Saturday Night Dinner di Washout Laundry & Cafe - Ana Suhana

Sep 4, 2018

Saturday Night Dinner di Washout Laundry & Cafe


Saturday Night Dinner di Washout Laundry & Cafe  | Assalamualaikum. Cerita dua minggu lepas. Malam Sabtu tu Ana lepak dekat rumah mak sebab En Suami ada meeting KRT. So mengendenglah 2 beranak ni kat rumah mak. Paling happy si kecik tu lah. Main sepanjang petang. Habis semua kena buli paksa main bole dengan dia. Dah penat main petang tu bila malam semua start kelaparan. Tu lah yang berSaturday Night Dinner di Washout Laundry & Cafe jadinya.
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe
Saturday Night Dinner di Washout Laundry & Cafe

Sebenarnya anak-anak Cik Esah termasuk lah Cik Esah sendiri, asal malam minggu masing-masing macam cacing kepanasan kalau duduk terperuk kat rumah. Haha. Mesti je ada idea nak keluar pergi mana-mana. Janji keluar rumah. Kitorang tak macam Wak Erry. Wak Erry cool je duduk rumah sambil layan YouTube. So malam tu sebab malas nak pikir teruas nak makan mana tu yang terus ke Washout Laundry & Cafe ni. Sebelum pergi kami call dulu buat reservation. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Dalam pukul 8.45 malam tu kami selamat sampai. As expected, meja semua full. Siap ada yang buat birthday party lagi. No wonder lah full. Selamat Ana call dulu kan. Kalau tak, silap hari bulan berjanggut nak menunggu. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Masuk je dalam kafe tu dah nampak nama Ana atas meja. So terus je duduk. Masa belek menu, tetiba ada macam terdengar bunyi krik krik krik. Rupanya Cik Esah confuse tak tahu nak order apa. Ye lah kebanyakkan menu semua western. Cik Esah perut orang Melayu. Menu yang sesuai dengan perut dia ada 3 menu nasi goreng je. Pikir punya pikir dia order Nasi Goreng Matanya Satu - RM6.90. Kemain kan nama menu dia. Swag sangat. Hahahaha. 

Syafi dengan Acu dia macam biasa pilih menu pasta. Syafi order carbonara - RM12.90 manakala acu dia order Washout Aglio Olio - RM9.90. Suka nau pasta. Patut lah sekepala. 

Ana pula follow 2 adik lagi order Monster Platter - RM59.90. Set untuk 3-4 orang makan. Nampak menarik giler dekat IG dorang set ni. Lagipun Ana saja nak merasa. Kenyang lagi sebenarnya malam tu. Memula nak order 2 set tapi takut tak habis so stick order 1 set je dulu. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Nasi goreng matanya satu Cik Ecah sampai dulu. Bila dah ada atas meja, Ana was like.... Sebab nasi goreng dia macam untuk budak-budak tadika. Nasi goreng plain dengan telur mata. Nasi dia pula kering sangat. So bila dah kering rasa macam tak berapa nak lembut. Kalau Ana dah potong stim dah tu. Cik Esah pun tak berapa nak lalu makan. Last-last Acu yang tukang habiskan.
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Pasta Syafi dan Acu kemudian sampai. Kuah carbonara dia pun agak tak banyak macam carbonara yang selalu Ana order so macam kes nasi goreng tadi, pasta jadi agak kering. Syafi apa tau dia makan je. Rasa semua ada dah cuma kuah sikit. Tak berapa nak feel masa makan.
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Aglio olio acu sebab kita dah tau masakan menu tu macam mana, so ni complaint on that. Cuma kalau order yang ada chicken chop macam Ana order last time the taste would be better. 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Last sekali set monster platter. Dalam tu ada chicken chop, lamb chop, meatballs, pasta, fries, bun, coleslaw, sausages dan black pepper sauce. Bagi Ana biasa je set ni. Yang sedap pun cuma chicken chop dan coleslaw dia je. Yang lain biasa-biasa je. Meatballs pun di goreng macam tu je so tak berapa nak terasa juicy meat nya tu.
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Washout Laundry & Cafe
Washout Laundry & Cafe 
Pada pendapat Ana, set ni sesuai untuk 3 orang makan. Kalau 4 macam tak berapa nak cukup. Harap pada pasta tu je lah nak mengenyangkan 4 orang makan. Kalau di bagi pilihan, Ana tak nak repeat dah menu ni. Ana lagi prefer Beef Burger dorang. Lagi sedap dan puas hati. 

Memandangkan ni kali ke-2 Ana ke sini so overall ok lah kafe ni. Bab harga quite reasonable standard harga kefe lain. Cuma service agak slow. Korang kalau yang jenis tak leh tunggu lama-lama, this is not your place. Boleh jadi baran. Tapi kalau jenis cool macam kitorang, boleh lah cuba.

WASHOUT Laundry & Cafe,
Taman Samudra,
68100 Batu Caves,
Selangor

011-61601607

5 ptg - 12 mlm 
Setiap hari







16 comments:

  1. kalo kuah carbonara skit mmg tk brp feel ...hehe..yg platter tu mcm2 ado

    ReplyDelete
  2. wah nampak sedap lah boleh lah akak try kalau pergi area sana

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak tempat makan sedap kat Batu Caves erk...

    ReplyDelete
  4. Menariknye kedai ni. Monster platter dia macam2 ada ea. Kalo ke area sana, leh try usha nanti.

    ReplyDelete
  5. eh tahu pulk ada port sedap kat area umah kittew nih hahahaa

    ReplyDelete
  6. Monster Platter tu menarik juga la kak Ana...betul kak..kalau yang jenis tak sabar boleh lain jadinya...

    ReplyDelete
  7. lapar tengok makanan. Nampak menarik.

    ReplyDelete
  8. Macam sedap je, teringin makan situ.. Nama nasi goreng tu.. haha.

    ReplyDelete
  9. Zumal suka juga pasta2 ni tapi kalau kuah sikit memang surrender la...

    ReplyDelete
  10. port fav liez jugak..selalu ambik monster platter je cukup utk 4 beranak ni hihihi

    ReplyDelete
  11. Nani pun kalau spaghetti suka yang tak kering sangat. Heheh. Macam nice jugak makanan dekat sini, boleh try nanti.

    ReplyDelete
  12. Uiittt besar jugak portionnya ye Ana

    ReplyDelete
  13. Kalau lapar memang tak bolehlah ke sini.. bileh bikin marah sebab makanan lambat.. kikiki..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤