Kejohanan Golf Amal RMHC Raih RM440k Untuk Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia - Ana Suhana

Sep 6, 2018

Kejohanan Golf Amal RMHC Raih RM440k Untuk Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia


Kejohanan Golf Amal RMHC Raih RM440k Untuk Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia   | Assalamualaikum.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itu yang Ana boleh katakan tentang Kejohanan Golf Amal RMHC Raih RM440k Untuk Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia oleh RMHC - Persatuan Kebajikan Ronald McDonald. Korang pernah dengar tak tentang RMHC ni? Apa tujuan di tubuhkan? Jom baca dekat bawah ni. Mana tau korang pun boleh sama-sama membantu.
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Kejohanan Golf Amal RMHC Raih RM440k Untuk Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia   

Untuk pengetahuan korang, RMHC ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang ditubuhkan pada Februari 1990 untuk menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak yang melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta. Hebat kan? 
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Nak lagi hebat, baru-baru ini telah berlangsungnya kejohanan Golf Amal RMHC dan dari acara tersebut sebanyak RM440,000 telah berjaya diraih untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian. Selain dari itu, sumbangan tambahan berupa wang tunai dan barangan dari rakan-rakan perniagaan dan orang ramai turut disalurkan untuk mengumpul sasaran dana sebanyak RM4 juta. 
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Naib presiden RMHC Malaysia; Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dari rakan-rakan perniagaan McDonald’s ke atas aktiviti-aktiviti amal demi kesejahteraan masyarakat.

“Kami sangat menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan perniagaan McDonald’s. Memastikan keluarga dan anak-anak mendapat peluang yang lebih baik dalam kehidupan merupakan matlamat kami di RMHC. Setiap sen yang disumbang kepada RMHC mampu memberi perubahan yang cukup besar dengan memastikan keluarga dapat sentiasa bersama,” kata Sim.

Kalau korang nak tau lagi, Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira 20 tahun lalu. Dan sepanjang tempoh itu, banyak keluarga golongan berpendapatan rendah telah dapat dibantu bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mereka. 
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Untuk Rumah Ronald McDonald yang kedua  ini ianya dijadualkan akan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019. Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Hospital USM & Pengarah Kampus Kesihatan USM berkata, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini semestinya dapat memberi manfaat yang besar memandangkan kebanyakan keluarga yang mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka di Hospital USM merupakan golongan berpendapatan rendah.


“Sebaik-baiknya kita mahu keluarga ini sentiasa berada dekat antara satu sama lain memandangkan proses rawatan kadangkala melibatkan jangka masa yang panjang dan boleh memberi tekanan kepada keluarga dan pesakit sendiri. Sesetengah keluarga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dimana adakalanya melibatkan lebih dua jam perjalanan. Dengan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan yang bakal siap tidak lama lagi, keluarga boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses rawatan dan pemulihan anak mereka di hospital,” kata beliau.

Rumah Ronald McDonald yang baru ini turut menyediakan kemudahan yang selesa pada harga yang berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang sedang mendapatkan rawatan perubatan untuk tempoh masa  yang panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan. Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baru ini juga mampu memberi manfaat kepada keluarga yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima untuk membolehkan keluarga menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi. 
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Sebagai contoh, Puan Mimi Faizah Lee Abdullah adalah salah seorang keluarga pesakit pediatrik yang telah mendapat manfaat dari Rumah Ronald McDonald pertama di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 2005. Menurut beliau, kemudahan Rumah Ronald McDonald yang disediakan ini merupakan sesuatu yang amat bermakna semasa anak dan cucu beliau manjalani rawatan kanser di hospital.

“Proses rawatan yang dilalui adalah kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilalui,” kata Mimi Faizah.
  
Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal.

Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, korang boleh layari https://rmhc-malaysia.my/. Jom sama-sama saling bantu membantu kepada mereka yang memerlukan. 

16 comments:

  1. Bagus ada inisiatif mcm ni kan. Membantu sikit sebanyak pada yg memerlukan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing

    ReplyDelete
  3. Tahniah McD.. bagus kan apa yang McD buat nie. Dapat membantu pada yang perlu..

    ReplyDelete
  4. Moga kemudahan yang telah disediakan ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan..dan yang paling penting sana-sama menjaga persekitarannya agar dapat dimanfaatkan untuk jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete
  5. semoga bermanfaat kepada mereka yg memerlukan..

    ReplyDelete
  6. bila bab anak-anak ni, akk mudah tersentuh. Lelagi yang sedang sakit dan berada di dalam kalangan keluarga yang kurang kemampuan

    ReplyDelete
  7. jangan ingat kat Malaysia ni semua hidup senang..ada je yg perlukan bantuan...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. ada juga usaha khidmat masyarakat yg masih diteruskan.dulu time kat uni selalu join activity mcm ni.

    https://hunnyandvanilla.blogspot.com

    P.S. done add Google+ and GFC. jemput dtg blog Myra tau! (geng 50Gram KOL)

    ReplyDelete
  9. Usaha murni yang dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. Bagus ada inisiatif sepertu ini. Ramai je diluar sana yg memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  11. bagus sgt la ada kemudahan rmah McDee ni. Golongan miskin pasti akan mendpt manfaat. Kita yg bergelar M40 ni pun terbeban apatah lagi golongan B40.

    ReplyDelete
  12. Pernah dengar.
    Satu inisiatif yang bagus dan harus diteruskan

    ReplyDelete
  13. Bagus rumah RHMC ni dibina untuk memudahkan urusan keluarga pesakit.

    ReplyDelete
  14. Nani baru tahu ada tempat ni. Bagus sangat, sekurang kurangnya meringankan jugak beban dia orang kan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤