Viatnamese Spring Roll Terhangat di Batu Caves - Ana Suhana

Aug 2, 2018

Viatnamese Spring Roll Terhangat di Batu Caves


Jom Order Viatnamese Spring Roll Terhangat di Batu Caves | Assalamualaikum. Ada sesiapa yang tengah diet tapi asal malam je perut mula berkeroncong? Kalau ada kita geng. Haha. Susah nau nak kawal nafsu makan bila niat nak berdiet ni. Perut jadi lapar selalu. Bila lapar tu mula lah macam-macam teringin nak makan. Kalau lah dapat makan healthy food memalam tu kan best. Sebab tu Ana Order Viatnamese Spring Roll Terhangat di Batu Caves ni. 
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Viatnamese Spring Roll Batu Caves 
Viatnamese Spring Roll Terhangat di Batu Caves

Korang pernah rasa Viatnamese Spring Roll? Kalau korang nak tau, Viatnamese Spring Roll ni antara makanan wajib rasa bila melancong atau bercuti di Vietnam. Tapi masa Ana di Vietnam dulu, tak sempat nak merasa sebab dok ralit minum kopi Vietnam tu je. Bila dah sampai Malaysia baru teringat tentang Viatnamese Spring Roll ni.
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Lama juga Ana dok tercari-cari siapa lah yang jual Viatnamese Spring Roll ni. Kalau ada jauh lah pula. Tak berbaloi nak order. Sekali nak jadi cerita akhirnya ada juga rezeki nak merasa bila mommy blogger Liez jual Viatnamese Spring Roll ni. Pucuk dicita ulam mendatang kata orang. Nampak je Liez open order, Ana terus order satu set. Nak cuba try test lah katanya. Sebab tak pernah rasa kan. Kang order banyak-banyak tak kena anak tekak membazir lah pulak.
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Haa nampak menggoda kan Viatnamese Spring Roll ni. Udang tu yang buat lagi nampak menyelerakan. Dengan sayur-sayuran dan suhin yang banyak dalam kulit popia yang lutsinar tu, keinginan nak mencuba tu semakin membuak-buak gitu. Oh ya kalau korang tak makan udang, boleh opt for chicken. Macam Ana suka udang tapi En Suami alergi pada udang so Ana opt for mix - udang & ayam.
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Ni merupakan kali pertama Ana makan Viatnamese Spring Roll ni tau. Rasa dia?? Sedap dan boleh diterima tekak. Macam-macam rasa tercetus dengan satu gigitan. Lagi-lagi bila cicah dengan sos ala Thai yang ada sekali tu. Bila makan Viatnamese Spring Roll ni memang rasa segar dan clean sangat. Dengan rangup carrot dan timun dalam tu ditambah pula rasa segar daun pudina memang meletus-letus rasa dalam tu. Suprisingly En Suami suka. Dia bab-bab makanan luar dari ruji, agak cerewet nak diterima. So kalau dia suka memang sedap lah maknanya tu. Rugi pula order satu set je hari tu. Hehe. 
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Viatnamese Spring Roll Batu Caves
Harga satu set Viatnamese Spring Roll ni ialah RM20 untuk 5 rolls.  Nampak macam mahal tapi trust me memang berbaloi. Dengan size Viatnamese Spring Roll tu yang besar, boleh makan untuk 2 hari tau. Ana makan segulung pun dan rasa cukup. Tapi sebab sedap, bergulung-gulung Ana makan sekali jalan. 

Korang yang duduk area Selayang, Batu Caves, Gombak,  Wangsa Maju, Taman Melati dan kawasan sewaktunya kalau nak cuba Viatnamese Spring Roll boleh lah roger Liez. Bukan tu je yang Liez buat, banyak lagi tau - Victoria Sandwich Cake, Congo Bar, Cream Puff dll. InsyaAllah Liez boleh deliver dekat korang fresh from oven gitu. Nak contact Liez boleh DM dekat FB atau IG Liez ok. Selamat mencuba semua. 

FB :

IG :










17 comments:

  1. dia mcm popia jgak kan?? tp mcm transparent plak dia punya balutan tu..menarikk

    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/kehidupan-hantu-di-dunia-hantu.html
    https://aliefmuncung.blogspot.com/2018/07/alkisah-pada-abad-ke-20-wujud-seorang.html

    ReplyDelete
  2. tak pernah merasa ag viatname spring rolls ni. nampak sedap tu Ana
    kalau dekat boleh da order ni

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi Viatnamese spring roll ini.. One day nak cuba juga la.. Nampak sangat meriah isinya..

    ReplyDelete
  4. Sep..kita sama..suka vietnamese spring roll ni esp utk org diet hehe

    ReplyDelete
  5. eh dekat sngat dah tu dgn rumah zie.. awat nak singgah sini slalu hahaha
    pernh makan vietnam roll ni, tapi tekak tu tak berapa kena. mcm rasa daun sireh sikit. tp bukan sireh... kot mana thu yg ni sedap kan.. should try!!

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap sangat tu.. Besar nya udang udang itu..

    ReplyDelete
  7. Qekra tak pernah rasa. tapi memang nampak sedap yg ana makan.

    ReplyDelete
  8. Menu sedap dan sihat ni kak Ana...terliur pulak PC..adoi..geram je tengok.

    ReplyDelete
  9. Rabia tak pernah makan lagi Viatnamese spring roll ni..menu sihat ni..ada sayur dan udang tu.

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa! Siap ada udang lagi. Dulu Nani pernah beli, tapi tak berapa sedap sangat. Sayur pun dia potong tebal tebal memang turn off betul bila makan.

    ReplyDelete
  11. kalo kena ngan tekak sure kena beli byk tu...akak pn pernh mkn tp xbrp kena ngan tekak..tp udang tu je akak mkn hehe

    ReplyDelete
  12. geramnya tengok! Nak jugak tapi tak cover lah pulak sampai ke subang ni

    ReplyDelete
  13. Nampak sedapnya Ana, teringin pulak Kak Sue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak Sue.. saya pun jadi teringin haha :)

      Delete
  14. Fuhh.. gambar yg last cicah dgn sos tu mmg punch line.. tengok je jadi tak tahan teringin nak makan haha. Sedap ni.

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap plak tengok vietnamis roll ni. .Adehh

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤