebab nampak menarik tempat tu. So hari ni Ana share dengan korang tempat penginapan Ana di sana. Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Hotel Review : Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Tujuan asal Ana bercuti di sini sebab nak bawa ayah pergi memancing. Pada mulanya Ana plan nak stay di The Rock Bund Fishing Chalet dekat Marina Island tu juga sebabnya chalet ni memang khas untuk orang memancing. Buka je pintu terus nampak lauk. Siap ada platfotm untuk memancing lagi. Tapi bila tengok harga, rasa agak tak berbaloi.

Survey punya survey ternampak lah Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni. Nampak menarik sebab dekat je dengan The Rock Bund Fishing Chalet tu so sure dekat dengan laut juga. Nak confirmation Ana call dulu pihak hotel tanya tempat memancing. Bila dapat tau yang kita boleh memancing dalam kawasan Rock Bund Fishing Chalet tu, memang cun sangat lah. Terus buat reservation. 

Ana booked bilik jenis apartment 3 bilik melalui Traveloka sebab tu yang paling murah. Harga bilik untuk 3 hari 2 malam ialah RM1050. So semalam jatuh RM525 dan satu bilik jatuh RM175 lebih kurang macam tu. Murah sangat dah tu bagi Ana sebab tarikh tu jatuh on weekend dan public holiday kan. Harga pula termasuk breakfast untuk 6 orang. Breakfast pun boleh tahan menu-menu yang disediakan.

Ana sampai sana dalam pukul 2 lebih. Sebelum check in kami survey dulu tempat memancing. Tak jauh pun dari hotel. Kalau naik kereta kurang dari 5 minit je. Cantik juga view dari tepi laut tu. Boleh nampak Pulau Pangkor dengan jelas sebelah sana tu. Tenang je rasa. Vitamin-sea is activated.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Selesai survey tempat memancing Ana terus ke hotel untuk check in. Walau pun check in pukul 3 tapi Ana saja-saja lah try kot-kot bilik dah ready kan. Alhamdulillah rezeki boleh check in awal sikit. Tak perlu beratur pun. Senang dan cepat prosedur check in. Tak sampai 5 minit settle. Maybe sebab tak ramai yang book bilik apartment kot.

Di  Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni ada 2 bangunan hotel. Satu bangunan untuk bilik jenis apartment dan lagi satu untuk bilik hotel biasa. Tapi kedua-duanya bersebelahan je. Dan ada yang dapat view laut ada yang dapat view lagoon.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Apartment Ana dapat view laut. Alhamdulillah. Cantik je pemandangan dari balkoni. Boleh nampak feri dan bot lalu lalang dekat laut tu. Oh ya Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni terletak berhadapan dengan Jeti Marina Island ke Pulau Pangkor. 5 minit jalan kaki je. Dekat kan. 


Ok ni lah rupa apartment 3 bilik tu. Memang sangat luas. Ada meja makan, meja kerja, meja kopi dan kemudahan basic kitchenette untuk para tetamu. Peti ais pun besar. Boleh sumbat memacam dalam tu. Hehe.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
   
Ni rupa bilik utama aka master bedroom. Luas kan. Siap ada balkoni lagi. Katil jenis king. Toilet pula sangat luas sebab ada bath tub sekali. Hair dryer pun ada juga.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Ni bilik nombor 2. Ada 1 katil single dan 1 katil super single. Ana and family tidur dalam bilik ni. Macam biasa Ana tidur dengan syafi so kitorang conquer katil super single tu. Memang rasa luas dan selesa. Faham-faham lah tidur dengan budak kecik tu ganas bukan main.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Setiap bilik dalam apartment ni ada attached bathroom tau. So takde istilah berebut toilet bila duduk reramai ni. Aurat pun terjaga. Tu yang penting.  Toilet bilik Ana ni pun luas juga. Bersih yang penting. Cuma takde hair dryer. Tu jer.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Bilik nombor 3 takde gambar lah pulak. Tapi saiz dia lebih kurang macam bilik nombor 2 tu cuma katil dia katil jenis queen. Tu je bezanya

Selesai cerita bab bilik. Sekarang nak cerita bab aktiviti yang korang boleh buat dekat sini. Kalau yang datang nak bawa anak-anak bercuti, jangan risau dekat sini ada swimming pool. Ada 4 lagi. 2 pool di bangunan yang Ana stay ni, lagi 2 di bangunan sebelah. Dua-dua pool kita boleh mandi. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Kalau nak berbasikal pun boleh. Ada basikal untuk disewa dekat luar pintu hotel. Tak sure berapa harga dia sebab Ana tak plan nak naik basikal pun.

Bagi yang datang nak buat family day, ada kawasan yang luas untuk korang buat aktiviti. Masa Ana stay sini ada 2 syarikat tengah buat family day. Macam-macam game dorang buat. Boleh main tarik tali boleh main bola sepak pantai, bola tampar, aktiviti air dan banyak lagi. Ada recreational crew yang akan conduct dengan team korang. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Tapi yang paling Ana teruja ialah aktiviti air. Yang ni semua orang boleh main. Ana sempat lah main kayak dan naik pelampung unicorn sepanjang dekat sana. Memang syok sangat. Ni katanya dorang tengah pasang permainan yang baru untuk aktiviti air. Mesti lagi best lepas ni. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Pada yang tertanya tentang keselamatan, jangan risau sebab ada crew yang akan sentiasa bersama korang untuk pantau bab keselamatan.  Nak masuk lagoon ni wajib pakai jaket keselamatan sebab ada kawasan yang dalam tau. So agak bahaya pada yang tak reti berenang macam Ana. Haha. Tapi bila dah pakai jaket tu, don't worry lah. Enjoy je. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Nak naik kayak dengan unicorn ni kena sewa tau. Macam unicorn ni harga sewa dia RM5 untuk 10 minit. Dan kayak RM15 untuk satu pusingan. Tapi memandangkan masa kami sewa tu takde orang lain, so main lah sampai puas. Memang best giler. Sporting je crew dorang tu. Crew yang jaga kitorang nama dia Kecik. Memang terbaik dan sporting. Korang kalau ke sana cari Kecik tau.
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Oh ya dekat lagoon tu ada macam-macam jenis ikan tau. Korang boleh bawa roti dan bagi ikan makan juga. Tapi nak dan nak amik gambar sebab ikan dia laju giler bergerak. Tau tau habis roti tu semua. Hehe.

Overall memang best sangat stay dekat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni. Ana sekeluarga puas hati sangat. Apartment dan bilik luas, bersih dan selesa.  Staff pun friendly. Kalau tak, tak kan Ana tambah semalam lagi stay dekat sini. Hehe melampau kan. So total Ana stay dekat sini 4 hari 3 malam. Cuma harga hari ke-4 tu murah sikit sebab jatuh on weekday. Dalam RM450±± macam tu. 
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Marina Island Pangkor Resort & Hotel
So pada yang plan nak cuti hujung tahun ni, tak tahu nak ke mana. Why not korang ke sini. Boleh jalan-jalan dekat Pulau Pangkor, memancing dan buat pelbagai aktiviti air bersama keluarga dan rakan-rakan. Nak cari tempat makan pun senang. Banyak restoran, kedai dan kafe ada tak jauh dari hotel. Harga pun semua sangat berpatutan.  Memang takde.masalah pun. So selamat bercuti semua.

Psst : Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni terletak di Pulau Marina, bukan di Pulau Pangkor.