8,888 Keping Origami Arnab di Sunway Putra Mall - Ana Suhana

Sep 13, 2018

8,888 Keping Origami Arnab di Sunway Putra Mall


8,888 Keping Origami Arnab di Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Minggu lepas Ana berkesempatan untuk menyaksikan satu rekod baru dicipta dalam Malaysia Book of Records di bawah kategori Pencapaian Manusia (Human Achievement) untuk 8,888 Keping Origami di Sunway Putra Mall. Ini merupakan pencapaian kedua Sunway Putra Mall selepas "The Lantern Tallest Made of Recycled Fabrics" yang dicapai tahun lepas.
8,888 Keping Origami Arnab di Sunway Putra Mall

Bersempena dengan Festival Pertengahan Musim Luruh yang bermula dari 6 hingga 24 September 2018, Sunway Putra Mall telah menghias premis mereka dengan dekorasi sentuhan budaya Jepun berserta dengan beberapa aktiviti menarik untuk para pengunjung. Masuk adalah percuma tau. Memang sangat cantik dan berwarna-warni suasana dalam mall tu. Sesuai untuk instagrammable.
Dekorasi yang bertemakan "Tales of the Moonlight" yang diilhamkan dari sebuah kisah lagenda bertajuk "Rabbit on the Moon" itu diterjemah dengan pameran 8,888 Keping Origami Arnab pelbagai saiz dan warna serta di kelilingi dengan lampu berwarna hangat, dan pagoda setinggi 14 kaki di Main Concourse. 

"Arnab dipilih sebagai sebahagian daripada hiasan kita kerana ia adalah penting dalam budaya Asia dan menurut legenda, terdapat 'Usagi' arnab yang hidup di bulan dan dikatakan memukul mochi dalam mortar." Kata Cik Phang Sau Lian, Pengurus Besar Sunway Putra Mall.

Pada hari tu turut menyaksikan sijil Malaysia Book of Records telah diserah kepada MsPhang Sau Lian oleh wakil Malaysia Book of Records, Encik K.Buvanasewaren Naidu A / L Krishnasamy.
Hadir untuk menyaksikan acara tersebut ialah Encik Raymond Chin, pengasas Touching Lives Club Kuala Lumpur and Selangor, bersama-sama dengan pelajar sekolah, yang merupakan antara 800 pelajar sekolah dan kolej yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. Antara sekolah dan kolej yang terlibat adalah Institut St. John, SMK Subang Utama, Taylor's University (Kampus Lakeside), Sekolah Kebangsaan Taman Sri Gombak, Kolej Sunway, dan anak-anak dari Yayasan Chow Kit.

Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan dram, lakaran langsung dan persembahan nyanyian Jepun oleh Johan Yusof.

Sepanjang Festival Pertengahan Musim Luruh ini, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan seperti bengkel seni dan kraf, sesi pembuatan Bento dan Mochi, bengkel origami dan banyak lagi. Dan pada 22 September 2018, Sunway Putra Mall akan menjadi tuan rumah untuk acara Parade Lantern dan 250 peserta pertama  yang mendaftar akan menerima mooncake dan tanglung secara PERCUMA.
Festival Pertengahan Musim Luruh ini tidak lengkap tanpa manisan. Para pengunjung boleh dapatkan manisan seperti kuih bulan, teh, hamper dan banyak lagi di Main Concourse atau di Shojikiya Food Fair, yang terletak di East Wing, Ground Floor.

Untuk butiran lanjut sila layari laman web di www.sunwayputramall.comhubungi 03-2786 9300 atau lawati laman Facebook rasmi Sunway Putra Mall.

14 comments:

  1. Macam menarik nie Ana, boleh pergi nanti. Kak Sue minat juga seni dan kraf nie..

    ReplyDelete
  2. byknye tp 8888 tu mmg ONG bg kaum cina

    ReplyDelete
  3. Bab origami ni dania suka..ada lagi ke ke program ni? kalau ada nak bawak dania pi sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak sampai 24 September ni. Bawa lah dania ke sini.

      Delete
  4. Allahu comeiiiiii geram pulak tgk. Kalau dekat, skrg juga pegi bw anak2 heh

    ReplyDelete
  5. Comelnyaaaa tengok. Nak pergi lah weekend ni.

    ReplyDelete
  6. Bila dah banyak..disusun..menarik warna warni origami arnab ni kak..

    ReplyDelete
  7. WoW banyak giler.... rabbit.
    Tapi ramai yang turut serta jadi seronok kan...

    ReplyDelete
  8. Cantik, warna warni. If dkt sure ajak ava ke sana

    ReplyDelete
  9. wahhhh bestnya kak ana pergi sunway putra mall tu.

    ReplyDelete
  10. wow! banyaknya..jenuh nak melipat tu. tapi bila banyak macam ni rasa puas hati sangat kan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤