September 2018 - Ana Suhana

Sep 27, 2018

Kekal Aktif dan Lincah Sepanjang Masa Dengan Anlene UHT On The Go

6:20 PM 26
Kekal Aktif dan Lincah Sepanjang Masa Dengan Anlene UHT On The Go

Kekal Aktif dan Lincah Sepanjang Masa Dengan Anlene UHT On The Go | Assalamualaikum. Korang tau tak semakin usia meningkat kita semakin banyak kalsium dalam badan kita berkurang dan kalau di biarkan tak terjaga boleh menyebabkan tulang kita reput. Bila dah sampai tahap tu pergerakan badan kita pun terbatas.  Takut kan dengar? So hari ni Ana nak share dengan korang petua untuk Kekal Aktif dan Lincah Sepanjang Masa Dengan Anlene UHT On The Go.
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Kekal Aktif dan Lincah Sepanjang Masa Dengan Anlene UHT On The Go

Bila cakap tentang kalsium untuk membina tulang yang  sihat, pastinya kita akan kaitkan dengan pengambilan susu. Ini kerana susu dan produk tenusu merupakan sumber kalsium yang terbaik. Menurut Piramid Makanan Malaysia,  kita disaran untuk mengambil 3 sajian daripada susu dan produk tenusu sehari di mana ianya bersamaan dengan 3 gelas susu atau 1 gelas susu,  1 gelas yogurt dan 1 keping keju.

Nampak mudah kan sajian di atas tapi dengan jadual keje kita yang sangat padat kemungkinan besar untuk kita skip sajian penting ini adalah sangat besar. Lagi-lagi susu bila kita perlu untuk bancuh terlebih dahulu. Mana ada masa kan? Tapi itu dulu, kini dengan adanya Anlene  UHT On The Go dalam pek  sedia diminum (ready-to-drink) ni kita boleh menikmati khasiat sepenuhnya pada bila-bila masa dan di mana juga. Hatta dalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika sedang bekerja pun kita boleh minum.

Macam baru-baru ni Ana pergi bercuti kan. Ana selit je Anlene UHT ready-to-drink ni dalam bag pack. Memang sangat mudah dan menyenangkanSaiz pun travel-friendly. Takde dah alasan terlupa nak minum susu. Nak bercuti pun jadi happy dan boleh kekal aktif dan lincah nak berjalan ke sana sini. Takde lah kes kaki lenguh atau lutut sakit kan. Sekarang korang dah tau kan rahsia Ana kekal aktif dan lincah sepanjang masa.
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Oh ya cakap tentang aktiviti berjalan, korang tahu tak yang aktiviti ini merupakan salah satu senaman yang dapat membantu menguatkan tulang selain daripada berjogging, berlari, menaiki tangga, menari, atau sukan yang memerlukan pergerakan berlari atau melompat. So start hari ni boleh lah mula bersenam balik. Tapi sebelum tu jangan lupa minum susu Anlene UHT terlebih dahulu.
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go

Kebaikan Dalam Sekotak Anlene UHT

Ana start consume Anlene ni sejak 5-6 tahun lepas. Dan favorite flavor Ana sudah semestinya coklat. Masa tu Ana beli susu tepung coklat Anlene ni dan simpan stok di office. So setiap pagi Ana dan beberapa office mate akan bancuh susu Anlene dan mix dengan instant oat. Kira diy 2 in 1 sendiri lah. Tulang pun kuat, kolestrol pun dapat dikurangkan. Perut pun kenyang hingga lunch time.

Hari ni dengan adanya Anlene UHT On The Go dalam pek sedia diminum (ready-to-drink) dalam 2 perisa iaitu  vanilla dan coklat memudahkan lagi masa bersarapan. Macam Ana sendiri minum sekotak susu coklat Anlene ni je dah boleh kenyang dan boleh buat kerja tanpa rasa lapar. Tapi korang kalau takut tak tahan boleh je makan bersama roti atau biskut. Sure akan kenyang lama kerana susu Anlene UHT ni dapat membekalkan tenaga yang secukupnya untuk tubuh korang.
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Bagaimana sekotak Anlene UHT mampu menjadikan kita kekal aktif dan lincah sepanjang masa?? Ni yang Ana suka nak kongsi dengan korang semua. Kalau korang nak tau, sekotak Anlene UHT mengandungi 50% lebih nutrien selain lebih kolagen, protein dan tinggi dengan kalsium. Kenapa penting kandungan tersebut?

✔️ Nutrien

Nutrien seperti kalsium dan Vitamin D sangat penting untuk membantu menyokong tulang yang kuat. Selain itu Magnesium dan Zink pula penting untuk mengekalkan struktur tulang walau umur semakin meningkat.

✔️ Kolagen

Tahu tak selain terkenal kerana kebaikkannya untuk merawat kulit, kolagen sebenarnya merupakan komponen utama dalam pembinaan tulang rawan. Tulang rawan yang mendapat kolagen yang secukupnya mampu menjadikan pergerakan kita lebih baik.

✔️ Protein

Siapa yang kaki gim atau ada ahli keluarga / rakan-rakan yang suka ke gim, korang mesti perasan yang dorang akan consume more Protein and Magnesium. Kenapa? Ini kerana Protein dan Magnesium sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk menyokong pembinaan dan pemulihan otot badan.

Ini bermaksud kombinasi nutrien-nutrien yang penting ini dapat menjaga dan melindungi tulang, sendi dan otot agar mampu untuk bergerak bebas.
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Sebab tu Ana percaya yang susu Anlene UHT mampu memberi kebaikan terhadap tulang, sendi dan otot Ana dan dan membolehkan Ana untuk melakukan apa juga aktiviti lasak tanpa sebarang kesukaran. Lagi-lagi sejak bergelar ibu, tugas semakin berat. Perlu maintain aktif dan lincah sepanjang masa.
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go

Anlene UHT On The Go On Tour

Untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan pengambilan susu berUHT, crew Anlene telah menjelajah banyak lokasi di sekitar Lembah Klang untuk mempromosikan Anlene UHT On The Go.

Bermula pada minggu pertama, crew Anlene telah berada di 10 stesen LRT popular dengan menjual set breakfast RM1 yang mengandungi sekotak Anlene UHT bersama sebungkus roti. Sambutan yang diterima sangat menggalakan dan orang ramai teruja untuk mencuba susu Anlene UHT yang terbaru ni.
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Seterusnya penjelajahan diteruskan dengan kehadiran Anlene's roving truck di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba sampel produk Anlene yang ditawarkan.

Siri jelajah sampai ke kemuncak pada minggu berikutnya dengan kemunculan duta Anlene, Stacy Anam di Bukit Bintang. Dan Ana berkesempatan untuk ke sana untuk menyertai aktiviti melompat mengadap billboard Anlene. Selamat Ana consume Anlene UHT ni. Terasa kuat lah juga tulang masa melompat tu. Korang boleh tengok video Ana join aktiviti tu dekat bawah ni (swipe left).
Pemilihan Stacy Anam sebagai duta Anlene memang sangat tepat. Seperti yang kita tahu, Stacy satu-satunya penyanyi di Malaysia yang mampu menyanyi sambil menari dengan baik sekali. Walau telah berkahwin dan bersalin, kelincahan beliau  di atas tidak berubah. Dan salah satu rahsia beliau adalah dengan mengambil Anlene UHT setiap hari.

Jom Minum Anlene UHT Setiap Hari

Memandangkan Ana dah lama consume susu Anlene UHT ni kan, jadi Ana nak ajak korang semua untuk sama-sama join Ana menjaga dan melindungi tulang, sendi dan otot kita. Masih tak terlambat untuk korang semua amalkan minum susu ni. Better late than never. 
Anlene UHT On The Go
Anlene UHT On The Go
Kalau kata tekak korang tak boleh terima rasa susu putih tu, korang boleh opt for chocolate flavor. Serius memang sedap dan berlemak rasa dia. In fact rasa susu asli Anlene UHT ni rasa vanila tau. Lebih kurang rasa milk shake yang korang selalu order tu.

So jangan tunggu lagi, jom terjah kedai atau pasaraya berhampiran korang dan beli stok  susu Anlene UHT ni banyak-banyak. Boleh lah Kekal Aktif dan Lincah Sepanjang Masa Dengan Anlene UHT On The Go.

Maklumat lanjut tentang produk Anlene korang boleh layari website atau FB page Anlene seperti di bawah :

Website: 

Facebook: 

Sep 26, 2018

Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited Ed #Juliet Red Review

3:47 PM 17
Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited  Ed #Juliet Red Review

Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited  Ed #Juliet Red Review | Assalamualaikum. Hi korang. Hari ni Ana excited nak share dengan korang tentang satu lipstik yang diformulasi daripada bahan semulajadi yang baru saja dilancarkan baru-baru ini hasil kolaborasi 2 syarikat dari 2 negara (Korea x Malaysia) iaitu Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited Ed #JulietRed.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Swanicoco x 50gram - Show The Velvet Limited  Ed #Juliet Red Review 

Swanicoco x 50gram
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Swanicoco merupakan sebuah syarikat kosmetik semulajadi yang terkenal di Korea. Perniagaan Swanicoco bermula dengan penghasilan sabun  semulajadi di mana proses penapaian yang dijalankan adalah sama dengan proses penapaian makanan. Ini menunjukkan yanh rangkaian produk kosmetik Swanicoco adalah selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit selain dapat membantu memulihkan kulit rosak, meningkatkan keanjalan kulit serta menghalang penuaan kulit.

Bila dah kata kosmetik semulajadi sure lah bahan-bahan yang digunakan pun dari bahan semualajadi kan. Antara bahan-bahan utama yang digunakan dalam rangkaian produk Swanicoco adalah daripada ekstrak tumbuhan semulajadi Korea, bahan-bahan yang dipaten dari Eropah dan Perancis atau bahan organik yang disahkan daripada Amerika Syarikat dan Australia. Tiada bahan kimia seperti bahan pewarna, pewangi tiruan, pengawet kimia, steroid, alkohol, minyak mineral, paraben, dan benzophenones digunakan. Ini penting tau sebab ianya membantu meningkatkan kadar penyerapan produk ke dalam kulit dan tanpa sebarang kerengsaan.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
50gram pula merupakan kedai bunga atas talian pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga segar berserta video ucapan bagi pihak korang untuk semua jenis acara. Baik  untuk sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis graduasi dan banyak lagi. Penghantaran adalah di sekitar KL / Selangor dan  Pulau Pinang dan paling best penghantaran boleh dibuat pada hari yang sama.

Show The Velvet Limited Ed

Dengan packaging berwarna hitam yang menawan, Show The Velvet Limited Ed hadir dalam 3 vivid color yang sangat mengujakan iaitu #PinkBlossom, #ShineOrange dan #JulietRed. Ketiga-tiga color ini walaupun nampak bold dan vibrant tapi kalau dipakai dengan cara berbeza (secara biasa atau dapping), korang akan nampak perbezaan warna lipstik tersebut pada bibir korang.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Siri Velvet ini dikatakan dapat memberi kelembapan yang lama serta mampu melembutkan kulit kerana mengandungi pelembap semulajadi seperti carnauba wax dan natural oils. Jadi bibir tidak akan cepat kering. Full ingredients rujuk kotak di bawah :

Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850.

Selain itu pelembap semulajadi tersebut juga mampu menjadikan pemakaian liptik lebih lama (long-lasting) dalam sekali sapuan. Itu yang kita nak kan dari setiap lipstik yang kita beli!!

Dari segi bau pula lisptik ni mempunyai sedikit bau bunga  ros tapi tak terlalu kuat. Dan bila kita apply dekat bibir, bau tu tak terasa pun.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Lipstik ni menggunakan teknik twist untuk membuka penutup dan juga untuk keluarkan lipstik dari container. So kita tak perlu risau kes penutup lipstik akan 'tercabut' daripada badannya secara tidak sengaja bila berada dalam beg kita. Boleh bayangkan tak kalau perkara tu terjadi?? Haru beb!!
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
And this is the actual size of the lipstick. Panjang kan and for sure boleh tahan lama sebab hanya perlu satu olesan saja setiaop kali pakai - worth to purchase because money saving guarantee. Dan jangan risau kalau terlupa tentang expired date sebab tarikh tamat ada dicetak di bahagian bawah container.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Barang baik selalunya tidak lama!! So untuk pengetahuan korang siri Velvet dari Swanicoco ini adalah edisi terhad aka limited edition. That's mean once this product sold out, no more restock!!!.

My Own Review

Ana dah cuba lipstik ni selama hampir 2 minggu dan so far Ana rasa sangat selesa bila apply lipstik ni. Ana summarise kan pengalaman Ana dekat bawah ni untuk mudahkan korang baca :

1. Tona Warna

Memandangkan produk ini baru dilancarkan, so far hanya kod #JulietRed yang available di laman web 50gram. Another 2 shades are coming very soon.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Pertama kali bila lipstik ni sampai Ana was like, oh my this is not so my favorite shades. I do prefer something light pinkish for my lips. But surprisingly #JulietRed has won my heart and make me fall in love with this red vivid shades. The shades really suit my skin tone. Yeah!!! Thank you Swanicoco.

Macam Ana terangkan dekat atas tadi, korang boleh main dengan shades lipstik ni depend  on the occasion; either nak pakai pekat atau light.

Macam Ana more on everyday look so Ana akan ' dap dap' kan je lipstik tu kemudian ratakan ke seluruh bibir. Hasilnya warna lipstik tu akan nampak natural seakan warna bibir kita.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Then let say korang nak change to bold look untuk attend  event like dinner, wedding or even for work wear just pekatkan warna lipstik tu dengan pakai seperti biasa. Gambar ni hasil dalam satu olesan - kind of red orange shades. Nampak perbezaan dia kan? 
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed

2. Tekstur Lipstik

Antara sebab Ana suka dengan lipstik ini ialah kerana teksturnya yang ringan, creamy dan matte finish which is menyerlahkan lagi pigmen warna Velvet tu - rich in color. Dan bila dioles pada bibir Ana boleh rasa yang lipstik ni betul-betul melindungi bibir Ana sepenuhnya dengan kelembapan yang ada.
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Ana pernah pakai few matte lipstick tapi kulit bibir Ana jadi kering dan hasilnya akan nampak comot dengan kulit terkupas. Tapi dengan siri Velvet ni, surprisingly dia tak mengeringkan kulit Ana walau pakai dalam masa yang lama.

** In case kulit korang jenis yang kering, why not korang apply pelembap bibir sedikit. Kalau boleh pelembap yang takde color - transparent.

3. The Application
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Dari segi application, Ana boleh katakan siri Velvet ni agak smooth bila dioles pada bibir dan yang penting sapuan tersebut tidak tebal. Lekapan lipstik pada bibir pun nampak sempurna dan menyeluruh.

4. Mudah Bersih
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Mudah dibersihkan juga antara sebab Ana suka dengan lipstik ni. Walau kita pakai dengan sapuan yang tebal, namun ianya sangat mudah untuk dibersihkan terutama ketika ingin bersolat. Hanya menggunakan sehelai tisu basah biasa, bibir korang akan bersih sepenuhnya.

5. Ketahanan Warna Pada Bibir
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Show The Velvet Limited Ed #JulietRed
Swanicoco claim yang produk ni mempunyai  long-lasting effect. Ana bersetuju dengan itu cuma kalau kita makan atau minum, warna tersebut akan pudar kerana melekat pada gelas dan juga pada tisu. Warna lipstik tu akan jadi warna merah jambu macam gambar dekat atas ni. So apa yang kita perlu buat hanya touch up sikit je untuk dapatkan warna asal kembali.

Overall Rating

Color : 💄💄💄💄
Smell : 💄💄
Comfort : 💄💄💄💄💄
Durability : 💄💄💄
Removing: 💄💄💄💄💄
Price: 💄💄
Repurchase : 💄💄💄

Cara Untuk Membeli

Pada yang berminat untuk memiliki Swanicoco Show The Velvet Limited Ed ni, korang boleh dapatkan melalui website 50gram - the first to sell in Malaysia. Oh ya harga satu lipstik ni ialah RM88.95 (pre-sale price). Dan penghantaran adalah ke seluruh negara. Jom dapatkan Show The Velvet Limited  Ed #Juliet Red ni sekarang juga and lets be cantek.

Website :

FB :


Sep 24, 2018

Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka

1:14 PM 18
Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka

Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka | Assalamualaikum. Lama pula rasanya tak cerita tentang hotel review. So kali ni Ana nak share sekali lagi tentang Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka. Kali ni Ana ke Melaka sebab ikut En Suami yang ada operasi dekat sekitar bandar Melaka ni. Dah dia offer tak kan tak nak follow pula kan. Hehe.
Hotel Ramada Plaza Melaka.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Review : Hotel Ramada Plaza Melaka

Macam Ana bagitau tadi ni kali ke-2 Ana nginap dekat sini. First time bulan 5 tahun lepas. Masa tu Ana stay di Premier Room. Tu pun sama sebab ikut En Suami ada kursus dekat hotel ni. Memandangkan Hotel Ramada Plaza ni antara hotel yang paling Ana suka so En Suami sekali lagi book bilik dekat sini. Kebetulan ada promosi masa nak menempah tu. Bagai pucuk dicita ulam mendatang katanya. Cuma kali ni kita up booked Executive Deluxe Room pula. 

Kalau ikut harga di Agoda, bilik ni semalam range dia dalam RM275 tapi sebab ada promosi hari tu dapat RM192 je semalam. Bagi Ana murah sangat dah untuk range hotel 5 bintang tu. Cuma harga tu tak termasuk breakfast. Lagipun bukan makan banyak pun. Beli roti pun dah cukup.

Beza Premier Room dan Executive Deluxe Room ni ialah keluasan bilik tu sendiri. Untuk Premier Room bilik luas bilik ialah 36m² manakala Executive Deluxe Room ni berkeluasan 42m². Disebabkan bilik ni luas so fasiliti yang ada dalam tu pun extra lah kan.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Antara fasiliti extra yang ada dalam Executive Deluxe Room ni ialah meja kopi yang luas, sofa bed yang sangat selesa dan juga bathtub selain dari meja kerja yang besar.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
View pula menghadap bandar Melaka dan laut Selat Melaka. Memang cantik view dari tingkat 17 tu. Privacy pun best. Tak dengar langsung bunyi orang berjalan ke,berborak ke,  tarik-tarik kerusi meja dekat atas ke. Memang superb.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Macam biasa, kebersihan bilik dan bilik air memang tip top. Tu yang paling Ana suka. Entertainment dalam bilik pula ada wifi speed yang laju dan juga koleksi movie yang melambak. Sampai tak tahu nak tengok movie yang mana satu.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka

Selain tu kemudahan seperti safe box, iron board & iron, bathrope, scale weight semua ada. Coffee and tea dan toiletries wajib lah ada kan. Mini bar pun tak terkecuali. Semua complete. Puas hati lah senang kata. Kalau korang cari oven memang takde lah. Maybe kalau korang up lagi bilik baru ada kot.
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Waktu check in ialah pukul 3 standard hotel lain dan check out pukul 12. Masa check in check out sangat cepat. Kalau kata ramai orang beratur masa tu korang boleh je lepak dekat lobi tu. Dah lah selesa, wangi pula tu. Rasa segar je rasa dia. Muzik pula di mainkan instrumental music. Layan habis. Haha. Baik punya puji. Padahal self review. :p
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Hotel Ramada Plaza Melaka
Lokasi hotel Ramada Plaza ni terletak di Jalan Bendahara. 10 minit jer dari Bandar Melaka. Tempat makan pun banyak dekat sekitar tu. Nak shopping boleh ke bangunan The Shore. Jalan kaki je dari hotel. Nak naik kereta pun boleh. Tak sampai 5 minit dah sampai. Nak naik Melaka River Cruise dari depan The Shore tu pun boleh. Nak ke Jonker Walk pun dekat dah. Senang kata lokasi hotel ni sangat strategik dan mudah di cari.

Korang yang ada rancangan nak bercuti atau ada urusan kerja di Melaka, Ana suggest korang stay dekat Hotel Ramada Plaza ni. Memang puas hati. Selamat menginap pada yang akan menginap di sini nanti.




Sep 21, 2018

Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe

8:01 AM 15
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe

Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe | Assalamualaikum. Baru-baru ni birthday en Suami. Ana plan nak lah buat birthday party ala garden dekat laman rumah sebab sure akan nampak cantik. Semua props dah beli sekali hujan punya lah lebat. Terus buat dalam rumah je. Sayang sangat. Oh ya cakap pasal konsep ala garden ni, Ana nak share dengan korang tentang Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe. 
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe

Perasan tak sekarang ni majlis berkonsepkan taman semakin mendapat sambutan yang sangat tinggi especially untuk majlis perkahwinan. Ana sendiri pun Ana suka dengan konsep tersebut sebab suka tengok hiasan bunga-bunga dan lampu-lampu yang ada. Rasa macam di alam kayangan pun ada. Tu kalau ada mist tebal confirm lagi cun. Haha. Syok sendiri lah pulak. 
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Korang yang suka juga majlis berkonsepkan taman ni dan masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk meraikan hari yang istimewa seperti majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari jadi, and even majlis reunion, apa kata korang pilih H Garden Cafe di bawah kelolaan Wedding Studio Sdn Bhd.

H Garden Cafe merupakan sebuah kafe yang terletak di Chow Sow Lin Pudu. Lokasi kafe yang berada di corner lot mampu menampung sehingga 800 orang tetamu dalam satu-satu masa tau. Nampak je kecik tapi ramai sebenarnya yang boleh masuk.

Selalunya bila kita buat majlis berkonsepkan taman, waktu yang terbaik untuk dapatkan feel garden dengan hiasan yang cantik adalah pada waktu malam. Bila lampu berwarna warni di pasang memang terserlah keindahan konsep ala taman tu. Tak caya cuba tengok gambar-gambar yang Ana share ni. Serius sangat cantik. Ana sampai tak boleh berhenti dari bergambar. Haha. 

Pakej H Garden Cafe

Bagi yang tertanya tentang pakej untuk majlis di H Garden Cafe ni, so far ada 1 pakej saja yang ditawarkan iaitu pakej perkahwinan untuk 500 orang pada harga RM21,000. Harga tersebut meliputi harga makanan yang dihidang secara buffet untuk 500 orang (menu boleh refer gambar di bawah sekali), 4 buah dome VIP, 25 buah meja  & 250 buah kerusi dan 10 orang pelayan
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe

Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Kalau takut tak cukup tempat jangan risau sebab masih ada ruang di depan hall yang boleh memuatkan para tetamu di mana khemah boleh didirikan di situ. Ye lah kadang ni pada majlis perkahwinan ni lah masa yang sesuai untuk berjumpa saudara mara dan sahabat handai yang lama tak jumpa. So kena lah borak lama-lama kan. Jadi boleh lah sediakan ruang yang secukupnya untuk mereka agar tak menggangu kelancaran majlis. Tempat parkir kereta pun banyak. So jangan risau tentang masalah parkir untuk tetamu yang hadir.

Untuk persiapan pengantin juga turut termasuk dalam harga tersebut. Ini meliputi sepasang baju sanding, makeup, pelamin ala taman, kek pengantin 3 tingkat dan juga bilik hotel untuk bermalam.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Untuk menghiburkan para tetamu yang hadir, set PA system dan emcee turut disediakan pada majlis tersebut. Dan ketibaan pengantin akan disambut dengan paluan kompang yang sebenar. Semakin meriah lah majlis korang tu nanti.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Detik-detik manis pada majlis tersebut pastinya akan dikenang kan. Terutama buat bakal mempelai. Nak lah tunjuk dekat anak cucu nanti. Memahami keperluan tersebut, pakej tersebut turut termasuk khidmat photography dan videography berserta CD untuk simpanan pihak pengantin. Jangan risau, photographer yang diupah adalah photographer professional. Sure gambar korang gempak-gempak punya.

Promosi H Garden Cafe

Berita baik buat korang, sekarang ni sehingga 31 Oktober 2018 sesiapa yang membuat tempahan di H Garden Kafe melalui Wedding Studio Sdn Bhd, korang layak untuk dapat tambahan 2 ekor kambing golek atau persembahan live band.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Best kan. Ana dah rasa  tau kambing golek tu, memang sedap dan lembut. Confirm para tetamu pun dapat menikmati hidangan yang menyelerakan tu.

Hubungi Wedding Studio Sdn Bhd

Wedding Studio Sdn Bhd sebuah syarikat perancang perkahwinan sejak 2009 menawarkan pelbagai pakej dan dewan perkahwinan termasuk di Roof Garden Bukit Jelutong, IDCC, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Summit Hotel USJ dan banyak lagi.
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Majlis Berkonsepkan Taman Di H Garden Cafe
Untuk maklumat lanjut tentang pakej yang ditawarkan, korang boleh hubungi nombor di bawah :

Alamat :
Lot HG88A, 
Ground Floor, Plaza Jelutong,
Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam.

Waktu Operasi :
Selasa - Ahad
12 tengahari - 9 malam

Telefon :
☎️012-4292806
☎️012-4978827