Resipi Vietnam Spring Roll - Ana Suhana

Sep 11, 2018

Resipi Vietnam Spring Roll


Resipi Vietnam Spring Roll | Assalamualaikum. Dalam entri lepas Ana ada share tentang Vietnam Spring Roll yang Ana order dengan blogger Liez. Tu lah first time Ana merasa makanan negara Vietnam ni. Walau pun first time tapi kena dengan selera Ana, lagi lagi bila cicah dengan sos ala Thai yang yang ada sekali tu. Nak jadi cerita semalam masa pergi rumah MIL kebetulan dia tengah buat Vietnam Spring Roll ni. Sejenis kerajinan mak mertua ku itu. So sempat lah Ana copy and paste Resipi Vietnam Spring Roll yang tu. Senang sangat rupanya haaa.
Resipi Vietnam Spring Roll
Resipi Vietnam Spring Roll
Resipi Vietnam Spring Roll

Masa Ana makan Vietnam Spring Roll yang Ana tempah dari Liez tu, ada daun ketumbar dan saderi tak silap dalam tu. Macam Ana, Ana bedal je sebab memang resipi asal dia macam tu kan.  Baru lah rasa makan healthy food orang kata kan. Memandangkan rasa daun ketumbar tu tak berapa digemari so resipi mil Ana ni tak letak daun ketumbar. In fact bahan-bahan yang diguna semuanya bahan yang sedia ada dekat dapur except for kulit popia tu lah kan.

Veitnam Spring Roll ni best bila buat ramai-ramai. Sambil borak sambil buat. Sesuai dihidang untuk minum petang atau untuk light dinner sebab ada sayuran kan. Percayalah sorang tak kan cukup 2 roll. At least 4-5 roll kalau untuk Ana sendiri. Hehe. Jom tengok Resipi Vietnam Spring Roll ni.

BAHAN-BAHAN
Resipi Vietnam Spring Roll
Resipi Vietnam Spring Roll
1. Rice Paper - beli dekat Tesco
2. Cendawan Enoki
3. Filamen / Crab stick
4. Udang
5. Lobak Merah
6. Timun
7. Butterhead / Daun Salad

CARA-CARA

1. Cendawan Enoki, filamen dan udang dicelur atau direbus sebentar.

2. Hiris nipis lobak merah dan timun. Ikut pada ketebalan dan saiz yang korang nak.

3. Masa nak membalut, rendam dengan kadar cepat (1-2 saat) rice paper untuk melembutkan dia. Rendam satu satu masa nak guna. Jangan rendam sekaligus sebab nanti paper akan terlalu lembut dan cepat koyak masa membalut nanti.
Resipi Vietnam Spring Roll
Resipi Vietnam Spring Roll
4. Lepas rendam susun bahan-bahan yang ada di tengah-tengah. Susun lah ikut suka korang. Nak cantik filamen yg berwarna merah tu biar menghadap ke bawah.

5. Lipat rice paper kemas-kemas. Masa ni akan teruji sedikit kesabaran especially pada yang OCD sebab kulit tu kadang akan cepat koyak. Very fragile orang kata. So be careful.

6. Siap dihidang bersama sos Thai.


INFO :

1. Cendawan tu boleh tukar dengan suhun kalau nak.

2. Sos tu ada yang guna sos kacang tapi kami guna sos Thai Jalen. Sedap sangat dah.


21 comments:

  1. Macam senang ja Ana.. boleh cuba buat nanti nie. Nampak sedap..

    ReplyDelete
  2. Saya pon suka mende alah ni, memula makan macam pelik, tapii at the end..sedap pulok!
    Tq share..nak bookmark lahh

    ReplyDelete
  3. Rajinnya la MIL ana.. makan sekejap jer, nak buat bercinta jugak lah kalo sorang2 buat. Hii

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Simple rupanya ye nak buat vietnam spring roll tu. Tapi dia punya kulit tu akak beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  5. Wah.. sedapnya.. mudah pula tu nak buat.. sos jalen memang sedap..

    ReplyDelete
  6. Liez mmg addicted dgn VSR tau.. klau orang tempah,mesti reserve 3 batang utk sekali mkn..

    ReplyDelete
  7. kat tempat echa susah betul nak cari rice paper ni

    ReplyDelete
  8. selalu jugak nampak sis liez post pasal vietnam spring roll ni, tapi jauh pulak nak order. nak buat sendiri mcm lambat lagi je hahaha

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba nantiiiii.. tq ana.. :)

    ReplyDelete
  10. aduuuu sedapnya boleh cuba nanti nak kena cari bahan dulu

    ReplyDelete
  11. Nak cuba...boleh jadikan menu diet ni kan kak Ana...

    ReplyDelete
  12. hah dh bole wat sdiri..puas la mkn tu..mcm2 bole ltk ikut selera kita kn

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaa kak Ana. Dulu Nani pernah belu tapi biasa biasa aje rasa dia. Lepas ni boleh lah try buat sendiri guna resepi ni.

    ReplyDelete
  14. senang je buat dia.. order gan ana lah.. hahaha

    ReplyDelete
  15. Rice paper tu beli dekat tesco ea. Dah lama teringin nk buat ni. Nanti nk cuba.

    ReplyDelete
  16. confirm sedap ni.. thanks ana share resepi

    ReplyDelete
  17. Thanks resepi. Mmg nak makan sgt. Nampak Ana buat mcm senang je. Ehheheheh Nora tau makan je xpernah buat lagi.

    ReplyDelete
  18. Sedaaapnya, rasa teringin nak try la...

    ReplyDelete
  19. sedapnya...tapi syg sye alergik huhu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤