Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited Ed #Juliet Red Review - Ana Suhana

Sep 26, 2018

Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited Ed #Juliet Red Review


Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited  Ed #Juliet Red Review | Assalamualaikum. Hi korang. Hari ni Ana excited nak share dengan korang tentang satu lipstik yang diformulasi daripada bahan semulajadi yang baru saja dilancarkan baru-baru ini hasil kolaborasi 2 syarikat dari 2 negara (Korea x Malaysia) iaitu Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited Ed #JulietRed.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited  Ed #Juliet Red Review 

Swanicoco x 50gram
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Swanicoco merupakan sebuah syarikat kosmetik semulajadi yang terkenal di Korea. Perniagaan Swanicoco bermula dengan penghasilan sabun  semulajadi di mana proses penapaian yang dijalankan adalah sama dengan proses penapaian makanan. Ini menunjukkan yanh rangkaian produk kosmetik Swanicoco adalah selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit selain dapat membantu memulihkan kulit rosak, meningkatkan keanjalan kulit serta menghalang penuaan kulit.

Bila dah kata kosmetik semulajadi sure lah bahan-bahan yang digunakan pun dari bahan semualajadi kan. Antara bahan-bahan utama yang digunakan dalam rangkaian produk Swanicoco adalah daripada ekstrak tumbuhan semulajadi Korea, bahan-bahan yang dipaten dari Eropah dan Perancis atau bahan organik yang disahkan daripada Amerika Syarikat dan Australia. Tiada bahan kimia seperti bahan pewarna, pewangi tiruan, pengawet kimia, steroid, alkohol, minyak mineral, paraben, dan benzophenones digunakan. Ini penting tau sebab ianya membantu meningkatkan kadar penyerapan produk ke dalam kulit dan tanpa sebarang kerengsaan.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
50gram pula merupakan kedai bunga atas talian pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga segar berserta video ucapan bagi pihak korang untuk semua jenis acara. Baik  untuk sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis graduasi dan banyak lagi. Penghantaran adalah di sekitar KL / Selangor dan  Pulau Pinang dan paling best penghantaran boleh dibuat pada hari yang sama.

Show The Velvet Limited Ed

Dengan packaging berwarna hitam yang menawan, Show The Velvet Limited Ed hadir dalam 3 vivid color yang sangat mengujakan iaitu #PinkBlossom, #ShineOrange dan #JulietRed. Ketiga-tiga color ini walaupun nampak bold dan vibrant tapi kalau dipakai dengan cara berbeza (secara biasa atau dapping), korang akan nampak perbezaan warna lipstik tersebut pada bibir korang.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Siri Velvet ini dikatakan dapat memberi kelembapan yang lama serta mampu melembutkan kulit kerana mengandungi pelembap semulajadi seperti carnauba wax dan natural oils. Jadi bibir tidak akan cepat kering. Full ingredients rujuk kotak di bawah :

Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850.

Selain itu pelembap semulajadi tersebut juga mampu menjadikan pemakaian liptik lebih lama (long-lasting) dalam sekali sapuan. Itu yang kita nak kan dari setiap lipstik yang kita beli!!

Dari segi bau pula lisptik ni mempunyai sedikit bau bunga  ros tapi tak terlalu kuat. Dan bila kita apply dekat bibir, bau tu tak terasa pun.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Lipstik ni menggunakan teknik twist untuk membuka penutup dan juga untuk keluarkan lipstik dari container. So kita tak perlu risau kes penutup lipstik akan 'tercabut' daripada badannya secara tidak sengaja bila berada dalam beg kita. Boleh bayangkan tak kalau perkara tu terjadi?? Haru beb!!
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
And this is the actual size of the lipstick. Panjang kan and for sure boleh tahan lama sebab hanya perlu satu olesan saja setiaop kali pakai - worth to purchase because money saving guarantee. Dan jangan risau kalau terlupa tentang expired date sebab tarikh tamat ada dicetak di bahagian bawah container.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Barang baik selalunya tidak lama!! So untuk pengetahuan korang siri Velvet dari Swanicoco ini adalah edisi terhad aka limited edition. That's mean once this product sold out, no more restock!!!.

My Own Review

Ana dah cuba lipstik ni selama hampir 2 minggu dan so far Ana rasa sangat selesa bila apply lipstik ni. Ana summarise kan pengalaman Ana dekat bawah ni untuk mudahkan korang baca :

1. Tona Warna

Memandangkan produk ini baru dilancarkan, so far hanya kod #JulietRed yang available di laman web 50gram. Another 2 shades are coming very soon.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Pertama kali bila lipstik ni sampai Ana was like, oh my this is not so my favorite shades. I do prefer something light pinkish for my lips. But surprisingly #JulietRed has won my heart and make me fall in love with this red vivid shades. The shades really suit my skin tone. Yeah!!! Thank you Swanicoco.

Macam Ana terangkan dekat atas tadi, korang boleh main dengan shades lipstik ni depend  on the occasion; either nak pakai pekat atau light.

Macam Ana more on everyday look so Ana akan ' dap dap' kan je lipstik tu kemudian ratakan ke seluruh bibir. Hasilnya warna lipstik tu akan nampak natural seakan warna bibir kita.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Then let say korang nak change to bold look untuk attend  event like dinner, wedding or even for work wear just pekatkan warna lipstik tu dengan pakai seperti biasa. Gambar ni hasil dalam satu olesan - kind of red orange shades. Nampak perbezaan dia kan? 
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed

2. Tekstur Lipstik

Antara sebab Ana suka dengan lipstik ini ialah kerana teksturnya yang ringan, creamy dan matte finish which is menyerlahkan lagi pigmen warna Velvet tu - rich in color. Dan bila dioles pada bibir Ana boleh rasa yang lipstik ni betul-betul melindungi bibir Ana sepenuhnya dengan kelembapan yang ada.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Ana pernah pakai few matte lipstick tapi kulit bibir Ana jadi kering dan hasilnya akan nampak comot dengan kulit terkupas. Tapi dengan siri Velvet ni, surprisingly dia tak mengeringkan kulit Ana walau pakai dalam masa yang lama.

** In case kulit korang jenis yang kering, why not korang apply pelembap bibir sedikit. Kalau boleh pelembap yang takde color - transparent.

3. The Application
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Dari segi application, Ana boleh katakan siri Velvet ni agak smooth bila dioles pada bibir dan yang penting sapuan tersebut tidak tebal. Lekapan lipstik pada bibir pun nampak sempurna dan menyeluruh.

4. Mudah Bersih
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Mudah dibersihkan juga antara sebab Ana suka dengan lipstik ni. Walau kita pakai dengan sapuan yang tebal, namun ianya sangat mudah untuk dibersihkan terutama ketika ingin bersolat. Hanya menggunakan sehelai tisu basah biasa, bibir korang akan bersih sepenuhnya.

5. Ketahanan Warna Pada Bibir
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Swanicoco claim yang produk ni mempunyai  long-lasting effect. Ana bersetuju dengan itu cuma kalau kita makan atau minum, warna tersebut akan pudar kerana melekat pada gelas dan juga pada tisu. Warna lipstik tu akan jadi warna merah jambu macam gambar dekat atas ni. So apa yang kita perlu buat hanya touch up sikit je untuk dapatkan warna asal kembali.

Overall Rating

Color : πŸ’„πŸ’„πŸ’„πŸ’„
Smell : πŸ’„πŸ’„
Comfort : πŸ’„πŸ’„πŸ’„πŸ’„πŸ’„
Durability : πŸ’„πŸ’„πŸ’„
Removing: πŸ’„πŸ’„πŸ’„πŸ’„πŸ’„
Price: πŸ’„πŸ’„
Repurchase : πŸ’„πŸ’„πŸ’„

Cara Untuk Membeli

Pada yang berminat untuk memiliki Swanicoco Show The Velvet Limited Ed ni, korang boleh dapatkan melalui website 50gram - the first to sell in Malaysia. Oh ya harga satu lipstik ni ialah RM88.95 (pre-sale price). Dan penghantaran adalah ke seluruh negara. Jom dapatkan Show The Velvet Limited  Ed #Juliet Red ni sekarang juga and lets be cantek.

Website :

FB :


17 comments:

  1. Kesan selepas menggunakan apa pun bahan kosmetik itu pentingkan kak..tidak merosakkan kulit wajah...bibir itu yang dicari dan boleh diteruskan penggunaannya..

    ReplyDelete
  2. Wah menarik nie, yang penting bahan selamat untuk kita guna. Lagi satu bab nak bersihkan bila nak solat tu.. suka sangat.. ❤

    ReplyDelete
  3. Nampak cantik pulak kaler ni bila tengok Ana pakai. Tapi Ana sama dnegan Mimi, wsrna ni bukan favourite sbb tak berani cuba. Tapi leoas baca ana review macam tertarik pula nak dapatkan satu

    ReplyDelete
  4. cantiknya warna lipstik ni... nak try la nanti...

    ReplyDelete
  5. warna dia cantik alahaiii nak satu!

    ReplyDelete
  6. wah merah makngah..tkpernh try lg pki liptik color merah sbb rs garang..ana sesuai sbb kulit cerah

    ReplyDelete
  7. Berita baik buat wanita ni.. terbaik :)

    ReplyDelete
  8. Cantik kalernya dan sesuai dgn Ana shade ni ...

    ReplyDelete
  9. Paling suka bila ia semulajadi, jadi tak risau bila kita termakan dia kan..

    ReplyDelete
  10. Menarik ni. Kebetulan lipstick leya dah nak habis. Macam nak try lah produk baru ni

    ReplyDelete
  11. Manarik..bleh la skodeng website tu..suka warna yang ana guna tu

    ReplyDelete
  12. Cantik memang cantik tapi sis mampu stalk websitenya saja. Sobss !

    ReplyDelete
  13. Cantik2 colour dia.. nmpak smooth je kat bibir .

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤