Tanda Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung - Ana Suhana

Sep 14, 2018

Tanda Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung


Tanda Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung | Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua. Ana doakan semoga semuanya beroleh keberkatan hari yang penuh barokah ni. Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tentang perilaku tidak berperikemanusiaan 2 orang lelaki yang membunuh kucing dengan memasukkannya ke dalam mesin basuh. Kejam dan geram kan. Tapi itu lah hakikat yang berlaku di sekeliling kita hari ni. Manusia semakin tenat walau dunia semakin maju. Tanpa kita sedar apa yang berlaku itu merupakan Tanda Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung.
Tanda Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung
Tanda Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung
Tanda Dunai Semakin Hampir Ke Penghujung

Dekat bawah ni Ana kongsikan 15 fenomena yang juga merupakan Tanda Dunia Semakin Hampir Ke Penghujung. Semoga menjadi renungan dan bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah. 

1. Ramai memiliki rumah  besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.

2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.

3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.

4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.

5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.

6.  Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah

7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.

9. Ramai kawan di dunia maya  tetapi tidak mempunyai teman sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.

11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.

12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.

13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.

14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.

15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.

Renung-renungkanlah. 

12 comments:

  1. Hakikat...ya inilah yang sedang berlaku sekarang..sihat luarannya namun mati dalamannya..hilang rasa kasihan..hilang rasa takut Allah swt.Terkadang yang asyik dikejar itu duniawi..sehingga keperluan untuk hidup yang benar-benar hidup di SANA diabaikan..kalau perasan...akhir zaman orang lebih gemar memilih jalan mudah dan singkat biarpun risikonya besar.Bertawakkal di tempat dan situasi yang silap.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan ini. Sama-sama mencari keredhaanNya.

    ReplyDelete
  3. Akak tak leh tengok video 2 orang yang masukkan kucing dalam dryer tu..kurang ajar..bukan seekor kucing dia bunuh..tapi ada anak2 sekali kan..masalahnya yg ada kat dobi tu apesal tak tegur kan?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas peringatan menarik ini. Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  5. Betul tu. takut sangat rasa bila renung balik semua ni. kita masing2 tak terlepas dari sikap alapa ni. supaya kita dapat hidayah dan terus istiqomah. supaya Allah lindungi kita semua.

    ReplyDelete
  6. Good sharing Ana.. takut bila baca kan. Semoga pengakhiran hidup kita dalam keredhaan Allah.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, risau, takut sama banyak bila dibaca dan difikirkan..semoga kita dipermudahkan dan sentiasa dalam lindunganNya

    ReplyDelete
  8. Banyaknya tanda tanda. Bumi dah semakin ke penghujung dunia. Allahualam.

    ReplyDelete
  9. macam macam dah berlaku zaman sekarang ni. moga kita semua bermuhasabah diri dan siapkan bekalan kita untuk menghadapinya.

    ReplyDelete
  10. Semakin banyak tanda.. Semoga kita semua muhasabah diri..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤