Do and Don't On Instagram - Pantang Larang Had Instagram - Ana Suhana

Sep 20, 2018

Do and Don't On Instagram - Pantang Larang Had Instagram


Do and Don't On Instagram - Pantang Larang Had Instagram | Assalamualaikum korang. Perasan tak sekarang ni Instagram menjadi platform pilihan kebanyakan dari kita especially buat online seller. And even artis pun tau. So hari ni Ana nak share dengan korang tentang Do and Don't On Instagram - Pantang Larang Had Instagram yang dikongsi oleh rakan blogger kita.
Do and Don't On Instagram - Pantang Larang Had Instagram
Do and Don't On Instagram 
Do and Don't On Instagram - Pantang Larang Had Instagram

Ana percaya pada yang mencari income dengan media sosial pasti nombor of followers menjadi satu perkara yang penting. Sebabnya ada job dibayar mengikut berapa banyak followers kita. So macam-macam cara lah kita buat untuk naikkan followers tu kan. Kadang tu sampai kena barred sekejap. Mesti korang tertanya kenapa sampai jadi macam tu kan. Dekat bawah ni jawapan dia.

9 PANTANG LARANG HAD INSTAGRAM

1. UNFOLLOW / FOLLOWING - 40/jam & 900/sehari)

Korang hanya boleh follow atau unfollow setakat 40 akaun setiap jam & 900 akaun sehari. Ini had paling selamat walaupun ada akaun yang boleh buat sampai 100/jam & 1000 sehari. Tapi kena ingat tak semua menjadi. So jangan guna maksimum. Patuh had selamat utk lebih selamat.

2. LIKES  - 30/jam & 500/sehari

Korang hanya boleh likes akaun Instagram orang lain sebanyak 30 likes sahaja setiap sejam. Dan maximum korang boleh likes adalah 500 likes sehari.

3. COMMENT -  30/jam & 500/sehari

Untuk komen pula korang hanya dibenarkan untuk komen gambar akaun Instagram orang lain sebanyak 30 komen sahaja setiap jam. Dan maximum korang boleh komen ialah sebanyak 500 komen dalam sehari. Please bare in mind jangan spam komen yang sama!!! 

4. POSTING - 4/jam

Tak pasti limit untuk nombor of posting, tapi pastikan jangan post gambar banyak-banyak dalam satu masa. Selang 15 minit untuk next post.

5. HASHTAG - 30/post

Tahu tak yang maximum hashtag yang boleh digunakan hanya 30 hastag setiap satu post. Jika hashtag korang terlebih, post korang tidak akan naik atau bila korang post caption semua akan hilang.

6. FOLLOWING MAXIMUM PER ACCOUNT - 7500 Following 

Satu akaun instagram hanya boleh follow maksimum 7500 orang / akaun sahaja. Selepas had tersebut, IG korang dah tak boleh follow akaun orang lain dah. Jadi korang perlu unfollow dahulu sebelum start follow akaun yang lain pula.

7. CAPTION - 2,200 Huruf Tanpa Hashtag

Had limit huruf untuk satu-satu posting hanya terhad pada 2,200 huruf sahaja. Kalau nak taip lebih-lebih, blog kan ada ;) 

8. IG STORY - Save Di Bahagian Highlight

Korang boleh save IG Story korang di bahagian highlight di bawah biodata IG untuk rujukan followers korang. Kalau tak IG Story akan auto delete selepas 24 jam. 

9. VIDEO UPLOAD - Maksimum 1 minit sahaja.

IG hanya benarka video berdurasi 1 minit sahaja. Tapi korang boleh buat album untuk sambungan video tersebut dalam post yang sama dengan upload sambungan video tersebut di bahagian swipe kiri atau kanan posting. Tak perlu dah  nak upload banyak kali dalam posting yang baru. 

Itu lah sedikit sebanyak Do and Don't On Instagram - Pantang Larang Had Instagram untuk rujukan kita  bersama. Tak salah untuk kita ikut kan. So selamatm encuba gais.

22 comments:

  1. PC belum ada akaun ig...mana tahu akan datang nak buka akaun ig..ini boleh jadi rujukkan PC..terima kasih perkongsian ini ya Kak Ana.

    ReplyDelete
  2. sha memang jarang nak upload gambar @ buat caption panjang panjang hehehe

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..yg psl brp byk kita bole follow n like tu ada masa2 tertentu..tktau pn hsbb mayb buat belum smp limit kn

    ReplyDelete
  4. Good sharing ana...sangat- sangat membantu...

    ReplyDelete
  5. Good sharing Ana.. blogger macam kita penting juga kan IG nie..

    ReplyDelete
  6. ohh mcm tu..tak pernah tau pantang larang..sebab time upload je time tu baru dok like gamba org haha

    ReplyDelete
  7. tips yg baik.. tapi mek tk aktf lg ig nihh

    ReplyDelete
  8. Baru tahu pasal Do's and Don't IG nie..

    ReplyDelete
  9. no 1,2,3 tu lama tak buat..ptt la IG akk mkn teruk hahaha

    ReplyDelete
  10. thanks for the tips. and yes, my business ig account pernah kena removed sbb terlalu active. dan tak boleh nak retrieve blk. Sobsss~

    ReplyDelete
  11. Thank you for sharing this, kak Ana. Tak pernah tahu pun sebelum ni.

    ReplyDelete
  12. Nice sharing Ana.. Thank you..

    Tambah don't satu lagi, don't unfollow sesuka hati šŸ˜‚


    ReplyDelete
  13. oh ye ke ana,baru tau ni...tapi putus asa juga dgn insta ni...kita dah follow,eh dia unfollow kita plk..

    ReplyDelete
  14. Ilmu baru ni pada Mrs. A untuk IG.
    Adoiii... Mrs. A memang tak terikutlah kut hahahaha

    ReplyDelete
  15. Saya belum ada instagram walaupun saya berniaga..hehe.

    ReplyDelete
  16. Ok ada some things yang anis baru tau...

    ReplyDelete
  17. haha, kalau tak kena share info ni, sampai ke sudah tak tahu IG ni ada do and donts kan...

    ReplyDelete
  18. wow bagus pengetahuan dan ilmu media sosial baru tahu.. terima kasih Ana kongsikan pantang larang ini!

    ReplyDelete
  19. banyak juga pantang larang main Insta ini..

    saya dah kurang aktif Insta

    ReplyDelete
  20. Aduhai kak biar betik fakta 1 hingga 7 baru ira tahu ini hari hahaha tapi kalau ira lah satu post sehari pun belum tentu so kira selamat kot hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤